Tuesday, April 28, 2009

HHHHHMMMM........

Sibling - Pertama dari 5 orang adik beradik,

Tinggi - 157 cm,

Warna mata - Hitam

Warna kulit - Sawo Matang

Makanan - Semua tapi bukan kari,

Minuman - Yang agak masam - epal, oren, strawberi, etc

Warna - Merah dan Putih,

Movie - Perang-perang dan Animasi

Zodiac - Scorpio

Buku - Komik

Like something wierd...

Ayat manis - "love is like a war, easy to start, hard to end, imposible to forget"
.

Monday, April 27, 2009

25 APRIL 2009

Pada tarikh ini, genaplah sudah 64 tahun usia ibuku yang tercinta JAMALIAH BT OMAR. Selamat hari lahir mak. Moga Allah panjangkan umur mak dan dikurniakan kesihatan yang baik dan diberi perlindungan dari segala malapetaka dan mara bahaya.


Selain itu, pada tarikh ini jugak, tamat sudah tempoh sesuatu selama 6 tahun.

"WHO KNOWS MY LIFE STORY, THEY KNOW WHAT I MEAN"

Wednesday, April 22, 2009

AGE _ CHARACTER CALCULATION

7 APRIL 1984

AGE
Age in years - 25.04
Age in months - 301
Age in days - 9141
Age in hours - 219388
Age in minutes - 13163307
Age in seconds - 789798400
Age in Milli seconds - 78979840009
Age in weeks - 63988
You born on - Saturday



* Active and dynamic
* Decisive and hateful but tends to regret
* Attractive and affectionate to oneself
* Strong mentality
* Loves attention
* Diplomatic
* Consoling
* Friendly and solves people's problems
* Brave and fearless
* Adventurous
* Loving and caring
* Suave and generous
* Emotional
* Revengeful
* Aggressive
* Hasty
* Good memory
* Moving
* Motivate oneself and the others
* Sickness usually of the head and chest
* Easily get too jealous

Tuesday, April 21, 2009

DERMA

Ding! Dong!
"Perhatian, pada petang ini akan diadakan satu kempen derma darah. Kepada sesiapa yang ingin menderma darah sila hadirkan diri anda pada jam 2.00 petang bertempat di foyer blok kuliah lama. Selain itu, bagi pelajar semester 1, sesiapa yang menderma akan dikecualikan untuk menghadiri latihan Kesatria Negara pada petang ini. Sekian terima kasih"

Sebab tak mau pergi kawad, saya dan rakan-rakan pun pergi la derma darah. Itu lah pertama kali saya menderma darah ketika saya baru belajar semester pertama Diploma Pengajian Sukan di UiTM Arau dulu. Masa nak cucuk tu, hati rasa berdebar jer, tengok jarum, mak aih, besaqnya. Tapi bila cucuk tak rasa pulak. Hampir 10 minit berbaring sambil tangan menggengam sesuatu supaya darah cepat mengalir keluar.

Semalam, saya, Shawn dan Mus telah dijemput untuk menderma darah di sebuah kilang di Shah Alam. Dah lama sebenarnya tak derma darah ni. Excited juga bila sampai sana. Derma darah ni sebenarnya baik untuk kesihatan. Ianya akan menggalakkan penghasilan sel-sel darah yang baru dan menjadikan kita lebih sihat. Kita jugak dapat tahu kumpulan jenis darah kita. Saya yakin, pasti ramai yang tidak tahu kumpulan jenis darahnya sendiri. Masa ni la kita gunakan.

Oleh yang demikian, sama-samalah kita menderma darah jika ada peluang. Ianya juga dapat membantu Tabung Darah Negara menyimpan darah dan menggunakannya kepada sesiapa yang memerlukan.
Be a donor, saves life....
.

Sunday, April 19, 2009

UPIN DAN IPIN

"Assalamualaikum, atuk, oh atuk"

"Waalaikumsalam..."

"Alamak, upin ipin pun naik lif la...."


Dengan muka tak bersalah, aku buat tak tahu saja. Terkantoi pulak bunyi mesej macam tu... Dah la yang jawab salam tu perempuan. Yang tegur Upin Ipin tu ada sorang apek cina. Mula-mula tak perasan, bila keluar baru tau. Terkejut jugak, ada juga bangsa lain yang layan cerita macam tuh. Tua pulak tuh.


Tapi cerita Upin Ipin ni memang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat kerana ianya penuh dengan nasihat dan tauladan. Kalau sesape yang nak tengok boleh la download kat website Upin Ipin. Filem pun dah keluar. Mesti tonton.
.

Wednesday, April 15, 2009

MACHETE... IN MALAYSIA ITS CALL "PARANG"

Bertambah lagi koleksi saya. Kali ini saya mempunyai parang sendiri. Masa terjumpa, rasa macam kenal jer parang ni. Pastu baru teringat, macam Mike Hawk punya. Teruih ja saya beli.

.

Tuesday, April 14, 2009

TIOMAN - BERA

Bermula dari 7 April 2009 – 13 April 2009 saya bersama 4 lagi rakan telah ke Pulau Tioman dan Tasik Bera. Kami ke sana untuk melakukan recce dan membuka trek untuk Sultan Ahmad Shah International Eco-Challenge (Bera-Tioman). Alhamdulillah, sekali lagi pada tahun ini saya diberikan peluang untuk terlibat secara langsung dalam acara ini, sekali lagi sebagai marshall perlumbaan.

Hari kedua, saya ditugaskan bersama Zarul dan Sarjan Roshjan untuk recce trek ke puncak Bukit Kajang. Sebelum itu, saya berjumpa Sarjan Roshjan ketika di Jeti Tanjung Gemuk. Sebenarnya saya mengenali beliau pada tahun lepas semasa event yang sama. Tak sangka pula tahun ini berjumpa lagi. Cuma kali ini tanpa Sarjan Taha. Kami memulakan perjalanan masuk pada pukul 11.30pagi dan sampai di puncak pada pukul 5.00 petang. Permulaan perjalanan cukup mencabar. Pertama kali saya rasa sungguh penat trekking. Tapi Alhamdulillah, saya berjaya sampai ke puncak. Walaupun tak tinggi namun cukup mencabar.



Pada 10 April 2009, kami semua yang terlibat keluar dari Pulau Tioman dengan menaiki Kapal PGM Camar 1 PA5. Di awal pelayaran semuanya berkeadaan baik sehinggalah selepas lebih kurang 40 minit dari pantai Pulau Tioman. Ketika saya sedang layan hembusan bayu dibahgian paling depan kapal, tetiba kapal tersebut membuat U-turn di tengah-tengah laut dan terus bunyi enjin menjadi senyap. Alamak, satu enjin rosak pulak. Hampir 1 ½ jam terumbang ambing di tengah lautan. Dalam kapal tu pulak ada la jugak 4 -5 orang wartawan. Mula-mula seorang terbaring kemudian selang beberapa minit habis semua baring kat lantai kapal. Saya pun sebenarnya terasa jugak mabuk laut. Tapi tak la teruk masih boleh cover. Selepas itu, kami diselamatkan oleh satu lagi kapal dari Polis Marin PX28.

Dalam masa sejam, kami sampai diperairan jeti Tanjung Gemuk. Lagi sekali kami terkandas. Air kecik (Air Surut). Kapal kami tak lepas sebab besar. Terpaksa lagi sekali tunggu kapal Katamaran dari Taman Laut untuk transfer kami ke Jeti Tanjung Gemuk. Akhirnya kami semua selamat sampai. Bila dah ada wartawan, kejadian itu dimasukkan dalam akhbar Sinar Pahang. Perjalan yang sepatutnya hanya mengambil masa 2 jam akhirnya menjadi 5 jam.
Kami berenam (saya, Abg. Malin, Shawn, Mus, Ajoi, Zarul) terus bergerak ke Tasik Bera. Saya, Shawn, dan Ajoi sampai lambat sikit sebab lalu “Short Cut”. Hari pertama disana kami pergi ke Pos Iskandar. Tanya si Zarul, “Berapa lama boleh sampai sana?” dia menjawab, “kejap jer, dalam sejam”. Padahal kami penumpang kat belakang boleh siap tidur lagi. Ham dua jam jugak perjalanan. Sampai disana kami mengedarkan borang penyertaan untuk SAS IEC sempena adanya Majlis Pelancaran Rakan Muda di sana. Kena pulak yang ada di sana datang dari KBS Putrajaya. Sempat juga berjumpa dengan bekas rakan sekerja. Lepas tu kami terus pulang ke Tasik Bera untuk recce trek tapi tak lama sebab kami pun masuk lewat.

Hari kedua, kami sambung recce trek. Saya berpasangan dengan Zarul. Recce kami tertangguh lagi apabila trek yang sepatutnya menjadi laluan telah ditenggelami air sungai yang melimpah . terpaksa kami berpatah balik. Kemudian sambungan trek dilakukan di dalam ladang kelapa sawit yang berhampiran. Setelah siap menanda trek, kami pulang ke resort. Hari ketiga kami pulang ke Shah Alam.
.

THINK!

THINK BEFORE YOU BLINK....

.

Monday, April 13, 2009


TuNgGu..................
.

Sunday, April 5, 2009

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI 2

Sesampainya di rumah.

"Assalamualaikum, hah lan, hang dapat mana?"

"Waalikumsalam, jauh wei aku dapat. Nun Kelantan sana...."

Semalam, seorang lagi rakan sebilik saya Roshazlan a.k.a. Lan keluar dari rumah. Beliau telah ditempatkan di negeri Kelantan setelah berjaya mendapat jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan. Beliau sebenarnya mengingin di tempatkan di Temerloh, kampng halaman beliau. Tapi apakan daya, nasib badan. Kena merantau jauh la jawabnya. Dia bersama kami tak la lama sangat dan tak la sekejap sangat. api saya mengenalinya sejak saya datang ke Shah Alam ketika menyambung ijazah dul. Rakan sekelas. Lebih kurang pukul 8.30 malam, beliau mula mengangkat keluar beg-begnya kerana beliau akan teus bertolak ke Kelantan malam tu jugak. Terasa sedih bila kawan nak pergi jauh.

Tak sampai 1 jam, penginap bilik saya dah ada pengganti. Budak baru masuk, nama dia Yob, budak Jelapang, Ipoh. Tak sempat nak ice breaking lagi. Tapi semalam sempat jugak bagi salam perkenalan dengan memberikan tugas menyapu bilik setelah siap menyusun barangnya. Tapi, yang bagusnya, sekali dengan katil saya dia kemas. Lawak tul. Dah macam ragging la pulak. Tak berniat pun. Dah dia nak buat, kira on jela. Tau-tau masuk bilik dah kemas.

Dan dengan rasminya, dalam rumah tu sekarang tinggal dua orang sahaja yang bekerja. Yang seorang lagi tu tak lama lagi nak kawin. Tinggal la saya seorang. Yang lain semua student. Tak pe lah asalkan aman dn sentosa.

.

Friday, April 3, 2009

R.A.H.M.A.N.

Mungkin ada yang perasan atau tidak, perlantikan Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 telah melengkapkan Formula "RAHMAN" dalam sistem perlantikan Perdana Menteri. Bermula daripada Perdana Menteri Malaysia yang pertama hinggalah yang ke-6. Ini buktinya:

PM 1 : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
PM 2 : Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein
PM 3 : Tun Hussein Onn
PM 4 : Tun Dr. Mahathir Mohamad
PM 5 : Tun Abdullah Ahmad Badawi
PM 6 : Dato' Sri Najib Tun Razak

Adakah ianya sebagai satu suratan atau kebetulan....................

Walau siapapun yang menerajui kepimpinan negara, pastikan negara kita sentiasa berada di dalam keadaan aman dan sentosa.
.

Wednesday, April 1, 2009

APRIL FOOL

Hari ini 1 April 2009. Setiap kali pada tarikh ini, akan ada individu yang akan cuba mengenakan seseorang. Tak kisahlah dalam apa jua cara dan method yang digunakan sama ada secara terus ataupun menggunakan teknologi terkini, asalkan ada orang yang terkena. Tetapi, pernahkah individu itu terpikir kesan dari perbuatannya sendiri? Andai kata apa yang dibuat, diperkatakan atau disebarkan hari ini, bakal berlaku pada masa hadapan, adakah individu yang pernah terkena ini akan percaya? Pisang takkan berbuah dua kali.
Tambahan pula jika ianya berkaitan dengan nyawa. Bayangkanlah....
Oleh yang demikian, sebelum membuat atau bertindak sesuatu, pikirlah betul-betul. "Think Out Of Box"
Renung-renungkanlah.......