Tuesday, May 27, 2008

KONVOKESYEN......

Salam semua, hari ini pada tanggal 27 Mei 2007, sahabat-sahabat saya dengan rasminya menjadi siswazah setelah tamat mengikuti Pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Sains Sukan dan Pengurusan Sukan. Tepat jam 3.15 petang saya dan sahabat saya Shawn memasuki perkarangan Dewan Seri Budiman. Tapi sebelum itu, saya terserempak dengan Ibu Bapa sahabat saya Boy. Saya sebagai alumni yang agak tahu selok-belok kawasan dewan itu membawa orang tuanya ke sana. Malangnya Dewan Sri Budiman dah penuh, jadi saya bawa mereka ke Dewan Annex saja. Sambil berjalan saya bertanya mereka dari mana, agak terkejut jugak saya apabila mereka baru sahaja sampai dari Pulau Kapas, Kuala Terengganu. Bercuti katanya di sana. Tapi disebabkan anak mereka konvo hari ini, mereka bergegas dari sana. Begitulah pengorbanan ibubapa kepada anak-anak. Dari jauh sanggup datang.

Selepas rakan-rakan yang lain selesai dengan majlis, semua pakat keluar cari family masing-masing. Teringat saya semasa waktu konvo dahulu pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-67 pada tanggal 15 November 2007. Teringat riak muka ibu saya yang tercinta, menitiskan airmata kerana terlalu bangga dengan anaknya ini. Tapi dalam hati saya masih tidak puas hati kerana tidak mendapat keputusan yang cemerlang (DL). Tapi silap sendiri jugak, sapa suruh main-main masa belajar. Tapi Alhamdulillah saya grad on time. Hahahaa…..tapi harap-harap dapat di tebus pada masa akan datang. Bila? Master kot???? Insyaallah kalau ada rezeki…. Teringin lagi nak sambung ni…. Sampai mati ilmu tak abis dituntut.

Dulu Boy, Abe, Uda, dan lain-lain datang meraikan konvo saya, kali ini saya pula datang untuk konvo diorang. Tapi Abe saja yang belum. Apa nak jadi sahabat aku sorang ni…. Ish ish ish…….

Hari plak saya dengan rela menjadi paparazzi / jurukamera tak bertauliah. Tekan punya tekan, tak sedar bateri dah kong. Adoi yai….. sikit jer boleh snap. In gat dah abis bateri boleh tumpang posing, tapi, ramai kawan-kawan yang konvo dok hulur kamera masing- masing suruh tolong tangkap. Tapi tak pe, kawan-kawan punya pasal. Lagipun, saya suka maik gambar. Tapi tak la pro sangat. Kena menuntut lagi.

Bila dah pegang dua tiga kamera, apa lagi, jari ni asyik dok tekan jerlah. Semua gambar amik, semua posing amik, semua graduan amik…..bedal jer lah labu….hahahaha…. tapi kawa-kawan jangan risau, bedal-bedal pun cantek jugak……

Buat kawan-kawan yang baru konvo, tahniah saya ucapkan. Ini bermakna kita dah jadi graduan siswazah. Gunalah apa yang kita dapat semasa belajar dahulu untuk membentuk kerjaya kita. Dah tiba masa kita balas budi orang tua kita. Jangan lupa bawa imej baik kita sebagai lepasan ijazah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM. UiTM Di Hatiku…..

Salam……………………..





BEBERAPA KEPINGAN GAMBAR MASA SAYA DAN RAKAN-RAKAN SAYA KONVO



ini lah saya bersama ibu dan adik saya ketika saya konvo........




abe dan boy turut hadir meraikan konvokesyen saya dan shawn.....



sahabat dari PERLU yang turut hadir.......



saat menerima ijazah di atas pentas.......



ini pulak masa saya dan shawn datang meraikan
kawan-kawan yang datang pada konvo saya dahulu........



seronok Boy dan Baom dah abih.....
Lan budak rumah pun sempat menyelit......hahaha,,.....



hah, lambung.... tanda dah tamat...
tapi jangan lupa motaboard tu hak milik UiTM.....



saat seorang ayah yang patut berbangga diatas kejayaan anaknya.....


Monday, May 26, 2008

AL-KISAH....... (PART 1)

Salam kepada semua, nak dijadikan cerita, sejarah kala saya mula jath cinta kepada rekreasi. Bermula dibangku sekolah, di Sekolah Kebangsaan Sungai Kepar, Simpang Empat Semanggol, Perak di pimpin oleh Cikgu Fadhil, mendaftarkan diri masuk Pengakap, habis semua keris diambil. Gangsa, Perak, dan Emas. Pergi camping kat sekolah-sekolah. Dah abis sekolah rendah, beralih ke menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mudzaffar Shah, Simpang Empat Semanggol, masuk pengakap jugak. Kali ni dipimpin oleh Cikgu Adli dan Cikgu Hasbullah. Tak semua lencana dapat amik, sebab lebih concerntrate kat hoki. Tapi, ada jugak masa p camping. Hutan pertama yang saya masuk untuk ber ‘camping’ adalah di Pulau Ubi di Tasik Bukit Merah pada tahun 1998 (Tingkatan 2 masa tuh). Memang best. Kenal pulak ngan Abang Saiful kat sana. Dia tu agak rekreasi gak orangnya. Banyak blajar dari dia tentang ilmu hutan ni. Sekarang dah lost contact. Last sekali dengar dia kerja kat Pulau Pangkor. Kalau jumpa sekarang pun, mesti tak kenal.

Habis masa sekolah, masuk UiTM. Pada mula-mula tak cergas pun dalam outdoor ni, still dengan hoki jer sehinggalah saya kena buat praktikal kat Jerejak Resort and Spa, Pulau Pinang pada tahun 2004. Dari situ baru saya kenal apa itu Wall Climbing, Rappelling, Abseiling, Flying Fox dan macam-macam lagi. Masa kat sana saya tuntut ilmu abis-abis. Terima kasih kepada Abang Syam, Abang Faizal, Abang Wan, Ee, dan En Adnan yang banyak membantu dan memberi ilmu kepada saya. Tapi, saya paling berterima kasih kat Abang Sham kerana bagi saya dia yang paling banyak bagi tunjuk ajar, tak pernah lokek bengan ilmu, dengan dia lah saya belajar ikatan pencuri, setting tali, dan macam-macam lagi. Bila dah abis praktikal, saya dah tak pegang benda-benda tali sehinggalah saya sambung ijazah di UiTM Shah Alam. Pada masa yang sama pensyarah En Sadek Mustaffa yang pernah menjadi penyelia semasa saya praktikal di Pulau Jerejak dulu menasihati saya supaya menyertai apa-apa persatuan rekreasi. Katanya ilmu yang saya dapat ketika saya praktikal dulu tak seharusnya lenyap begitu sahaja. Dengan menyertai persatuan, saya boleh kembangkan dan mempertingkatkan ilmu saya dalam rekreasi terutamanya “ High Rope Course”. Memang rope course adalah minat utama saya.

(alamak, macam panjang la plak, tak pe, ni baru part 1. nantikan kemunculan part 2. Tungguuuuuuu……. )

Wednesday, May 21, 2008

KERJA, KERJA, KERJA.......

“pendek kata, selagi tak tutup mata, kerja, kerja, kerja” (kata Labu dalam filem Labu Labi).

Sesampai saja saya pukul 9.00 malam di Shah Alam dari Pulau Tioman, saya terus balik rumah, tapi bukan untuk berehat, tapi kena packing barang untuk bertolak ke Janda Baik, Pahang pada pukul 11.00 malam.. Ini kerana masih ada satu lagi program waterfall abseiling kat sana. Sampai saja kat umah, rakan serumah pun terkejut, baru ja balik dah nak keluar balik. Nak buat macam mana, dah minat. Letih memang letih. Apa boleh buat, minat mengatasi. Tepat pada masa yang dirancang saya, Shawn, Mus dan juga Razif (Boy) bertolak ke Janda Baik.

Pada hari kejadian, tiba masa untuk menjalankan aktiviti. Tapi yang tak bestnya, program itu janjinya pukul 1.00 tengahari, tapi start pukul 3.00 petang. Ini lagi satu sindrom kalangan rakyat Malaysia. Susah sangat nak tepati masa. Bukan apa, mereka sendiri yang rugi. Daripada boleh buat 2 aktiviti, terus satu saja yang boleh buat. Sebab tak cukup masa.

Selepas memberi taklimat, saya membawa group dari seremban memulakan aktiviti trekking ke waterfall 8. Dalam perjalanan Shawn menghubungi saya bahawa rancangan berubah. Tak jadi buat di waterfall 8. Ini kerana trek untuk ke sana telah tertutup dan agak bahaya ubtuk dilalui. Memikirkan apa yang diajar, aspek keselamatan perlu diutamakan. “Safety, safety, safety” (kata HCM). Plan bertukar ke waterfall 6. Mula-mula terpikir gak macam mana nak buat sebab kami tak pernah buat kat situ. Alhamdulillah, berkat ilmu yang dituntut, aktiviti dapat diteruskan di waterfall 6. Namun tak semua yang berani mencuba dan juga tak semua berjaya sampai ke waterfall 6. Ini kerana terdapat seorang peserta yang tidak dapat meneruskan perjalanan atas sebab kesihatan. Yang bagusnya, masih ada dua tiga orang sahabat yang sanggup tidak naik untuk menjaga rakan yang tidak sihat. Sifat yang patut dipuji. PENGORBANAN.

Setelah abis semua aktiviti, kami mula membawa semua peserta turun ke bawah. Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Selamat sampai ke bawah.

Setelah di ‘debrief’ semua peserta pulang ke tempat penginapan mereka. Kami pula bersiap untuk pulang ke Shah Alam. terasa rindu pada tilam dan bantal di rumah setelah seminggu lebih meninggalkannya. Hehehehe…..

Sekian………

SAS-TIEC

Salam sahabat…
Dah lama saya tidak update blog ni. Bukan apa, dah berenti keje pun banyak juga keje.
Pada tanggal 10/5/08, seramai 15 orang pelajar dan bekar pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM yang kebanyakannya dari instruktur PERLU telah bertolak ke Pulau Tioman untuk menjadi marsyal Sultan Ahmad Shah Tioman International Eco-Challege 2008. Awal mula pertama mula saya ingin mengucapkan jutaan erima kasih kepada HCM kerana masih sudi memilih saya untuk menjadi marshal bagi progam ini.

Tepat pukul 6.00 petang kami bertolak dari Puduraya ke Tanjong Gemuk a.k.a. Tanjong Shaggy (hehehe…gurau jer). Kami sempat bermalam di D’Layak Guest House sementara menanti pagi esok untuk berlayar masuk ke Pulau Tioman.

Esoknya, kami bertolak masuk ke Pulau Tioman dengan menaiki dengan menaiki bot Polis Marin. Perjalanan memakan masa selama hamper 2 jam. Mula-mula ingat Tioman tu dekat jer, tapi jauh gak. Biasala tak penah sampai lagik. Bila dah sampai, terkejut jugak bila tengol Pulau Tioman. Besar jugak pulaunya. Sampai jer kat sana, kami ditempatkan di Taman Laut Pulau Tioman. Bermula hari pertama di sana sudah menampakan masalah. Kami yang telah dilantik menjadi marshal macam hilang arah. Arah apa? Tempat tinggal la, apa lagik. Bukan nak demand tapi pikir la sikit. Masa sampai, organizer kata dia jaga kebajikan kami, pastu hilang. Dah tergagau-gagau cari tempat tido. Nasib baik semasa perjalanan ke Tioman kami berkenalan dengan Batalion Perubatan Kor Kesihatan Di Raja. Ada dua pegawai yang agak mesra dan baik hati, Sarjan Taha dan Sarjan Rushjan. Kena pulak Sarjan Rushjan tu satu tok guru dengan. Siapa tok guru tuh? Dr. Annuar Suun daaa….

Malam tu mereka berdua bermurah hati meminjamkan kami Katil Medan (camp bag). Selamat dan agak selesa jugak kami dapat tempat tido walaupun beratapkan rimbunan pokok yang rendang. Jasa mereka takkan kami lupa.

Sampailah hari perlumbaan, masih ada masalah. Kali ini pengangkutan pulak. Tak tau la macam mana organizer uruskan event ni. Hari sebelum kata semua ada, tak payah risau, tapi, bila hari jadinya, macam-macam plak yang timbul….. apa crita???? Tapi nasib menyebelahi kami. Walaupun ada masalah, kami selesaikan dengan berhemah. Tahniah buat semua marshal.

Ingatkan masalah tuh pada hari pertama sahaja, rupanya sampai ke akhir hari. Masalah pengangkutan? Mana pergi semua yang bertanggungjawab? Masa sebelum, ada, masa jadi, semua hilang. Kami marshal ni selalu terkandas. Rasa macam jadi marshal jeti pun ada. Ada satu hari, marshal terkandas di jeti selama 3 jam. Nak buat apa kat situ. Jadi JAGA?

Sepatutnya acara peringkat antarabangsa lebih kualitinya, bukan sahaja dari kualiti penganjuran, tapi kebajikan yang terlibat pun kena kualiti gak. Tapi semua tuh tak kisah. Niat kami datang nak cari pengalaman. Alhamdulillah, berkat dari niat itu, kami berjaya melaksanakan tugas kami dengan sehabis baik. Tak ada perkara yang buruk berlaku.

Dari acara itu, banyak yang kami belajar, banyak yang kani dapat, banyak tempat kami tengok, ramai orang kami kenal. Yang baik kami jadikan teladan, yang buruk kami jadikan pengajaran. Moga saya dan marshal-marshal lain akan mendapat peluang sebegini untuk masa akan datang. Satu pengalaman yang amat berharga ketika saya di sana. Sekian…………



para marshal semasa menunggu bas di Puduraya....



bot marin yang membawa marshal masuk ke pulau tioman....



inilah dia Sarjan Taha (YANG PAKAI TOPI) yang amat ramah dan baik hati kerana banyak membantu marshal....
jasamu dikenang.....



kerja-kerja pemunggahan barang medic oleh anggota tentera Kor Kesihatan Di Raja....



"PERTANDA" kapal polis diraja malaysia....




antara hidupan tuhan yang hidup di pulau tioman....(kumbang tanduk)





marsyal bersedia menyempurnakan tugas pada hari yang ketiga....

Wednesday, May 7, 2008

SAYONARA NFC.....


Setelah genap setahun saya mengikat kontrak dengan Sekretariat Majlis Kecergasan Kebangsaan (NFC), kini karier saya di sana bakal berakhir. Minggu ini adalah minggu terakhir saya di NFC. Bukan apa, rasanya cukuplah sekadar itu. Seperti yang ramai telah maklum, NFC ni adalah cetusan idea YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Kini beliau telah di tempatkan di Kementerian Pelancongan.. dan mungkin ada yang tahu apa yang sedang berlaku dalam NFC sendiri. Ramai yang bertanya....Tunggu dan Lihat serta Dengar.

Seperti yang dijangka, setelah pertukaran menteri yang baru, segala rombakan dan perubahan akan berlaku. Sama seperti sebelum ini. Seperti yang kita tahu, Rakan Muda ilham daripada YB Dato’ Sri Muhyidin Yasin, telah menjadi nyawa-nyawa ikan setelah bertukar menteri. Samalah yang bakal menimpa NFC. Mengapa semua benda-benda ni patut berlaku? Mengapa setiap pertukaran menteri semua sistem mesti bertukar? Mengapa yang tak bersalah mesti menanggung kesan perubahan tersebut?

Sepatutnya benda yang baik tidak perlu dimansuhkan. Bak kata omputih, “polish” kan lagi. Benda dah baik, kita perbaikan lagi. Ini tidak, nak jugak ubah semua. Bukan nak membangkang tapi, fikir sama orang yang terlibat secara langsung dalam badan-badan yang nak dimansuhkan tu. Bagi yang muda tak pe la, kalau tak der keja, boleh cari kerja kat tempat lain, tapi kalau ada yang dah berkeluarga? Macam mana? “ Lu pikir la sendiri” kata Nabil Raja Lawak Astro.

Mengapa masih ada politik dalam kerja? Padahal tidak terlibat dalam politik negara pun. Mengapa tiada ketelusan dalam kerja? Mengapa suka bermuka-muka? Depan cakap lain, belakang cakap lain. Terus terang, kami yang kerja kat NFC ni bukan tak pandai fikir, bukan tak berpelajaran, kami tahu apa yang berlaku walaupun cuba diselindung oleh orang-orang atasan.

Sebenarnya, terasa sayang nak tinggalkan NFC ni, bukan kerana gaji (tak besar mana pun), bukan kerana organisasi (yang tak berapa nak kuat) tapi kerana melalui NFC lah saya dapat ramai kawan terutama dikalangan instruktur-instruktur dan peserta kursus. Boleh dikatakan dari setiap pelusuk negara. dari utara ke selatan, dari timur dan barat.
Dah banyak benda dikongsi, dah banyak benda saya belajar, dah macam-macam orang saya kenal. Tapi apa boleh buat…. NFC sekarang dah tak seronok lagik macam dulu.

Kepada rakan-rakan yang still ada kat NFC pandai-pandai pandai la bawak diri. Kita dah boleh agak apa yang akan berlaku.

Kepada rakan-rakan yang kat KBS, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kerana banyak beri tunjuk ajar dan pertolongan kepada saya dan NFC. Pengalaman ketika berada di NFC takkan saya lupa sampai mati. Terutama ketika bersama dengan para Instruktur-instruktur senamrobik……
Bak kata "penjenguk-penjeguk tegar" - "every begining there is an ending, but the most important thing is the journey"
Saya takkan lupa apa yang saya lalui di NFC.

Salam semua….

Sayonara……
(p/s: saya taip pakai warna oren sebab OREN adalah warna rasmi NFC. penghormatan terakhir.)
Lampiran... (chewah....)



ada yang perasan tak saya tengah wat per?



masa awal waktu keje saya dahulu di NFC.
Best time nih...(best sikit)



rakan-rakan instruktur masa baru lepas rakaman
Senam Sihat Bersama Selamat Pagi Malaysia, RTM...
panjang umur jumper lagik.....

Sunday, May 4, 2008

KEMPUNAN TERBAYAR DI PORT DICKSON

Pada tanggal 29/4/2008, saya mendapat panggilan daripada shabat saya Shawn. Beliau telah mengajak saya untuk membantu beliau mengendalikan satu program bina semangat di Port Dickson pada 2-3/5/2008 dibawah nama TEAM TACT, satu syarikat baru yang diterajui olehnya . Saya yang telah pun mengambil cuti pada hari Jumaat pun setuju untuk membantu beliau. Sebenarnya cuti tersebut diambil untuk pergi ke Tasik Kenyir. Mengikut rancangan setelah balik dari Tasik Bera dulu. Tapi tak ada rezeki. Nak buat macam mana.... Nasib baik saya mengikuti Final Camp Kenyir aritu, tak la kempunan sangat.

Jadi, setelah pulang dari pejabat, saya pun bergegas ke rumah Shawn untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program kat PD tu. Bila sampai ja, Shawn tunjuk nama peserta. Goyang gak bila mula-mula tengok, mana tidaknya, rupa-rupanya yang peserta tu semuanya handalan-handalan dunia dalam skuad badminton negara. Semua tu plak yang bakal menggalas tugas negara untuk membawa pulang Piala Thomas dan Uber. Tapi takpe, Shawn kata kita anggap ni tanggungjawab kita untuk negara. kita nak bentuk satu pasukan yang terbaik untuk piala Thomas dan Uber. walaupun kita hanya disebalik tabir.

Pada hari kejadian, saya, Shawn dan abg Mazlin bertolak sekali dari shah alam. Sesampai saja kami di sana kami di sambut oleh Uncle Mac dari pihak MSN. Kemudian kami turut serta dalam majlis perasmian program tersebut. Cuak jugak bila dapat face-to-face ngan jaguh handalan. Tapi itu hanya pada hari pertama jer. Selepas itu macam biasa dah. Setelah malam, xtvt pertama bermula. kelas dikendalikan oleh En Hisyam Che Mat. Beliau turut terlibat bersama kami untuk mengendalikan program ini, tapi dia sampai lambat sikit coz ada kerja fakulti yang perlu diselesaikan dahulu. Xtvt Ice Breaking dimulakan. Terkejut jugak bila da dikalangan atlit yang masih tidak betul-betul mengenali rakan-rakan sepasukan sendiri. mungkin ada sebab-sebabnya...

Sepanjang program, banyak xtvt dijalankan. Yang bestnya para jurulatihnya turut sama membuat xtvt. Yang paling mengejutkan sekali ialah apabila saya melihat jurulatih beregu kebangsaan Rexy Ronald Manaiki, satu nama yang pernah gah suatu ketika dahulu. Bagaikan tidak percaya, apabila seorang bekas beregu no 1 dunia 3 tahun berturut-turut begitu sporting dan proffessional. Kadang-kadang melebihi semangat jurulatih tempatan dan atlit sendiri. Mengapa perkara ini terjadi? Mengapa para atlit tidak sedar akan peluang mereka bila sudah mempunyai jurulatih sedemikian? Mengapa tidak timba seberapa banyak ilmu yang ada? Tapi kalau sekadar mengikut saja tak guna. Umpama kata HCM, "masuk telinga kiri, keluar pun telinga kiri jugak".


Alhamdulillah, sepanjang program ini tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku. Bukan apa, kami tak mahu dipersalahkan jika berlaku sebarang kecederaan kepada atlit ketika mengikuti program kami. Kami pun sedar akan hal sedemikian. Jadi kebanyakan xtvt kami adalah yang 'low impact".


Sampai la sudah hari terakhir. Walupun ada sedikit beberapa kekalutan semasa kami mengendalikan progam tersebut, namun dapat diatasi. Yang paling penting semua jurulatih kebangsaan berpuas hati dengan khidmat yang kami berikan. Para atlit mula menampakkan perubanhan yang positif walaupun bukan 100%, cukupla lah sekadar sedikit. Itu juga adalah satu kejayaan kepada kami.


Tak semua yang terjadi semasa program tersebut saya tulis didalam blog ini. Bukan apa, kita rakyat Malaysia , atlit badminton atlit Malaysia, siapa tak nak piala Thomas balik semula ke Malaysia, dan piala Uber menjejakkan kaki ke Malaysia buat pertama kali. Semua itu mungkin berlaku. Tiada yang tidak mungkin.

Kepada saudara Shawn, terima kasih sensangat kerana sudi menjemput saya utuk mengendalikan program ini bersama-sama. Rasa bangga sebenarnya. Terbayar la jugak kempuanan saya untuk ke Tasik Kenyir. Ianya jugak adalah sebagai satu penghormatan untuk bekerjasama dengan golongan profesional dan yang penting dengan HCM.

Kalau ada apa-apa lagik, sila-sila lah jemput saya. Insyaallah saya akan membantu.








Berikut adalah sekeping dua gambar program motivati dan Team Building untuk Pasukan Piala Thomas dan Uber 2008 Jakarta.





















Atlit piala Uber main Command Centre. Kesian Kena jad bisu..





Tan Boon Heong dan Wong Pei Tei tekun memberi Straw Tower




Abg mazlin dijulang hanya menngunakan 2 jari setiap seorang oleh semua atlit piala Uber 2008





Choon Han dan Hafiz memerah otak bina menara.






inilah dia Rexy Ronald Manaiki. Bekas pemain indonesia ranking No 1 dunia 3 tahun berturut-turut.



TEAM TACT bersama Jurulatih Badminton Kebangsaan

Saturday, May 3, 2008

REMBANG WAKTU

"Rembang Waktu"? Menatang apa tuh? ha, ni nak habaq mai.
Setelah disogok oleh pemilik blok "Dikala Senggang", akhirnya termuncullah blog ni. Lepas ni tak leh dah la HCM nak camdek saya... hahahaha....

Benda ni dah lama diproposed oleh beliau, cuma masa dah time. lagi satu tak berpeluang nak mintak tunjuk ajar. Nasib baik tetiba ada "Program Motivasi dan Team Building untuk Pasukan Piala Thomas / Uber 2008 Indonesia". Pasal program tu kena baca next tajuk yang akan dikeluarkan tak lama lagi.

Bila mula-mula masuk, rasa macam best. agak menarik bila buat blog ni. Betul kata-kata HCM, dah jadi macam keperluan benda ni. Senang nak rujuk dan berkomunikasi. Harap-harap ramai la lagi kawan-kawan, sahabat dan taulan akan buat serta menunjungi blog ni. Sebagai hari pertama blog ni, setakat ini la dulu.

Salam......