Friday, March 16, 2012

LAHIRNYA ANAK ADAM (FARIS UKAIL FOO)


8 Mac 2012, Aku dan CK ke HUKM untuk pemeriksaan biasa kandungan. Selepas pemeriksaan dijalankan, CK dibenarkan pulang namun doctor sekali lagi melaukan pemeriksaan kandungan ke atas CK memandangkan jangkaan tarikh untuk bersalain telah dekat. Rupa-rupanya telah ada bukaan sepanjang 2cm. CK terpaksa ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut. Aku tidak dibenarkan untuk menemani CK,namun aku tidak pulang. Aku mencari tempat untuk melabuhkan tubuh. Surau menjadi destinasi yang dituju. Tak lupa untuk aku membuat solat hajat bermohon supaya keduanya selamat.


9 Mac 2012, seawal pagi aku dikejutkan oleh panggilan CK menyatakan bukaan sudah mencecah 4cm dan akan dibawa ke bilik pembedahan untuk memecahkan air ketuban. Dalam pukul 8.30pg air ketuban dipecahkan…. Dalam pada CK menahan sakit, jalan keluar masih belum menunjukkan perkembangan yang positif. Sehing pukul 4.30 petang, CK kemudiannya dibawa ke Wad Bersalin @ Labour Room. Di sana aku dan CK Cuma bertawakal agar dipermudahankan segala urusan dan dapat melahirkan bayi secara normal. Namun sesudah hampir 12 jam daripada masa air ketuban dipecahkan, ,masih juga laluan tidak cukup dibuka. Dengan itu, doctor menasihatkan supaya CK terpaksa menjalani pembedahan bagi menyelamatkan kedua-duanya… Tak dapatla bayi keluar ikut pintu, terpaksa keluar ikut tingkap. Aku dan CK redha.


Hati terasa serba tak kena, gembira, takut gementar, excited dan segala bercampur aduk. Selepas hamper satu jam, sementelah aku menunggu, aku nampak seorang jururawat menolak troli bayi ke dewan bedah. Tak senang duduk aku dibuatnya. Kau menati dengan penuh gelisah. Mana taknya, selama sembilan bulan di dalam perut, tidak dapat menatap wajah dan ini adalah saat yang ditunggu-tunggu untuk menatap wajah seorang anak buat pertama kali. Setelah beberapa ketika, jururawt yang mngusung troli tadi keluar. Tanpa rasa segan dan malu, aku bertanya anak siapakah itu? Dengan senyuman dia menjawab “Khairum Anisa”….




Terasa lega sedikit dihati melihat bayi keluar dengan selamat. Selepas beberapa minit aku dipanggil untuk mengazankan putera kami. Dengan perasan yang agak gugup, aku mula melihat wajahnya, suaranya yang agak nyaring menyerikan suasana ketika itu. Dengan bermulakan sentuhan pertama tangan kanan, dia aku angkat dan didekatkan telinga kanannya ke mulut aku. Tanpa menghiraukan yang lain, dengan suara yang agak kuar namun terketar-ketar, aku melaungkan seruan azan. Terasa satu fenomena yang tidak pernah aku rasakan, keadaan terasa amat sunyi dan sepi bagaikan hanya aku dan dia sahaja yang berada di situ ketika itu. Ajaibnya, sepanjang azan dilaungkan, dia seolah-olah menghormati azan. Suara yang nyaring tadi tidak lagi kedengaran. Sekali lagi berlaku perkara yang mengejutkan aku ketika azan habis dilaungkan, matanya terbuka lalu merenung tajam ke dalam mataku.Terasa seperti terkaku tubuh badan, pertama kali kami bertentangan mata. Terasa satu aura meresap ke dalam tubuh.



Alhamdulillah, selamat dah seorang….Setelah selesai apa yang patut aku lakukan kepada putera kami, aku bergegas ke ruang menunggu untuk menantikan CK yang masih belum keluar dari dewan bedah. Sedang aku menantikan CK, sempat aku menelefon Mak untuk memaklumkan perkhabaran yang gembira ini. Mak kemudiannya bertanyakan kepada aku apa perasaan bila dah dapat anak? Aku tidak mampu menjawab, secara tidak sengaja, air mata mula membasahi pipi, nafas untuk aku berkata-kata seakan-akan tersekat untuk meluahkan sesuatu, tanpa rasa malu aku agak teresak-esak. Lalu mak berkata “ Abang jangan la nangis, macam tu la mak rasa bila dapat abang dulu”. Terasa aneh bila airmata itu mengalir, tak tahu nak cakap, samada ianya tanda gembira, sedih, suka ataupun duka…..




Satu jam kemudian, CK dikeluarkan dan aku terasa lega apabila CK mampu mengukir sedikit senyuman dan dapat aku baca dari renungannya bahwa dia juga bersyukur kerana telah selamat melalui proses pembedahan. Aku menemani CK hingga ke wad dan setelah selesai segala urusan aku diminta balik untuk berehat dan datang semula pada keesokan harinya. Sesampai dirumah, aku terus membasuh uri yang dibawa balik, barulah aku tahu begitulah rupanya plasenta. Semasa mahu tidur, aku tidak dapat melelapkan mata walaupun mata terasa macam ada gam dan berpasir. Masih tidak dapat melupakan kejadian yang berlaku dihospital tadi. Dalam pukul 2.30 pagi agaknya baru aku terlena. Aku seperti tidak percaya bahawa aku sekarang sudah menjadi bapa kepada seorang anak. Segalanya bagaikan mimpi. Inilah takdir seorang hamba Allah. Meraka akan merasai apa yang perlu mereka rasa dan sesungguhnya anak itu adalah anugerah. Ibarat kain putih, kitalah yang akan mencorakkannya. Semoga aku dan CK dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan sehabis baik….








SELAMAT DATANG ANAKKU FARIS UKAIL FOO……..



.