Thursday, January 29, 2009

"RIZUAN KE?"


Lokasi: Kedai Kopi Dataran Shah Alam (Bawah)
Masa: Lebih kurang pukul 9.30 malam
Tarikh: 29 Januari 2009

Tengah sibuk melayan karenah client TEAMTACT di Kedai Kopi, tiba-tiba ada seorang gadis datang ke meja kami lalu bertanya:

Gadis: Salam, awak Rizuan ke?
Yasir : Ha, Rizuan? Saya bukan Rizuan. Kenapa?

Gadis: Jangan la memain, awak bukan Rizuan ke?
Yasir : Saya bukan Rizuan tapi saya abang dia. kenapa?

Gadis : Awak bukan Rizuan yang dalam YM (yahoo! messenger) tu ker?
Yasir : (Dalam hati- YM?) Duduk la dulu.

Gadis itu pun duduk. Client saya yang dua orang tu dah terpinga-pinga sambil tahan gelak.

Saya tanya kepada gadis tersebut.

Yasir : Nak cari siapa sebenarnya? Saya bukan Rizuan, saya ni abang dia. Abang Rizuan Foo.
Rizuan Foo ke?


Terus gadis itu terdiam tersipu malu tersilap orang. Baru nak ayat lebih dia dah memohon mintak diri. Rasanya dia mesti nak jumpa orang lain yang Botak kat Kedai Kopi. Kebetulan pulak saya sekarang dah botak, duduk pulak kat Kedai Kopi, pakai pulak Sweater adik saya yang ada nama Rizuan. Ingatkan dia datang sebab tengok nama kat baju yang saya pakai. Terkejut la jugak saya sekejap.

Dari jauh saya nampak dia bertanyakan sesuatu kepada pelayan Kedai Kopi. Mungkin dia berjanji dengan "RIZUAN" yang dicarinya di Kedai Kopi yang satu lagi.

Kalau bukan, kesian gadis tersebut dipermainkan oleh lelaki yang bernama RIZUAN tu. Bahana IT. Bahaya jugak kalau salah guna.

P/S: Awatla aku tak ngaku saja yang aku ni Rizuan, kalau tak leh ayat lama sikit. Hehehe....
.

Tuesday, January 27, 2009

TRAINING....


Bermula hari Ahad petang yang lepas, secara solo aku memulakan langkah pertama menaiki tangga menara Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM setinggi 20 tingkat. Hari pertama, biasa la, naik pening kepala, nak tercabut kepala lutut. Satu round sudey....untuk intro saja dulu.

Esoknya pulak masa waktu pagi, dua kali jugak la, try up satu round. Nak termuntah pun ada. Masa tengah dok naik tu, teringat masa training hoki kat sekolah dulu masa nak pergi peringkat negeri. Training naik tangga jugak lah, tapi 4 tingkat jer. Walaupun 4 tingkat, kena buat 4 set, satu anak tangga pun tak leh miss kena buat bawah 15 minit. Tak lepas, kena pumping 50. Dalam 5 kali percubaan, hanya 2 kali jer yang lepas. Ada kawan sorang tu sampai termuntah hijau buat benda tu. Masa sekolah biasa la, tengah fit. masa training pun, bila jogging, selalu lebih seround atau dua dari yang lain. sekarang dah pencen.
Tujuan saya training ni pun adalah untuk ke Gunung Kinabalu. Insyallah pertengahan bulan Februari nanti.
Petang ni pun kena pi jugak ni. Mintak-mintak la tak ujan....
.
.

Friday, January 23, 2009

HHHHHMMMMM,,,,,,,,,,,

"SOMETIMES WE HAVE TO SAY NO TO GOOD, AND SAY YES TO BETTER......."
.

Tuesday, January 20, 2009

"BENDA" ADA PERASAAN KER?


"Ish, hang jangan cakap macam tu, nanti merajuk pulak dia"
Pernah tak anda terdengar ayat seperti atau sesama maksud diatas bila mana anda berhajat untuk menjual, menukar, memberi barang kegunaan anda seperti kereta, motosikal, basikal atau apa-apa saja kepada orang lain?
BENDA terbahagi kepada dua, benda hidup dan benda bukan hidup. Benda hidup adalah benda yang bernyawa (manusia, binatang, tumbuhan dan lain-lain). Benda bukan hidup adalah benda yang tidak bernyawa (batu, kereta, moto).

Mengikut logiknya, benda bukan hidup tidak mempunyai perasaan. Tetapi kadang-kadang macam ada perasaan. Contohnya apabila Si A hendak menjual kereta yang sudah lama dipakai dan berhasrat untuk membeli kereta yang baru, kereta yang hendak dijual itu akan mula 'meragam'. Tak pun kena curi dek orang.

Samalah jugak dengan apa yang berlaku dengan kes saya dua bulan yang lepas setelah rumah saya dimasuki pencuri. Laptop yang saya sayang tu kena kebas. Tapi ada jugak terniat untuk menjual Laptop tu. Tup-tup kena kebas.

Betul ke ha?????


p/s: Tapi hanset yang hilang tu tak pulak saya berniat nak jual......pun kena kebas.....

Sunday, January 18, 2009

HUJAN AIR MATA (SIMPATI BUAT BUMI PALESTIN)

[KLIK PLAYER SEBELAH UNTUK LAGU INI]


Bayangkanlah lamanmu berhias api
Sampai bila rumahmu mampu berdiri
Sebelum dipunahkan

Bayangkanlah lahirmu ke alam ini
Sampai akhir hayatmu masih merintih
Menagih kedamaian

Dalam hati terlintas satu soalan
Mana hilang keinsanan

Bayangkanlah lautmu dilanda taufan
Sampai bila layarmu mampu bertahan
Sebelum kau tenggelam

Bayangkanlah jagamu tak pernah aman
Sampai malam lenamu rasa terancam
Kau dalam ketakutan

Dalam hati terlintas satu soalan
Mana hilang keinsanan

* korus

Mana hilang kasih sayang
Diberikan Tuhan
Pada kita insan

Hingga kita biar saja
Hujan airmata
Yang melimpah (melimpah)

Lagu : Izo XPDC
Lirik : Loloq

Thursday, January 15, 2009

LIMAU


"Nah, amik limau ni sorang sekotak"
Masa di NFC dahulu, pabila hampirnya Tahun Baru Cina, kami di ofis tak henti-henti menerima pemberian limau mandarin dari staf atasan dan juga instruktur yang bernaung di bawah NFC. Bukan apa, saya tak menyambut Tahun Baru Cina ni, tapi masa saya kecik-kecik dulu, abang dan kakak saya yang menyambutnya selalu datang rumah bagi limau dan yang paling penting Ang Paw. Kali terakhir saya menerima ang paw adalah semasa saya berusia 17 tahun.

Bila la dapat kami 9 beradik dapat duduk sama.....

Hanya masa yang dapat menentukan.....

.

Wednesday, January 7, 2009

ANDAI AKU PUNYA KUASA....



Pertama kali dalam sejarah hidup saya, beberapa hari yang lalu, ketika menonton dan mendengar laporan berita mengenai laporan kekejaman Israel Laknatullah ke atas bumi Palestin, apabila disiarkan mangsa-mangsa kekejaman, ada yang terkulai tak bernyawa, cedera parah, dan kanak-kanak yang tak berdosa tercedera, secara tidak sedar saya telah termenitiskan air mata. Sebak melihat saudara seagama diperlakukan sedemikian rupa.


Tapi apakan daya, saya hanya insan biasa. Hanya mampu berdoa kepada yang maha Esa. Memberi perlindungan dan menyelamatkan saudara seagama di sana. OIC, LIGA ARAB & PBB dah jadi macam KAYU.




Andai aku punya kuasa, akan aku terbang ke sana, melenyapkan negara yang bernama Israel dan sekutunya. Biar jadi padang jarak pandang tekukur, biar aman dunia. Namun apa daya ku, semua angan cuma. Marilah kita semua bersama berdoa, moga Allah memberi kesejahteraan kepada saudara kita. Amin...........

Friday, January 2, 2009

WARKAH MARKI (bukan nama sebenar)

Semalam merupakan hari terakhir seorang daripada penghuni rumah saya keluar dari rumah (pindah balik kampung) setelah mendapat keputusan yang kurang memberansangkan dan menyebabkan dia digugurkan dari UiTM. Marki (bukan nama sebenar) berasa sangat sedih dengan keputusan yang beliau dapat. Saya juga turut terperanjat apabila mengetahui dia digugurkan dari UiTM sedangkan melihat dari cara belajar dia boleh dianggap seorang pelajar yang bijak. Keputusan sewaktu diploma pun agak memberangsangkan. Macam tak percaya dia tak boleh skor. Mungkin tak dak rezeki kot. Sebelum meninggalkan rumah, beliau sempat meninggalkan sehelai warkah untuk tatapan kami seisi rumah. Di sini ada saya sertakan petikan dari warkah beliau.


Salam....
Terima kasih semua kerana sudi menerima aku dalam ahli rumah 311...aqu gembira abang-abang semua begitu prihatin pada diriku...Minta maaf semua buat masa sekarang aqu kerja kat kedai buku kawan aqu kat perak...Insya-Allah pada semester akan datang aqu akan kembali menjadi ahli rumah 311....

Kepada Don...
Terima kasih atas segalanya, kalau masih ingat padaku jangan lupa jempt aqu ke kenduri kawin mu... Duit berharga jangan bazir nanti lambat dapat zuriat taw...hehe...

Kepada Bro Ally...
Terima kasih atas segalanya... ada stok @#$% jangan lupa simpan untuk aqu... Sem depan aqu masuk balik taw...hehe... Diposit rm100 tu ko simpan untuk diposit sem depan aku k... Sedihlah nak tinggalkan ko yang suka wat lawak serius...

Kepada Bro Yasir...
Jaga bilik kita elok-elok...sem depan doakan aqu masuk balik k... Terima kasih kerana sudi jadi ahli bilik dengan aqu... Kenangan kita bersama takkan ku lupa...

Kepada Atok Lan...hehe...
Aqu betul-betul sedih nak tinggalkan umah nie nanti tak dapatla nak paw ko...hehe...Tq coz banyak belanja aqu... Selamat hari jadi 4/1 nie... jangan lupa aqu punya b'day 13/1 k... Kenangan kau dan aqu lepak bersama susah btl aqu nak lupakan.

Kepada Adiem...
Tq kerana sudi terima aqu jadi teman menonton cerita puaka niang rempik...walaupun ko tegas ko byk menyedarkan aqu...jangan lupa hapuskan nyamuk dalam bilik ko k...

Yang Benar,
MARKI
(bukan nama sebenar)

p/s: beberapa perkataan telah diubah bagi mengelakkan sebarang sensitiviti...hehehe...
.