Wednesday, October 22, 2008

LAWATAN TAK RASMI

Hari ini tetamu dari Ujung Tanah datang melawat tempat di Bukit Cerakah. Siapa? Tentulah Kak Yazilah Yazir a.k.a. Sheila bersama dua lagi staff dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kami bertemu di kedai makan Seksyen 11, Shah Alam pada pukul 1.00 pm. Kemudian setelah selesai makan, kami bergerak ke Bukit Cerakah untuk melawat tapak. Semua tempat yang dilawati diberikan keterangan oleh Shawn. Antara tempat yang dilawati termasuklah Camar Rimba, Tower, Empangan Air Kuning dan Empangan Baru. lebih kurang pukul 3.00pm kami beransur keluar dari sana.




Selepas itu, kami pergi ke rumah Cik Sue untuk mengambil barang-barang Kak Sheila yang masih ada kat sini. Ingatkan sikit, rupa-rupanya setengah Van jugaklah.... Selepas itu, rombongan dari ujung tanah bertandang ke ofis TEAM TACT. Sampai jugak Kak Sheila kat opis. Banyak jugak cerita-cerita yang terkeluar bila lama dah tak jumpa (OFF RECORD). Lepas ni kalau ada rezeki atau kelapangan nak jugak melawat ke Johor. Tempat Kak Sheila. Insyaallah…….
.
.

No comments: