Monday, August 31, 2009

IS HE/SHE IS TRULY MY FRIEND???

"Everyone we meet has something to teach us." - unknown

===============================================================================================================

Sesuatu yang boleh difikirkan. Adakah kamu seorang rakan yang baik..............?

Ciri-cirinya:

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan,tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda.Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

.

Wednesday, August 26, 2009

LAMAN WEB RASMI TEAM TACT...

Setelah hampir sebulan, saya cuba dan belajar untuk meng'update'kan laman web portal rasmi TEAM TACT. Banyak juga yang perlu saya explore. Banyak try and error yang saya buat.

Apa yang istimewa? Anda boleh mendaftar menjadi member dan berkongsi idea serta komen bagi sama-sama membangun dan memajukan lagi laman web tersebut. Dalam laman tersebut juga menawarkan pakej-pakej istimewa untuk para pengunjung. Nak tahu lebih lagi, silalah ke www.teamtact44.com ....
.

PADAH TAK PAKAI YANG DISEDIA....

Baru sebentar tadi saya dipanggil oleh Abg. Rosli, opis mate saya.

"Sir, kejap. Hang tengok tu, ada accident. Mati aku rasa..."

La, ingatkan kenapa. Rupanya nak tunjuk accident betu-betul depan opis kami, kat dalam highway federal. Saya dengan pantas, masuk bilik dan mengambil kamera Nikon Coolpix P80 dan terus zoom in kepada mangsa yang terbujur kaku di atas permukaan jalan raya. Tak sampai 5 minit, keadaan ditempat kejadian menjadi begitu sesak. Itulah tabiat rakyat Malaysia, bila ada accident semua pakat nak tengok, bukan nak tolong. Lepas tu bikin jem tak pasal-pasal.


Saya mula terpikir, macam mana la waris nak claim kalau kes masuk court. Mana taknya, mangsa naik motor, tapi accident kat jalan raya utama. Padahal ada jer 'Laluan Khas Motosikal'. Kenapa tak guna? Sebab tak boleh nak laju? Sebab nak cepat? Last-last nyawa sendiri yang melayang. Berbaloi ke? Bukan niat untuk menyalahkan mangsa walaupun mangsa sebenarnya salah, tapi kita kena la pakai apa yang telah disediakan. Ada sebab-musabab semua tu. Memang tak dinafikan, kat laluan motosikal pun ada juga kemalangan tapi peratus kehilangan nyawa terlalu kecil kalau nak dibandingkan atas jalan raya utama. Tambahan pula sekarang dah dekat dengan musim perayaan. Alamat meningkat lagi la kes-kes kemalangan sekiranya ciri-ciri keselamatan tidak diambil kira semasa memandu atau menunggang.



"Pandu, tunggang dan jalan dengan selamat. Anda Mampu Mengubahnya...."
.

Sunday, August 23, 2009

TAHNIAH ADIKKU...

Adik bongsuku, Syarifah Noor Foo bt. Mohamad Foo, telah berjaya menamatkan pengajian dalam Diploma Kejururawatan setelah tiga tahun di Kolej Kejururawatan Kuantan, Hospital Tunku Ampuan Afzan, Pahang Darul Makmur pada 14 Ogos 2009. Lepas ni tunggu posting saja.
P/S: Sori tak dapat hadir sama dan jugak aku lambat published. Anyway, Tahniah. Nanti balik raya claim.....
.

P1 W1MAX

Semalam, rumah saya telah dipasang P1 w1max. Lepas ni, leh la selalu melayari internet di rumah. Kelajuan pulak lebih laju dari broadband Celcom dan Maxis. Kira ok la. Lepas ni senang la nak download Naruto Shippuden. Hahaha....

Baru sehari pasang, housemate saya, Sophian Atey, meminta saya mengajarnya macam mana nak buat blog. Bertambah sorang lagi bloggers dalam rumah ni. Bila dah lama berblog, hampir terlupa macam mana nak buat balik. Terpaksa saya explore dulu, baru boleh bagi tunjuk ajar. Diharap kawan saya ni akan terus berblog, dan tak akan biarkan blognye bersawang....
.

Friday, August 21, 2009

PENGUMUMAN......

Penyimpan Mohor2 Besaq...Yang Besaq Kepala, dengan ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua ... untuk sebulan (No Overtime!! and No Replacement!!!). Maka dengan ini ingin diberikan sedikit pesanan kepada MANUSIA :
- Kalau dok beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak, bukan yang suruh!!!
- Kalau ada Runner dok tolong beli bekalan, memang tak dak kena mengena dgn !!!
- Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat, bukan yang dok bagi hampa MALAS tau!!!
- Kalau dok pakai terdedah sana-sini, bukan yang suruh dan bukan yang suruh tengok..!!!
- Kalau dok pi berkepit sana-sini dengan marka siang malam, bukan yang bagi line!!!
- Kalau dok boros sangat shopping raya, bukan yang suruh!!!
- Kalau dok tak habis2 mengata orang, bukan yang bagi idea!!!
- Kalau tak habis2 dok berdengki kat orang, memang bukan yang dok cucuk!!!
Maka MANUSIA, ambillah peluang ini untuk UPGRADE kan diri anda, KENALI lah diri anda, BERBUAT BAIK lah dan SUCI kanlah diri anda. Kumpulkanlah pahala sebanyak mungkin.....Renungkanlah.....Adakah masa ini yang paling sesuai untuk BERUBAH atau Anda masih menunggu!!!!...Tunggu sapa lagi.....Jangan lupa bayar Zakat Fitrah tau!!!.....Ada juga yg dok merungut zakat mahal .....Ini pun tak dak kena mengena dgn tau!!..... Tolonglah Manusia ooiii.......Kalau semua dah beriman dan ikut jalan yang benar...kami punya kerja pun kurangla sikit....Kami pun dah letih Overtime....
Akhir kata - SELAMAT BERPUASA Dan BERIBADAT.....
We will be back to office after Ramadhan ....he..he
.

Thursday, August 20, 2009

EscapExplorExperience KAPAS 09

Salam, 14 – 19 Ogos 09 yang lepas, saya dan rakan-rakan alumni yang lain telah berangkat ke Pulau Kapas untuk mengendalikan perkhemahan akhir pelajar Ijazah Pengurusan Sukan 221 dan Diploma Pengajian Sukan 113 PLK-PDRM & e-PJJ. Seramai 41 pelajar ijazah dan 24 pelajar diploma Berjaya menamatkan perkhemahan akhir mereka tanpa sebarang kejadian yang tak diingini berlaku, Alhamdulillah. Namun di sepanjang tempoh perkhemahan pelbagai aksi dan perkara yang terjadi. Ada yang sedih, ada yang gembira,dan ada jugak yang tak berapa nak sempoi terjadi.

Dalam perkhemahan kali ini, saya diberi tugas untuk menjaga Navigasi dan Abseiling. Alhamdulillah semuanya selamat walaupun aktiviti Abseiling tidak dapat dilakukan di tempat yang sepatutnya, namun dapat juga saya memberikan sedikit tunjuk ajar dan teknik untuk set-up kepada para peserta. Navigasi pula, tak semua yang dapat melengkapkan task. Tetapi Alhamdulillah, pada hari terakhir aktiviti semua peserta ijazah dapat melengkapkan kesemua task yang diberi dan yang paling penting semuanya telah berjaya menawan puncak paling tinggi di Pulau Kapas.


Perkhemahan kali ni juga menampilkan kemunculan semula seorang alumni PERLU yang telah mengalami kemalangan pada awal tahun ini iaitu saudara John. Memang dari pemerhatian saya menampakkan beliau seolah-olah melepas rindu untuk beraktiviti outdoor. Walaupun kaki kanan beliau belum sembuh sepenuhnya, namun komitmen yang diberikan amatlah tinggi. Yang aling tidak boleh dilupakan adalah hasil tangan John memasak. Memang tak disangka selepas berehat beberapa bulan, teknik dan kepakaran memasak beliau semakin mantap dan sedap. Memang amat memuaskan hati pelanggan. Bukan saja memasak, beliau juga turut menyertai beberapa aktiviti dan bertindak sebagai paparazzi dalam dinghy. Cayalah lu John. .....
Selain itu, ada juga perkara-perkara yang berlaku berada diluar kawalan dan dan perancang sehingga menyebabkan sedikit kerugian. Bukan pada perkhemahan, tetapi kepada beberapa individu yang terlibat. Dalam kejadian tersebut, saya merasakan perlunya ada sikap bertanggungjawab terhadap harta benda sendiri. Bukan niat untuk menyalahkan sesiapa, tetapi sendiri barang tu, sendirilah jaga. Kalau berlaku sesuatu biar diri sendiri yang bertanggungjawab. Janganlah sampai orang lain terasa bersalah dan kerugian. Tapi apa nak buat bukan kita yang menentukan. Mungkin ada yang akan terasa, tapi ini adalah pandangan peribadi saya sendiri. Maaf……

Kepada pelajar Diploma PLK-PDRM dan e-PJJ pula, walaupun kebanyakkan daripadanya sudah agak berumur, namun komitmen dan tanggungjawab yang diberikan tidak boleh dipertikai. Pada mulanya saya merasakan mungkin saya susah untuk memberi arahan kepada mereka (maklumlah, rasa hormat), namun atas dasar niat untuk memberi tunjuk ajar saya kuatkan diri. Alhamdulillah, respon yang diberikan amat bagus sekali.

Kepada BOSS, jutaan terima kasih diucapkan kerana masih sudi menjemput dan percaya pada saya untuk mengikuti dan mengendalikan perkhemahan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada para peserta yang memberi kerjasama hingga tamatnya perkhemahan. Saya mintak halal makan minum sepanjang program dan saya juga menghalalkan sekelumit ilmu yang sempat saya kongsi bersama peserta semua. Saya juga mendapat ilmu baru ketika di sana. Jumpa lagi di final camp seterusnya. Amin…….

.

Thursday, August 13, 2009

MATSUSHITA...

Salam...
Semalam selepas kelas Bubble Maker saya menerima panggilan dari bekas Presiden Pertama PERLU UiTM. Beliau memberitahu bahawa dia memerlukan pertolongan untuk handle management games untuk pemain-peman sepak takraw Sime Darby di Kompleks Sukan Matsushita, Seksyen 21. Saya ditemani Farah (student praktikal) pun pergi ke sana pada pukul 1.30 petang. Yang best tu, ada 4 orang pemain dari Thailand. Selamatlah dalam 4 orang tu ada seorang yang paham bahasa Inggeris. Kalau tak "sawadikap" ngan "kapkunkap" ja yang aku sebut. Alhamdulillah semua pemain tersebut dapat mengikut rahan dan enjoy dengan aktiviti yang saya handle. Mengikut kata Abg Adabi, mereka semua baru kenal tak sampai 24 jam lagi. Tapi selepas beberapa aktiviti dilakukan, mereka semua nampak lebih mesra dan ramah sesama sendiri apabila memperkatakan semula tingkah laku dan perkara yang berlaku semasa melakukan aktiviti. Yang paling saya respect adalah pemain dari Thailand. Ketika melakukan aktiviti Trust Circle dan Trust Fall (uji kepercayaan terhadap rakan-rakan) mereka dengan yakin menjatuhkan diri dan percaya bahawa rakan mereka akan menyambut walaupun baru saja berkenalan. Bukan saya nak merendahkan pemain tempatan, tetapi sikap percaya pada rakan agak kurang berbanding dari pemain Thailand. Setelah pukul 4, saya menamatkan aktiviti bersama mereka.




..



Friday, August 7, 2009

THINKING.....

Sebenarnya saya dah macam kehilangan idea nak tulis pasal apa. Mungkin agak busy dengan kerja. Kekadang duduk sesaja memikirkan apa yang nak ditulis. Tapi still tak der idea.

Oh, idea, datang la mencurah-curah ke dalam kepala otak aku ni. Baru boleh nak berkarya....



Adoiyai.....

Tuesday, July 28, 2009

SAMA TAPI TAK SERUPA...

Mungkin ada yang perasan, mungkin ada yang tak. Tapi saya jumpa seorang ni masa saya bawak group buat program kat Bukit Cerakah. Bila diamati dah macam yang saya kenal. Habrina Aziz. Kawan-kawan tengok la, sama ka dak????

.

Sunday, July 26, 2009

KEHORMATAN KAMI, PERMAISURIKU......

"KEHORMATAN KAMI, PERMAISURIKU" Itulah maksud disebalik nama anak buah saya. Setelah 20 hari kelahiran, baru saya berkesempatan untuk pergi melawat anak buah saya yang baru lahir di Kelantan. Dengan perjalanan yang mengambil masa hampir 9 jam dari Shah Alam, saya tiba di Kota Bharu pada pukul 5.30 pagi. Disamping melawat anak buah, saya juga sempat melawat keluarga mertua adik saya. Kali ini saya terasa amat rugi. Kalau tak disebabkan demam dan batuk yang belum cukup sembuh, dah tentu saya berkenduri buah-buahan disana. Apabila dihidangkan durian dan rambutan, saya terpaksa menolak disebabkan belum cukup sihat. Rugi sungguh....


.

Saturday, July 25, 2009

LUCKY ME....

Pada hari Selasa yang lepas, tanpa diduga saya telah diserang sakit sengal-sengal sendi, batuk berkahak, terasa sejuk melampau, pening dan demam. Dalam hati cuba bertahan dan memujuk, "kejap je kut". Tapi malangnya ianya berlanjutan sehingga beberapa hari berikutnya. Alamak, takkan kena H1N1 kut? Saya cuba untuk tidak memikirkan ke arah itu dan hanya beranggapan demam biasa. Mulanya tak mahu nak ke klinik untuk berjumpa doktor (paham-paham la kenapa), tapi apabila dipaksa oleh orang tu, pergi jugaklah. Dah sampai klinik, ramai pulak yang dah beratur tunggu giliran. Dalam masa menunggu tu, ramai jugaklah yang batuk-batuk, demam. Hati terasa semakin risau. Tiba giliran saya dipanggil. Setelah beberapa prosedur pemeriksaan dilakukan, Alhamdulillah, saya bebas H1N1, hanya demam biasa saja. Sekarang demam dah kebah. Tapi demam saya berjangkit pulak kat orang tu. Sian dia......

Monday, July 20, 2009

TERASA LAIN....

Dulu sangat rapat satu sama lain, sangat mesra satu sama lain, sangat menghormati satu sama lain, sangat bersimpati antara satu sama lain, sangat transparent antara satu sama lain, sangat tak berkira antara satu sama lain, sangat slumber antara satu sama lain, sangat sempoi antara satu sama lain, sangat bantu-membantu antara satu sama lain......

Tapi sekarang terasa lain, tidak serapat, semesra, menghormati, bersimpati, transparent, seslumber, sesempoi, membantu satu sama lain seperti dulu.....Terasa seperti orang luar dan tak dikenali...Yang mencari dilupa, yang mendapat dilebihkan...

Mungkin kerana sesuatu, atau pun satu perkara. Hati mula terasa bagai kacang lupakan kulit dan tanah yang telah mewujudkan sebutir biji kacang, serta terasa ingin membalas. Tapi tidak, biar masa yang mengajar dan memberi petunjuk kepadanya.....
Bukan memohon, bukan merayu, cuma mahu diingati, sudah memadai.......
.

Friday, July 17, 2009

MEOW....


Boy, Ning, dan Teh adalah antara nama yang pernah saya gunakan untuk KUCING peliharaan saya. Saya ni sebenarnya seorang yang sayang sangat sama kucing. Cukup pantang kalau nampak orang buat kucing tu tak tentu hala. Dari kecil lagi saya membesar bersama kucing. Cuma sekarang ni jer tak sebab budak rumah ada yang tak suka kucing. Cinta Kinabalu pulak takut kat kucing. Pernah dahulu saya menyelamatkan nyawa seekor kucing yang hampir mati tercekik tulang. Saya takkan lupakan peristiwa itu sampai bila-bila.
Pada mulanya saya melihat kucing itu terbatuk-batuk dan seperti cuba mengorek mulut dengan kaki hadapannya. Lama-kelamaan saya lihat ia mula baring dengan keadaan mulut dan lidahnya bertukar ke warna biru. Alamak, mesti ada something wrong. Saya kemudian dengan perlahan cuba untuk mendekati kucing tersebut. Kalau tak silap saya, kejadian itu berlaku ketika saya berumur 12 tahun. Dengan berani saya cuba membuka mulutnya untuk melihat apa yang tak kena. Rupa-rupanya ia tersangkut tulang. Saya cuba untuk mengelurkannya dengan menggunakan tangan saya sendiri. Tetapi, mungkin kerana sakit, kucing itu meronta-ronta dan secara tak sengaja mencakar tangan saya. Dapat la saya stripe free. Saya masih berfikir macam mana untuk menyelamatkannya. Dengan tak semena-mena saya terfikir untuk membalut seluruh badan kucing tersebut dengan selimut. Senang sikit nak pegang tanpa dicakar. Saya kemudian memeluk kucing tersebut dan dengan pantas saya memicit mulutnya supaya ternganga dan dengan menggunakan jari kecil saya ketika itu mengeluarkan tulang ikan yang tersangkut di tekaknya. Alhamdulillah, kucing itu selamat walaupun terdapat sedikit luka di tekaknya. Tapi sayang, kucing tu tak lama dengan kami sebab mati kemalangan. Biasa la kucing jantan. Merayau cari pasangan, dah kena berkubur atas jalanraya.

Ada juga satu kes lagi dimana kucing lain yang kami pelihara kena patuk ular rasanya. Bahu sebelah kiri mula bernanah dan sel-sel kulit serta isi mati perlahan-lahan sehingga boleh menampakkan tulang. Kami cuma sapukan ubat luka dan balut sahaja kerana menyangkakan cuma luka biasa. Dua minggu kemudian kucing itu menemui ajalnya.

Ada seekor kucing lain yang pernah kami bela ni pelik sikit. Semua ia makan. Makan goreng pisang, jilat sambal belacan, makan ulam, durian dan macam-macam lagi. Tapi tak lama kami bela sebab ia betina. Mak tak suka. Maka terpaksalah buang kat tempat lain.

Satu benda yang selalu saya buat bila nak bagi kucing makan ialah saya akan cuba menyediakan makanan kucing sesedap yang mungkin. Saya akan ambil segenggam nasi, dimasukkan kedalam mangkuk, ambil sesekor dua ikan goreng. Kemudian saya akan asingkan tulang dan isi. Tulangnya saya buang, pakai isi sahaja. Kemudian saya gaulkan nasi dan lauk serta tambahkan sedikit kuah. Last sekali saya akan rasa sedikit makanan tu, kalau sedap baru saya akan bagi kucing makan. Yang bestnya, kalau saya buat macam tu, makanan itu akan habis licin dijamah kucing.

Sekarang ni, cuma tinggal Ning saja kat umah. Setiap kali balik saya akan tidur ngan Ning. Sedap tau kalau tido ngan kucing. Ada yang kata, kucing boleh buat kita dapat penyakit lelah. Tapi Alhamdulillah kami sekeluarga tak der. Mungkin dah rapat sangat dengan kucing kot.

Yang penting, jangan kita dera kucing dan juga binatang yang lain. Ini kerana ia juga adalah makhluk Tuhan yang berhak hidup di muka bumi ini. Sejak dari dulu saya masih berpegang pada Persetiaan Pengakap yang ke-Enam (Kasihkan Binatang)

.

Tuesday, July 7, 2009

CUCU SULUNG



6 Julai 2009 adalah tarikh yang cukup bermakna bagi keluarga saya. Semalam adik lelaki saya dengan rasminya bergelar seorang Ayah. Adik ipar saya, Noor Anis, telah selamat melahirkan anak perempuannya secara normal pada pukul 3.45 petang seberat 2.2 kg di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan. Secara tidak langsung juga saya juga mendapat anak buah yang pertama dan bergelar Pak Long kepadanya. Saya bila pulak? hahahaha......






.