Sunday, March 14, 2010

DARI BERANANG - BERLOGHAT NOGORI....

'Maap yo nak yo, mak cik nak tanyo ekau ni, ekau jangan marah yo... Ekau ni melayu ko cino?'
Tersenyum saya sebentar sebelum menjawab persoalan tu.
Itu adalah salah satu soalan yang saya kena jawab semasa membantu melancarkan perjalanan kenduri kahwin Puan Suhana Aiman dan pasangan di Beranang semalam. Yang bestnya, kenduri diadakan secara bergotong royong. Dah lama tak rasa suasana sebegitu. Masak pakai kawah, pakai kayu api, berair biji masa tahan asap dari kayu api. Kaki terasa bahang api yang kuat memanaskan kawah dan periuk. Antara menu yang sempat saya dan rakan-rakan tolong gaul dan masak adalah pajeri terung, masak lemak daging, ayam goreng, ikan masin, dan nasi minyak. Suasana yang bising dan meriah, ditambah pulak bila dengar loghat NOGORI, lagi peka telinga ini nak mendengar apa yang dibualkan...

Bermula dari awal pagi, jiran tetangga dan orang kampung mula bertandang ke rumah pengantin untuk mula memasak. Lebih kurang pukul 11.00am, para tetamu mula hadir dan tetamu mula reda bila jam menunjukkan pukul 3.00pm. Lepas sesi bergambar bersama pasangan mempelai, kami beransur pulang.

Kepada Cik Su yang kini Puan Su, saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga kekal hingga ke akhir hayat... amin...
.

3 comments:

Lennyek said...

Ciksu dah kurus giler..kain yg die pakai tpaksa dijahit lagi...mcm da kurang 4cm je kite tgk..hehehe..

tahniah Pn.Su a.k.a Cik Su..

hijau bumi Tuhan... said...

tahniah, slmt pengantin baru pn. su dan en zahari...

rase mcm susah je nk pnggil pn. su...kalo kekalkan pnggil cik su bleh tak...ala, kira nama manja la tu...lidah dh terbiase pnggil cik su la, hahaha...

FoO dA fIrSt#1 said...

setuju!