Sunday, October 26, 2008

BERSATU JUA AKHIRNYA….





Hari ini, sahabat saya semasa belajar dahulu, Mohd Zuraidi bin Abdul Rahim a.k.a. Edy dan Norhayati binti Hussin a.k.a. Yati telah selamat diijab kabulkan. Mereka adalah salah satu pasangan yang telah saya satukan hingga ke jinjang pelamin… chewah, satukan tu.....


Mempelai berarak dan sanding.....




Ceritanya begini, Edy ni roommate saya semasa saya belajar diploma di UiTM Arau dahulu. Kami sebilik dari part 1 hingga part 4. Semasa semester pertama, saya ada rapat dengan seorang pelajar perempuan sefakulti, Diana Roschinda bt Sohibol Fadhilah a.k.a. Didi. Dia ni duduk sebilik dengan si Yati. Saya ni selalu keluar pergi kelas dan melepak kat Mushroom (budak UiTM Arau mesti tau tempat ni).



Rakan Teruna.....



Rakan Dara....


Satu hari, masa lepas kelas saya, Edy, Didi dan Yati lepak minum sekali. Mungkin masa tu bila mereka berdua bertentang mata, hati terpaut. Bila balik bilik, ada la dok tanya sikit pasal Yati. berkenan la tu... Si Yati pulak selepas beberapa kali bersua dan sedikit demi sedikit mengenali, si Yati ni suka dok layan radio saluran THR. Masa tu THR selalu memutarkan lagu Hindustan. Si Edy ni memang minat lagu Hindustan, biasala orang Penang. Yang si Didi ni dah pelik, tak pernah-pernah tengok si Yati ni dok layan Hindustan. Mungkin terikut ngan si Edy. Adalah satu hari tu, Edy demam dan batuk-batuk, si Yati sanggup pergi kedai beli asam jawa dan buatkan air asam jawa untuk ubatkan batuk Edy. Selepas itu, diam tak diam dah jadi pasangan merpati dua sejoli, Alhamdulillah, sampai ke jinjang pelamin.


Hari ini jugak secara tak langsung, majlis perkahwinan Edy dan Yati menjadi majlis reunion secara tak rasmi untuk bebudak First Batch FSR UiTM Arau.. Ramai yang datang. Tapi tak semua ada, Bila dah bersua muka, riuh-rendah jadinya…



Rakan-rakan......


Jejaka Idaman dengan Tok Janggut......



Macam tak sabar jer kawan?????????

Apa-apa pun saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua sahabat saya Edy dan Yati. Semoga berbahagia selalu. Panjang umur, murah rezeki dan berkekalan hingga hujung nyawa….


..

OPEN HOUSE ABANG YAZID



Pada tanggal 25/10/2008, saya bersama rakan saya, Taher, telah pergi untuk memenuhi jemputan Abang Yazid Abdul Rani, Instruktur NFC. Tepat pukul 8.15 malam, saya sampai dirumahnya. Kemudian, kami dijamu dengan hidangan BBQ yang dimasak sendiri oleh Abang Yazid. Beliau dulu pernah menjadi chef di Canberra, Australia semasa menemai isteri beliau menyambung pelajaran disana. Ramai instruktur NFC yang dating. Dah lama tak jumpa depa. Antara yang hadir ialah Kak Aini Masayu, Abang Rashid, Kak Zura, Kak Raja Norbadariah, Kak Sabariah, Kak Adilla dan ramai lagi. Banyak jugak cerita yang keluar terumatanya berkenaan NFC. Ialah, sejak saya mengundurkan diri dari NFC, masa dah banyak problem yang timbul.



Abang Yazid tetap maintain........


Kak Ayu still macam bebudak walaupun dah ada anak satu....


Bagi Kak Adilla pulak sekarang beliau menjadi pengacara rancangan masakan Enak Rasa di TV1 RTM. Kalu nak tengok, rancngan itu keudara pada setiap hari ahad jam 9.30 pagi. Yang lain masih lagi bergiat aktif dalam bidang kecergasan terutamanya aerobic. Kak Azura sekarang dah jadi lecturer kat UiTM Arau untuk FSR.



Kak Adilla dan putri terbarunya.....


Kak Zura dan rakannya.....(dua-dua bakal pengantin)


Lama jugak kami lepak kat sana. Mana taknya, bila kami nak balik, dihalang pulak oleh Abang Yazid. Katanya alang-alang dah datang kita sembang la lama sikit. Dah la susah nak jumpa. 11.30 baru kami beransur diri.


.

Antara hadirin yang hadir....



Bila dah berjumpa (mengumpat lah tuh.........)


P/S: Terima kasih Abang Yazid kerana jemput saya…..

.

Friday, October 24, 2008

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI....

Place: Plaza Alam Sentral, Shah Alam......
Time: 9.05 pm
Temperature: 25 degree Celcius

Cari design yang serupa dulu, kemudian cari saiz.....

Buat sendiri, kalau hilang lagi, senang. orang boleh tau sapa punya dan call terus...

p/s: kepada unggas kecil, aku dapat cincin saja.............
.
.

Thursday, October 23, 2008

SUDAH TIADA BEZANYA…..

Menatap kembali koleksi gambar yang ada, terberenti seketika saya pada satu gambar ni. Gambar ni dah lama, masa motor pancit dulu. Sekarang dah tiada bezanya. Perempuan pon boleh buat keje lelaki. Apa dia? Mekanik. Zaman sekarang dah banyak kerjaya yang dulunya dipelopori oleh kaum Adam A.S. dah pun mula diceburi oleh kaum Hawa seperti mekanik, pelumba, dan pembinaan. Tak kurang juga kerjaya kaum Hawa telah dikuasai oleh kaum Adam A.S. seperti memasak, fesyen dan dekorasi. Setiap insan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Cuma terpulang kepada kita untuk menilai dan menggunakan kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri.

Eric-Dekorasi



Jamie Rentz - Pelumba ATV

Chef Wan - Tukang Masak

Unknown - Mekanik

.
.

Wednesday, October 22, 2008

LAWATAN TAK RASMI

Hari ini tetamu dari Ujung Tanah datang melawat tempat di Bukit Cerakah. Siapa? Tentulah Kak Yazilah Yazir a.k.a. Sheila bersama dua lagi staff dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kami bertemu di kedai makan Seksyen 11, Shah Alam pada pukul 1.00 pm. Kemudian setelah selesai makan, kami bergerak ke Bukit Cerakah untuk melawat tapak. Semua tempat yang dilawati diberikan keterangan oleh Shawn. Antara tempat yang dilawati termasuklah Camar Rimba, Tower, Empangan Air Kuning dan Empangan Baru. lebih kurang pukul 3.00pm kami beransur keluar dari sana.




Selepas itu, kami pergi ke rumah Cik Sue untuk mengambil barang-barang Kak Sheila yang masih ada kat sini. Ingatkan sikit, rupa-rupanya setengah Van jugaklah.... Selepas itu, rombongan dari ujung tanah bertandang ke ofis TEAM TACT. Sampai jugak Kak Sheila kat opis. Banyak jugak cerita-cerita yang terkeluar bila lama dah tak jumpa (OFF RECORD). Lepas ni kalau ada rezeki atau kelapangan nak jugak melawat ke Johor. Tempat Kak Sheila. Insyaallah…….
.
.

Tuesday, October 21, 2008

UMPAMA ENGGANG DAN PIPIT….

Mungkin Enggang dan Pipit tak mungkin bersatu….
Namun Si Pipit masih berangan Mat Jenin....
Mungkin Si Pipit tak pandai....
Melentur hati si Enggang....

Mungkin kerana Si Enggang selalu mendabik dada memandang ke awan...
Mungkin kerana Si Pipit menunduk malu menatap bumi.....



SI ENGGANG

SI PIPIT

.

Monday, October 20, 2008

MENYINGKAP KENANGAN LALU.


Semasa saya bertandang ke Kelantan sempena majlis pernikahan adik saya, Pak Uda sempat menceritakan kembali kenangan lama dan salasilah keluarga kepada kami. Beliau mengeluarkan semua gambar-gambar lama yang tak pernah kami lihat sebelum ini. Rasa seronok bila tahu asal usul dan cerita lama. Ada yang pahit, ada yang manis, ada yang boleh membuatkan kami pecah perut ketawa sakan. Mana taknyer, bila dah lihat gambar orang dulu-dulu punya posing, fesyen, dan suasana. Siap gambar hitam putih lagi. Disini ada saya kepilkan beberapa gambar untuk tatapan semua….

PAKAT KERUMUN TENGOK GAMBAR DAN DENGAR CERITA

PAK UDA POSING MACHO


ARWAH NENEK, CHE BT MAT HASSAN

MAK SEDANG MENYUAP ADIK, SYARIFAH....


ARWAH PAPA SEMASA DIAKAD NIKAH OLEH ARWAH TOK WAN SENDIRI



AKU DAN SEPUPU SEPAPAT AKU



JAMALIAH BT OMAR


NOR BAHARI BIN OMAR (PAK UDA)

*P/S: KALAU TIADA YANG DAHULU, MAKA TIADA YANG SEKARANG....

KERJAYA WARISAN TIGA GENERASI…

Bagi keluarga Omar Bin Ngah Mat Rashid a.k.a. Tok Umaq kerjaya sebagai seorang polis boleh dianggap sebagai kerjaya warisan. Ini kerana setiap generasi akan ada at least seorang yang akan menjadi polis. Sebagai generasi pertama, Arwah Atuk saya sendiri, Tok Wan, adalah seorang pegawai polis. Untuk generasi kedua, kerjaya sebagai seorang pegawai polis diikut oleh anak sulongnya Nor Bahari Bin Omar a.k.a. Pak Uda. Kemudian diteruskan pula oleh generasi ketiga, adik saya Mohamad Rizuan Foo bin Mohamad Foo a.k.a. An. Selepas ini, untuk generasi keempat tak tahu siapa pulak nak teruskan…

KPL OMAR BIN NGAH MAT RASHID


SJN NOR BAHARI BIN OMAR

KONS. MOHD RIZUAN FOO BIN MOHAMAD FOO

.

SELESAI SUDAH…

Mohamad Rizuan Foo Bin Mohamad Foo (An) dan Wan Herman Bin Wan Osman (Joy) adalah dua sepupu yang agak rapat dan mempunyai beberapa persamaan sejak kecil lagi. Persamaan dan hubungan yang rapat terbawa-bawa hingga ke jinjang pelamin. Pada tahun lepas, Joy telah menamatkan zaman bujangnya dengan Diana (Ana), gadis Pulau Pinang. Tahun ini pula, pada tanggal 17 0ktober 2008, An dengan Anis, gadis Kelantan. Yang bestnya, umur isteri mereka berdua adalah sama iaitu 2* tahun. Sekarang Joy dah punya anak, lelaki, jangan esok nanti An pun dapat anak lelaki jugak. Memang sama la. Warna baju bersanding pun sama, Kuning. Adoiyai…..






*p/s: semoga hubungan kedua pasangan suami isteri ini berkekalan hingga ke anak cucu dan diberkati oleh Allah SWT. Amin…..

MENCARI REZEKI

Pada minggu lepas, saya ada singgah sebentar di pasar malam hari rabu Seksyen 7 on the way balik dari beli tiket untuk ke Kelantan. Masa tu hujan. Saya parking motor dan berjalan-jalan di kawasan pasar malam. Tersentuh dihati saya apabila melihat para peniaga masih menunggu dan terus berniaga walaupun di dalam hujan lebat. Sempat saya mengeluarkan hanset untuk mengambil gambar. Sampai ada yang tanya, “buat apa adik amik gambar ni?” saja nak buat promosi. Nak sebut masuk blog takut dia tak tau pulak.




*p/s: rezeki yang halal adalah lebih berkatnya….
.
.

Wednesday, October 15, 2008

KAHWIN....

Salam…

Kahwin? Aku nak kahwin ka? Bukan kot…

Esok, aku akan bertolak ke Kota Bharu Kelantan bersama sepupu aku. Pada tanggal 18.10.2008 adik aku yang bertugas sebagai polis di Tumpat, Kelantan akan menamatkan zaman bujangnya bersama wanita idamannya di sana. Langkah bendul la pulak. Nak buat macam mana, dah jodoh dia sampai dulu. Abang dia no problem punya.

Harap-harap, hubungan mereka akan berkekalan hingga ke anak cucu…. Amin….

.

.

Saturday, October 11, 2008

HILANG….

‘semalam aku bukak aku letak kat atas laptop, pastu aku pakai balik. Pastu aku pi mandi aku bukak, lepas mandi terus aku keluaq. Sampai kat opis aku dok gelintey jari baru aku perasan tak dak’


Itu lah yang bermain difikiran semasa saya baru sedar yang saya tidak memakai cincin semalam. Adoiyai, dah lama saya pakai cincin tu. Dah lebih 4 tahun. Bukan apa, cincin tu ada sejarahnya. Cincin itu adalah pemberian arwah kawan saya yang telah meninggal dunia. Saya pernah menceritakan tentangnya dalam post yang terdahulu. Yang maut dalam kemalangan di Highway KESAS tu. Cincin itulah sebenarnya adalah hasil rampasan ayah arwah kawan saya Cikgu Abu Kassim yang menjadi guru disiplin di Sekolah Menengah King Edward Taiping. Arwah memberikan saya cincin itu semasa kami sama-sama menjalani praktikal di Jerejak Resort and Spa semasa Pengajian Diploma dahulu. Kat bahagian dalam cincin tu ada saya ukirkan nama. Tapi simple saja.



Sekarang dok rasa len macam bila tak pakai cincin tu. Ni yang nak kena cari pengganti. Kena cari yang baru. Adoiyai.......
.
.

Thursday, October 9, 2008

Tuesday, October 7, 2008

THE POLITICAL ART OF SAMSUDIN WAHAB

SAMSUDIN BIN ABDUL WAHAB, salah seorang sahabat saya yang dulunya rakan sekelas semasa sekolah telah berjaya dengan kerjaya seninya sebakai seorang pelukis. Baru-baru ini beliau telah berjaya membuat penampilan pertama dalam pameran solonya dan semua hasil karyanya habis dijual @ sold out. Beliau memang seorang yang minat dalam bidang seni lukis sejak dibangku sekolah lagi. Bayangkan semasa SPM, sebesar-besar dewan peperiksaan, hanya dia seorang sahaja yang ada bersama 6-7 orang pemeriksa. Ini kerana hanya dia seorang sahaja dari kelas aliran sains yang mengambil mata pelajaran pendidikan seni. Alhamdulillah sekarang beliau telah berjaya mengejar cita-cita sebagai seorang pelukis.

Di sini saya sertakan satu klip video temuramah semasa pameran solo beliau dari www.youtube.com

Monday, October 6, 2008

BALIK DARI KAMPUNG….

Semalam, pada hari raya kelima, saya kembali semula ke Shah Alam. saya bertolak pada pukul 4.30 pm. Sampai Shah Alam pukul 9.00 pm. Alhamdulillah, perjalanan pulang tida ada masalah. Tak dak lagi bobby trap. Tapi Cuma kena hujan saya sedikit semasa hendak sampai ke Shah Alam.

Keadan di lebuh raya agak sesak. Biasala, esoknya dah mula kerja. Tapi dalam kesesakan balik, masih lagi ada individu yang masih melanggar peraturan jalan raya. Apa rasa kalau kita beratur lama dalam satu barisan yang panjang, tiba-tiba ada orang yang baru sampai dengan senang lenang memotong barisan, walaupun hanya selangkah di hadapan kita? Inikan pula berlangkah-langkah. Ramai yang masih tak sedar, tidak adil bagi orang sanggup bersabar. Kalau dah lambat tu, lambat la. Tak payah la nak memotong. Ikut emergency lane pulak tu. Dah motosikal tak boleh nak lalu. Kalau ikutkan hati, nak sepak saja side mirror kereta yang tak sabar-sabar tu. Nasib baik pikir safety…..

PI BERAYA….

Alhamdulillah tahun ini saya sekali lagi diberi peluang oleh Allah S.W.T. untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama keluarga dikampung. Tapi sayang, adik saya Rizuan tidak dapat pulang kerana tugas. Namun hari raya disambut tak kurang meriahnya. Sibuk sampai hari raya keempat. Selalu sampai raya kedua saja.



Sekali lagi beraya di perantauan...


Hari Raya Pertama

Selepas selesai mengerjakan solat sunat hari raya aidil fitri, rumah saya diserbu oleh rakan-rakan PMC Power. Selalunya rumah saya yang last-last. Ikut turn. Tapi tahun ini, rumah saya jadi yang pertama yang diserbu. Seharian masa dihabiskan untuk beraya di rumah kawan-kawan. Lebih kurang 13 buah rumah kesemuanya. Macam-macam yang dihidangkan. Dah tak larat nak bedal. Sampai yang rumah yang hujung-hujung larat minum air saja. Tank dah full.

(PMC Power: Yasir, Muiz, Pizal, Aro, Seni, Tempek, Lan, Lee, Dasa, Pezul, Dad, Najib, Otop, Atan, Arn dan Wan)


Hari Raya Kedua

Hari kedua untuk rakan-rakan kelas sekolah menengah. Sekali lagi rumah saya jadi yang pertama dikunjungi. Bila berkumpul macam-macam ceritalah yang keluar. Alhamdulillah, semua dah bekerjaya. Ada yang dah jadi Leftenan, ada yang dah jadi Manager, dan ada juga yang jadi Tauke Kayu Bakau yang berjaya serta dah ada yang bakal kahwin ujung tahun ini. Ahmad Fairuz bin Mat Yazid a.k.a. Peoih. Dialah yang jadi taukeh tu. Beliau jugak adalah rakan sekelas lelaki pertama yang bakal bergelar suami. Tahniah Peoih.

(Peoih, Cipoi, Achai, Hamdan, Hakim, Along, Mael, Kamal, Kamarul, Izani, Intan, Zakuan, Buden)










Nyaris terlupa, pada malamnya, Nur Azlan Shah bin Adam a.k.a. Lan Perlu ada datang ke rumah. Kami berjanji nak ke Pulau Pinang pi rumah Abang Malin. Tapi sebelum tu beraya kat rukah saya dulu. Tepat pukul 9.30 pm, kami bertolak ke Pulau Pinang. Setelah satu jam perjalanan, kami sampai ke rumah Abang Malin. Syarnizal juga turut sama ada di rumah beliau. Tiba-tiba Kak Nurul keluar bawak Kek Berlilin. Hai, sapa pulak sambut hari jadi? Rupa-rupanya tarikh hari raya kedua adalah tarikh hari lahir Mazlin Bin Othman a.k.a. Abang Malin yang ke 31 tahun. Memang langkah kanan. Tapi entah kenapa kami boleh lupa pasal blanket. Kalau tak…..



Apa-apa pun, selamat hari lahir kepada Abang Malin.



Hari Raya Ketiga

Hari ketiga saya tak keluar rumah. Turn adik saya pulak pi beraya. Tapi walaupun tak keluar, saya penat melayan tetamu yang datang rumah. Kawan Mak dan saudara-mara. Ada yang tak kenal pun ada. Tapi pada malamnya, saya dan rakan-rakan sekelas masa sekolah dahulu pergi ke Ban Pecah, Tanjung Piandang. Kami ada buat Barbeque sikit. Walaupun tidak terancang sepenuhnya, tapi Alhamdulillah berjalan lancar. BBQ abis pukul 11.30 pm. Kemudian kami bertolak pulang.


Hari Raya Keempat

Hari ini saya bangun lambat sedikit. Pukul 9.00 pagi. Tak sempat mandi, tiba-tiba ada 3 buah kereta mamasuki halamn rumah. Rupa-rupanya saudara sebelah arwah Tok Wan saya datang beraya. Kelam kabut cuci muka. Tak sempat nak mandi. Dengan keadaan yang agak tidak ready, kami sekeluarga melayang jugak tetamu yang datang. Sebenarnya saya menantikan kedatangan Abang Malin, Kak Nurul dan Maisarah datang ke rumah. Mereka dah plan nak mai masa saya pi rumah abang Malin masa raya kedua haritu. Selepas tetamu pulang, mak dan adik pergi ke Port Weld @ Kuala Sepetang kerana ada kenduri kahwin saudara disana. Tinggallah saya seorang di rumah menunggu ketibaaan Abang Malin sekeluarga. Lebih kurang pukul 2.30 pm meraka sekeluarga pun sampai. Nasi ayam pun dihidangkan. Mak saya masak sebelum keluar pergi kenduri. Setelah hampir dua jam bertandang, mereka bergerak pulang.

Terima kasih Abang Malin dan Kak Nurul sebab sudi datang ke teratak saya yang serba sederhana ni. (Under Construction)....

.

.