Monday, June 28, 2010

BILA KITA DAH BERHATI-HATI....

Malam selepas saya pulang dari kampung, CK call saya dan menyatakan yang adik lelakinya Iwan baru lepas terlibat dengan satu kemalangan di Sabak Bernam. Ya Allah, terkejut saya seketika. Mengikut apa yang disampaikan oleh adik perempuannya Izan kepada CK, Iwan berada di dalam keadaan yang agak teruk. Istighfar di dalam hati. Saya cuba untuk menenangkan CK dengan kata-kata. Hanya itu yang termampu.


Mengikut maklumat yang diterima, kemalangan berlaku di satu simpang traffic light berhampiran rumah Nyaienya di Sabak Bernam. Yang melanggar pula mengaku salah kerana melanggar lampu merah. Itulah dia, bila kita dah berhati-hati, orang lain pula tidak.


Iwan dikatakan dipindah dari Hospital Sabak Bernam ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Kelang. Agak-agaknya dalam pukul 1.00 pagi baru sampai.

Sayangnya, mulai dari hari Isnin hingga Ahad saya tidak berada di Shah Alam kerana saya ke Janda Baik dan Bentong. Terasa ralat bila tak dapat melawati beliau di hospital. Cuma dapat update dari CK melalui SMS. Nak call, kat sana tak der line.
Kepada keluarga CK, semoga bersabar dan redha dengan ujian yang diberikan oleh-Nya. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian. Kepada Iwan, semoga cepat sembuh. Amin...
p/s: Berhati-hati dijalan raya, kelajuan membawa padah. Patuhi had laju. Merah tanda berhenti.
.

Sunday, June 20, 2010

WAH, PMC BERKEMBANG...

Hari ini saya baru saja sampai dari kampung. Jumaat lepas saya balik ke kampung kerana menerima jemputan peribadi dari bakal pengantin sendiri iaitu sahabat saya Hafizal bin Hashim yang telahpun melangsungkan majlis perkahwinannya kelmarin 19.7.2010. Tetapi hari ini di belah pihak lelaki. Dah bertambah keluarga PMC. Hafizal yang saya kenali sedari kecil adalah seorang yang agak serius, agak matang dan suka simpan. Tapi berkawan dengannya adalah sungguh bertuah. Dia juga adalah salah seorang orang yang pernah memberi dan mengajar saya sesuatu.
.
Sampai sekarang saya tak lupa, dialah orang yang pertama yang mengajar saya bawak motosikal. Berbekalkan sebuah motor cub petak plat ACG milik ayahnya, dia akan mengajak saya bersiar-siar disekitar kampung sehingga membawa ke Pekan Sungai Baru. Ada satu peristiwa di suatu petang, kami ke sekolah mengikut jalan batas tali air melalui Kampung Parit Tiga. Semasa pulang, kami lalu laluan yang sama. Semasa hendak mengambil selekoh pertama, Pizal ter"over rem"(terlebih pulas throtle). Kami hampir terhumban dalam parit. Terperosok kami berdua dalam semak di tepi parit. Tapi semasa kejadian bukannya rasa takut, tapi kami berdua tergelak bersama semasa mengangkat ACG keluar dari semak. Sampai sekarang tak ada siapa yang tahu pasal peristiwa tuh. Nasib baik la tak dak apa-apa.



Sekarang budak-budak asal PMC yang dah kawin adalah Orang Kuat, Dasa, Atan, An dan yang terbaru Pizal. Yang masih dok tunggu masa adalah Dad, Aro, Seni, Muiz, Lee Kopi, Faizul dan saya sendiri. Hahaha... Lan? No komen...
.

Sunday, June 13, 2010

KLCC @ LCCT

Waktu Kejadian: 10.55am
Tarikh Kejadian: 8 Jun 2010
Tempat kejadian: Depan Menara Berkembar Petronas (KLCC)


Aku : Halo ini bas 7430 ka?
Driver : Ya,ya, saya sudah mau sampai, lagi lima minit saya sampai.
Aku : Ok, orite...

Selepas 5 minit...

Driver : Halo, abang, lu ada mana?
Aku : Saya ada sini kat bus stop betul-betul depan Suria KLCC.
Driver : U jalan sikit la saya ada depan KFC ni, tempat bas banyak berenti.
Aku : Ayo, u datang sini la amik orang sini. Bas boleh berenti punya...
Driver : Ayo abang, sana orang tak boleh naik, turun saja boleh. Itu hari saya sudah kena tangkap gambar. Kena saman...

Saya dah makin pelik? Masa kat situ slumber jer bas-bas lain berenti bawa naik turun penumpang....

Aku : U mana sekarang, saya pigi cari...
Driver : Depan KFC sini. U datang sini, saya tunggu...

Agak jauh jugak saya berjalan keliling KLCC, tapi bas yang dicari tak jumpa-jumpa. Semua bas yang ada kat situ saya periksa no plat. Tak nampak pulak 7430. Baju dah basah dengan peluh.

Aku : Halo kawan, u ada mana? sudah satu KLCC saya sudah pusing. Tak nampak u punya bas pun...
Driver: Saya adala sini abang. Tak pa-tak pa, nanti kejap.

Sejurus selepas saya letak telefon, Abang Yazid call.

Abg. Yazid: Sir, ko tunggu la jap sir, driver tu salah lokasi. Dia la ni bukan kat KLCC, tapi kat LCCT.
Aku : Hah, patutla saya cari tak jumpa.

Aku bersabar dalam kemarahan dan kepeluhan.....

.

Friday, June 4, 2010

AKU DAN WORLD CUP

Dunia dan bola sepak tidak dapat dipisahkan. Teringat semasa di bangku sekolah menengah 1998. Masa itu baru Tingkatan 2. Walaupun masa tu saya bermain hoki, tapi minat bola masih ada dibawa dari sekolah rendah. Seminggu sebelum bermulanya sepak mula perlawanan pertama Piala Dunia, zaman saya masa tu, kami pelajar lelaki wajib ada jadual berbentuk kad yang boleh dilipat-lipat keluaran Dunhill. Setelah bermulanya temasya Piala Dunia, setiap hari kad itu akan senantiasa berada di dalam poket baju sekolah, update semua keputusan terkini. Masa tu semua pakat dok sokong Brazil. (Tersenyum sendiri teringat masa tu).

Pada tahun 2002 pula, saya merasaai kehangatan temasya Piala Dunia di UiTM Arau. Tapi banyak perlawanan yang tidak dapat saya tontoni. Biasala kat hostel tak der tv. Kalau ada pun, bilik tv kompo penuh setiap perlawanan. Hanya dapat tahu keputusan dari kawan-kawan atau pun surat khabar jer. Tapi yang paling tidak boleh dilupakan ketika perlawanan Akhir Piala Dunia. Pengarah Kampus (Kami panggil Provos) seorang yang sangat minat sukan bola sepak dan pada ketika itu beliau adalah penjaga gol untuk pasukan Staf UiTM Arau telah mengumumkan bahawa perlawanan akhir akan ditayangkan secara langsung di layar perak di Dewan Baru UiTM Arau. Malam itu, sebelum perlawanan semangat menyokong pasukan kegemaran amat terasa. Kalau tak silap masa tu Brazil menentang Jerman. Semasa gol pertama dijaringkan oleh Ronaldo hasil bola muntah cubaan pertama Rivaldo dari pasukan Brazil, Dewan Baru macam nak pecah hasil jeritan dan laungan meraikan gol. Provos hanya terdiam kerana pasukan pilihannya ketika itu adalah Jerman. Perlawanan tamat dengan keputusan Brazil 2 Jerman 0 hasil gol kedua pemain terbaik dunia ketika itu, Ronaldo.


Pada 2006, saya meraikan temasya Piala Dunia di Shah Alam, ketika belajar di UiTM Shah Alam. Di sini pulak trend menyaksikan perlawanan penting bola sepak tak kira Piala Dunia ataupun liga-liga utama di dunia adalah di kedai-kedai mamak. Malam perlawanan akhir saya menyaksikannya di Restoran Jayati Seksyen 7 Shah Alam. Ketika itu perlawanan di antara Perancis dan Itali dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Itali. Yang menariknya tentang perlawanan itu adalah aksi tandukan maut Zidane ke dada Materazi. Semua yang tengok pakat ramai-ramai gelak.

Tahun ini, 2010 Piala Dunia di Afrika Selatan tak tau lagi nak tengok kat mana. Kita tunggu kemunculan Juara baru Piala Dunia 2010.....

*p/s: pakat dengaq ataupun saksikan lagu ataupun video tema rasmi Piala Dunia di sini (K'naan ft. Nancy Ajram)