Monday, October 17, 2011

SAMAKAH MANUSIA DENGAN BINATANG???


Pernah kadang-kadang kita terdengar orang kata yang manusia ni ada yang berperangai seperti binatang. Tapi sebenarnya tak layak disamakan dengan binatang, sebab perangainya lagi teruk. Semalam, saya menyaksikan berita di Buletin Utama yang menyiarkan mengenai kes seorang kanak-kanak digilis van dan lori di China. Tetapi yang "dungu"nya manusia yang lalu-lalang buat seperti endah tak endah. Hanya tengok dan tak berbuat apa-apa. Lebih 15 orang yang lalu dikawasan kejadian. Tengok saja.


Jangan kata di luar negara, dalam Malaysia pun ada banyak kes yang tak berperikemanusiaan. Buang bayi, dera binatang, pukul dan bunuh serta bermacam-macam lagi. Layakkah makhluk-makhluk ini digelar sebagai manusia? Yang punya akal dan fikiran? Kalau ada akal, pasti boleh pikir mana yang baik dan buruk.


Binatang lagikan sayang anak-anaknya, mempertahankan dengan sepenuh jiwa dan raga sekiranya anaknya di dalam bahaya........
.

Wednesday, October 12, 2011

SANG SUAMI...


Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.

Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?


(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.


(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.


(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.



P/S:

1- Alhamdulillah, selalu. Tapi kalau out-station......
2- Tak banyak, kalau ada pun, dah settle dah.....
3- Sian CK naik tangga. Tapi lepas ni ada lif.....
4- Ini saya kurang cekap, kena disuruh. Sori sayang.....
5- Betul, tapi saya faham dan sabar.....
6- Saya suka masak......
7- Hehe, belum ada lagi......
8- Tapi CK gi kerja drive sendiri, yang lain saya jadi driver full time.....
9- Betul, tak pernah tak kasi.....

.

Wednesday, October 5, 2011

DEDIKASI...

Salam, dalam dok tak buat apa, sengaja saya uploadkan video saya. Khas buat isteri saya yang tercinta, CK... Moga kita berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat....

p/s: romantik tak? hahaha...

Sunday, October 2, 2011

"MAIN" DULU, "MAIN" SEKARANG...

Perkembangan dan kemajuan teknologi adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan di dalam sesebuah negara. Namun unsur tradisional makin pudar dikalangan rakyat jelata. Antaranya adalah 'permainan'. Cuba anda tanya kanak-kanak dan budak-budak muda zaman sekarang. Tahu tak apa itu Konda-kondi? Tuju Kasut? Toi? Teng-teng? Mesti ada yang terpinga-pinga tentang apa yang disebut. Cuba pulak kalau bertanya tentang PES 11, Dota, Need For Speed, Ragnaruk, PS3, PSP dan lain-lain kompom boleh cerita panjang.

Dulu punya permainan, keluar peluh, seronok letih. Tapi sekarang punya permainan, dalam aircond, seronok main.....

Contoh permainan dulu:

Lompat Getah

Konda-Kondi

Gasing

Nenek Kebayan Cari Cucu

Aci Nyorok


Tarik Upih

Tuju Kasut

Main Guli


Contoh Permainan Sekarang:

Need For Speed Underground

Angry Bird

Game Bola

Game Lumba Motor

Dota

P/S: Tapi lebih baik main game ni daripada dok keluar rumah buat kerja dan berperangai tak ketahuan....
.

DANIEL, AWAT TAKUT PAK LONG???



Wan Danish Daniel bin Wan Herman. Anak sulung kepada sepupu paling rapat aku. Sejak dari hari pertama dia dilahirkan, aku tidak boleh rapat dengannya. Asal dekat, dia akan teriak. Namun aku masih bertuah, sepanjang aku mengenali Daniel, hanya satu perkataan sahaja yang keluar dari mulut Daniel apabila akhirnya dia mahu menjawab pertanyaan aku selama ini. "Daniel puasa tak arini...???" aku bertanya. Namun sedikit masa diperlukan untuk menjawab soalanku itu. "Puasa" jawab Daniel sambil berdiri di celah kaki ayahnya yang tengah duduk. Aku tersenyum lebar kerana akhirnya dia bercakap dengan aku walaupun satu perkataan. Apakan daya, itulah cuma perkataan yang aku dengar dari mulutnya.


Nama "Pak Long" umpama mimpi ngeri buat Daniel. Aku diberitahu oleh ayahnya dan sepupuku bahawa Daniel adalah seorang budak yang sangat aktif dan buas serta yang banyak cakap. Tetapi sekiranya aku berada berhampiran, secara automatiknya dia akan menjadi seperti patung. Duduk setempat sesenyap mungkin. Tiada sepatah yang keluar dari mulutnya. Sekiranya aku mula nak mengusik, pastinya dia akan menangis. Aku mula memikirkan, apalah salah lakuku atau perbuatanku yang pernah aku buat pada Daniel. Rasanya, tidak pernah aku memukulnya, tidak pernah aku memarahinya, mungkin sebab wajahku yang nampak agak tegas dan garang.

Pernah sepupuku menceritakan, hanya dengan melihat gambar mukaku di Facebook, Daniel diam seribu bahasa. Bila diugut untuk memanggil aku tatkala Daniel buas, dia berulang kali membantah... Kekadang ketawa kecil aku mengenangnya...

Daniel, Daniel, awatla takut kat Pak Long....
.