Monday, May 18, 2009

D-DAY SAS-IEC TASEK BERA 02.05.09


TASEK BERA
Day 1
Sesampai je di Tasek Bera, semua bergegas menyalin pakaian. Ground orientation. Berbekalkan lori 3 tan, hasil pemanduan cekap Ah Chai, kesemua marshall yang baru sampai meredah ladang kelapa sawit. Chief Marshall mengepalai perjalanan sambil menerangkan serba sedikit mengenai trek ladang. Pada mulanya perjalanan berasa seronok, tapi bila dah lama kat belakang lori, kejap-kejap kena bedal dek pelepah sawit, terpelanting atas bawah, goyang kiri kanan, semua marshall mula rasa sakit-sakit. Hahahaha, tapi best.


Day 2
Semua marshall yang terlibat bangun awal pagi untuk pergi ground orientation dalam trek hutan pulak. Di hampir penghujung trek, semua marshall kena buat satu obstacle. Postman Walk. Apa yang pernah dipelajari di'apply'kan. Mula-mula, seorang dua sahaja yang masuk dalam air, bila yang lain dah geram tengok kawan berendam, semua pakat masuk. hampir 1 jam setting benda tu. Tapi ramai yang seronok walaupun masa tuh perut mula terasa lapar.


Day 3
Hari ini marshall dikehendaki membawa Team Medic, Wataniah dan Semboyan untuk servey trek. Marshall pulak sambil bawak servey kena pasang signage. Malamnya pulak ada taklimat, tapi dah macam perbincangan. Sepatutnya hanya taklimat sahaja. Esok dah D-Day, tak payahla nak bertikam lidah nak ubah itu ini. Yang sakit hatinya, bila ada perubahan last minit, marshall la kena buat. Marshall ni Manusia, bukan Mesin.


D-DAY SAS-IEC TASEK BERA
Seawal 5.00 pagi, semua marshall dikejutkan. Masing-masing sudah bersedia untuk melaksanakan apa yang telah dirancang. Alhamdulillah, team marshall adalah team yang pertama sampai di RAMSAR (tempat kejadian-start/finish). Pintu pagar pun tak bukak lagik. tepat jam 7.30 pagi, semua marshall bergegas ke tempat masing-masing.


Setelah hampir setengah jam race bermula, tiba-tiba di kilometer 6.5, di CP saya, terdengar suara orang sedang berlari ke arah saya. Terkejut kami yang berada di situ. Mana taknya, kami anggarkan masa yang akan diambil dari Starting ke CP saya lebih kurang 2 jam dengan keadaan trek yang agak mencabar dan penuh duri liku. Peserta pertama dari Kenya dah pun melalui CP saya. Masih ada 11 km lagi yang tinggal untuk dia kembali melalui CP saya. Lagi sekali, semua yang berada di CP saya terpegun apabila tak sampai satu jam, peserta pertama tadi dah pun berpatah balik. Walhal, peserta yang terakhir belum pun melalui CP saya. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.


Sudah hampir pukul 2.00 petang, kami masih menunggu pengisytiharan tamatnya race. Lebih kurang pukul 3.00 petang baru race diisytiharkan tamat. Kami semua bergegas meninggalkan CP masing-masing dan bersiap sedia untuk pulang ke Shah Alam.

Di Tasek Bera, masih banyak kekurangan dan kelemahan pihak penganjur. Bukan nak kata team marshall ni perfect, kami pun ada. Tapi cubalah tanganinya dengan bijak dan lebih terancang. Moga ada perubahan di Pulau Tioman.
.
.

No comments: