Thursday, August 25, 2011

2nd ROUND...


Teringat kisah muda remaja, baru minggu pertama puasa, geng-geng aku dah kalut redah hutan cari buluh. Bahagi tugas, sorang tebang, seorang cantas, seorang potong, dan seorang lagi pergi beli kabat (carbaid). Semua pakat tak sabaq nak dengaq bunyi dentuman meriam buluh yang dibuat. Hasil tunjuk ajar Pak Cik Nordin, ayahnya kepada Dasa, meriam di set up mantap. Guni kain sebagai lapisan pertama, diikuti oleh ikatan dengan menggunakan tiub tayar di setiap ruas buluh. Lubang kecil ditebuk berhati-hati supaya buluh tidak terbelah. Tin milo kecil dicari sebagai tempat mengisi kabat. (aspek keselamatan tidak dilupakan)



Hari semakin gelap, waktu berbuka tak sabar dinanti. Selepas berbuka, kami ke Masjid Simpang Empat. Setelah menunaikan fardhu Isyak, ramai-ramai ikut jalan belakang ke belakang rumah Dasa. Sebelum sampai ke destinasi, kami dah mula rasa tercabar dek dentuman meriam yang kedengaran dari jauh yang datangnya dari Kampung Parit Satu. Sampai saja port, masing-masing mengeluarkan meriam masing- masing. Tak sabar nak dengar bunyinya. Kuat atau tidak. KEDEBOOOMMM... wah! masing-masing tersenyum lebar, hasil usaha menjadi... Peperangan berterusan sampailah malam raya....

Itu dulu... sekarang dah tak main dah meriam ni, alhamdulillah sepanjang kami bermain meriam
dulu tak lah ada sebarang kecelakaan...

(dari google image)

(dari google image)

Hari ini, aku beralih kepada EVOLUSI MERIAM... tahun ini tahun kedua aku bakal menghadapinya. MERIAM KAMPUNG TALANG...... Keistimewaan acara ini ialah meriamnya... Bagaikan pesta apabila 6 kampung berhampiran berlawan antara satu sama lain dengan menggunakan meriam yang bersaiz Nala (kata orang Penang) ataupun mega. Pertama kali mendengar dentumannya terasa bagaikan nak gugur jantung. Kawasan sawah padi dipenuhi pengunjung setempat dan luar. Dari yang paling kecil sampailah yang paling tua.

Individu yang jadi guide, Apit Clifford


Acara ini mendapat perkenan Sultan Perak dan hanya diberi permit untuk bermain bermula dari pada pukul 12.00 tengah malam hingga ke pukul 6.00 pagi sahaja pada malam hari raya pertama setiap tahun. Yang mengjutkan lagi, ada kampung-kampung yang sanggup membuat kutipan wang untuk digunakan sebagai perbelanjaan bagi menjayakan acara ini. Ada juga VIP-VIP yang menaja dari segi kewangan dan bahan letupan (Kabat).

Yang berjaya memberanikan diri untuk berada di celah-celah meriam... Rostam dan Aku


Yang mampu tengok dari jauh (tak la jauh sangat) Epoi dan Kamal

Memang meriah...... Insyaallah, tahun ini, lebih ramai kenalan yang akan saya bawa untuk merasai pengalaman peperangan MERIAM MEGA KAMPUNG TALANG.....Jom, kepada sesiapa yang berminat, mari kita serang Kampung Talang, Kuala Kangsar pada malam raya ini.....
.

Monday, August 22, 2011

MACAM TAK CAYA....


Dulu, tengok tengok saja. Sekarang kena lalu, kena pilih, kena pegang, kena cuba, kena cuba, kena beli.... DLL.... Dulu, seorang, kemudian berdua, coming soon bertiga.... hehehehe...


.

Sunday, August 14, 2011

PILIH KEKASIH????

Situasi 1:

Pernah tak anda terlihat @ ternampak @ menyaksikan kereta anda @ sesiapa sahaja di tow oleh pihak berkuasa disebabkan kesalahan parking? Kena pulak kereta yang kena tow tu kereta tempatan? Kena pulak di sebelah kereta yang kena tow itu, turut melakukan kesalahan yang sama tapi tidak diambil tindakan? Kena pula kereta yang tidak diambil tindakan itu kereta import @ kereta mewah @ kereta mewah import yang besar? Apa rasa?


Sila KLIK untuk ketahui cerita salah seorang daripada mangsa PBT (terjumpa masa nak cari gambar)

Situasi 2:

Lokasi: Worldwide Business Center, Seksyen 13 (Opis TeamTACT)
Masa: 10.45 am

Semasa saya nak naik ke opis, saya terpandang ada dua buah kereta parking ditempat yang sepatutnya salah. Ada satu kereta bukan buatan Malaysia dan satu kereta buatan Malaysia. Yang peliknya , kereta buatan Malaysia tuh ada tiket parking tapi ada surat SAMAN terselit di wipernya manakala di kereta bukan buatan Malaysia itu tak ada tiket parking dan tak kena apa-apa? Memilih Betul.......



Mengapa kejadian @ situasi ini sering berlaku? Kenapa PBT kadang-kadang ada sikap pilih kasih? Adil ka benda macam ni? Yang kaya tak diendah, yang tak kaya dok cari salah? Tiada KEADILAN dalam melaksanakan tugas......
.

Wednesday, August 10, 2011

BARU, YANG PERTAMA KALI...

Tahun ini banyak yang baru dan pertama kali aku tempuhi. Bermula dari kehidupan aku yang disinari cahaya seorang peneman hidup bergelar isteri dan aku bergelar suami. Tak disangka-sangka, macam satu mimpi. Banyak yang aku perlu pelajari dalam menempuhi alam kehidupan yang baru ini. Apa yang penting? SABAR... alhamdulillah aku dapat tempuhi setakat ini dan berharap ianya berpanjangan hingga akhir hayat...

Julai lepas aku ke Miri, bercuti bersama si isteri tercinta. Berpijak sahaja di Bumi Kenyalang, si dia mula rasa tak selesa, tak berapa sihat. Bila naik kereta, tengok je jalan raya, pening. Asal tgk jalan raya, pening. Nasi dah tak boleh nak masuk, kalau masuk jugak mestii keluar balik. Tetiba plak tak suka makan ayam. Lein macam terdetik dihati. Bercerita kepada Apiz, 'dah ada la tuh' katanya...
Balik daripada Miri, aku terus bergegas ke Tasik Chenderoh, Perak meninggal si isteri yang tak berapa nak sihat kerana ada program di sana. 22 Julai 2011, 4.30pg, aku terima panggilan dari isteriku mengatakan dia positif. Dalam mamai-mamai aku tak terjawab apa.
Paginya baru aku terasa macam tak percaya, namun syukur di atas anugerahNya. Pertama kali aku akan bergelar seorang bapa, Insyaallah...

Tahun ini juga merupakan tahun pertama aku berpuasa bersama si isteri. Namun si dia tak terlayan dek kerana kurang sihat dan loya (biasala, mengandung). Aku yang telah biasa dengan kerja-kerja dapur dan memasak, kekadang menyediakan hidangan untuk kami. Kadang-kadang tu beli kat bazaar Ramadhan gak....

Moga isteriku sihat dan selamat melahirkan generasi FOO yang ke 3...Insyaallah.....
.

Monday, August 1, 2011

SAMPAI SEMUA...

Alhamdulillah, impian untuk kakiku berpijak di semua 13 negeri dalam Malaysia telah tercapai. Negeri terakhir yang aku sampai adalah Sarawak Bumi Kenyalang. Sejak Dari sekolah rendah lagi aku menyimpan hasrat ini. Dikala dulu aku tidak berkemampuan untuk makan angin, waima untuk mengikut rombongan sekolah mengadakan lawatan sambil belajar, tapi kini aku impian yang telah lama disemai.

Selepas ini, aku ada target baru. Pulau-pulau peranginan di Malaysia.

Pulau Langkawi = visited
Pulau Tioman = visited
Pulau Pangkor = visited
Pulau Redang = visited
Pulau Kapas = visited
Pulau Perhentian = coming soon
Pulau Sipadan = coming soon
Pulau Mabul = coming soon
.

Sunday, July 3, 2011

BERTIMPA-TIMPA, TAPI REDHA...

Satu

Dalam kelam-kabut membuat persediaan untuk program ke Pangkor, kami menerima panggilan menyatakan enjin bot yang kami pesan menghadapi masalah teknikal dan tidak dapat dihantar mengikut masa yang telah dirancang. Namun apabila masing-masing memerah otak, jalan penyelesaian akhirnya tiba. Alhamdulillah...

Dua


Si isteri menunggu lama untuk makan malam bersama. Janji temu dibuat di kedai makan Wira Sejati. Pesanan dibuat. Hanya menunggu hidangan sampai untuk dijamah. Hajat nak naikkan mood si isteri yang tadi lama menunggu dengan hidangan makan malam sebelum bertolak ke Pangkor. Tiba-tiba telefon berdering. Soalan pertama diajukan "Sir, hang dah lekatka blm roadtax lori?". Alamak, sekali ada kat aku lagi da.... Cepat-cepat call ajoi tanya kat mana. Nasib baik baru sampai Puncak Alam. Dengan rasa penuh rasa bersalah, aku terpaksa mengundurkan diri walaupun belum sempat makanan yang aku order sampai. Hanya sempat berpesan kepada isteri tolong bungkuskan makanan yang aku order td.

Tiga


Selapas roadtax lori dihantar, semasa perjalanan pulang, Lagu yang biasa kedengaran "Sayang Kinabalu" berbunyi menandakan orang rumah call. Dengan suara yang agak lantang, si isteri bertanyakan sama ada aku ada menutup paip air atau tidak. Satu rumah dah jadi kolam. Abis semua baju yang telah aku susun di hall rumah untuk ku bawa ke Pangkor habis basah. Semasa memandu aku dah jadi tension. Apalah nasib badan, lepas satu, satu yang jadi. Dengan rasa bersalah dan letih, sesampainya di rumah, aku mengeluarkan baju t-shirt lama aku. Aku basahkan dan perah semula ke dalam baldi untuk mengeringkan kawasan yang bertakung. Mode masa tu, relakan je la dalam keadaan lapar, dah memang salah aku..... makanan yang dibungkus tidak disentuh sampailah semuanya selesai lebih kurang pukul 1 pagi. Baru dapat lelapkan mata. Maafkan abang, sayang...

Empat


Pukul 3.00 pagi aku bangun, bergegas ke Hentian Putra untuk pick up enjin yang baru sampai dari Kuala Berang dan seterusnya menuju ke Lumut. Enjin dihantar untuk diperbaiki. hampir pukul 5 petang kami mula masuk ke Teluk Segadas, Pangkor. Barang diangkut. Setelah lama menunggu, bot belum kembali. Rupa-rupanya ombak besar di sebelah sana. Itu pun tahu setelah cubaan kol banyak kali dibuat. Ayu yang menjawab. "Abg yasir, ada berita tak baik, Laptop Abg Yasir kena air laut, Kami tengah cuba selamatkannya". Ya Allah, habisla aku... Sesampainya di camp site, terus aku meluru untuk melihat keadaan laptop. Beg aku tengok bergantung, menitik-nitik air laut. Laptop aku nampak mengiring dalam keadaan terbuka. Ada terlintas untuk aku bilas dengan air bersih, tetapi hati ini merasakan lebih risau kalau menambahkan kerosakan. Setiap lubang di sekeliling laptop aku sedut. Semuanya terasa masin. Dalam hati dah rasa tak sedap hati. Apa aku nak cakap kat tuan empunya laptop ni. Aku berserah.

Lima

Setelah balik dari Pangkor, laptop dihantar terus untuk dibaiki. Apa yang melegakan, hard discnya masih lagi berfungsi. Aku tinggalkan untuk diperbaiki. Namun yang lebih menghancurkan hati ini, mamat kedai yang baru dihubungi mengatakan "Bang, laptop dah total lost, dah boleh claim insuran"..... Tapi aku masih mahu mencuba di kedai lain. Mana lah tahu boleh buat. Sebab aku dah janji......

Semua yang berlaku aku hadapi dengan redha. Mungkin Dia cuba menguji diri yang lemah ini. Mungkin yang terjadi ada hikmah disebaliknya...... Aku terima......

p/s: semua gambar sekadar hiasan...

SEPI...

Dah lama sangat saya rasa meninggalkan laman blog ni. dah dua bulan tak dak entry yang baru. Kesibukan dalam melangkah ke alam kehidupan yang baru dan kerja mungkin menjadi penghalang. Tak kurang juga kekeringan idea untuk dihamburkan dalam blog ini. Namun itu semua alasan. Hehehe... Banyak yang berlaku kebelakangan ini. Ada suka dan duka. Ada yang bahagia. Macam-macam. Akan aku coretkan satu persatu..........

Wednesday, April 27, 2011

SINGGAH SEMBANG...

Tatkala aku baru hendak memulakan kerja membasuh khemah di rumah 8, sedang aku mula mengasingkan khemah, aku terlihat sebuah kereta Proton Iswara bewarna biru muda lalu sambil pemandunya menjeling pelik melihat kawasan halaman rumah 8. Selang 5 minit kereta tersebut berpatah balik, teruih ja parking belakang BBL.


Salam diberi tanpa pengenalan diri. Terus aku diajukan soalan berkaitan PFD yang berlonggok di bucu pagar. Ditanya sama ada PFD itu untuk dijual. Dengan pantas jawapan "TAK" diberikan. Hamba Allah berkenaan memulakan cerita dengan mengatakan beliau adalah bekas seorang kelasi kapal untuk MISC. Bertanggung jawab menjaga rumah api. Sebab tu dia agak berminat bila melihat PFD. Mainannya dulu katanya. Agak rancak situasi penceritaan yang disampaikan. Bermacam cerita dilemparkan. Ada nasihat, ada pengajaran.


Berasal dari Terengganu, namun nama masih belum diketahui. Cerita beliau mengisahkan pengalaman hidup sebagai seorang kelasi kapal. Pernah ditahan @ di 'hi-jack' Geng Abu Sayyaf ketika berada diperairan labuan. Ditahan di Kampung Batu. Pernah mencuba segala macam jenis dadah, arak dan perempuan serata dunia. "Biasala, kelasi kapal" itu ayat yang selalu diselitkan.

Namun, dibabak akhir cerita ada sesuatu yang agak mengejutkan. Peristiwa berlaku di Pulau Tioman, ketika kapal berlabuh di perairan. Dari ufuk ternampak satu kapal samudera lama dengan laju menuju ke arah kapal beliau. Dari pengamatannya, macam kapal Malim Deman. Salah seorang pendakwah yang menyebarkan Agama Islam di Tanah Melayu katanya. Anak kapal kelam kabut untuk mengangkat sauh yang dijatuhkan bagi mengelak dari dilanggar. Namun ketika itu, masa seperti bergerak terlalu perlahan. Tak sempat mengubah kedudukan kapal, kapal yang dikatakan milik Malim Deman ini terus melanggar kapal yang dinaiki. Namun ajaibnya, kapal mereka sedikit pun tidak terjejas. Dengan tiba-tiba objek kapal tersebut berubah menjadi cahaya putih menerangi satu kapal. Bermula daripada saat itu, beliau seperti mendapat "NUR" menyedari kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan. Sesampai di darat beliau meninggalkan pekerjaan sebagai kelasi. Mula mendirikan rumahtangga dan mempunyai keluarga.




Agak lama jugak mendengar cerita yang disampaikan. Di akhir pertemuan, aku bertanyakan namanya. ZAKI.......

.

APRIL...





Bulan April, banyak peristiwa istimewa yang aku raikan. 7 April, genap usia aku 27 tahun. 9 April, genap setahun usia pertunangan aku. 10 April, aku diijabkabulkan dengan pasanganku CK, 25 April, genap usia tambatan dua hati dengan CK dan yang paling penting genap usia MAK 66 tahun. Tapi atas desakan kerja dan tugas, menghalang aku untuk membuat coretan dalam blog ni. Terasa rasa kurang post-post baru yang akan memenuhi ruang blog pada tahun ini. Namun aku akan cuba membawa cerita-cerita yang menarik untuk tatapan bersama....


.

Monday, March 14, 2011

ISTANA...



Harap kukuh menempuhi pelbagai halangan....
.

Monday, February 21, 2011

"AGI IDUP, AGI NGELABAN"

Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kemalangan tragis yang menimpa pelumba basikal negara, Azizul Hasni Awang. Walaupun beliau mengalami kemalangan, namun ada yang perlu kita banggakan. Menurut laporan yang tersiar, beliau tetap bangun meneruskan perlumbaan bagi menduduki tempat tempat ketiga seterusnya merangkul juara dunia pada tahun ini. Yang lebih mengejutkan lagi, kemalangan yang dialaminya disedari serius setelah beliau menamatkan perlumbaan dan didapati ada serpihan kayu dari trek menusuk betis kirinya sehingga tembus.

Mungkin beliau sendiri tidak menyedarinya ketika meneruskan perlumbaan kerana kandungan adrenalin yang tinggi ketika berlumba membuatkan beliau tidak merasa kesakitan ketika itu. Namun setelah semuanya tamat, kesakitan mula terasa.

Apa yang boleh diambil di sini adalah masihkah ada wira negara yang sanggup berbuat demikian? Mengetepikan kesengsaraan dan kesakitan demi mengharumkan nama negara?
Syabas kepada Azizul Hasni, anda wira sejati....

.

Wednesday, February 9, 2011

KENA HORMAT KA????

Dalam kehidupan, ada yang baru, ada yang lama.

Dalam kehidupan, ada yang muda, ada yang tua.

Dalam kehidupan, ada yang mulia, ada yang hina.

Dalam kehidupan, ada yang baik ada yang jahat.

Sebagai yang muda harus menghormati yang tua. Tak kira bangsa, agama, budaya dan adat. Hormat tetap hormat. Jikalau tak ada yang lama, manakan wujudnya yang baru. Yang lama memang tidak boleh disangkal, banyak sangat pengalaman dan pengajaran di dada. Tetapi jangan dilupa, yang muda juga banyak pengajaran dan berakal. Dunia sekarang tak macam dulu, pandai dan bijak, dia yang berkuasa. Tapi jangan lupa, hormat orang tua....


Namun, apakan daya kalau yang tua tu pulak mendajalkan yang muda. Kena sabar atau lawan tanpa gentar? Kena hormat atau lipat? Atau yang muda guna kena guna azimat psychology akal untuk mematikan gerak geri yang dah lama berakal?
.
p/s: Pantang tengok orang tak hormat orang tua.
.

Thursday, January 27, 2011

"PAK CIK NI SAPA?"

Semalam malam, tengah dok relax-relax tengok tv, Adli masuk. Kemudian bergegas untuk keluar semula. Bila saya tanya, dia jawab....
"Amir accident"
Saya dan Acap terkejut. Terus membuat keputusan untuk ke hospital Klang. Sampai di sana saya tak sempat nak berjumpa. Saya tanyakan kawannya yang berada kat situ. Kata mereka Amir dah dibawa ke tempat menghala ke Ruang Utama Hospital. Saya dan Acap mengikut laluan yang sama untuk cuba mencari Amir. Kemudian saya ternampak papan tanda yang menyatakan arah ke Bilik X-Ray. Mungkin Amik kena x-ray kut. Sampai di depan bilik x-ray, ada seorang remaja macam tengah menunggu rakannya. Saya memberanikan diri untuk bertanya.
"Salam, dik, tunggu kawan ke?"
"Ha,ah" jawab budak tuh.
"Kawan nama apa?"
"Muzamir"
" Amik ek?"
"Ha'ah, pak cik ni saper?" (antara dengar tak dengar)
"Saya ni housemate dia" (dalam hati dok kata "dia panggil aku pak cik ker?")
Selepas itu Amir keluar dari bilik terlantar atas strecher. Dalam keadaan sedar tak sedar saya cuba untuk berbual dengannya. Kemudian kami membawanya ke bilik rawatan. Alhamdulillah tak ada kepatahan, mungkin ada sikit konkusi dalam kepalanya.
Masa kat luar bilik rawatan, saya bertanyakan kepada Acap.
"Hang dengaq dia panggil aku apa?"
"Pak Cik, hahahaha"
Hantu betoi, ada ka patut panggil aku pak cik. Nampak tua ka aku...???? adoiyai.....
.

Wednesday, January 26, 2011

BOTOL KICAP PUN ADA NAMA!!!

Beberapa hari yang lalu saya pulang ke kampung. Semasa di sana, sempat berborak lama dengan Mak. Ada satu cerita yang agak menggelikan hati tetapi penuh pengajaran. Suatu hari Mak ke Taiping menaiki bas Red Omnibus untuk ke klinik bagi mendapatkan rawatan dan memeriksa status kesihatan mak atau lebih tepat lagi keadaan penyakit kencing manisnya. Dalam perjalanan, seorang mak cik yang duduk dihadapan bangun untuk menekan loceng untuk berhenti, tetapi malangnya loceng itu tidak berbunyi, mungkin rosak. Dengan keadaan kelam kabut mak cik berkenaan menjerit kepada pemandu bas terbabit.


"Woi, berenti woi, aku nak turun ni..."


Dengan pantas, pemandu (India) bas itu menjawab,


"Apa woi, woi... lu ingat aku ni binatang ka, kayu ka, apa ka. Cakap mau baik-baik sikit la..."


Dengan perasaan malu, mak cik tersebut turun sambil memohon maaf kepada pemandu terbabit...





Kes-kes yang macam ni sebenarnya banyak berlaku. Kadang-kadang lebih teruk lagi "gelaran" yang diberi. Sial la, Bodoh la, Babi la dan macam macam lagi. Apa perasaan anda kalau anda yang dipanggil dengan nama-nama sebegitu. Kalau tak marah, memang kayu la. Susah payah mak bapak fikir nak letak nama kita sedap-sedap, dipanggil pulak dengan nama yang macam tuh. Memang la kawan, tapi ada limit. Kekadang orang lain yang mendengar pulak yang merasa kurang senang. Tak dak adap, panggil orang dengan nama sesuka hati.....





"BOTOI KICAP PUN ADA NAMA HANG TAU..."
.

Thursday, January 20, 2011

Lanun Vs Lanun - Episod 1

Alhamdulillah, semalam, setelah lama merancang, akhirnya terlaksana jua. Bermula dengan panggilan telefon, mendapatkan confirmation dari lanun-lanun, satu pertembungan dapat dijalankan di Dusun Ali King Paintball, Gombak. Maka, ramailah lanun-lanun yang dapat turun walaupun tak semua lanun ada kerana ada kekangan masing-masing. Tapi tak mengapa, ini baru episod 1. Perancangan untuk episod 2 masih dalam perjalanan. Nantikan kemunculannya...







Berbagai janji dan peraturan yang dibuat, namun janji tinggal janji... hahaha... biasala, Lanun....



Saya akhirnya berjaya untuk merealisasikan peperangan ini. Alhamdulillah....

p/s: Moral of the story, jangan percaya janji lanun........
.

Wednesday, January 5, 2011

GATHERING 1001 AL-KISAH...

29 Disember 2010 - 1 Januari 2011 aku ke PD dan Melaka. Ada gathering family kedua aku , PERLU. Gathering kali ini adalah gathering yang paling grand pernah aku hadir. Tapi ramai jugak yang tak dapat hadir. Sampaikan ada yang call dari ujung tanah nangis2 tak dapat nak ikut... hehehe.... Kat PD rutinnya, bangun pagi sarapan, swimmig pool, volleyball. Petang, makan tengahari volleyball, swimming pool, lajak sikit ada beach games. Kira fun and leisure gak la. Dah nama pun gathering bukannya team building. Memang best.

Tambah pulak malam pertama ada final kedua Piala Suzuki AFF Malaysia - Indonesia. Gamat suasana meraikan kejayaan pasukan negara menjuarai kejohanan tersebut. Malam kedua dengan sessi makan malam dan karaoke. Tapi yang terkejutnya, ada ka patut backdrop pakai nama aku. Patut tanya la nak letak apa. Dah macam majlis nak rai diri aku plak. Tapi suasana tetap fun, masing-masing nak test bakat sampai ke tengah malam.

Esoknya pulak kami bertolak ke A Famosa Resort, Melaka. Time tu dah ada yang balik, dan ada pula yang datang. Malamnya pi layan Carnival Show kat Koboi Town. Mula-mula layan dengan persembahan Red Indian Main Api, lepas tuh perarakan dan kemudian letusan bunga api. Tapi nak dijadikan cerita, suatu kejadian yang tak diingini berlaku. Bikin Spoiled ja orang nak happy-happy. Mood nak tgk bunga api tahun baru terus hilang. Boleh saman tuh....


Esok pagi pulak kami bergegas ke Safari. Layan 2 - 3 show. Petang mandi waterworld. Dah lama taram.... Kali kedua p baru dapat mandi. Program berganjak sampai ke malam. Layan ikan bakaq pulak kat Umbai. Memang sedap.... Pastu ada la sikit majlis ringkas meraikan 5 alumni punya besday. 1 kek kongsi 5. Sharing is caring... yang tak tahan sekali, yang beli kek tu rupanya beli untuk diri sendiri. hahaha... Dia pun tak tau... aku pun tak tau, semua pun tak tau.... Alhamdulillah program dan majlis berjalan lancar dan menjelang 12 tengah malam kami pun berangkat pulang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Kepada pihak pengurusan tahniah kerana berjaya merancang dan menjalankan program ini. Namun ada aspek-aspek pengurusan yang perlu diperbaiki. Manusia tak sempurna.




P/S: Selamat menyambut hari lahir kepada yang diraikan... Kak Nurul, Kak Ema, Itik, Ayu dan Atiq.... Moga Panjang umor, murah rezeki dan bahagia hingga ke akhir hayat....
.