Thursday, August 25, 2011

2nd ROUND...


Teringat kisah muda remaja, baru minggu pertama puasa, geng-geng aku dah kalut redah hutan cari buluh. Bahagi tugas, sorang tebang, seorang cantas, seorang potong, dan seorang lagi pergi beli kabat (carbaid). Semua pakat tak sabaq nak dengaq bunyi dentuman meriam buluh yang dibuat. Hasil tunjuk ajar Pak Cik Nordin, ayahnya kepada Dasa, meriam di set up mantap. Guni kain sebagai lapisan pertama, diikuti oleh ikatan dengan menggunakan tiub tayar di setiap ruas buluh. Lubang kecil ditebuk berhati-hati supaya buluh tidak terbelah. Tin milo kecil dicari sebagai tempat mengisi kabat. (aspek keselamatan tidak dilupakan)



Hari semakin gelap, waktu berbuka tak sabar dinanti. Selepas berbuka, kami ke Masjid Simpang Empat. Setelah menunaikan fardhu Isyak, ramai-ramai ikut jalan belakang ke belakang rumah Dasa. Sebelum sampai ke destinasi, kami dah mula rasa tercabar dek dentuman meriam yang kedengaran dari jauh yang datangnya dari Kampung Parit Satu. Sampai saja port, masing-masing mengeluarkan meriam masing- masing. Tak sabar nak dengar bunyinya. Kuat atau tidak. KEDEBOOOMMM... wah! masing-masing tersenyum lebar, hasil usaha menjadi... Peperangan berterusan sampailah malam raya....

Itu dulu... sekarang dah tak main dah meriam ni, alhamdulillah sepanjang kami bermain meriam
dulu tak lah ada sebarang kecelakaan...

(dari google image)

(dari google image)

Hari ini, aku beralih kepada EVOLUSI MERIAM... tahun ini tahun kedua aku bakal menghadapinya. MERIAM KAMPUNG TALANG...... Keistimewaan acara ini ialah meriamnya... Bagaikan pesta apabila 6 kampung berhampiran berlawan antara satu sama lain dengan menggunakan meriam yang bersaiz Nala (kata orang Penang) ataupun mega. Pertama kali mendengar dentumannya terasa bagaikan nak gugur jantung. Kawasan sawah padi dipenuhi pengunjung setempat dan luar. Dari yang paling kecil sampailah yang paling tua.

Individu yang jadi guide, Apit Clifford


Acara ini mendapat perkenan Sultan Perak dan hanya diberi permit untuk bermain bermula dari pada pukul 12.00 tengah malam hingga ke pukul 6.00 pagi sahaja pada malam hari raya pertama setiap tahun. Yang mengjutkan lagi, ada kampung-kampung yang sanggup membuat kutipan wang untuk digunakan sebagai perbelanjaan bagi menjayakan acara ini. Ada juga VIP-VIP yang menaja dari segi kewangan dan bahan letupan (Kabat).

Yang berjaya memberanikan diri untuk berada di celah-celah meriam... Rostam dan Aku


Yang mampu tengok dari jauh (tak la jauh sangat) Epoi dan Kamal

Memang meriah...... Insyaallah, tahun ini, lebih ramai kenalan yang akan saya bawa untuk merasai pengalaman peperangan MERIAM MEGA KAMPUNG TALANG.....Jom, kepada sesiapa yang berminat, mari kita serang Kampung Talang, Kuala Kangsar pada malam raya ini.....
.

Monday, August 22, 2011

MACAM TAK CAYA....


Dulu, tengok tengok saja. Sekarang kena lalu, kena pilih, kena pegang, kena cuba, kena cuba, kena beli.... DLL.... Dulu, seorang, kemudian berdua, coming soon bertiga.... hehehehe...


.

Sunday, August 14, 2011

PILIH KEKASIH????

Situasi 1:

Pernah tak anda terlihat @ ternampak @ menyaksikan kereta anda @ sesiapa sahaja di tow oleh pihak berkuasa disebabkan kesalahan parking? Kena pulak kereta yang kena tow tu kereta tempatan? Kena pulak di sebelah kereta yang kena tow itu, turut melakukan kesalahan yang sama tapi tidak diambil tindakan? Kena pula kereta yang tidak diambil tindakan itu kereta import @ kereta mewah @ kereta mewah import yang besar? Apa rasa?


Sila KLIK untuk ketahui cerita salah seorang daripada mangsa PBT (terjumpa masa nak cari gambar)

Situasi 2:

Lokasi: Worldwide Business Center, Seksyen 13 (Opis TeamTACT)
Masa: 10.45 am

Semasa saya nak naik ke opis, saya terpandang ada dua buah kereta parking ditempat yang sepatutnya salah. Ada satu kereta bukan buatan Malaysia dan satu kereta buatan Malaysia. Yang peliknya , kereta buatan Malaysia tuh ada tiket parking tapi ada surat SAMAN terselit di wipernya manakala di kereta bukan buatan Malaysia itu tak ada tiket parking dan tak kena apa-apa? Memilih Betul.......



Mengapa kejadian @ situasi ini sering berlaku? Kenapa PBT kadang-kadang ada sikap pilih kasih? Adil ka benda macam ni? Yang kaya tak diendah, yang tak kaya dok cari salah? Tiada KEADILAN dalam melaksanakan tugas......
.

Wednesday, August 10, 2011

BARU, YANG PERTAMA KALI...

Tahun ini banyak yang baru dan pertama kali aku tempuhi. Bermula dari kehidupan aku yang disinari cahaya seorang peneman hidup bergelar isteri dan aku bergelar suami. Tak disangka-sangka, macam satu mimpi. Banyak yang aku perlu pelajari dalam menempuhi alam kehidupan yang baru ini. Apa yang penting? SABAR... alhamdulillah aku dapat tempuhi setakat ini dan berharap ianya berpanjangan hingga akhir hayat...

Julai lepas aku ke Miri, bercuti bersama si isteri tercinta. Berpijak sahaja di Bumi Kenyalang, si dia mula rasa tak selesa, tak berapa sihat. Bila naik kereta, tengok je jalan raya, pening. Asal tgk jalan raya, pening. Nasi dah tak boleh nak masuk, kalau masuk jugak mestii keluar balik. Tetiba plak tak suka makan ayam. Lein macam terdetik dihati. Bercerita kepada Apiz, 'dah ada la tuh' katanya...
Balik daripada Miri, aku terus bergegas ke Tasik Chenderoh, Perak meninggal si isteri yang tak berapa nak sihat kerana ada program di sana. 22 Julai 2011, 4.30pg, aku terima panggilan dari isteriku mengatakan dia positif. Dalam mamai-mamai aku tak terjawab apa.
Paginya baru aku terasa macam tak percaya, namun syukur di atas anugerahNya. Pertama kali aku akan bergelar seorang bapa, Insyaallah...

Tahun ini juga merupakan tahun pertama aku berpuasa bersama si isteri. Namun si dia tak terlayan dek kerana kurang sihat dan loya (biasala, mengandung). Aku yang telah biasa dengan kerja-kerja dapur dan memasak, kekadang menyediakan hidangan untuk kami. Kadang-kadang tu beli kat bazaar Ramadhan gak....

Moga isteriku sihat dan selamat melahirkan generasi FOO yang ke 3...Insyaallah.....
.

Monday, August 1, 2011

SAMPAI SEMUA...

Alhamdulillah, impian untuk kakiku berpijak di semua 13 negeri dalam Malaysia telah tercapai. Negeri terakhir yang aku sampai adalah Sarawak Bumi Kenyalang. Sejak Dari sekolah rendah lagi aku menyimpan hasrat ini. Dikala dulu aku tidak berkemampuan untuk makan angin, waima untuk mengikut rombongan sekolah mengadakan lawatan sambil belajar, tapi kini aku impian yang telah lama disemai.

Selepas ini, aku ada target baru. Pulau-pulau peranginan di Malaysia.

Pulau Langkawi = visited
Pulau Tioman = visited
Pulau Pangkor = visited
Pulau Redang = visited
Pulau Kapas = visited
Pulau Perhentian = coming soon
Pulau Sipadan = coming soon
Pulau Mabul = coming soon
.