Tuesday, January 26, 2010

SOMETHING MIRACLE...

Hajat nak kenakan a.k.a. prank coach, tapi sesuatu yang mengejutkan dan tak disangka berlaku... So, sapa yang kena prank??? Tak caya, klik di sini.....

Monday, January 25, 2010

HARAP SELAMAT...

Semalam,adik saya An dan isterinya telah sampai ke Kuala Lumpur. Pada 27 Januari 2010 ini, isterinya akan menjalani satu pembedahan jantung dan 'by pass' di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Isterinya di dapati menghidapi sakit jantung berlubang (10mm) ketika pemeriksaan dilakukan sejurus sebelum melahirkan anak mereka pada tahun lepas. Pelik jugak mengapa penyakit itu tidak dapat dikesan lebih awal. Semoga isterinya Anis selamat menjalani pembedahan tersebut. Amin....

Monday, January 4, 2010

HARI PERTAMA SKSK...

Pagi tadi saya merancang nak post cerita pasal hari pertama saya bergelar murid. Tapi sayang "Server Down" lak kat opis. Nasib baik kat umah boleh online. (Potong, potong, potong,,,,....)

Pada tahun Januari 1991, saya, yang tidak pernah mengalami alam pra-persekolahan a.k.a. tadika (tidak seperti adik-adik yang lain), terus bergelar murid secara rasminya di Sekolah Kebangsaan Sungai Kepar. Pagi-pagi lagi Mak mengayuh basikal mini hitam menghantar saya ke sekolah yang terletak 1.1km dari rumah saya. Semestinya apabila sampai ke sekolah, perasan takut ditinggalkan menebal dalam diri. Tak kurang juga ada yang mula menangis. Tapi saya tak. Mak terus bawak saya ke kelas Darjah 1 Kuning.

Guru kelas saya pada masa itu adalah Cikgu Salmiah. Saya masih ingat wajahnya sehingga sekarang. Beliau adalah seorang guru yang baik walaupun sesekali kelihatan kegarangannya. Mak dengan penuh percaya meninggalkan saya dengan berbekalkan sebotol air dan juga nasi goreng kepada Cikgu Salmiah. Maka bermula dari detik itu saya mula mengenali apa itu ABC dan juga 123. Tahun pertama saya bergelar murid sekolah agak boleh dibanggakan kerana dapat no. 3 dalam kelas. Hehe... berbaloi la jugak penat Mak mengayuh basikal menghantar saya ke sekolah hari-hari. (teringat plak masa dulu. Sub... sub...)

p/s: Terima kasih Mak antaq abang p sekolah...

.

Friday, January 1, 2010

BYE-BYE, WELCOME...

Apa yang berlaku, apa yang terjadi, apa yang berlalu, apa yang dilalui, tidak akan pernah dilupai. Banyak peristiwa dan perubahan besar yang berlaku pada saya dalam tahun 2009. Banyak kejayaan dicapai, namun kegagalan banyak memberi erti. Yang lama jangan dilupai, kerana ia dapat dijadikan panduan dan teladan. Yang akan datang kita tempuhi dengan apa yang kita telah pelajari dan lalui sebelum ini. Moga yang akan datang adalah yang lebih baik dari yang sebelumnya......

.