9 Mac 2013, genap anakanda Faris Ukail Foo setahun umurnya. Alhamdulillah, gigi sulungnya juga menampakan diri ketika usia mencecah setahun. Terasa pantas masa berlalu, tup tup dah setahun. Peningkatan yang ditunjukkan Faris amat memberansangkan. Bermula dari meniarap, berguling, mengesot, merangkak, meniti dan sekarang dah berjalan. Tak lama lagi berlari. Dah tahu apa itu "tepuk", dah tahu apa itu "cak cekuk", dah tahu apa itu "habis", dah tahu apa itu "hello" dan terbaru dah tahu tadah tangan dan amin bila berdoa.
Sempena hari ulang tahunnya yang pertama, Papa berharap dan berdoa agar Faris menjadi seorang anak yang soleh, hormat kedua ibu bapa, hormat kepada orang tua, menjadi seorang yang berjaya dan menjadi yang terbaik dari yang terbaik. Insyaallah. Papa akan memberi yang terbaik dan termampu dalam membesarkan Faris.
No comments:
Post a Comment