Tuesday, July 28, 2009

SAMA TAPI TAK SERUPA...

Mungkin ada yang perasan, mungkin ada yang tak. Tapi saya jumpa seorang ni masa saya bawak group buat program kat Bukit Cerakah. Bila diamati dah macam yang saya kenal. Habrina Aziz. Kawan-kawan tengok la, sama ka dak????

.

Sunday, July 26, 2009

KEHORMATAN KAMI, PERMAISURIKU......

"KEHORMATAN KAMI, PERMAISURIKU" Itulah maksud disebalik nama anak buah saya. Setelah 20 hari kelahiran, baru saya berkesempatan untuk pergi melawat anak buah saya yang baru lahir di Kelantan. Dengan perjalanan yang mengambil masa hampir 9 jam dari Shah Alam, saya tiba di Kota Bharu pada pukul 5.30 pagi. Disamping melawat anak buah, saya juga sempat melawat keluarga mertua adik saya. Kali ini saya terasa amat rugi. Kalau tak disebabkan demam dan batuk yang belum cukup sembuh, dah tentu saya berkenduri buah-buahan disana. Apabila dihidangkan durian dan rambutan, saya terpaksa menolak disebabkan belum cukup sihat. Rugi sungguh....


.

Saturday, July 25, 2009

LUCKY ME....

Pada hari Selasa yang lepas, tanpa diduga saya telah diserang sakit sengal-sengal sendi, batuk berkahak, terasa sejuk melampau, pening dan demam. Dalam hati cuba bertahan dan memujuk, "kejap je kut". Tapi malangnya ianya berlanjutan sehingga beberapa hari berikutnya. Alamak, takkan kena H1N1 kut? Saya cuba untuk tidak memikirkan ke arah itu dan hanya beranggapan demam biasa. Mulanya tak mahu nak ke klinik untuk berjumpa doktor (paham-paham la kenapa), tapi apabila dipaksa oleh orang tu, pergi jugaklah. Dah sampai klinik, ramai pulak yang dah beratur tunggu giliran. Dalam masa menunggu tu, ramai jugaklah yang batuk-batuk, demam. Hati terasa semakin risau. Tiba giliran saya dipanggil. Setelah beberapa prosedur pemeriksaan dilakukan, Alhamdulillah, saya bebas H1N1, hanya demam biasa saja. Sekarang demam dah kebah. Tapi demam saya berjangkit pulak kat orang tu. Sian dia......

Monday, July 20, 2009

TERASA LAIN....

Dulu sangat rapat satu sama lain, sangat mesra satu sama lain, sangat menghormati satu sama lain, sangat bersimpati antara satu sama lain, sangat transparent antara satu sama lain, sangat tak berkira antara satu sama lain, sangat slumber antara satu sama lain, sangat sempoi antara satu sama lain, sangat bantu-membantu antara satu sama lain......

Tapi sekarang terasa lain, tidak serapat, semesra, menghormati, bersimpati, transparent, seslumber, sesempoi, membantu satu sama lain seperti dulu.....Terasa seperti orang luar dan tak dikenali...Yang mencari dilupa, yang mendapat dilebihkan...

Mungkin kerana sesuatu, atau pun satu perkara. Hati mula terasa bagai kacang lupakan kulit dan tanah yang telah mewujudkan sebutir biji kacang, serta terasa ingin membalas. Tapi tidak, biar masa yang mengajar dan memberi petunjuk kepadanya.....
Bukan memohon, bukan merayu, cuma mahu diingati, sudah memadai.......
.

Friday, July 17, 2009

MEOW....


Boy, Ning, dan Teh adalah antara nama yang pernah saya gunakan untuk KUCING peliharaan saya. Saya ni sebenarnya seorang yang sayang sangat sama kucing. Cukup pantang kalau nampak orang buat kucing tu tak tentu hala. Dari kecil lagi saya membesar bersama kucing. Cuma sekarang ni jer tak sebab budak rumah ada yang tak suka kucing. Cinta Kinabalu pulak takut kat kucing. Pernah dahulu saya menyelamatkan nyawa seekor kucing yang hampir mati tercekik tulang. Saya takkan lupakan peristiwa itu sampai bila-bila.
Pada mulanya saya melihat kucing itu terbatuk-batuk dan seperti cuba mengorek mulut dengan kaki hadapannya. Lama-kelamaan saya lihat ia mula baring dengan keadaan mulut dan lidahnya bertukar ke warna biru. Alamak, mesti ada something wrong. Saya kemudian dengan perlahan cuba untuk mendekati kucing tersebut. Kalau tak silap saya, kejadian itu berlaku ketika saya berumur 12 tahun. Dengan berani saya cuba membuka mulutnya untuk melihat apa yang tak kena. Rupa-rupanya ia tersangkut tulang. Saya cuba untuk mengelurkannya dengan menggunakan tangan saya sendiri. Tetapi, mungkin kerana sakit, kucing itu meronta-ronta dan secara tak sengaja mencakar tangan saya. Dapat la saya stripe free. Saya masih berfikir macam mana untuk menyelamatkannya. Dengan tak semena-mena saya terfikir untuk membalut seluruh badan kucing tersebut dengan selimut. Senang sikit nak pegang tanpa dicakar. Saya kemudian memeluk kucing tersebut dan dengan pantas saya memicit mulutnya supaya ternganga dan dengan menggunakan jari kecil saya ketika itu mengeluarkan tulang ikan yang tersangkut di tekaknya. Alhamdulillah, kucing itu selamat walaupun terdapat sedikit luka di tekaknya. Tapi sayang, kucing tu tak lama dengan kami sebab mati kemalangan. Biasa la kucing jantan. Merayau cari pasangan, dah kena berkubur atas jalanraya.

Ada juga satu kes lagi dimana kucing lain yang kami pelihara kena patuk ular rasanya. Bahu sebelah kiri mula bernanah dan sel-sel kulit serta isi mati perlahan-lahan sehingga boleh menampakkan tulang. Kami cuma sapukan ubat luka dan balut sahaja kerana menyangkakan cuma luka biasa. Dua minggu kemudian kucing itu menemui ajalnya.

Ada seekor kucing lain yang pernah kami bela ni pelik sikit. Semua ia makan. Makan goreng pisang, jilat sambal belacan, makan ulam, durian dan macam-macam lagi. Tapi tak lama kami bela sebab ia betina. Mak tak suka. Maka terpaksalah buang kat tempat lain.

Satu benda yang selalu saya buat bila nak bagi kucing makan ialah saya akan cuba menyediakan makanan kucing sesedap yang mungkin. Saya akan ambil segenggam nasi, dimasukkan kedalam mangkuk, ambil sesekor dua ikan goreng. Kemudian saya akan asingkan tulang dan isi. Tulangnya saya buang, pakai isi sahaja. Kemudian saya gaulkan nasi dan lauk serta tambahkan sedikit kuah. Last sekali saya akan rasa sedikit makanan tu, kalau sedap baru saya akan bagi kucing makan. Yang bestnya, kalau saya buat macam tu, makanan itu akan habis licin dijamah kucing.

Sekarang ni, cuma tinggal Ning saja kat umah. Setiap kali balik saya akan tidur ngan Ning. Sedap tau kalau tido ngan kucing. Ada yang kata, kucing boleh buat kita dapat penyakit lelah. Tapi Alhamdulillah kami sekeluarga tak der. Mungkin dah rapat sangat dengan kucing kot.

Yang penting, jangan kita dera kucing dan juga binatang yang lain. Ini kerana ia juga adalah makhluk Tuhan yang berhak hidup di muka bumi ini. Sejak dari dulu saya masih berpegang pada Persetiaan Pengakap yang ke-Enam (Kasihkan Binatang)

.

Tuesday, July 7, 2009

CUCU SULUNG



6 Julai 2009 adalah tarikh yang cukup bermakna bagi keluarga saya. Semalam adik lelaki saya dengan rasminya bergelar seorang Ayah. Adik ipar saya, Noor Anis, telah selamat melahirkan anak perempuannya secara normal pada pukul 3.45 petang seberat 2.2 kg di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan. Secara tidak langsung juga saya juga mendapat anak buah yang pertama dan bergelar Pak Long kepadanya. Saya bila pulak? hahahaha......






.

Sunday, July 5, 2009

JOM SELAM...

Penantian berakhir jua. Akhirnya saya diberi peluang untuk mengecapi saat-saat teruja dibawah permukaan air laut yang bergelora memukul pantai. Seramai 17 orang dari PERLU telah memijak tanah Pulau Kapas untuk mengambil Lesen Skuba (13 orang sahaja) pada 29.6.09 - 3.7.09 yang lepas.


Pelbagai pengalaman baru dapat kami rasai dan perhati. Pengalaman minum air laut melalui hidung takkan saya lupai sampai mati. Memang perit rasanya bila kena. Tambahan pula dengan air masinnya. Meleleh air mata dalam mask. Tapi itu untuk pertama kali je. Alhamdulillah, dive selepasnya tiada masalah. Memang best bila di bawah permukaan air. Walaupun hanya cecah 18 meter, terasa sangat ingin ke kedalaman yang lebih dalam lagi. Insyaallah, ada rezeki, boleh la pergi. Amin...

Jutaan terima Kasih kepada PERLU yang merancang dan menguruskan perjalanan program kali ini. Moga ada lagi aktiviti lanjutan untuk skuba atau seumpamanya pada masa akan datang.










SCHOOL HIGH-HIGH, BUT STILL STUPID...

"Honnnnnnn, hon hon hon....... Sapa punya kereta ni woi, tak dak otak ka parking macam ni? orang nak keluar pun tak boleh, nak pi keja ni woi. Honnnnnn, hon hon hon....."
Kejadian sebegini sudah banyak kali saya lihat. Kalau dah duduk rumah flat tu, kena la bertimbang rasa dan bijak sikit berfikir tu. Jangan la dok parking sesuka hati sampai menyekat laluan dan menghalang kenderaan lain. Kalau yang alert bila dipanggil tu tak pa, ni jenis yang tak reti bahasa dan pekak badak.
Pagi tadi saya dikejutkan dengan satu panggilan seorang rakan. Katanya ada satu kereta Gen 2 block keretanya. Tak leh kuar gi keje. Dekat sejam jugak dok hon. Tuan kereta tak turun-turun ubah. Senang cerita, terpaksalah pecahkan cermin kereta tu. Pastu tinggalkan nota.
"Harap Maaf, kereta anda mem'blok' kereta saya". Harap-harap dia berhati-hati la lain kali.
p/s: Rasa bersalah pun ada, tapi benda dah jadi...