Monday, November 3, 2008

WQQ 8974 HILANG….


Semalam merupakan hari yang melembikkan kepala lutut saya. Selepas pulang dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya terus ke pejabat. Saya parking moto saya jam 1.30 tengah hari. Pabila hendak pulang pada pukul 6.30 petang, dalam hujan renyai-renyai, angin meniup perlahan celahan cuping telinga, membasahi umbun-umbun dewasa, saya terus ke tempat parking moto. Bila sampai, saya dapati moto dah tiada. Untuk menyedapkan hati, saya pikir mungkin saya park kat tempat satu lagi. Bila pergi, ALAMAK… TAK DAK….. lembik lutut rasanya…. Sah moto aku kena rembat…Moto dah ada kunci tambahan, lock handle, tapi dah tak der rezeki… lagi satu, tak tau macam mana aku nak berhadapan dengan sahabat aku sekarang yang kini berada di Senzhen, China. Moto tu saya ambil dari dia. Bayar pun tak habis lagi…

Mungkin ini satu dugaan dari yang maha Esa. Namun saya terima dengan redha. Laporan polis telah dibuat di IPD Shah Alam. Harap-harap dapat la jumpa balik moto tu. Kalau boleh skali
dengan pencuri tu sekali. Pastu boleh kenduri ramai-ramai....

.

17 comments:

hisyamchemat said...

Saya ada caranya. Kalau nak cuba sila hubungi saya.

teamtact said...

dalam kenangan.....

saya pun penah hilang moto,
wfr 394 yamaha RXZ purple 2003(undefeated) , wjd 5069 yamaha RXZ putih 2003

1 tahun 2 kali....perit wooo... tapi tak pa ser... macam aku cakap semalam la... kalau tak hilang mungkin benda lain pulak yang jadi....

PPT said...

Pun penah hilang,
Tapi hilang kawan la....

PPT dah dengaq cerita dari TeamTact, banyakkan bersabar dan cara Boss insyaALLAH boleh dapat balik, cuba-cuba lah. Tapi mungkin untuk kenderaan saja, untuk orang mungkin tidak.

Cheers.....

Mohd Hazriq Abu Zarin said...

sabar bbyk yasir..aku doakan mudah2an motor ko dpt blk..kpd rakan2 lain, bak kat teamtact lg bagus kite guna alarm utk safety..xpun guna lock yg berharga rm200++..
baru je 3-4 hari aku borak ngan teamtact psl cmne nk elak motor kne curi..xsangka bende tu jd kt kwn aku..

tehah said...

sabar jer lah..dugaan 2..

Rindu Alam Indah said...

turut bersimpati...
seram jgk dgr cite ko ni sir...
aku penah jgk hampir2 kene...
tibe2 tgk set moto dah longgar..
check2 ade 8skrew dah hilang..
berderau jgk la..
parking dpn pos kawalan security..
baru dalam 3minggu pakai moto..
cepat2 p report security jusco..

FoO dA fIrSt#1 said...

tu la, kadang-kadang ada jugak security makan gaji buta, dan ada jugak link dgn kes-kes ni. makan sama.

Stoner said...

takpa2...sabar na

pelajarilah doa2 utk org yg mencuri brg kita

amen~

PPT said...

PPT aka wakil Sekuriti berkata,
Mungkin ada yang makan gaji buta dan ada yang tidak..Harap Maklum.
Sebenarnya nak diikutkan bukan lah Human Error tapi kepada Ishikawa ataupun Murphy's Law.... Ini dari segi pandangan Sekuriti.
Dimana cara praktik dan alatan yang digunakan untuk secure kan sesuatu barang atau peralatan aka Plant Protection Method.
Nanti PPT bagi guideline macam mana nak overcome benda nie...

Sabaq Bang Sabaq ....

CHeers.....

FoO dA fIrSt#1 said...

maaf kepada PPT, saya tak maksudkan semua. kan ayat saya "ada jugak".

saya bercakap melalui pengalaman. masa duduk di apartment baiduri kes ni curi motor ada. dia punya security mantap, nak masuk kawasan pun kena ada stiker kenderaan, tapi masih ada kenderaaan dalam kawasan yang kena rembat. dan penah kantoi guard yang buat kerja tu. subahat.

sebarang keterasaan amat dikesali.

saya masih bersabar....

cheers jugak....

warna warni kehidupan said...

ciannya mtr ni umr xpjg...
xsempat lg merasa naik mtr ni dgn empunya mtr..
ada hikmah semua ni
byk2 bersbr ye..

~W.W.K~

Apize said...

adoyai...
aku pun pernah kehilangan 2 motorsikal, dicuri dan tidak lagi dijumpai..aku tau rasanya camner. Moto aku sekarang ni pun hampir2 dicuri di Jusco Klang beberapa bulan lepas, kunci moto dirobek tapi mujur x dapat/sempat di bawaknya lari. syukur..

Pencuri ni,kalau dia dah nakkan benda tu sgt,kita kunci mcmmane pun dia tetap akan dapat.Jadi bergantung pada nasib kite plak kan...sorry to hear this news.

sname said...

SABAQ SIR.

wegreentheearth said...

sabaq bro..

Lennyek said...

sabar ye bbh,

ade hkmah disebalik kejadian..mane tau masuk peraduan leh dapat super bike?hikhik...

besabarlah ek..

**fRy laDy** said...

sabar yek a.yasr...
dugaan pas raye..

aishahadnan said...

salam...
sabar banyak2 ek...paper pon abg yasir selamat..moto je ilang..
sabar sabar n sabar...