Wednesday, June 11, 2014

GELENG KEPALA


Lokasi: berhadapan Hicom Shah Alam menghala Shah Alam sebelum simpang traffic light KESAS.
Masa: Lebih kurang pukul 9.30 pagi
Tarikh: 12 Jun 2014
Kes: Kemalangan motosikal

Macam biasa jem diawal pagi. Sambil mencilok, ternampak satu kemalangan motosikal. Mangsa (mungkin penunggang) dilihat terbaring di atas jalan raya dan menyebabkan kesesakan jalanraya bertambah. Nak singgah dah ramai orang berkerumun. Tapi tak dak pihak berkuasa yang mengawal lalu lintas. Jarak lebih kurang 200 meter dari traffic light utama. Dalam tengah dok layan mencilok, aku ternampak Patrol Car Polis dalam barisan kenderaan menunggu lampu isyarat hijau. Ada dua anggota dalam kenderaan tersebut. No plate W%# 4869 dari Kajang rasanya. Memberanikan diri berhenti di sebelah cermin pemandu. Aku angkat visor dan angkat tangan seperti mahu bercakap dengan anggota yang berada di dalam patrol car tersebut. Cermin kereta diturunkan. 

Aku: Salam tuan, kat belakang ada eksiden, ada orang terbaring atas jalan.
Anggota Polis: Saya ada meeting, urgent...

Dalam hati dan kepala otak, terkedu...............

Selamber plak dia jawab macam tu. Sambil memulas throtle motor, aku geleng kepala...........

Apa sepatutnya anggota tu jawab? apa sepatutnya anggota tu buat?????????

Hidup penuh persoalan...........???????????????????????