Monday, March 30, 2009

JIKA KAMU....

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.


Jika kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....


Jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya.. ..


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.....

TAK BERKESEMPATAN

Dalam masa beberapa minggu yang lalu, saya sibuk dengan program bersama TEAM TACT. Pada masa yang sama juga, banyak jemputan kenduri kahwin daripada sahabat handai. Ada yang kat kampung, ada yang kat Shah Alam. Kat kampung member sekelas masa sekolah dulu. Kat Shah Alam sahabat sepersatuan. Kepada sahabat saya Mohd Shahrul Izani bin Ismail, Selamat Pengantin Baru. Sama juga kepada sahabat saya Hafiz Tahar dan Kak Suzie, Selamat Pengantin Baru. Semoga hubungan kalian kekal ke anak dan cucu. Maaf kerana tidak berkesempatan untuk menghadirkan diri ke majlis anda semua.

Wednesday, March 25, 2009

PRO-LINTAS, LATTO CHAROK, JANDA BAIK.

Belum habis penat seminggu Final Camp Extremely X Camp, saya berkampung lagi di sana disebabkan ada satu program daripada group Pro-Lintas. Program itu bermula dengan cuaca hujan yang lebat. Sepanjang saya selalu pergi ke Latto Charok, tak pernah saya menyaksikan hujan selebat dan air naik sebesar itu. Dengar kata sampai ada chalet di kawasan lain yang dinaiki air. Pada petang itu, alhamdulillah peserta selamat sampai. Taklimat pembukaan disampaikan seterusnya peserta diadakan spot-check. Macam biasalah, barangan larangan akan diambil dan disimpan serta hanya akan dipulangkan setelah tamat program.

Para peserta terdiri dari pelbagai peringkat umur. Semuanya supervisor / penyelia. Xtvt bermula dengan sesi Ice Breaking. Mengikut jadual, selepas Ice Breaking, akan dijalankan xtvt Berjalan Malam. Namun disebabkan hujan dan faktor keselamatan, xtvt tersebut terpaksa dibatalkan. Lewat malam tu, penceramah untuk sesi esok pagi baru sampai. Abang Boot a.k.a. Old Time Kopitiam. Kali terakhir kami berjumpa adalah di rumah En. Hisyam a.k.a. Coretan Di Kala Senggang ketika menghadiri majlis sambutan hari raya kalau tak silap. Malam tu, sempat juga berbual dengannya.




Esok paginya, bermulalah kelas komunikasi korporat. Abang Boot a.k.a. Old Time Kopitiam memulakan ceramahnya. Sempat juga saya meluangkan masa mendengar isi kandungan ceramah sambil menangkap gambar beberapa keping. Sesi tersebut berakhir pada waktu tengah hari. Petangnya pula, xtvt diteruskan dengan xtvt Blind Trail. Habis sahaja Bind Trail, sesi Hot Seat pula berjalan. Setelah lewat petang, peserta diarahkan bersiap sedia untuk menyiapkan diri untuk xtvt Trekking dan seterusnya menjalankan xtvt Basic Survival.


Malam tu peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dan diletakkan di 3 spot yang berhampiran. Macam biasa, api dan shelter yang perlu diutamakan. Tapi sayang tiada satu pun kumpulan yang berjaya menghidupkan api tanpa bantuan instruktur. Setelah dibiarkan seketika tapa api, kami pun datang untuk menghulurkan bantuan. Alhamdulillah, semua berjaya menghidupkan api dan seterusnya memasak makan malam mereka. Seawal pagi, para peserta dikejutkan untuk melakukan xtvt seterusnya, iaitu Waterfall Abseiling. Semua peserta berjaya melakukan dengan selamat. Dah habis, semua kembali trekking turun ke bawah.


Sebagai mengakhiri program, satu majlis penutup secara ringkas diadakan. Alhamdulillah, feedback dari peserta dan urusetia amat memberansangkan. Lepas ni kalau ada rezeki boleh la lepak minum kat mana2 dengan peserta ataupun urusetia...hahaaha....

Urusetia yang sempoi.....



Dengan urusetia dan peserta


Hujung minggu ni ada lagi program kat tempat yang sama. Kali ini budak sekolah pulak. Tunggu....

MANA DULU?

Salam, mungkin blog saya dah mula bersawang. Nak update cite baru pun, cite tur dah jadi lama. Tapi tak per, nanti saya akan updatekan juga. Sebab dh ada yang kol nak baca citer pasal diorang yang terlibat. Wah, jadi request la pulak.

Nantikan.....

Wednesday, March 4, 2009

KINABALU - FINALE

23 & 24 Februari 2009
Masa yang ditunggu telah tiba. Peserta telah berkumpul. Seawal jam 6.00 pagi kami semua bertolak ke Kinabalu Park. Lebih kurang pukul 9.00pagi kami tiba ke destinasi. Agak lambat sampai sebenarnya kerana diawal perjalanan tersangkut jem. Setiba disana, saya segera menguruskan hal-hal pendakian. Sekali lagi proses pendaftran menjadi lambat dek kena isi boleh berkeping-keping. Lepas tu pulak kalut dok timbang barang yang nak bagi potter bawak. Senarai nama pulak kena buat pembetulan. Dah settle semua tu, kena tunggu lagi. Opis baru nak print permit mendaki.


Hampir pukul 11.15 pagi baru pendakian bermula dari Timpohon Gate. Mus jadi Explorer untuk group ni. Makna kata dia di depanlah. Saya seperti biasa jadi Sweeper, makna kata dibelakanglah. Masa permulaan pendakian, memang tak rasa sejuk, tapi bila dah sampai di Mempening, sejuk mula terasa. Ditambah pula dengan hujan gerimis. Peserta terakhir sampai di Laban Rata pada pukul 6.15 petang.


Sesampai jer kat sana, kami dihidangkan dengan makanan yang lazat-lazat. Tapi bila dah penat, selera makan kurang sikit. Ambil banyak, makan tak habis. Kemudian saya dan Mus ditempatkan di Gunting Lagadan Hut. Di sini kami diwajibkan berehat dan tidur untuk meneruskan pendakian ke puncak pada pukul 2.00 pagi nanti. Tepat pukul 12.30 pagi, semua peserta sudah bersiap sedia. Saya memberi sedikit taklimat dan membuat sedikit Streching dan warm-up kepada semua peserta. Ada yang dah tak sabar nak daki. Semua berpakaian lengkap.

Setibanya di Laban Rata

Tepat jam 2.00 pagi, kami memulakan pendakian ke puncak. Tak sampai Sayat-sayat, dah ada yang mula kena penangan AMS (Acute Mountain Sickness). Seramai 4 orang peserta wanita tak dapat meneruskan pendakian ke puncak. Termasuk la saya yang terpaksa memantau mereka di Sayat-sayat. Ada yang muntah, ada yang dah telan 16 biji panadol tanpa pengetahuan saya, ada yang sakit perut, ada yang tak boleh bernafas. Setelah berehat seketika di Sayat-sayat, kami turun semula ke Laban Rata. Mus dan kumpulannya selamat sampai ke puncak kecuali beberapa orang sahaja yang tidak.
Setelah menunggu semua peserta turun ke Laban Rata, kami semua bergerak turun ke Timpohon Gate. Lebih kurang pukul 5.30 petang baru semua selamat sampai ke Kinabalu Park dan kami semua terus bergerak pulang. Sesampai saja di KRM, selepas makan, saya dan Mus memberi sedikit rawatan kepada semua peserta. Macam biasala, kami bagi RICE kat semua.
Malam itu, mereka semua berkemas untuk pulang ke Semenanjung.

25 Februari 2009
Pada pukul 8.15 pagi, kami mula bergerak meninggalkan KRM dan menuju ke Bandar Kota Kinabalu. Mereka semua akan saya lepaskan untuk pergi bershopping di Philipine Market. Selepas itu, Pada pukul 11.00 pagi kami bergerak ke KKIA untuk check-in flight. Semasa di sana, sempat jugak kami bergambar beramai-ramai tanda kenangan.

Tuan Haji Azrin menyampaikan cenderamata


Dah macam artis da....

Berjumpa lagi semua....
Alhamdulillah, kami semua selamat menjalani aktiviti sepanjang berada di sana. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak UMAG kerana sudi mengambil kami sebagai consultant untuk menjalankan program ini.

Kalau ada sumur diladang,.
Boleh saya menumpang mandi,.
Kalau ada umur yang panjang,.
boleh kita jumpa dan daki lagi......


26 Februari 2009
Sekali lagi saya dan Mus check-in di Borneo Backpackers. Kaki mula terasa sengal dan sakit. Berjalan pun dah malas. Tapi tak boleh, kena jugak. Kami membuat sedikit survey dan kemudian terus ke Terminal LCCT untuk pulang ke Semenanjung. Tepat pukul 6.30 petang, kami selamat touch down di LCCT Kuala Lumpur. Menunggu Lan datang ambil untuk kami terus ke Janda baik kerana Sudah pasti ada program yang memerlukan kami di sana.


Tunggu cerita di Latto Charok pula.....
.

Monday, March 2, 2009

KINABALU -PART 3

20 Februari 2009
Hari ini, peserta tidak ke mana-mana. Xtvt mereka adalah khidmat masyarakat di sekitar kawasan KRM. Saya dan Mus keluar gi reccea kawasan Papar dan Kinarut. Dalam perjalanan, sempat jugak singgah di OBS Kinarut. Selepas itu, kami terus ke KK Adventure untuk melihat kemudahan dan aktiviti yang boleh dilakukan di sana. Sempat jugak berbual dengan Marketing Manager kat sana, yang mana beliau juga adalah bekas Instruktur OBS Kinarut.

Di Kaunter KK Adventure


Antara yang menarik di KK Adventure

Petangnya pula kami ke Kampung Kebudayaan Monsopiad "The Head Hunter". Ingat masuk masuk free, rupanya kena bayar. RM 20 kalau tiada guide dan tak masuk Rumah Tengkorak, manakala RM 45 kalau ada guide dan masuk Rumah Tenggorak. Alang-alang dah sampai sini, bayar jer la.


Di sana, saya dan mus dibawa pusing-pusing oleh guide sambil diberikan penerangan tentang apa yang ada di situ. Sampai la satu tempat di mana kami berdua saja-saja nak try makan ulat sagu hidup-hidup. Selalu tengok dalam tv jer, kali ini kami nak try pulak. Boleh tahan rasanya. Sedap jugak.


Selepas itu, kami dibawa ke House Of Skull. Di sana kelihatan sebanyak 42 tengkorak manusia digantung di alang bumbung rumah. Ia adalah tengkorak lanun-lanun dan penjahat-penjahat masa dulu. Semakin banyak tengkorak yang dikumpul, semakin disanjung perwira itu. Dah lain macam dah rasa bila menjejakkan kaki dalam rumah tu. Akhir sekali kami disajikan dengan persembahan tarian dari suku kaum yang ada dalam Sabah. Sempat juga saya dan mus mencuba tarian yang dipersembahan. Kemudian kami sambung semula kerja reccea kami di tempat lain.



21 Februari 2009
Jam 8 pagi semua telah ready untuk meneruskan aktiviti seterusnya. Apa dia? Trip ke Pulau Manukan. Setelah sampai di jeti, semua dibahagikan kepada 3 group. Naikla kami bot masing-masing. Perjalanan mengambil masa kira-kira 15-20 minit dari jeti. Sampai jer kat Manukan, kami berkumpul dan Mus memberi taklimat untuk Snorkeling. Sambil itu, peringatan untuk menjaga barang-barang berharga diberikan.




Saya dan Mus berjalan-jalan reccea pulau tersebut. Ramai jugak lah pelancong luar negara yang berada di pulau tu. Tengah asyik berjalan, kami terdengar ada satu group tengah bersembang pasal puncak kinabalu. Sambil itu kami pasang telinga. Kami memberanikan diri untuk menyapa seterusnya mendapatkan maklumat terkini di Gunung Kinabalu. Salah seorang dari mereka adalah super senior ITM tahun 1978. Setelah pukul 2.00 petang, kami bergerak keluar dari pulau. Sampai di jeti, Saya dan Mus melepaskan peserta untuk membeli-belah di Bandar Kota Kinabalu dengan syarat mereka mesti berkumpul semula pada pukul 4.30 petang untuk bergerak pulang ke KRM. Apa lagi, banyak la barang yang mereka borong. Kebanyakannya adalah kelengkapan untuk mendaki.
22 Februari 2009
Hari ini, lagi satu trip akan diadakan. Kali ini kami akan ke Poring Hot Spring. Perjalanan kali ini akan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Lebih kurang pukul 11.00 pagi, kami sampai di Poring Hot Spring. Xtvt pertama yang dibuat adalah melalui Canopy Walkway. Setelah berjalan kaki selama hampir 5 minit dari pintu masuk, kami tiba di Canopy Walkway. Semua berasa teruja ingin mencuba tak kurang juga yang takut tempat tinggi. Tapi Alhamdulillah, semua berjaya mengharunginya.


Selepas itu, semua peserta dibawa ke kolam air panas untuk mandi-manda disana. Tapi sayang, semua bilik telah fully booked. Yang ada hanya kolam air panas luar. Kena pulak hari itu hari Ahad, jadi ramai la orang yang berkunjung kesana. Kolam mandi luar pun penuh sesak. Yang tak sesak cuma kolam untuk rendam kaki sahaja. Jadi kami ramai-ramai pakat rendam kaki sama-sama.



Pada pukul 2.00 petang kami bertolak balik ke Putatan. Sepanjang perjalan, kami dapat melihat Puncak Gunung Kinabalu dan semakin ramai berasa teruja untuk menawannya pada esok hari....

To be continue......
.

KINABALU - PART 2

18 Februari 2009

Pagi kedua kami (saya dan Mus) bangun dan bersarapan. Selepas itu kami ke Kompleks Belia dan Sukan (P) Sabah di Putatan untuk menyetelkan urusan kediaman. Semasa menguruskan hal tersebut, sempat juga kami berjumpa dengan seorang alumni PERLU disana. Azlina Aliman a.k.a. Nina. semapat jugak la berborak sekejap. Kat sana dia busy sikit. Asyik meeting jer memanjang. Tepat jam 11.30 pagi, saya menerima panggilan daripada Firdaus (peserta dari UNISEL) menyatakan yang mereka seramai 44 orang telah selamat touchdown. Segera Mus pergi ke KKIA untuk menjemput mereka manakala saya menguruskan tempat penginapan mereka. Setelah setengah jam, mereka semua telah selamat sampi ke KRM. Saya memberi sedikit kata-kata aluan dan taklimat mengenai tempat penginapan. Petang tuh semua check-in dan berehat.

Check-out Borneo Backpackers

Taklimat dan Kata-kata Aluan


Saya dan Mus keluar untuk membuat survey di sekitar Kota Kinabalu. Parking kereta kat KK Plaza. Jalan kaki cari tempat. Dah lama tak berjalan jauh ni. Pusing KK jalan kaki. Jauh tuh...
Naik sakit jugak la kaki ni. Hampir jam 6 kami pulang semula ke KRM. Sana pukul 6 dah start gelap.

Sekitar Bandar Kota Kinabalu

Pada malamnya pula, saya memberi sedikit taklimat persediaan untuk aktiviti keesokkan harinya, White Water Rafting di Sungai Kiulu.

19 Februari 2009
Jam 8.00 pagi semua dah berkumpul untuk menaiki bas ke Kiulu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dari Putatan. Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami sampai di Kiulu.
Sebelum bertolak ke Sungai Kiulu
Dah sampai destinasi
Kami disambut oleh beberapa orang skipper disana antaranya Jayjay dan Alex. setelah taklimat keselamatan dan pemakaian diberi, raft pertama pun memulakan perjalanan. Jarak rafting adalah sejauh 9 km dan akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Namun, sayang, paras air sungai Kiulu sekarang adalah rendah dan cabarannya juga akan kurang. Tetapi ianya sesuai untuk beginner.

Sebelum memulakan aksi

Sepanjang rafting, pelbagai karenah dan xtvt spontan yang dilakukan. Ada yang takut air, ada yang takut arus, ada yang kena campak ke sungai, ada buat capsize, ada yang main ketuk kepala dengan paddle, dan macam-macam lagi. Semua peserta nampak enjoy melakukan axtiviti ini.

Tak berapa nak beraksi

Setelah hampir sejam setengah rafting, kami sampai di ending point. Bila sampai jer, kami diarahkan untuk menukar pakaian kering dan setelah selesai kami dihidangkan dengan BBQ Lunch. Apalagi, peserta pakat pulun reramaila. Semua kata sedap. Selalu BBQ Malam, ni waktu makan tengah hari pulak.

Dengan para skipper Sungai Kiulu

Setelah selesai makan, ala-ala majlis penyampaian sijil diadakan. Semua sijil disampaikan oleh Skipper Jayjay. Setelah selesai, kami berangkat pulang ke Putatan. Di dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Jambatan Tamparuli. Salah satu nama yang tak asing lagi di negeri Sabah. Sempat jugak sekeping dua gambar diambil.

To be continue.....