Thursday, February 19, 2009

KINABALU - PART 1

17 Februari 2009
Hari ini, dengan Shawn menghantar aku dan Mus ke LCCT dengan menggunakan van Abang Malin, PBM. Lebih kurang 500 meter ke terminal LCCT, di traffic light terakhir, "pop", tetiba van jadi slow. Alamak kabel cluth putus pulak. Terpaksala kami menahan teksi untuk bergegas ke terminal bagi mengelakkan kelewatan check-in. Tepat pukul 12.50pm, kami berlepas ke Kota Kinabalu International Airport. Tepat pukul 3.30pm kami touchdown. Alhamdulillah penerbangan kami selamat walaupun terdapat sedikit gegaran pada ketinggian 37000 kaki atas paras laut betul-betul di atas Laut China Selatan.

Setelah siap semua proses ketibaan, kami disambut oleh En. Hamid, penyewa kereta. Terus kami bergegas ke Bandar Kota Kinabalu untuk mencari tempat makan. Lapar dari pagi tak makan.

Seterusnya kami pergi la reccea tempat nak tido. Kat sini pukul 6.00pm dah gelap, lebih kurang pukul 7.00pm di Semenanjung. Pusing-punya-pusing, dapat la kami di menginap di Borneo Backpapckers, yang paling murah RM20/night siap dapat breakfast lagi. Dalam bilik yang sama ada backpapckers dari negara lain. Ada seorang mamat ni asal dari Portugal. Namanya LUKE. Tengah belajar dalam bidang perguruan. Umur 29 tahun. Ada lagi dua orang backpackers yang sebilik, tapi tak sempat beramah mesra, depa pagi-pagi dah hilang.

Pada malamnya pulak, aku dan Mus pergi reccea jalan sekitar Kota Kinabalu. Kebetulan malam tu, Abang ipar Mus ada di KK. Pi la jumpa dia sat. Pastu kami balik ke penginapan.

Itu sahaja untuk 17 hb Februari 2009 hari pertama di Sabah..

Monday, February 16, 2009

BULAN PENUH

Salam,

Bulan ini kerja aku seperti agak penuh. Semalam baru saja balik dari Janda Baik. Esok aku akan berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah. Ada program mendaki Gunung Kinabalu 17-26 Februari 2009. Aku harap moga aku dapat tawan puncak Kinabalu. Abis dari itu, ada lagi satu program di Janda Baik 26-28 Februari 2009. Jadi sepanjang waktu itu, tak dapatlah aku nak update blog ni. Kalau ada pun, maybe kalau terjumpa CC kat sana, tak pun awal bulan Mac baru ada post baru.

Doakan kami selamat pergi dan balik. Amin......

Tuesday, February 10, 2009

HOKI

Kalau saya suruh orang teka saya main sukan apa dulu, mesti ramai yang cakap saya main Ragbi. Tapi sebenarnya saya main Hoki. Masa sekolah rendah, saya tak tahu pun hoki tu apa. Sebab masa sekolah saya main bola. Goal Keeper. Tapi bila naik sekolah menengah saya dah tak main bola. Saya mencuba sukan baru. Hoki. Pada mulanya agak susah dan takut nak main hoki. Biasala bila dah ada kayu kat tangan takut pulak kalau tersilap pukul atau dipukul kayu hoki. Tapi bila minat dah ada, semua dah tak kira.

Semasa Form 1, coach pertama saya adalah Cikgu Adli. Beliaulah yang banyak memberi ilmu dan tunjuk ajar kepada saya mengenai permainan ini. Tak ramai yang main masa tu. Cuma beberapa orang saja dari kelas saya dan beberapa orang dari kelas lain. Bila time training petang-petang, seronok jer dapat tengok Team Senior duk berlatih. Dalam hati teringin nak join tapi takut bila tengok depa semua pukul bola berdesup perginya. Time tu, saya baru nak belajar pukul. Bola pun dok pergi bergolek lagi. Sepanjang tahun pertama, saja cuma berlatih basic sahaja.

Masuk tahun kedua, masa Form 2, kami mula training awal penggal. Selepas dua bulan pertama, kami diberitahu bahawa Coach Team Senior nak amik 2 orang player junior join team senior. Apa lagi, time tu punya la bersemangat training dan tunjuk semua kelebihan yang ada. Alhamdulillah, saya dan kawan saya lagi seorang Faizal a.k.a. Burn dapat diserap masuk skuad senior. Bermula dari situ, dibawah kelolaan coach baru, Cikgu San Mat Derais a.k.a. Pak San, latihan kami pun menjadi semakin berat, tak macam dalam skuad junior dulu. Tiap-tiap petang kena lari keliling sekolah 2 round. Kena buat latihan Hitting 100 kali, Pushing 100 kali, Tapping 100 kali, Scooping 100 kali, Slapping 100 kali, dan Flicking 100 kali. Rasa nak tercabut tangan hari-hari kena macam tuh. Dah selesai buat itu semua baru training untuk tactical dan corak permainan.

Pertengahan penggal, kami disenaraikan untuk pergi bermain peringkat Daerah Kerian. Tahun pertama saya bersama skuad senior agak boleh dibanggakan kerana sampai ke peringkat separuh akhir dan itulah juga kali pertama saya menerima kad kuning dan diarahkan keluar untuk pertama kali bermain. Kerana apa? ha, adala sebabnya....

Tahun ketiga, semasa Form 3, latihan kami bermula sejurus penggal persekolahan bermula. Tahun itu, kami banyakkan lagi latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan banyak team antaranya dari Sekolah Menengah King Edward Taiping, Malay College Kuala Kangsar, Sekolah Menengah Clifford Kuala Kangsar, Sekolah Menengah Tengku Menteri, Sekolah Abu Bakar Al-Bakir dan banyak lagi. Walaupun tak semuanya kami menang, namun pengalaman bermain dengan team yang lebih baik, mengajar kami untuk menjadi lebih baik dan mantap. Dengan tak disangka-sangka, pada tahun itu team kami menjadi juara peringkat Daerah Kerian buat kali pertama setelah lapan tahun. Oleh yang demikian, kami layak secara automatik untuk ke peringkat negeri di Ipoh. Itulah pertama kali saya dan rakan-rakan dapat merasai bermain di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di atas padang astro turf. Bukan main seronok dapat bermain di situ. Bila diperingkat negeri, saingan semua hebat-hebat belaka. Dalam peringkat kumpulan ada tiga perlawanan, namun hanya satu sahaja yang menang. Tak dapatlah kami mara ke peringkat seterusnya. Tak mengapa, pengalaman yang lagi penting.
Tahun berikutnya, kami tidak dapat mengekalkan kejuaraan apabila tumpas diperingkat akhir dengan musuh ketat kami Sekolah Menengah Gunung Semanggol. Ingatkan dah tak dapat pergi ke Ipoh lagi, tapi tahun itu format perwakilan berubah. Bukan juara yang dapat pergi secara automatik tetapi ada selection dari beberapa pemain terpilih dari setiap sekolah. Saya turut terpilih menjadi calon. Alhamdulillah, saya tersenarai didalam senarai 18 pemain untuk peringkat negeri. Kali ini hanya saya serang sahaja yang dapat membawa nama sekolah ke peringkat negeri. Namun, perjalanan kami tak jauh cuma berjaya keperingkat suku akhir sahaja. Biasala, tak ngam lagi ngan team baru.

Tahun terakhir saya disekolah, saya hanya sempat bermain untuk sekolah sahaja. Masa itu pulak tengah ada ujian lisan. Ibu saya tidak membenarkan saya bermain hoki lagi dan menyuruh saya untuk menumpukan perhatian pada pelajaran. Sebelum ini pun, ibu saya memang tak suka saya main hoki, bahaya katanya. Semua surat kebenaran ibubapa saya sendiri yang sain. Dah nak pergi baru bagi tau. hehehee...

Hampir setahun selepas itu saya tidak menyentuh kayu hoki sehinggalah saya dapat menyambung pelajaran saya dalam peringkat Diploma Sains Sukan dan Rekreasi di UiTM Arau. Masa tu, terjumpa pulak rakan-rakan sefakulti yang turut bermain hoki. Sempat la jugak wakil UiTM Arau dalam sukan Karisma di UiTM Merbok sekali dan juga Fakulti ketika Sukan Fakulti.
Semasa di Shah Alam ketika menyambung ijazah, fokus saya bertukar dari sukan hoki ke rekreasi setelah saya dipelawa untk menyertai Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar UiTM PERLU.


Itulah serba sebanyak cerita saya dalam bidang sukan. Banyak lagi sukan yang saya ceburi tetapi hoki adalah yang utama dan sebati dengan diri saya. Untuk pengetahuan, hoki adalah sukan yang tidak merbahaya jika tahu cara dan peraturannya. Dalam sukan hoki ada dua idola saya, S. Kuhan untuk tempatan, dan Sohail Abbas untuk antarabangsa.

P/S: Sekarang dah pencen....
..

Wednesday, February 4, 2009

"SAYA BUDAK BARU BELAJAR"

ADOIYAI.... KALAH TERUK WEI AKU SEMALAMAN......
P/S: Repeat....