Pada hari raya yang keempat, selepas berkunjung ke rumah rakan saya di Kuala Kangsar, kami singgah sebentar ke rumah rakan kepada rakan kami di Trong. Mula-mula sampai, agak berat mulut nak bersembang. Bapa rakan kepada rakan kami ini memulakan cerita mengenai status kesihatan beliau. Kemudian bercerita mengenai pengalaman hidup. Dalam sambil bercerita saya mencelah. “pak cik service ke dulu?” beliau menjawab “saya pernah berkhidmat dengan British dulu. Zaman perang semasa penjajahan Jepun pun saya pernah berkhidmat”. Bermulalah titik perbualan antara saya dan Pak Jaafar atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ki. Pelbagai cerita semasa perang diceritakan.Sambil berbual saya terpandang tulisan di dada bajunya yang tertulis “SURVIVAL IS A DYING ART”. Saya memberanikan diri bertanya apa maksud tulisan itu. Rupa-rupanya dia salah seorang instruktur yang kerap mengadakan program survival di Taiping. Antara peserta yang pernah dibawa adalah dari luar Negara antaranya Rusia, Republic Cech, Korea Selatan, Australia, US, Britain dan ramai lagi. Saya menyatakan bahawa kami mungkin mempunyai persamaan kerana terlibat dan minat dalam bidang yang sama. Beliau juga tidak lokek dengan ilmu yang ada dan beliau juga turut memberi beberapa petua antaranya petua sesat dalam hutan, petua mengendalikan group yang besar, petua jadi lead trekking, dan yang paling menarik petua memegang pokok bertam tanpa melukakan tangan. Sedar tak sedar hanya saya seorang sahaja yang dok melayan Tok Ki. Rakan saya yang lain dah geleng kepala kerana melihat teletah kami yang bercerita sehingga tidak sedar orang keluar masuk dan masa dah semakin lewat. Hampir pukul 5.30 petang kami mengundurkan diri. Bagi saya agak beruntung juga beraya ke sana kerana selain atas dasar ziarah, saya juga mendapat ilmu baru dan dapat mendengar pengalaman orang lama. Sebenarnya, semasa kami nak balik baru tahu nama masing-masing. Sembang dulu baru kenal……..
No comments:
Post a Comment