Wednesday, December 31, 2008

SUKA DAN DUKA


Dalam suka ada duka......

SUKA....

Pada tanggal 25 Disember 2008 halaman rumah dipenuhi tetamu-tetamu yang diundang. Hampir 1000 orang yang datang. Saudara-mara, rakan taulan, jiran tetangga, dan kenalan datang ke rumah untuk melihat pasangan sejoli menjadi raja sehari. Kali ini, majlis untuk pihak lelaki diadakan dirumah saya bagi menyambut ahli keluarga baru. Adik saya Mohamad Rizuan Foo menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan Nor Anis gadis dari Tumpat, Kelantan Darul Naim. Walaupun ala kadar, majlis disambut meriah dengan kedatangan tetamu yang tak putus-putus. Lebih kurang pukul 4.00 petang majlis beransur selesai.

Pada malamnya pula, ramai saudara mara yang masih ada duduk melepak dibawah kanopi sambil berbual kosong. Lebih kurang pukul 11.00 malam baru semua masuk tido.


DUKA....

Satu.....

Petang hari majlis, rombongan dari Kelantan mula mengemas untuk pulang. Dalam pada dok sembang, seorang ayah (dari rombongan Kelantan) memegang erat tangan anaknya untuk melintas jalan. Untuk makluman rumah saya hanya terletak ditepi jalan utama. Dahulu, sebelum siapnya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), jalan dihadapan rumah saya adalah jalan utama. Oleh itu banyak kenderaan laju lalu-lalang.

Tiba-tiba, terdengar bunyi brek kenderaan memberhentikan kereta secara tiba-tiba. Terdengar pula Pak Uda saya menjerit "Ya Allah, anak sapa ni woi". Rupa-rupanya anak seorang kanak-kanak yang hampir kehilangan nyawa digilis kereta. Umurnya masih panjang apabila kereta itu sempat mengelak. Dengan pantas saya dan adik mengalihkan kanak-kanak itu dari tempat kejadian. Tangannya digilis kereta tersebut. Dengan cepat sepupu saya menghubungi ambulan untuk datang ditempat kejadian. Tapi sebelum tu sempat la jugak saya dan adik saya yang tengah belajar di Kolej Kejururawatan Kuantan memberikan bantuan mula kepada mangsa. Bapa mangsa menangis teresak-esak menyesal tidak memimpin anaknya melintas jalan.

Tak sampai 10 minit, ambulan sampai dan terus dibawa ke Hospital Besar Taiping untuk mendapatkan rawatan yang seterusnya. Alhamdulillah, dengan kuasa Tuhan kanak-kanak tersebut tidak mempunyai kecederaan yang serius dan tiada kepatahan walaupun ada bekas digilis tayar di lengan kanannya.


Dua....

Pada pukul 12.15 pagi, 26 Disember 2009, setelah beberapa urusan majlis selesai, barulah saya dapat merehat dan membersihkan diri setelah seharian tak mandi (dah macam masuk hutan pulak). Selepas siap mandi saya makan. Tepat pukul 12.30 pagi, telefon berdering. Adik saya An angkat. Kami mendapat perkhabaran bahawa Mak Nek, makcik kami yang paling rapat dan paling dekat masuk hospital akibat sesak nafas. Gagang diletak. Tak sampai setengah jam, telefon berdering sekali lagi. kali ini saya pulak yang angkat. Terdengar suara menangis teresak-esak dan perkhabaran duka saya terima " Yasir, Mak Nek dah tak dak". Innalillahiwainaillahirajiun.... berderau darah saya rasakan. Ahli keluarga yang baru hendak melelapkan mata kembali celik.

Masing-masing memegang telefon menyebarkan perkhabaran sedih kepada sanak saudara yang baru saja pulang dari majlis siang tadi. Keesokkannya, jenazah tiba dari Hospital GeorgeTown Pulau Pinang. Jenazah selamat disemadikan tepat jam 11.30 pagi.


Dalam suka mesti ada duka. Setiap kejadian ada hikmahnya.

Apapun tahniah saya ucapkan kepada adik saya yang kini telah bergelar suami. Langkah bendul pulak tuh....

Kepada keluarga Arwah Mak Nek, diharap dapat bersabar dan redha dengan pemergian ibu yang tersayang. Al-Fatihah....

Sunday, December 21, 2008

"ASSALAMU'ALAIKUM"


Sebelum ini, saya ada menegur beberapa orang adik-adik, sahabat dan rakan rakan pasal ni. Bila dunia dah makin laju, semakin pantas, semua nak cepat. Makan cepat, cakap cepat tulis pun cepat. bila tulis cepat, timbullah shortform yang melampau-lampau sampai tak faham maksud dan boleh hilang maksud. Antara yang menjadi mangsa adalah perkataan ASSALAMU'ALAIKUM sendiri.
Ada yang jadi 'AKUM'lah, 'ASKUM'lah, 'SEMEKOM'lah dan banyak lagi. Ada maksud ka perkataan macam tu. Setelah saya menerima satu email pada suatu masa dahulu, saya mula berkongsi dengan yang lain, terutamanya bila saya terima SMS dari rakan-rakan. Kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan bloggers sekalian. Berikut adalah keratan email yang saya terima:

[Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum"dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform "A'kum" dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.]
p/s: renung-renungkanlah.... selamat beramal.....
.

SESUATU YANG ANDA TIDAK PERASAN ATAU TERFIKIR...


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ni menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda, anda akan merasa senang bila seseorang
mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia
adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia, seumur hidup untuk melupakannya. Walaupun punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.
.
.

KAWAN DAN CINTA


Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...Kenapa??
Kerana CINTA itu buta..
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??
Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa??
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ??
So, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....
Walau kita punya couple, teman still paling setia.
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

p/s: tak dak idea nak tulis apa. kita kongsi yang ini la dulu...

.

Monday, December 15, 2008

SURVIVOR CHINA



Sejak dari bangku sekolah lagi, Siri Survivor adalah siri rancangan tv yang paling saya minati. antara siri yang diikuti adalah Survivor Afrika, Survivor Thailand, Survivor Amazon, Survivor Pearl Island, Survivor All Star dan yang terbaru Survivor China. Sebenarnya Survivor sudah melangkaui sebanyak 15 siri dan tak semua siri saya ikuti disebabkan kemasukan saya UiTM.


Untuk Siri Survivor China, saya baru habis menyaksikannya, iaitu malam sebelum laptop saya dikebas orang. Malam tu sebenarnya saya dah siap dah post untuk saya post dalam blog ni. oleh yang demikian, terpaksala taip lain untuk post ni.


Bagi saya, pemenang untuk Survivor China, Todd, adalah seorang yang bijak dalam mengatur strategi dan juga seorang yang amat bernasib baik. Beliau ada menyatakan semasa Reunion Survivor China, beliau juga adalah peminat rancangan Survivor. Beliau meneliti taktik dan teknik untuk bermain dalam permainan Survivor. Dari situ, beliau cuba mengaplikasikan apayang yang beliau dapat dan nasib menyebelahinya bila strateginya menjadi serta terus menjadi juara untuk siri tersebut.


Memang ada yang tak boleh diikut semua yang berlaku dalam rancangan itu seperti, mungkir janji, tikam dari belakang, dan perbalahan sesama sendiri, menipu dan banyak lagi. Tapi disitulah "true colour" seseorang kita boleh nampak.


Bagi pengacaranya pula, Jeff Probst, setelah hampir 14 tahun mengacara rancangan itu, beliau adalah bukan calang-calang orang. Menurut sumber yang saya dapat, beliau akan pergi awal ke semua lokasi rancangan untuk survey tempat. Beliau juga turut menyumbangkan idea untuk setiap halangan dan cabaran untuk rancangan itu. Manakala individu yang membuat halangan juga adalah dikalangan jurutera yang bertauliah. Jika anda adalah penonton setia rancangan itu, anda akan mendapati kesemua halangan dan cabaran untuk setiap siri adalah berbeza dan tak pernah sama. Bayangkan ianya telah ditayangkan sebanyak 15 siri.


Antara peserta yang saya kagumi dalam rancangan ini adalah Rupert. Walaupun beliau adalah orang biasa, namun skil dan kemampuannya membuatkan ianya menjadi pilihan penonton yang menyaksikannya. Namun akibat kelebihan yang ada padanya, dia menjadi ancaman kepada peserta yang lain dan diundi keluar.


Selepas ini, di Micronesia pula, Fan Vs Favourite, ianya akan melibatkan peminat setia siri ini dan pilihan bekas peserta Survivor sebelumnya berentap sesama sendiri.


p/s: kalau la kat Malaysia ada rancangan ini, saya sendiri teringin nak masuk.....
.
.

Friday, December 12, 2008

HILANG LAGI......

AKU REDHA DENGAN UJIAN DARI YANG MAHA ESA. PAGI TADI RUMAH SAYA DIMASUKI PENCURI. SEDANG LENA DIULIK INTAN, BILA SEDAR JER, LEBIH KURANG PUKUL 8.30 PAGI, DUA TELEFON BIMBIT SAYA DAH TAK ADER TEPI KEPALA. BILA MASUK BILIK PULAK, DOMPET SAYA TERBUKAK DIATAS KATIL DENGAN BEBERAPA DOKUMEN BERTABURAN ATAS TILAM. LEPAS TU SAYA KELUAR. BILA KELUAR BILIK BARU TERINGAT LAPTOP. PUN HILANG JUGAK. LEMBIK LUTUT LAGI SEKALI. DALAM LAPTOP TU PULAK BUKAN MAIN BANYAK MAKLUMAT BERKAITAN KERJA TEAMTACT. APALAGI GAMBAR-GAMBAR KENANGAN.

RAKAN SERUMAH PULAK TERLUPA NAK KUNCI PINTU GRILL BILA KELUAR PERGI KERJA AWAL PAGI. PINTU PULAK TUTUP TAK RAPAT.

YA ALLAH, BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK AKU MENGHARUNGI SEMUA DUGAAN MU INI YA ALLAH.....

KEPADA RAKAN-RAKAN BLOGGERS, SILA ANTARKAN MESEJ KE NO LAMA SAYA. SAYA KEHILANGAN SEMUA NO. TELEFON YANG ADA. SAYA MENGGUNAKAN SIMCARD BARU TETAPI KEKAL DENGAN NO YANG LAMA. 012-5855146

P/S: INSAN SEDIH........

INTO THE DEEP.....


Wednesday, December 3, 2008

NORMAL….


“Shawn, esok aku masuk lambat sikit, nak pi hospital”

Pada tanggal 3 Disember 2008 yang lalu, saya dikehendaki pergi ke HTAR Klang untuk berjumpa dengan doctor bagi membincangkan keputusan ujian Ultra Sound penyakit batu karang saya pada bulan lepas. Semasa dalam perjalanan hati berdebar, mana la tau kalau kena operate. Pelan-pelan bawak moto, sampai la kat hospital. Seperti biasa kena tunggu giliran yang lama. Dekat 1 ½ jam la jugak. Kemudian nombor dipanggil. Bila duduk ja, doktor terus meneliti butiran yang ada dikertas laporan. Semunya short form. Tak paham. Tunggu penjelasan jela. Alhamdulillah, keputusan ultrasound saya normal. Tak la kena operate. Tapi bulan dua nanti kena datang balik buat secondary check-up.

Dalam pada itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Hisyam Che Mat. Mungkin ini kerana berkat keberkesanan minum air lobak putih. Memang kalau kata ubat tu tak sedap, tapi ianya mujarab. Saya turut bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menyembuhkan dan menjauhkan hamba-Nya ini dari penyakit. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang lain yang sebelum ini memberi nasihat kepada saya.