Wednesday, February 3, 2010

ANYTIME, ANYWHERE.....

(Sekadar gambar hiasan)

Malam semalam, pada pukul 10.36 pm, semasa sedang beristirehat di rumah, tengah dok melayan National Geographic Channel 553, saya dikejutkan dengan satu panggilan telefon nombor yang tidak dikenali. Ketika menjawab panggilan tersebut, terasa seperti pernah mendengar suaranya. Rupa-rupanya "SIPOLAN" (bukan nama sebenar) dari jauh (Selatan) datang ke Shah Alam semata-mata ingin memohon pertolongan untuk belajar cara nak set-up Flying Fox.

Mula-mula tu terkejut la jugak, macam main-main pun ada. Rupa-rupanya memang betul SIPOLAN telah ditugaskan untuk menjadi PIC untuk Flying Fox dalam satu majlis yang akan diadakan ditempatnya. Dengan gerakan yang agak laju perlahan saya pun mandi dan terus menuju ke Seksyen 8, tempat yang dipersetujui untuk berjumpa. Dah macam buat kelas tuisyen plak malam-malam.
Tapi saya tak kisah. Yang baiknya di sini adalah sikap dan sifat ingin belajar SIPOLAN yang sanggup berkorban drive selama 4 jam pergi balik semata-mata untuk belajar dan tak malu untuk bertanya. Kalaulah semua di antara kita bersifat dan bersikap seperti ini, alangkah baiknya. Namun, ada jugak yang tak baik, tapi tak payah sebut la. Renung-renungkanlah.... SMI (Sendiri Mau Ingat)....

No comments: