Sebentar tadi ketika sampai di rumah dari Sungai Besar, jam tepat menunjukkan pukul 8.30pm. Semasa menuju ke tempat parkir kereta saya menjerit;
"woi tutup lampu woi, earth hour, earth hour, tutup lampu woi...."
Ada yang menyahut... ada yang tidak, ada yang dah padam, ada yang tidak. Yang padam mungkin tahu ataupun tiada orang di rumah, yang tak padam mungkin tak tahu dan tak paham atau buat-buat tak paham....
"Lampu ngan kipaih kena tutup, Earth Hour" itu lah kata-kata yang terkeluar dari mulut saya sambil saya padamkan semua lampu dan kipas semasa melangkah masuk ke dalam rumah. Selepas tuh saya bukak channel Astro 553. National Georaphic. 8.30pm-9.30pm, Earth Hour. Itu sahaja yang saya bukak sampai pukul 9.30pm. Tengok tv dalam gelap dan panas. Sambil menonton dan membaca apa yang ditayangkan, saya terasa sesuatu. Rupa-rupanya banyak lagi benda yang kita boleh lakukan untuk menyelamatkan bumi.
Saya mengetahui tentang perkara 60 Earth Hour ini pada tahun lepas, tetapi tidak tahu bila tarikhnya. Tahun ini saya sempat bersama-sama meraikannya. Mungkin akan ada yang menganggap saya macam SS @ Syok Sendiri, macam tak berbaloi apa yang lakukan, tetapi saya lakukan sesuatu, untuk Bumi. Perasaan terasa sedikit teruja apabila melihat penglibatan dari pelbagai negara dari seluruh dunia. Dan saya bertuah menjadi salah seorang dari berjuta mereka yang menjayakan kempen ini di seluruh dunia.
Saya dah buat, anda bila lagi.... tahun depan la jawabnya. Tetapi bukan pada hari sambutan sahaja kena buat, jadinkannya sebagai amalan untuk hari-hari. Siapa lagi yang nak jaga bumi ini kalau bukan penghuninya....
VOTE EARTH....