Wednesday, December 31, 2008

SUKA DAN DUKA


Dalam suka ada duka......

SUKA....

Pada tanggal 25 Disember 2008 halaman rumah dipenuhi tetamu-tetamu yang diundang. Hampir 1000 orang yang datang. Saudara-mara, rakan taulan, jiran tetangga, dan kenalan datang ke rumah untuk melihat pasangan sejoli menjadi raja sehari. Kali ini, majlis untuk pihak lelaki diadakan dirumah saya bagi menyambut ahli keluarga baru. Adik saya Mohamad Rizuan Foo menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan Nor Anis gadis dari Tumpat, Kelantan Darul Naim. Walaupun ala kadar, majlis disambut meriah dengan kedatangan tetamu yang tak putus-putus. Lebih kurang pukul 4.00 petang majlis beransur selesai.

Pada malamnya pula, ramai saudara mara yang masih ada duduk melepak dibawah kanopi sambil berbual kosong. Lebih kurang pukul 11.00 malam baru semua masuk tido.


DUKA....

Satu.....

Petang hari majlis, rombongan dari Kelantan mula mengemas untuk pulang. Dalam pada dok sembang, seorang ayah (dari rombongan Kelantan) memegang erat tangan anaknya untuk melintas jalan. Untuk makluman rumah saya hanya terletak ditepi jalan utama. Dahulu, sebelum siapnya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), jalan dihadapan rumah saya adalah jalan utama. Oleh itu banyak kenderaan laju lalu-lalang.

Tiba-tiba, terdengar bunyi brek kenderaan memberhentikan kereta secara tiba-tiba. Terdengar pula Pak Uda saya menjerit "Ya Allah, anak sapa ni woi". Rupa-rupanya anak seorang kanak-kanak yang hampir kehilangan nyawa digilis kereta. Umurnya masih panjang apabila kereta itu sempat mengelak. Dengan pantas saya dan adik mengalihkan kanak-kanak itu dari tempat kejadian. Tangannya digilis kereta tersebut. Dengan cepat sepupu saya menghubungi ambulan untuk datang ditempat kejadian. Tapi sebelum tu sempat la jugak saya dan adik saya yang tengah belajar di Kolej Kejururawatan Kuantan memberikan bantuan mula kepada mangsa. Bapa mangsa menangis teresak-esak menyesal tidak memimpin anaknya melintas jalan.

Tak sampai 10 minit, ambulan sampai dan terus dibawa ke Hospital Besar Taiping untuk mendapatkan rawatan yang seterusnya. Alhamdulillah, dengan kuasa Tuhan kanak-kanak tersebut tidak mempunyai kecederaan yang serius dan tiada kepatahan walaupun ada bekas digilis tayar di lengan kanannya.


Dua....

Pada pukul 12.15 pagi, 26 Disember 2009, setelah beberapa urusan majlis selesai, barulah saya dapat merehat dan membersihkan diri setelah seharian tak mandi (dah macam masuk hutan pulak). Selepas siap mandi saya makan. Tepat pukul 12.30 pagi, telefon berdering. Adik saya An angkat. Kami mendapat perkhabaran bahawa Mak Nek, makcik kami yang paling rapat dan paling dekat masuk hospital akibat sesak nafas. Gagang diletak. Tak sampai setengah jam, telefon berdering sekali lagi. kali ini saya pulak yang angkat. Terdengar suara menangis teresak-esak dan perkhabaran duka saya terima " Yasir, Mak Nek dah tak dak". Innalillahiwainaillahirajiun.... berderau darah saya rasakan. Ahli keluarga yang baru hendak melelapkan mata kembali celik.

Masing-masing memegang telefon menyebarkan perkhabaran sedih kepada sanak saudara yang baru saja pulang dari majlis siang tadi. Keesokkannya, jenazah tiba dari Hospital GeorgeTown Pulau Pinang. Jenazah selamat disemadikan tepat jam 11.30 pagi.


Dalam suka mesti ada duka. Setiap kejadian ada hikmahnya.

Apapun tahniah saya ucapkan kepada adik saya yang kini telah bergelar suami. Langkah bendul pulak tuh....

Kepada keluarga Arwah Mak Nek, diharap dapat bersabar dan redha dengan pemergian ibu yang tersayang. Al-Fatihah....

Sunday, December 21, 2008

"ASSALAMU'ALAIKUM"


Sebelum ini, saya ada menegur beberapa orang adik-adik, sahabat dan rakan rakan pasal ni. Bila dunia dah makin laju, semakin pantas, semua nak cepat. Makan cepat, cakap cepat tulis pun cepat. bila tulis cepat, timbullah shortform yang melampau-lampau sampai tak faham maksud dan boleh hilang maksud. Antara yang menjadi mangsa adalah perkataan ASSALAMU'ALAIKUM sendiri.
Ada yang jadi 'AKUM'lah, 'ASKUM'lah, 'SEMEKOM'lah dan banyak lagi. Ada maksud ka perkataan macam tu. Setelah saya menerima satu email pada suatu masa dahulu, saya mula berkongsi dengan yang lain, terutamanya bila saya terima SMS dari rakan-rakan. Kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan bloggers sekalian. Berikut adalah keratan email yang saya terima:

[Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum"dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform "A'kum" dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.]
p/s: renung-renungkanlah.... selamat beramal.....
.

SESUATU YANG ANDA TIDAK PERASAN ATAU TERFIKIR...


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ni menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda, anda akan merasa senang bila seseorang
mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia
adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia, seumur hidup untuk melupakannya. Walaupun punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.
.
.

KAWAN DAN CINTA


Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...Kenapa??
Kerana CINTA itu buta..
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??
Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa??
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ??
So, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....
Walau kita punya couple, teman still paling setia.
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

p/s: tak dak idea nak tulis apa. kita kongsi yang ini la dulu...

.

Monday, December 15, 2008

SURVIVOR CHINA



Sejak dari bangku sekolah lagi, Siri Survivor adalah siri rancangan tv yang paling saya minati. antara siri yang diikuti adalah Survivor Afrika, Survivor Thailand, Survivor Amazon, Survivor Pearl Island, Survivor All Star dan yang terbaru Survivor China. Sebenarnya Survivor sudah melangkaui sebanyak 15 siri dan tak semua siri saya ikuti disebabkan kemasukan saya UiTM.


Untuk Siri Survivor China, saya baru habis menyaksikannya, iaitu malam sebelum laptop saya dikebas orang. Malam tu sebenarnya saya dah siap dah post untuk saya post dalam blog ni. oleh yang demikian, terpaksala taip lain untuk post ni.


Bagi saya, pemenang untuk Survivor China, Todd, adalah seorang yang bijak dalam mengatur strategi dan juga seorang yang amat bernasib baik. Beliau ada menyatakan semasa Reunion Survivor China, beliau juga adalah peminat rancangan Survivor. Beliau meneliti taktik dan teknik untuk bermain dalam permainan Survivor. Dari situ, beliau cuba mengaplikasikan apayang yang beliau dapat dan nasib menyebelahinya bila strateginya menjadi serta terus menjadi juara untuk siri tersebut.


Memang ada yang tak boleh diikut semua yang berlaku dalam rancangan itu seperti, mungkir janji, tikam dari belakang, dan perbalahan sesama sendiri, menipu dan banyak lagi. Tapi disitulah "true colour" seseorang kita boleh nampak.


Bagi pengacaranya pula, Jeff Probst, setelah hampir 14 tahun mengacara rancangan itu, beliau adalah bukan calang-calang orang. Menurut sumber yang saya dapat, beliau akan pergi awal ke semua lokasi rancangan untuk survey tempat. Beliau juga turut menyumbangkan idea untuk setiap halangan dan cabaran untuk rancangan itu. Manakala individu yang membuat halangan juga adalah dikalangan jurutera yang bertauliah. Jika anda adalah penonton setia rancangan itu, anda akan mendapati kesemua halangan dan cabaran untuk setiap siri adalah berbeza dan tak pernah sama. Bayangkan ianya telah ditayangkan sebanyak 15 siri.


Antara peserta yang saya kagumi dalam rancangan ini adalah Rupert. Walaupun beliau adalah orang biasa, namun skil dan kemampuannya membuatkan ianya menjadi pilihan penonton yang menyaksikannya. Namun akibat kelebihan yang ada padanya, dia menjadi ancaman kepada peserta yang lain dan diundi keluar.


Selepas ini, di Micronesia pula, Fan Vs Favourite, ianya akan melibatkan peminat setia siri ini dan pilihan bekas peserta Survivor sebelumnya berentap sesama sendiri.


p/s: kalau la kat Malaysia ada rancangan ini, saya sendiri teringin nak masuk.....
.
.

Friday, December 12, 2008

HILANG LAGI......

AKU REDHA DENGAN UJIAN DARI YANG MAHA ESA. PAGI TADI RUMAH SAYA DIMASUKI PENCURI. SEDANG LENA DIULIK INTAN, BILA SEDAR JER, LEBIH KURANG PUKUL 8.30 PAGI, DUA TELEFON BIMBIT SAYA DAH TAK ADER TEPI KEPALA. BILA MASUK BILIK PULAK, DOMPET SAYA TERBUKAK DIATAS KATIL DENGAN BEBERAPA DOKUMEN BERTABURAN ATAS TILAM. LEPAS TU SAYA KELUAR. BILA KELUAR BILIK BARU TERINGAT LAPTOP. PUN HILANG JUGAK. LEMBIK LUTUT LAGI SEKALI. DALAM LAPTOP TU PULAK BUKAN MAIN BANYAK MAKLUMAT BERKAITAN KERJA TEAMTACT. APALAGI GAMBAR-GAMBAR KENANGAN.

RAKAN SERUMAH PULAK TERLUPA NAK KUNCI PINTU GRILL BILA KELUAR PERGI KERJA AWAL PAGI. PINTU PULAK TUTUP TAK RAPAT.

YA ALLAH, BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK AKU MENGHARUNGI SEMUA DUGAAN MU INI YA ALLAH.....

KEPADA RAKAN-RAKAN BLOGGERS, SILA ANTARKAN MESEJ KE NO LAMA SAYA. SAYA KEHILANGAN SEMUA NO. TELEFON YANG ADA. SAYA MENGGUNAKAN SIMCARD BARU TETAPI KEKAL DENGAN NO YANG LAMA. 012-5855146

P/S: INSAN SEDIH........

INTO THE DEEP.....


Wednesday, December 3, 2008

NORMAL….


“Shawn, esok aku masuk lambat sikit, nak pi hospital”

Pada tanggal 3 Disember 2008 yang lalu, saya dikehendaki pergi ke HTAR Klang untuk berjumpa dengan doctor bagi membincangkan keputusan ujian Ultra Sound penyakit batu karang saya pada bulan lepas. Semasa dalam perjalanan hati berdebar, mana la tau kalau kena operate. Pelan-pelan bawak moto, sampai la kat hospital. Seperti biasa kena tunggu giliran yang lama. Dekat 1 ½ jam la jugak. Kemudian nombor dipanggil. Bila duduk ja, doktor terus meneliti butiran yang ada dikertas laporan. Semunya short form. Tak paham. Tunggu penjelasan jela. Alhamdulillah, keputusan ultrasound saya normal. Tak la kena operate. Tapi bulan dua nanti kena datang balik buat secondary check-up.

Dalam pada itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Hisyam Che Mat. Mungkin ini kerana berkat keberkesanan minum air lobak putih. Memang kalau kata ubat tu tak sedap, tapi ianya mujarab. Saya turut bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menyembuhkan dan menjauhkan hamba-Nya ini dari penyakit. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang lain yang sebelum ini memberi nasihat kepada saya.

Sunday, November 30, 2008

JEDI – KISAH DAN TAULADAN #2



Semalam, lagi sekali saya menghabiskan 6 jam untuk menonton movie science fiction Star Wars. Kali ini saya melengkapkan keenam-enam episod filem tersebut. Star Wars Episode 4 - A New Hope, Star Wars Episode 5 – The Empire Strike Back dan Star Wars Episode 6 – Return of the Jedi. Pada episod 4, daya tarikan cerita kurang menarik sedikit ini kerana episode itu cuma memaparkan bagaimana kisah hidup anak Anakin Skywalker a.k.a. Darth Vader iaitu Luke Skywalker mula menceburi Latihan untuk menjadi seorang Jedi.

Untuk episode 5 juga masih memaparkan bagaimana Luke yang berlatih dibawah seorang Master Jedi Yoda. Episode ke-6, Luke Skywalker telah bergelar sebagai Jedi Knight. Namun setelah mengetahui Darth Vader adalah bapa kandungnya, Luke berazam untuk mengembalikan ayahnya ke jalan yang baik. Diakhir cerita, kita dapat saksikan bagaimana seorang ayah yang tidak sanggup melihat anaknya disiksa berubah menjadi baik untuk menyelamatkan anaknya walaupun terpaksa bergadai nyawa.
Jedi Master Yoda

Namun, apa yang dapat ditafsirkan, samalah seperti pepatah melayu “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Anakin Skywalker a.k.a. Darth Vader walaupun telah sedar akan kesilapan yang telah dilakukan namun dia tidak berkesempatan untuk bersama dengan anaknya dengan lebih lama akibat daripada menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan anaknya.

Selain itu juga, pengajaran yang baik yang dapat kita ambil ialah kesungguhan dan ketabahan seorang anak. Walaupun Luke tahu yang bapanya jahat, namun jauh disudut hati masih yakin bahawa masih ada yang baik dalam diri bapanya. Dengan itu, Luke tidak putus asa untuk memujuk walaupun dengan nyawanya sendiri. Akhirnya, segala usaha menemui kejayaan walaupun untuk seketika.


p/s: Yang baik kita ambil, yang tak baik kita buang………
.

Friday, November 28, 2008

JOM SENAM....


MADAH BERHELAH….

Meski gadis itu kucintai,
Meski hati dan jiwanya ingin aku miliki,
Namun apa daya,
Aku kurang upaya,
Apalah ada pada diriku,
Hanya secubit kasih sayangnya…..

Dirinya tidak sekufu ku,
Kasihnya bukan untukku,
Antara dia dan aku,
Adalah lambang kelemahan manusia,
Dalam mengatur rasa hati,
Untuk menyusun selera naluri,
Membina mahligai cinta abadi...

Wednesday, November 26, 2008

DAH MACAM TREND, MACAM PERMAINAN????????

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kita asyik mendengar cerita pergaduhan dan penceraian pasangan berkahwin yang melibatkan artis. Antara yang paling popular dan paling meletup serta mendapat liputan langsung adalah pasangan popular Abby Abadi dan Norman Hakim. Yang terbaru pula kes Nasrizal Ngasri a.k.a. Bell dan isterinya Nur Farhana. Apa dah jadi dengan artis tanah air ni? Orang Melayu pulak tu. Islam lagi. Dah tak boleh berfikiran waras lagi ke? Dah tak ada perasaan malu ke? Artis ni umpama role model untuk masyarakat. Yang elok je la. Tapi kalau dah depa dok cerai kawin cerai kawin, role model apa kebenda?

Pernikahan adalah satu ikatan yang mulia di sisi Agama Islam sehingga diumpamakan seperti mendirikan masjid. Bagi mereka, nikah kahwin ni dah macam tak ada apa-apa. Suka hati je nak kawin ka, nak cerai ka, apa ka. Yang jadi hal pulak bila kes-kes terbabit disebabkan orang ketiga. Yang orang ketiga tu pulak, tak boleh cari yang lain ka? Berdosa meruntuhkan masjid yang telah dibina. Saya tidak menyalahkan sesebelah pihak saja dan tak semua pasangan artis macam tu. Bak kata pepatah “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Ada ja artis yang dapat hidup bahagia sampai sekarang siap boleh menang pertandingan bersama lagi tuh. Contohi la mana yang baik.

Mereka semua dah dewasa, sepatutnya mampu berfikir yang mana buruk yang mana baik. Benda ni bukan sekarang yang menjadi-jadi, dulu-dulu pun dah ada. Jangan la sampai artis Malaysia ni jadi macam artis Barat sudah. Jangan ada yang tak nikah pun dah ada anak bersama.

Kita orang Melayu beragama Islam. Berpegang teguh pada-Nya. Insyaallah bahagia ke akhir hayat…..

Tuesday, November 25, 2008

MALAYSIA TRAVEL FAIR

Pada tarikh 21 – 23 November 2009 yang lalu, Team TACT telah ditawarkan satu projek untuk membuka Wall Climbing dan Flying Fox di Tapak Parkir Kereta One Utama, Sayap Baru bersempena dengan minggu Malaysia Travel Fair yang berlangsung selama tiga hari. Petang sebelumnya, kami memasang Mobile Tower untuk Flying Fox dan Wall Climbing. Esoknya aktiviti bermula pada pukul 2.30 petang, selepas solat Jumaat. Alhamdulillah, sambutan yang diberi agak memuaskan, tapi tak lah seramai macam di JOM HEBOH. Beberapa instruktur PERLU juga hadir membantu menjayakan program ini antaranya Presiden PERLU yang baru Mubin, Sofwan, Diela, Lenny, Angah Adzimah, Amnan, Ajoi, dan juga Lan.



Kebanyakan yang mencuba aktiviti ini adalah dikalangan kanak-kanak. Tak kurang juga yang dewasa. Alhamdulillah, sepanjang Fair berkenaan, cuaca agak baik. Tak hujan pun. Mungkin ada sebab. Sapa yang ada ditempat kejadian tahu la kut sebabnya. Hahahaa…


Hari Ahad adalah hari penutup. Sebaik tamatnya program hujan pun turun. Masa siang punya la panas terik. Saya ni dah macam kena salai, pedih muka-muka kena panas. Lebih kurang jam 2.30 pagi baru saya bergerak pulang ke Shah Alam, tu pun kena redah hujan.


Boleh dikatakan program ini berjaya dan tiada apa-apa kemalangan yang berlaku sepanjang program ini berlangsung. Alhamdulillah....

Sunday, November 16, 2008

JEDI – KISAH DAN TAULADAN

‘Ko kena tengok Star Wars kalau ko nak tau jedi tu ape”. Itulah kata-kata yang keluar dari mulut sahabat saya Azmi yang kini sedang bertugas di Outward Bound School selama dua minggu.


Malam semalam saya menghabiskan masa selama lebih kurang 6 jam menonton filem Star Wars yang saya ambil dari Azmi. Star Wars Episode I [The Phantom Manace], Star Wars Episode II [Attacks of the Clones], dan Star Wars Episode III [Revenge of the Sith]. Bermula dengan aksi-aksi jedi tembak-menembak seterusnya adegan kejar-mengejar dan diakhiri dengan adegan pertarungan. Nampak menarik untuk ditonton memandangkan saya juga adalah peminat filem genre science fictions.
ANAKIN SKYWALKER a.k.a. DARTH VADER

Apa yang saya dapat melalui cerita ini adalah kisah dan tauladan dari watak yang bergelar Jedi. Apa yang saya faham, Jedi adalah seorang individu yang dilatih dan diberi ilmu setelah didapati dia berpotensi untuk menjadi seorang Jedi. Peranan Jedi adalah sebagai Protector atau pelindung. Namun setelah segala ilmu diajar dan diperturunkan Padawan-Anakin Skywalker a.k.a. Darth Vader (anak murid) masih tidak berpuas hati dengan apa yang ada. Cuba menjadi lebih berkuasa dari Master Jedi Obi-wan Kenobi (mentor). Dengan desakan dan hasutan hawa nafsu yang membuak-buak, keinginan memiliki kuasa, tanpa berfikir panjang, Anakin mula terhasut dengan Darth Sidious (Ketua Ajaran Hitam). Beliau sanggup melanggar sumpah untuk menjadi Jedi dan menjadi suruhan Darth Sidious demi kuasa yang diingini.
MASTER JEDI OBI-WAN KENOBI

Apabila telah dapat apa yang dihajati, fikiran dan perasaan dikuasai oleh kuasa jahat. Beliau tidak lagi mengenang segala jasa dan ilmu yang telah dicurahkan oleh Master Jedi sehingga sanggup untuk membunuh Master Jedi demi mendapatkan apa yang dihajatinya. Namun, Master Jedi masih mempunyai kelebihan sebagai mentor yang berfikiran waras dan mempunyai ilmu yang tinggi untuk menumpaskan anak muridnya sendiri.

DARTH SIDIOUS THE DARK LORD & ANAKIN SKYWALKER a.k.a. DARTH VADER

Pada pendapat saya, apa yang boleh diambil dari kisah ini, antaranya ialah sebagai manusia dan seorang pelajar atau anak murid, kita sepatutnya menghormati dan mengenang jasa guru setelah menimba ilmu yang banyak daripadanya. Selain itu, janganlah kita jadi “lawan tokeh”, bila dah ada ilmu sedikit, sudah berani nak mencabar dan pijak kepala guru kita sendiri. Kita juga perlu bijak membuat keputusan dan bertindak menggunakan anugerah yang diberikan Tuhan iaitu akal. Bila nafsu mengatasi akal, kelak kita yang binasa. Antara yang lain apabila berjanji, janji itu wajib ditunaikan bak kata pepatah “lembu kita pegang pada talinya, manusia kita pegang pada janjinya.

Oleh yang demikian, janganlah kita menjadi seperti Anakin Skywalker a.k.a. Darth Vader. Kelak akan memakan diri kita sendiri. Walaupun filem ini adalah rekaan semata-mata, kita sebagai manusia yang berakal dapatlah memikirkan apa yang ada disebalik cerita yang ingin disampaikan.
.
.

Friday, November 14, 2008

JOM GELAK....

Tadi saya ada membaca satu post dari seorang bloggers baru. Saudara Roland Robert Imbang, Senior FSR, menceritakan pengalaman beliau semasa berada di Taman Negara Pahang. Kalau dibaca, ada detik-detik yang melucukan hati. Sila lawati blog beliau di http://rolandrobert2594.blogspot.com/

Jom Gelak..... hahahahahhaahhaaaaa.....

Tuesday, November 11, 2008

TANGAN YANG INDAH

E-mail dari sahabat…..
(Kepada sesiapa yang masih ada ibu... )


Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya. Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..


Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.


Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...


P/s: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu. Dan lakukanlah yang terbaik untuknya.... ......

Monday, November 10, 2008

K.K.R.T.D. KA MACAM TUH?

Benda alah apa tu? Cuba teka...Kluenyer...

Ada port hisap rokok...
Boleh pesan kat Kem Komandan tolong belikan rokok…
Ketua Jurulatih dah macam Ketua Juruletih…
30 peserta 3 jurulatih…
Peralatan serba kekurangan…
Masa program boleh pakai seluar Jeans....

Pergi trekking pakai Crocs (padahal kena pakai kasut)...
Makan pakai catering…
Tak dak khemah pusat…
Centry tak payah password….
Masuk hutan tak perlu parang…
Khemah penempatan semata-mata…
Dok selalu mention nama “orang” tu saja… (macam “orang” tu saja master rekreasi dalam Malaysia)
Baju dok mengelebeh keluar (tak tuck-in)....

Slot main passing-passing…
Nak kata tak pandai, pernah jadi INSTRUKTUR sesebuah persatuan…
Bila suruh buat aktiviti, “aku pening la, kau jelah yang buat”, alasan…
Time Ice Breaking, terkinja-kinja nak buat, bila dah nak buat, lupa pulak apa nak buat…
Kata orang gunung, pasal tali pun tak tau…
Bila bagi fly sheet suruh buat stretcher, boleh pulak kata, “mana boleh buat, tali tak dak”…





Kalau macam ni lah perangai dan sikap segelintir penggiat rekreasi, main tangkap muat saja, lama-lama rekreasi boleh mati. Mungkin tidak pernah kenang kesungguhan peserta untuk mencari ilmu, sanggup datang dari jauh, sanggup tinggal tanggungjawab, sebab apa? Sebab minat rekreasi. Tapi organizer pulak macam P@#$*k. pikir penuh poket sendiri. Dah la dari badan kerajaan. Mungkin tak pernah ambil iktibar dari kes-kes yang sangkut dengan BPR. Takkan nak kena kantoi dulu baru nak sedar. Apa yang sipolan belajar masa berpersatuan dulu? Takkan begitu mudah melupakan? Sia-sia guru memberi ilmu dan tunjuk ajar. Mungkin benak hati sangat kut?

Bagi yang lain sahabat tetap sahabat, keluarga tetap keluarga, tak pernah pudar, kami membantu apa yang mampu. Namun sedih dan kecewa tetap menyelubungi...

* Bagi yang masih belajar dan berpesatuan, gunalah masa ini untuk menuntut sebanyak mungkin ilmu yang ada. Semuanya akan berguna dimasa kelak. Generasi muda sekarang adalah pemimpin dalam pelbagai bidang pada masa hadapan. Beri ilmu yang betul, biar berkat ke akhir zaman....
.
.

Monday, November 3, 2008

WQQ 8974 HILANG….


Semalam merupakan hari yang melembikkan kepala lutut saya. Selepas pulang dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya terus ke pejabat. Saya parking moto saya jam 1.30 tengah hari. Pabila hendak pulang pada pukul 6.30 petang, dalam hujan renyai-renyai, angin meniup perlahan celahan cuping telinga, membasahi umbun-umbun dewasa, saya terus ke tempat parking moto. Bila sampai, saya dapati moto dah tiada. Untuk menyedapkan hati, saya pikir mungkin saya park kat tempat satu lagi. Bila pergi, ALAMAK… TAK DAK….. lembik lutut rasanya…. Sah moto aku kena rembat…Moto dah ada kunci tambahan, lock handle, tapi dah tak der rezeki… lagi satu, tak tau macam mana aku nak berhadapan dengan sahabat aku sekarang yang kini berada di Senzhen, China. Moto tu saya ambil dari dia. Bayar pun tak habis lagi…

Mungkin ini satu dugaan dari yang maha Esa. Namun saya terima dengan redha. Laporan polis telah dibuat di IPD Shah Alam. Harap-harap dapat la jumpa balik moto tu. Kalau boleh skali
dengan pencuri tu sekali. Pastu boleh kenduri ramai-ramai....

.

ULTRASOUND dan 100….


Hari ini saya sekali lagi telah pergi ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk mendapatkan rawatan susulan Batu Karang. Tepat pukul 9.00 pagi saya dah samapai di sana. Ingatkan temujanji tu saya sorang jer, tapi bila sampai kena beratur amik no pulak… Sekali ramai la pulak yang date dengan doctor hari ini. Lepas nama dipanggil saya diarahkan untuk pergi ke bangunan lama hospital. Lepas tu, kena tunggu pulak, dekat dua jam pulak tu. Pukul 11.15 baru turn saya dirawat. Mula-mula segan gak bila ada doktor perempuan, tapi nak berubat punya pasal, kena la bukak baju. Bila doktor (lelaki) dah rawat, geli la pulak. Mana taknya, ditekan-tekan kat pinggang, macam kena geletek pulak. Jenuh dok tahan geli. Tak sampai 10 minit. Rawatan selesai. Result kena tunggu lama pulak. Mintak-mintak la ok semua.


Lagi satu, post ini adalah post REMBANG WAKTU yang ke-100. Bersempena dengan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada HCM a.k.a. Coretan Dikala Senggang kerana beliaulah wujudnya Rembang Waktu. Dah banyak coretan dan cerita yang saya telah postkan dan banyak jugak cerita yang saya telah saya baca dari blog rakan-rakan bloggers yang lain. Terima kasih….
.
.

Saturday, November 1, 2008

JANGAN MELINTASI DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG MENGERJAKAN SOLAT...

Satu lagi email yang saya terima dan saya rasa patut dikongsi bersama rakan bloggers yang lain. Ianya mengenai tentang lalu dihadapan orang yang sedang mengerjakan solat. Perkara ini saya sendiri pernah lakukan dulu ketika sembahyang sunat hari raya kerana terpaksa cross saf luar untuk ke dalam. Jadi saya postkan untukm kita kongsi...

Satir maksudnya batasan bagi orang yang solat. orang yang solat di atas sajadah bererti sajadahnya itu dianggap sebagai satir. Orang solat di atas lantai ruangan yang luas begitu juga orang yang solat di padang pasir misalnya, disuruh membuat satir atau batas. Satir itu boleh dibuat dengan memacakkan kayu di hadapan kita, boleh dengan menggaris tanah, boleh dibuat dengan meletakkan sesuatu benda dan sebagainya.

Diriwayatkan oleh Abdul Razaq, bahawa Umar bin Khattab melihat seorang pemuda sedang mengerjakan solat. Beliau berkata pada pemuda itu: "Wahai pemuda, majulah ke depan dan dekatkan badanmu ke tiang itu supaya ia menjadi satirmu. Jangan biarkan syaitan mempermainkan solatmu. Ini bukanlah saya katakan sendiri tetapi yang aku dengar dari Rasulullah SAW."

Riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, dari Umar bin Khattab mengatakan: " Apabila solat salah seorang kamu hendaklah solat dengan satir supaya syaitan tidak lalu dihadapannya ."Umar bin Khattab adalah manusia yang amat mementingkan masalah satir. Apabila beliau tidak mendapat sesuatu untuk dijadikan satir, beliau letakkan songkoknya di hadapannya ketika solat. Apabila beliau melihat orang mengerjakan solat tanpa satir atau batasan, beliau duduk di depan orang yang solat itu untuk menjadi satir. Ini maksudnya supaya jangan ada lagi orang yang lalu di antaranya dan diantara orang yang solat itu.

Riwayat dari Abdul Razaq, yang diterima dari Abdullah bin Syaqiq mengatakan: Umar bin Khattab lalu di tempat orang yang mengerjakan solat dalam tidak memakai satir. Setelah orang itu selesai solat, beliau berkata: " Kalau engkau tidak membuat satir, nanti orang akan lalu dihadapanmu. Tetapi kalau tahulah orang yang lalu itu bagaimana dosanya lalu di hadapan orang yang solat, dia tidak akan melakukannya".

Apabila kita sedang mengerjakan solat, kemudian nampak orang yang mahu lalu di hadapan kita, maka kita berhak melarangnya. Umar ada mengatakan: "Jangan biarkan orang yang lalu di hadapanmu kerana jika dia lalu akan diiringi oleh syaitan ."

( Daripada buku yang berjudul UMAR IBNUL KHATTAB – KEPUTUSAN HUKUM & FATWA– FATWANYA ).
.
.

ALLAH MAHA BESAR (BLOGGER FRYING PAN)

Kalau tak silap saya, dulu blogger Frying Pan ada postkan gambar yang ada tulisan ALLAH di atas permukaan air tetapi malangnya tak dapat dilihat oleh semua blogger yang lain. Semasa saya sedang periksa email saya yang lama, saya terjumpa email yang mungkin sama dengan post blogger Frying Pan. Bagi sesiapa yang ingin tahu gambar yang dimaksudkan, saya ada sertakan dibawah......





P/S: kalau silap, blogger Frying Pan boleh maklumkan kepada saya....

Sunday, October 26, 2008

BERSATU JUA AKHIRNYA….





Hari ini, sahabat saya semasa belajar dahulu, Mohd Zuraidi bin Abdul Rahim a.k.a. Edy dan Norhayati binti Hussin a.k.a. Yati telah selamat diijab kabulkan. Mereka adalah salah satu pasangan yang telah saya satukan hingga ke jinjang pelamin… chewah, satukan tu.....


Mempelai berarak dan sanding.....




Ceritanya begini, Edy ni roommate saya semasa saya belajar diploma di UiTM Arau dahulu. Kami sebilik dari part 1 hingga part 4. Semasa semester pertama, saya ada rapat dengan seorang pelajar perempuan sefakulti, Diana Roschinda bt Sohibol Fadhilah a.k.a. Didi. Dia ni duduk sebilik dengan si Yati. Saya ni selalu keluar pergi kelas dan melepak kat Mushroom (budak UiTM Arau mesti tau tempat ni).



Rakan Teruna.....



Rakan Dara....


Satu hari, masa lepas kelas saya, Edy, Didi dan Yati lepak minum sekali. Mungkin masa tu bila mereka berdua bertentang mata, hati terpaut. Bila balik bilik, ada la dok tanya sikit pasal Yati. berkenan la tu... Si Yati pulak selepas beberapa kali bersua dan sedikit demi sedikit mengenali, si Yati ni suka dok layan radio saluran THR. Masa tu THR selalu memutarkan lagu Hindustan. Si Edy ni memang minat lagu Hindustan, biasala orang Penang. Yang si Didi ni dah pelik, tak pernah-pernah tengok si Yati ni dok layan Hindustan. Mungkin terikut ngan si Edy. Adalah satu hari tu, Edy demam dan batuk-batuk, si Yati sanggup pergi kedai beli asam jawa dan buatkan air asam jawa untuk ubatkan batuk Edy. Selepas itu, diam tak diam dah jadi pasangan merpati dua sejoli, Alhamdulillah, sampai ke jinjang pelamin.


Hari ini jugak secara tak langsung, majlis perkahwinan Edy dan Yati menjadi majlis reunion secara tak rasmi untuk bebudak First Batch FSR UiTM Arau.. Ramai yang datang. Tapi tak semua ada, Bila dah bersua muka, riuh-rendah jadinya…



Rakan-rakan......


Jejaka Idaman dengan Tok Janggut......



Macam tak sabar jer kawan?????????

Apa-apa pun saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua sahabat saya Edy dan Yati. Semoga berbahagia selalu. Panjang umur, murah rezeki dan berkekalan hingga hujung nyawa….


..

OPEN HOUSE ABANG YAZID



Pada tanggal 25/10/2008, saya bersama rakan saya, Taher, telah pergi untuk memenuhi jemputan Abang Yazid Abdul Rani, Instruktur NFC. Tepat pukul 8.15 malam, saya sampai dirumahnya. Kemudian, kami dijamu dengan hidangan BBQ yang dimasak sendiri oleh Abang Yazid. Beliau dulu pernah menjadi chef di Canberra, Australia semasa menemai isteri beliau menyambung pelajaran disana. Ramai instruktur NFC yang dating. Dah lama tak jumpa depa. Antara yang hadir ialah Kak Aini Masayu, Abang Rashid, Kak Zura, Kak Raja Norbadariah, Kak Sabariah, Kak Adilla dan ramai lagi. Banyak jugak cerita yang keluar terumatanya berkenaan NFC. Ialah, sejak saya mengundurkan diri dari NFC, masa dah banyak problem yang timbul.



Abang Yazid tetap maintain........


Kak Ayu still macam bebudak walaupun dah ada anak satu....


Bagi Kak Adilla pulak sekarang beliau menjadi pengacara rancangan masakan Enak Rasa di TV1 RTM. Kalu nak tengok, rancngan itu keudara pada setiap hari ahad jam 9.30 pagi. Yang lain masih lagi bergiat aktif dalam bidang kecergasan terutamanya aerobic. Kak Azura sekarang dah jadi lecturer kat UiTM Arau untuk FSR.



Kak Adilla dan putri terbarunya.....


Kak Zura dan rakannya.....(dua-dua bakal pengantin)


Lama jugak kami lepak kat sana. Mana taknya, bila kami nak balik, dihalang pulak oleh Abang Yazid. Katanya alang-alang dah datang kita sembang la lama sikit. Dah la susah nak jumpa. 11.30 baru kami beransur diri.


.

Antara hadirin yang hadir....



Bila dah berjumpa (mengumpat lah tuh.........)


P/S: Terima kasih Abang Yazid kerana jemput saya…..

.