Semalam, aku ke Klinik Ajwa setelah membuat temujanji pada dua minggu lepas. Tujuannya adalah untuk melakukan scan 3D/4D bakal cahayamata kami berdua. Tepat pukul 10 kami sampai ke klinik. Nama dianggil untuk masuk ke bilik pemeriksaan. Alangkah terujanya aku untuk melihat. Setelah scan dilakukan, terpapar di skrin imej 3D/4D cahayamata kami. Aku hanya mampu melihat tanpa sepatah kata keluar dari mulut. Mengagumi ciptaan-Nya. Zaman sekarang, orang dalam perutpun dah boleh tengok secara live. Dulu-dulu dah keluar baru tahu lelaki atau perempuan jantinanya. Aku bersyukur kerana hasil pemeriksaan mendapati bayi dalam kandungan sihat dan normal. Alhamdulillah....
Sunday, January 15, 2012
Thursday, January 12, 2012
KERETA MEWAH DAN BESAR...
Pernah tak ketika anda berada di dalam kesesakan lalu-lintas kemudian ada sebuah kereta yang datang dari sebelah kiri (laluan kecemasan), dengan tiba-tiba menyusur masuk ke laluan dihadapan anda tanpa menyalakan lampu isyarat belok?
Pernah tak ketika anda tengah memandu laju di lorong kanan, tetiba ada kenderaan turut sama hendak memotong kereta dihadapannya dan terus masuk ke lane anda tanpa memberi apa-apa lampu isyarat?
Pernah tak ketika anda memandu di jalan yang lurus, dengan tetiba kenderaan dihadapan anda membelok ke kiri atau ke kanan simpang tanpa bagi lampu signal?
Pernah tak anda sedang menunggu keluar dari simpang, pada ketika itu hanya ada satu sahaja kenderaan yang perlu anda tunggu, kemudian setelah hampir kenderaan itu dengan kenderaan anda , kenderaan tersebut terus memasuki simpang yang sedang anda tunggu lama tanpa bagi signal langsung?
Sama ada perasan atau tidak, kebanyakan yang berlaku di atas pasti melibatkan kenderaan MEWAH dan BESAR... Kekadang saya terfikir, kereta depa ni tak dak lampu signal ka?Mentang-mentang kereta depa besaq dan mewah, depa boleh buat sesuka hati? Mungkin depa ingat tak dak orang yang berani nak langgar atau marah. Kalau ada yang langgar, jenoh jugak nak kena ganti. Bukannya kereta kancil... tapi, BMW, Merc, Camry dll... sebab tu depa ingat depa kebal kut.... Tapi kalau ngan aku, Sori......
p/s:What Say U?
.
Tuesday, January 3, 2012
TOBAT TAK MAU NAMPAK DAH...
Sepanjang pengalaman saya keluar masuk hutan selama hampir 11 tahun, inilah kali pertama saya 'terlihatnya'... berlaku pada malam terakhir aktiviti survival dalam Perkhemahan Akhir di Tasik Chenderoh baru-baru ini.
Kisah bermula apabila saya, Kak Sheila, Lan dan Affan pergi menjenguk beberapa spot survival di Pulau Mak Cik P. Spot 1, 2 dan 3 dalam keadaan baik. Apabila pergi ke spot yang empat, saya teringat kembali tempat ini adalah tempat saya disengat ketika membawa group Nationwide Express Team Haj pertengahan tahun ini. Ketika di sana sekali lagi saya hampir disengat, namun sempat menepis. Tak semena-mena, Kak Sheila menjerit ketika diserang penyengat, lalu berlari ke laluan masuk. Selepas beberapa ketika, dengan tak semena-mena juga Kak Sheila datang kepada saya dan mengajak supaya beredar dari kawasan spot itu dengan kadar segera. Dalam hati dah dapat tangkap dah maksudnya. Namun dengan gaya kool saya melewatkan sedikait masa untuk beredar dan memberi beberapa pesanan kepada peserta. Tak naklah terus blah, takut nanti peserta sangka apa pulak.
Apabila paling je kebelakang untuk keluar, saya melihat Kak Sheila dan Affan sudah jauh kehadapan meninggalkan saya dan Lan. Perlahan-lahan saya dan Lan keluar dari kawasan tersebut dan terus pergi ke spot seterusnya. Selepas ke spot yang kelima, kali terus pulang ke base camp survival. Sekali lagi saya dan Lan ditinggalkan kebelakang. Pada masa itu mungkin Lan dah dapat tangkap. Sesampainya ke base camp survival, saya memaksa Kak Sheila menceritakan apa yang berlaku. Dengan berat hati serta dipaksa oleh saya, beliau mengatakan nampak "Ponti#%@&". Dalam hati dah berdebar. Bimbang dengan keselamatan peserta spot ke4, kami membuat keputusan untuk ubah spot mereka. Dengan suka rela Affan dan Badang bercadang untuk pergi mengubahnya, namun saya mengarahkan supaya kena ikut lagi dua tiga orang.
Affan and the gang mula bergerak dan saya nampak mereka terhenti dipertengahan jalan. Mungkin Affan memberitahu apa yang mereka perlu lakukan. Saya mengambil kesempatan itu untuk berpesan kepada Affan supaya sekiranya yang lain tak tahu apa yang sebenarnya berlaku, biarkan saja mereka semua tak tahu apa yang sebenarnya berlaku kerana hanya kami berempat sahaja yang tahu. Kemudian saya berpatah balik ke kawasan unggun api. Kemudian Lan memanggil Affan. Affan beredar dari kumpulannya dandatang berjumpa Lan. Kemuadian, ketika Affan kembali ke kumpulan yang akan mengubah spot tersebut, secara tak sengaja saya terpaling untuk melihat.
Pandangan saya terlekat pada satu lembaga pada kedudukan Badang. Namun bukan Badang yang saya nampak. Walaupun keadaan ketika itu gelap, namun, sedikit biasan cahaya dari unggun api sepatutnya cukup untuk melihat Badang dengan jelas. Bulu roma saya tetiba naik, Mata tetiba tak boleh pejam, kepala tak terpaling dalam jangka masa agak lama, hati semakin berdebar-debar. Namun saya kuatkan semangat untuk memastikan itu adalah Badang. Tapi malangnya, bukan Badang yang saya nampak. Ternyata ia adalah "Poc%$#" kerana ada bunjut di atas kepalanya. Hampir 10 saat saya meneliti untuk memastikan adakah "ia" benar, akhirnya saya membuka lampu di kepala kemudian memfokus terus ke arah"nya". Baru lah saya nampak susuk tubuh Badang yang sebelum ini saya tak nampak. Apabila dipadam lampu, "ia" yang saya nampak tadi sudah hilang. Malam itu saya macam susah nak tidur terkenangkan apa yang saya telah nampak. Tak berani nak ceritakan apa yang saya nampak pada orang lain ketika itu.
Bukan saya nak percaya benda tu, saya tahu "ia" ada, "ia" pun makhluk Allah jugak. Tapi mungkin kali ini "rezeki" mata saya. Pengalaman jugak la... Tapi saya lebih takutkan Tuhan dari "ia"......
P/S: Saja nak berkongsi dengan kawan-kawan....
.
Subscribe to:
Posts (Atom)