Teringat kisah muda remaja, baru minggu pertama puasa, geng-geng aku dah kalut redah hutan cari buluh. Bahagi tugas, sorang tebang, seorang cantas, seorang potong, dan seorang lagi pergi beli kabat (carbaid). Semua pakat tak sabaq nak dengaq bunyi dentuman meriam buluh yang dibuat. Hasil tunjuk ajar Pak Cik Nordin, ayahnya kepada Dasa, meriam di set up mantap. Guni kain sebagai lapisan pertama, diikuti oleh ikatan dengan menggunakan tiub tayar di setiap ruas buluh. Lubang kecil ditebuk berhati-hati supaya buluh tidak terbelah. Tin milo kecil dicari sebagai tempat mengisi kabat. (aspek keselamatan tidak dilupakan)
Hari semakin gelap, waktu berbuka tak sabar dinanti. Selepas berbuka, kami ke Masjid Simpang Empat. Setelah menunaikan fardhu Isyak, ramai-ramai ikut jalan belakang ke belakang rumah Dasa. Sebelum sampai ke destinasi, kami dah mula rasa tercabar dek dentuman meriam yang kedengaran dari jauh yang datangnya dari Kampung Parit Satu. Sampai saja port, masing-masing mengeluarkan meriam masing- masing. Tak sabar nak dengar bunyinya. Kuat atau tidak. KEDEBOOOMMM... wah! masing-masing tersenyum lebar, hasil usaha menjadi... Peperangan berterusan sampailah malam raya....
Itu dulu... sekarang dah tak main dah meriam ni, alhamdulillah sepanjang kami bermain meriam
dulu tak lah ada sebarang kecelakaan...
(dari google image)
(dari google image)
Hari ini, aku beralih kepada EVOLUSI MERIAM... tahun ini tahun kedua aku bakal menghadapinya. MERIAM KAMPUNG TALANG...... Keistimewaan acara ini ialah meriamnya... Bagaikan pesta apabila 6 kampung berhampiran berlawan antara satu sama lain dengan menggunakan meriam yang bersaiz Nala (kata orang Penang) ataupun mega. Pertama kali mendengar dentumannya terasa bagaikan nak gugur jantung. Kawasan sawah padi dipenuhi pengunjung setempat dan luar. Dari yang paling kecil sampailah yang paling tua.
Individu yang jadi guide, Apit Clifford
Acara ini mendapat perkenan Sultan Perak dan hanya diberi permit untuk bermain bermula dari pada pukul 12.00 tengah malam hingga ke pukul 6.00 pagi sahaja pada malam hari raya pertama setiap tahun. Yang mengjutkan lagi, ada kampung-kampung yang sanggup membuat kutipan wang untuk digunakan sebagai perbelanjaan bagi menjayakan acara ini. Ada juga VIP-VIP yang menaja dari segi kewangan dan bahan letupan (Kabat).
Yang berjaya memberanikan diri untuk berada di celah-celah meriam... Rostam dan Aku
Yang mampu tengok dari jauh (tak la jauh sangat) Epoi dan Kamal
Memang meriah...... Insyaallah, tahun ini, lebih ramai kenalan yang akan saya bawa untuk merasai pengalaman peperangan MERIAM MEGA KAMPUNG TALANG.....Jom, kepada sesiapa yang berminat, mari kita serang Kampung Talang, Kuala Kangsar pada malam raya ini.....
.
No comments:
Post a Comment