
Untuk episode 5 juga masih memaparkan bagaimana Luke yang berlatih dibawah seorang Master Jedi Yoda. Episode ke-6, Luke Skywalker telah bergelar sebagai Jedi Knight. Namun setelah mengetahui Darth Vader adalah bapa kandungnya, Luke berazam untuk mengembalikan ayahnya ke jalan yang baik. Diakhir cerita, kita dapat saksikan bagaimana seorang ayah yang tidak sanggup melihat anaknya disiksa berubah menjadi baik untuk menyelamatkan anaknya walaupun terpaksa bergadai nyawa.
Namun, apa yang dapat ditafsirkan, samalah seperti pepatah melayu “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Anakin Skywalker a.k.a. Darth Vader walaupun telah sedar akan kesilapan yang telah dilakukan namun dia tidak berkesempatan untuk bersama dengan anaknya dengan lebih lama akibat daripada menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan anaknya.
Selain itu juga, pengajaran yang baik yang dapat kita ambil ialah kesungguhan dan ketabahan seorang anak. Walaupun Luke tahu yang bapanya jahat, namun jauh disudut hati masih yakin bahawa masih ada yang baik dalam diri bapanya. Dengan itu, Luke tidak putus asa untuk memujuk walaupun dengan nyawanya sendiri. Akhirnya, segala usaha menemui kejayaan walaupun untuk seketika.
p/s: Yang baik kita ambil, yang tak baik kita buang………