Dunia dan bola sepak tidak dapat dipisahkan. Teringat semasa di bangku sekolah menengah 1998. Masa itu baru Tingkatan 2. Walaupun masa tu saya bermain hoki, tapi minat bola masih ada dibawa dari sekolah rendah. Seminggu sebelum bermulanya sepak mula perlawanan pertama Piala Dunia, zaman saya masa tu, kami pelajar lelaki wajib ada jadual berbentuk kad yang boleh dilipat-lipat keluaran Dunhill. Setelah bermulanya temasya Piala Dunia, setiap hari kad itu akan senantiasa berada di dalam poket baju sekolah, update semua keputusan terkini. Masa tu semua pakat dok sokong Brazil. (Tersenyum sendiri teringat masa tu).
Pada tahun 2002 pula, saya merasaai kehangatan temasya Piala Dunia di UiTM Arau. Tapi banyak perlawanan yang tidak dapat saya tontoni. Biasala kat hostel tak der tv. Kalau ada pun, bilik tv kompo penuh setiap perlawanan. Hanya dapat tahu keputusan dari kawan-kawan atau pun surat khabar jer. Tapi yang paling tidak boleh dilupakan ketika perlawanan Akhir Piala Dunia. Pengarah Kampus (Kami panggil Provos) seorang yang sangat minat sukan bola sepak dan pada ketika itu beliau adalah penjaga gol untuk pasukan Staf UiTM Arau telah mengumumkan bahawa perlawanan akhir akan ditayangkan secara langsung di layar perak di Dewan Baru UiTM Arau. Malam itu, sebelum perlawanan semangat menyokong pasukan kegemaran amat terasa. Kalau tak silap masa tu Brazil menentang Jerman. Semasa gol pertama dijaringkan oleh Ronaldo hasil bola muntah cubaan pertama Rivaldo dari pasukan Brazil, Dewan Baru macam nak pecah hasil jeritan dan laungan meraikan gol. Provos hanya terdiam kerana pasukan pilihannya ketika itu adalah Jerman. Perlawanan tamat dengan keputusan Brazil 2 Jerman 0 hasil gol kedua pemain terbaik dunia ketika itu, Ronaldo.
Pada 2006, saya meraikan temasya Piala Dunia di Shah Alam, ketika belajar di UiTM Shah Alam. Di sini pulak trend menyaksikan perlawanan penting bola sepak tak kira Piala Dunia ataupun liga-liga utama di dunia adalah di kedai-kedai mamak. Malam perlawanan akhir saya menyaksikannya di Restoran Jayati Seksyen 7 Shah Alam. Ketika itu perlawanan di antara Perancis dan Itali dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Itali. Yang menariknya tentang perlawanan itu adalah aksi tandukan maut Zidane ke dada Materazi. Semua yang tengok pakat ramai-ramai gelak.
Tahun ini, 2010 Piala Dunia di Afrika Selatan tak tau lagi nak tengok kat mana. Kita tunggu kemunculan Juara baru Piala Dunia 2010.....
*p/s: pakat dengaq ataupun saksikan lagu ataupun video tema rasmi Piala Dunia di sini (K'naan ft. Nancy Ajram)
2 comments:
meh kita tengok kat Stadium Astro
Go Go Ayam Belanda..=)
Post a Comment