Monday, March 30, 2009

JIKA KAMU....

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.


Jika kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....


Jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya.. ..


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.....

6 comments:

.supertitans. said...

uhuhuhu..cool lahh! mendalam semua nya.. =)

hijau bumi Tuhan... said...

macam dh jumpa ja...
'jgn tngu lama2,nti lama2 dia di ambil org'...haha...


salam perjalanan...

aku wanita said...

"Jika kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu..."

It's really happened to me...someone do this to me...and it's too hard to forget everything...:(

FoO dA fIrSt#1 said...

supertitan,
cetek jer...

perjalanan,
belum lagi la lan...

aku wanita,
coretan ini tiaaa kena mengena ngan sesiapa, kalau ada ampun maaf dipinta...

atiquepinky said...

jiwang rupenye kamu neyh..
ahahahaa
lol
peace

teamtact said...

aduh...... apa dah jadi ni....????