Tuesday, April 14, 2009

TIOMAN - BERA

Bermula dari 7 April 2009 – 13 April 2009 saya bersama 4 lagi rakan telah ke Pulau Tioman dan Tasik Bera. Kami ke sana untuk melakukan recce dan membuka trek untuk Sultan Ahmad Shah International Eco-Challenge (Bera-Tioman). Alhamdulillah, sekali lagi pada tahun ini saya diberikan peluang untuk terlibat secara langsung dalam acara ini, sekali lagi sebagai marshall perlumbaan.

Hari kedua, saya ditugaskan bersama Zarul dan Sarjan Roshjan untuk recce trek ke puncak Bukit Kajang. Sebelum itu, saya berjumpa Sarjan Roshjan ketika di Jeti Tanjung Gemuk. Sebenarnya saya mengenali beliau pada tahun lepas semasa event yang sama. Tak sangka pula tahun ini berjumpa lagi. Cuma kali ini tanpa Sarjan Taha. Kami memulakan perjalanan masuk pada pukul 11.30pagi dan sampai di puncak pada pukul 5.00 petang. Permulaan perjalanan cukup mencabar. Pertama kali saya rasa sungguh penat trekking. Tapi Alhamdulillah, saya berjaya sampai ke puncak. Walaupun tak tinggi namun cukup mencabar.



Pada 10 April 2009, kami semua yang terlibat keluar dari Pulau Tioman dengan menaiki Kapal PGM Camar 1 PA5. Di awal pelayaran semuanya berkeadaan baik sehinggalah selepas lebih kurang 40 minit dari pantai Pulau Tioman. Ketika saya sedang layan hembusan bayu dibahgian paling depan kapal, tetiba kapal tersebut membuat U-turn di tengah-tengah laut dan terus bunyi enjin menjadi senyap. Alamak, satu enjin rosak pulak. Hampir 1 ½ jam terumbang ambing di tengah lautan. Dalam kapal tu pulak ada la jugak 4 -5 orang wartawan. Mula-mula seorang terbaring kemudian selang beberapa minit habis semua baring kat lantai kapal. Saya pun sebenarnya terasa jugak mabuk laut. Tapi tak la teruk masih boleh cover. Selepas itu, kami diselamatkan oleh satu lagi kapal dari Polis Marin PX28.

Dalam masa sejam, kami sampai diperairan jeti Tanjung Gemuk. Lagi sekali kami terkandas. Air kecik (Air Surut). Kapal kami tak lepas sebab besar. Terpaksa lagi sekali tunggu kapal Katamaran dari Taman Laut untuk transfer kami ke Jeti Tanjung Gemuk. Akhirnya kami semua selamat sampai. Bila dah ada wartawan, kejadian itu dimasukkan dalam akhbar Sinar Pahang. Perjalan yang sepatutnya hanya mengambil masa 2 jam akhirnya menjadi 5 jam.
Kami berenam (saya, Abg. Malin, Shawn, Mus, Ajoi, Zarul) terus bergerak ke Tasik Bera. Saya, Shawn, dan Ajoi sampai lambat sikit sebab lalu “Short Cut”. Hari pertama disana kami pergi ke Pos Iskandar. Tanya si Zarul, “Berapa lama boleh sampai sana?” dia menjawab, “kejap jer, dalam sejam”. Padahal kami penumpang kat belakang boleh siap tidur lagi. Ham dua jam jugak perjalanan. Sampai disana kami mengedarkan borang penyertaan untuk SAS IEC sempena adanya Majlis Pelancaran Rakan Muda di sana. Kena pulak yang ada di sana datang dari KBS Putrajaya. Sempat juga berjumpa dengan bekas rakan sekerja. Lepas tu kami terus pulang ke Tasik Bera untuk recce trek tapi tak lama sebab kami pun masuk lewat.

Hari kedua, kami sambung recce trek. Saya berpasangan dengan Zarul. Recce kami tertangguh lagi apabila trek yang sepatutnya menjadi laluan telah ditenggelami air sungai yang melimpah . terpaksa kami berpatah balik. Kemudian sambungan trek dilakukan di dalam ladang kelapa sawit yang berhampiran. Setelah siap menanda trek, kami pulang ke resort. Hari ketiga kami pulang ke Shah Alam.
.

2 comments:

PPT said...

'mengedarkan boring penyertaan tu apa'
Koi tak paham....

Cheers...

wegreentheearth said...

lading kelapa sawit tu bahasa semelai ke?