Monday, September 6, 2010

TAG SAJA....

Dulu...



The Store, Jaya Jusco, Kedai Buku, Kedai Runcit, Pasaraya Besar, Macro, dan banyak lagi perlu kita susuri dan berdiri lama untuk memilih. Buat Kekanda, Buat Insan Tersayang, Bonda, Ayahanda, Sahabat, Adinda, dan sekadar ucapan ringkas Selamat Hari Raya. Dari yang kecil tapak tangan hingga ke besar manila kad. Ada pulak yang bila bukak jer bunyi lagu raya, tapi mahal sikit.

Dah balik, ambik pen mula mengarang ucapan, pantun "Pecah Gelas" tak pernah miss. Bukan apa, pakat nak lawan saya dapat kad raya paling banyak. Dah tulis, pakat pi pejabat pos beli stem dan pos. Kemudian tunggu balasan jer....


Sekarang...

Bukak gambar sendiri, family, keluarga, dan kawan-kawan, bukak adope photoshop. Overlay glitter skit, word cantik-cantik, taip ucapan sikit, pastu save. Lepas tu bukak Facebook, upload. Dah upload, tag jer kat kawan-kawan yang ada. Pastu pakat dok penuh je inbox email ngan notification dari gambar yang telah di tag kan. Mudah cepat dan berkesan, tapi kurang feel....
.
Dah lama tak terima kad raya, teringat dulu-dulu....
.

Monday, August 30, 2010

555

Semenjak dua menjak ni, saya selalu buka saluran Astro 555, History Channel. Banyak cerita-cerita menarik mengenai negara dan peristiwa-peristiwa lampau ditayangkan bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-53. Antara yang menarik perhatian adalah VAT 69: Malaysia's Very Able Troopers dan juga Al-Maunah, Malaysia Weapon Heist.
.
Bila saya tonton rancangan tuh, barulah saya tahu apa itu VAT dan apa itu 69. Saya berasa bangga apabila mengetahui bahawa Malaysia mempunyai satu skuad yang amat berkebolehan dan hebat seperti VAT 69 terutama skuad yang sulung VAT 69. Mendengar pengalaman dan cerita yang disampaikan oleh bekas VAT 69, amatlah bersemangat dan teruja mendengarnya. Cerita lanjut ada di sini
.
Seperti kejadian di Bukit Jenalik juga, ianya turut melibatkan Skuad VAT 69 dan turut menunjukkan bahawa skuad ini adalah hebat.
.
Saya sememangnya meminati saluran 551 Discovery Channel, 553 National Geographic dan 555 History Channel. Ini keran saluran ini banyak informasi dan saya boleh mengetahui serta belajar apa yang baru.
.

Wednesday, August 25, 2010

AKAN AKU CUBA...

Aku tidak pandai menyulam kata...
Aku tidak pandai bermadah...
Aku tak pandai memujuk...
Aku tak pandai romantika...
Aku tak punya apa-apa...

Tapi aku sayang dia...
Sayang dia separuh nyawa...
Dia diam aku gulana...
Terasa sepi sedunia...
Memikir apa yang patut dilaksana...

Akan Aku Cuba......

Monday, August 16, 2010

MENARA CONDONG PULAK....

Seperti sebelum-sebelum ni, aku suka dan teringin sangat nak pi tempat-tempat memorial dalam Malaysia ni macam yang pernah aku post dulu. Kali ini aku berkesempatan sampai ke memorial di negeri aku sendiri. Masa on the way pergi ke Sabak Bernam, aku lalu Teluk Intan terus terlintas untuk pergi tengok Menara Condong. Dalam keadaan tergesa-gesa, kami menuju ke menara.
.

"Lambat sat lagi sir"
"Tak pa, sat gi kita turun, ambik gambaq pastu chalo, enjin pun tak yah mati"
.



Sampai ja kat menara, kami ambil gambar 5 ke 6 snap, terus kami meneruskan perjalanan. Sampai jugak aku kat Menara Condong Teluk Anson..
.

Sunday, August 15, 2010

LAMBAT DAN HILANG...

"Assalamualaikum, hang ada mana?"
"Aku dah nak gerak dah ni."
"Ok, bawak kereta elok-elok"
.
Letak telefon aku tengok jam pukul 8.30 malam. Rasa tak sabaq nak balik kampung nak bersahur ngan Mak. Tunggu punya tunggu punya tunggu dah pukul 9.30 malam. Aku call dia tak angkat. Ada la 20 lebih kali aku call. Hati mula rasa tak sedap. Aku call mak nak tanya kalau-kalau dia ada call mak. Mak kata tak dak, cuma masa dia nak gerak ja dia ada call. Aku tunggu lagi, pikir positive. Jem kot....
.
Pukul 10.00 malam, masih tak dapat hubungi dia. Hati dah makin panas dan bimbang kalau-kalau jadi apa-apa. Takkan la Kampung Baru ngan Shah Alam jauh sangat. Badan kering dah mula berpeluh... Tup-tup handset aku bunyi. Hah, call pun...
.
"Aku kat bawah"
Aku pun turun bawak beg dan barang-barang.
"Hang ni awat, aku call tak angkat, baik tak payah pakai handset"
"Aku sesat sir lalu jalan jauh, aku lalu KESAS"
"Yang hang pi lalu sana buat apa?"
"Aku ikut GPS"
"Hahahahahaha, kalau hang ikut cakap aku kita dah kat tapah dah hang tau dak"
.
Perjalanan pulang ke kampung bermula. dalam pejalanan mata mula mengantuk, rasa terkucil nak terkeluar pun ada, berenti kejap kat Hentian Sebelah Ladang Bikam. Lepas dah qada hajat, kami teruskan perjalanan. Sampai kat R&R Tapah kami berenti nak beli buah limau bali untuk mak tapi sayang kedai dah tutup. Tak semena-mena, tangan aku meraba-raba lubang kat pintu driver. Kosong...
.
"Ipah, mana kad aku?"
"Kad apa?"
"Kad Touch n Go aku, dah la baru top up seratus"
"Alamak"

Dalam hati dah terdetik mesti terciciaq masa aku berenti kat Ladang Bikam tadi. Aku pun dengan segera telefon Plus HelpLine. Dia kata dia cuba hubungi peronda untuk pergi check. Aku tanya apa kena buat dan berapa kena bayaq kalau aku nak keluar ikut Tapah.
.
"Kalau macam tu, encik akan dikenakan penalti. Caj ikut tol Skudai ataupun Juru. Ikut yang mana paling jauh"
"Kalu macam tu kompom-kompom saya kena Skudai. Berapa saya kena bayar?"
"Kejap saya periksa. La ni dah lebih pukul 12, encik kena bayar RM 57.00"
.
Mau tak mau kena keluaq Tapah dan jugak kena bayaq RM 57.00 daripada aku keluaq kat Taiping, berapa puluh pulak aku nak kena. Lepas keluar aku nekad patah balik ke Sungkai untuk pergi tengok kat tempat aku parking tadi kalau-kalau ada. Sampai ja terus aku pergi tengok, huh, lesap...
.
Tak pa lah, bukan rezeki aku.... redha je la...
.
Pagi tuh kami sampai lewat, dekat pukul 3.00 pagi jugak lah... Adoiyai.... Dugaan....
.
.

Thursday, August 12, 2010

SAYANG

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? macam mana kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih rumput yang PALING cantik tanpa kamu menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, kamu bawa ke kelas.


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya mengapa tiada rumput yang dipilih?


Pelajar : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang ada banyak rumput yang cantik tapi cikgu kata petik yang PALING cantik, maka saya terus berjalan ke depan sambil mencari yang PALING cantiktanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang PALING cantik. Mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput yang PALING cantik tapi dah Cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semua, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang PALING kita sayang itulah yang PALING cantik dan PALING baik. Walaupun diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput itu.........


(Hasil nukilan: Nor Suhana Musa)

p/s: Buat insan tersayang, CK...

Wednesday, August 11, 2010

REDANG ISLAND




Tak tau nak citer macam mana, post gambar jer.... hehehe...
.

Tuesday, August 10, 2010

GENAP DUA TAHUN TAHUN ISLAM

Setiap kali menyambut puasa hari pertama, saya sering terkenang peristiwa 2 tahun lepas. Sambut atas katil hospital. Al-kisahnya terdapat di sini dan di sini.


Tahun ini, kali pertama aku berpuasa dalam status tunangan orang, dan alhamdulillah tahun ini juga Mak mendapat seruan untuk menunaikan Haji di Mekah. Abang tumpang gembira untuk Mak walaupun sebenarnya terdapat sekelumit kebimbangan bila Mak di sana nanti. Semoga Allah memelihara pemergian dan kepulangan Mak nanti.


Kepada semua rakan-rakan, kenalan-kenalan, sahabat handai, saudara mara, dan insan yang tersayang, dengan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga segala amal ibadat kita pada bulan ini akan diberkati oleh-Nya.
.

Friday, July 23, 2010

NAK PUJI KER NAK KEJI???

Kelmarin, saya, shawn dan apit parking di KL Sentral, amik Putra LRT ke Pasar Seni. Nak cari sourviner untuk pi Pulau Redang ujung bulan ni. Masa sampai di hentian Pasar Seni, ternampak hasil seni anak muda jalanan yang bagi saya amat menarik walaupun ada yang berpendapat tak kena pada tempatnya. Namun bagi saya dua-dua ada. Positif dan Negatif. Positifnya adalah ada di antara hasil seni Grafiti ni nampak menarik dan sungguh cantik, tapi yang Negatifnya pulak ada Grafiti yang tak brapa nak cantik dan merosakkan pemandangan. Yang cantik, cantik betul, yang buruk, buruk betul. Semasa nak balik, saya pinjam handset shawn nak tangkap gambar. Shawn dah tau pasal apa saya nak amik gambar. Masuk blog la tuh.... haha... jom tengok skit....

.

Monday, July 19, 2010

KENAPA TAK ROGOL SAYA?

Sedang saya dok layan FB, mata saya tertarik kepada satu post yang agak menarik lalu membacanya. Saya 'select', tekan 'ctrl+c' dan saya tekan'ctrl+v' untuk berkongsi bersama. Kesahihannya saya tak pasti. Terdapat pro dan con. Tetapi moral cerita ini patut diamati sebaik-baiknya


Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….
P/S: Benar atau tidak? Wallahualam...
.

Wednesday, July 7, 2010

SURATAN ATAU KEBETULAN

[It won't come as much of a consolation to heartbroken German fans, but at least Paul, Germany's now world-famous "Octopus oracle", has maintained his perfect record. The "psychic" creature has correctly predicted all six of Germany's World Cup games and, amid excruciating drama broadcast live on national television on Tuesday, plumped for Spain, causing anguish up and down the country]-ABC Online

GERMAN (4) - ENGLAND (1)

GERMAN (4) - ARGENTINA (0)

SEPANYOL (1) - GERMAN (0)

GERMAN (1) - GHANA (0)

.

Monday, July 5, 2010

YOU ARE FIRED!!!

Kalah = pecat
Konflik = pecat
Masalah dalaman = pecat


Itulah yang sering diperkatakan dan diperdebatkan sekarang ini. Dalam negara, isu pemecatan jurulatih kebangsaan, Azrai Khor. Dalam dunia, isu khabar jurulatih Piala Dunia. Selepas nama besar seperti Argentina dan Brazil tidak dapat meneruskan aksi piala dunia, desas-desus jurulatih mereka akan dipecat.




Salah siapa sebenarnya? Jurulatih? Pemain? Peminat? atau pun WARTAWAN? (hahahaha...)

Dalam sesebuah pasukan, yang sudah ada jurulatih yang berkaliber, strategi yang mantap, percaturan yang teliti, kajian yang rapi, persediaan yang awal, TAPI masih kalah... Nak salahkan pemain ke? Ish, mana boleh pemain semua dah STAR... (boleh ke macam tu?)

Ada juga sesebuah pasukan, mempunyai jurulatih yang tak berapa dikenali, jurulatih tempatan, pemain tak STAR pun, boleh jer pergi jauh... Macam mana pulak?


Dalam negara, tak abis-abis isu tukar jurulatih. Pada pendapat peribadi saya, kalau dok asyik tukar coach, macam mana nak ada keserasian antara pemain dan coach? Bukan semua pemain dan coach dapat adapt antara satu sama lain dengan hanya beberapa perlawanan saja. Pemain kalau selalu sangat disuntik dengan strategi dan idea yang berbeza dalam jangka masa yang pendek pun boleh jadi pening dan tension.


Ada pulak pemain yang hanya jaguh kampung, keluar sikit dari tempurung, dada dah up, lutut dah ketaq, tak pikir menang, tapi pikir wang. Tak macam dulu, main sebab maruah bangsa dan negara. Kalau nak dibandingkan dengan teknologi, dulu lagilah ketinggalan, boleh jer melangkah jauh. Sekarang teknologi dah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Hari ini ada baru, esok ada lagi yang lebih baru. Dok duduk kat takok tu jer.

Renung-renungkanlah...
.

Monday, June 28, 2010

BILA KITA DAH BERHATI-HATI....

Malam selepas saya pulang dari kampung, CK call saya dan menyatakan yang adik lelakinya Iwan baru lepas terlibat dengan satu kemalangan di Sabak Bernam. Ya Allah, terkejut saya seketika. Mengikut apa yang disampaikan oleh adik perempuannya Izan kepada CK, Iwan berada di dalam keadaan yang agak teruk. Istighfar di dalam hati. Saya cuba untuk menenangkan CK dengan kata-kata. Hanya itu yang termampu.


Mengikut maklumat yang diterima, kemalangan berlaku di satu simpang traffic light berhampiran rumah Nyaienya di Sabak Bernam. Yang melanggar pula mengaku salah kerana melanggar lampu merah. Itulah dia, bila kita dah berhati-hati, orang lain pula tidak.


Iwan dikatakan dipindah dari Hospital Sabak Bernam ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Kelang. Agak-agaknya dalam pukul 1.00 pagi baru sampai.

Sayangnya, mulai dari hari Isnin hingga Ahad saya tidak berada di Shah Alam kerana saya ke Janda Baik dan Bentong. Terasa ralat bila tak dapat melawati beliau di hospital. Cuma dapat update dari CK melalui SMS. Nak call, kat sana tak der line.
Kepada keluarga CK, semoga bersabar dan redha dengan ujian yang diberikan oleh-Nya. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian. Kepada Iwan, semoga cepat sembuh. Amin...
p/s: Berhati-hati dijalan raya, kelajuan membawa padah. Patuhi had laju. Merah tanda berhenti.
.

Sunday, June 20, 2010

WAH, PMC BERKEMBANG...

Hari ini saya baru saja sampai dari kampung. Jumaat lepas saya balik ke kampung kerana menerima jemputan peribadi dari bakal pengantin sendiri iaitu sahabat saya Hafizal bin Hashim yang telahpun melangsungkan majlis perkahwinannya kelmarin 19.7.2010. Tetapi hari ini di belah pihak lelaki. Dah bertambah keluarga PMC. Hafizal yang saya kenali sedari kecil adalah seorang yang agak serius, agak matang dan suka simpan. Tapi berkawan dengannya adalah sungguh bertuah. Dia juga adalah salah seorang orang yang pernah memberi dan mengajar saya sesuatu.
.
Sampai sekarang saya tak lupa, dialah orang yang pertama yang mengajar saya bawak motosikal. Berbekalkan sebuah motor cub petak plat ACG milik ayahnya, dia akan mengajak saya bersiar-siar disekitar kampung sehingga membawa ke Pekan Sungai Baru. Ada satu peristiwa di suatu petang, kami ke sekolah mengikut jalan batas tali air melalui Kampung Parit Tiga. Semasa pulang, kami lalu laluan yang sama. Semasa hendak mengambil selekoh pertama, Pizal ter"over rem"(terlebih pulas throtle). Kami hampir terhumban dalam parit. Terperosok kami berdua dalam semak di tepi parit. Tapi semasa kejadian bukannya rasa takut, tapi kami berdua tergelak bersama semasa mengangkat ACG keluar dari semak. Sampai sekarang tak ada siapa yang tahu pasal peristiwa tuh. Nasib baik la tak dak apa-apa.



Sekarang budak-budak asal PMC yang dah kawin adalah Orang Kuat, Dasa, Atan, An dan yang terbaru Pizal. Yang masih dok tunggu masa adalah Dad, Aro, Seni, Muiz, Lee Kopi, Faizul dan saya sendiri. Hahaha... Lan? No komen...
.

Sunday, June 13, 2010

KLCC @ LCCT

Waktu Kejadian: 10.55am
Tarikh Kejadian: 8 Jun 2010
Tempat kejadian: Depan Menara Berkembar Petronas (KLCC)


Aku : Halo ini bas 7430 ka?
Driver : Ya,ya, saya sudah mau sampai, lagi lima minit saya sampai.
Aku : Ok, orite...

Selepas 5 minit...

Driver : Halo, abang, lu ada mana?
Aku : Saya ada sini kat bus stop betul-betul depan Suria KLCC.
Driver : U jalan sikit la saya ada depan KFC ni, tempat bas banyak berenti.
Aku : Ayo, u datang sini la amik orang sini. Bas boleh berenti punya...
Driver : Ayo abang, sana orang tak boleh naik, turun saja boleh. Itu hari saya sudah kena tangkap gambar. Kena saman...

Saya dah makin pelik? Masa kat situ slumber jer bas-bas lain berenti bawa naik turun penumpang....

Aku : U mana sekarang, saya pigi cari...
Driver : Depan KFC sini. U datang sini, saya tunggu...

Agak jauh jugak saya berjalan keliling KLCC, tapi bas yang dicari tak jumpa-jumpa. Semua bas yang ada kat situ saya periksa no plat. Tak nampak pulak 7430. Baju dah basah dengan peluh.

Aku : Halo kawan, u ada mana? sudah satu KLCC saya sudah pusing. Tak nampak u punya bas pun...
Driver: Saya adala sini abang. Tak pa-tak pa, nanti kejap.

Sejurus selepas saya letak telefon, Abang Yazid call.

Abg. Yazid: Sir, ko tunggu la jap sir, driver tu salah lokasi. Dia la ni bukan kat KLCC, tapi kat LCCT.
Aku : Hah, patutla saya cari tak jumpa.

Aku bersabar dalam kemarahan dan kepeluhan.....

.

Friday, June 4, 2010

AKU DAN WORLD CUP

Dunia dan bola sepak tidak dapat dipisahkan. Teringat semasa di bangku sekolah menengah 1998. Masa itu baru Tingkatan 2. Walaupun masa tu saya bermain hoki, tapi minat bola masih ada dibawa dari sekolah rendah. Seminggu sebelum bermulanya sepak mula perlawanan pertama Piala Dunia, zaman saya masa tu, kami pelajar lelaki wajib ada jadual berbentuk kad yang boleh dilipat-lipat keluaran Dunhill. Setelah bermulanya temasya Piala Dunia, setiap hari kad itu akan senantiasa berada di dalam poket baju sekolah, update semua keputusan terkini. Masa tu semua pakat dok sokong Brazil. (Tersenyum sendiri teringat masa tu).

Pada tahun 2002 pula, saya merasaai kehangatan temasya Piala Dunia di UiTM Arau. Tapi banyak perlawanan yang tidak dapat saya tontoni. Biasala kat hostel tak der tv. Kalau ada pun, bilik tv kompo penuh setiap perlawanan. Hanya dapat tahu keputusan dari kawan-kawan atau pun surat khabar jer. Tapi yang paling tidak boleh dilupakan ketika perlawanan Akhir Piala Dunia. Pengarah Kampus (Kami panggil Provos) seorang yang sangat minat sukan bola sepak dan pada ketika itu beliau adalah penjaga gol untuk pasukan Staf UiTM Arau telah mengumumkan bahawa perlawanan akhir akan ditayangkan secara langsung di layar perak di Dewan Baru UiTM Arau. Malam itu, sebelum perlawanan semangat menyokong pasukan kegemaran amat terasa. Kalau tak silap masa tu Brazil menentang Jerman. Semasa gol pertama dijaringkan oleh Ronaldo hasil bola muntah cubaan pertama Rivaldo dari pasukan Brazil, Dewan Baru macam nak pecah hasil jeritan dan laungan meraikan gol. Provos hanya terdiam kerana pasukan pilihannya ketika itu adalah Jerman. Perlawanan tamat dengan keputusan Brazil 2 Jerman 0 hasil gol kedua pemain terbaik dunia ketika itu, Ronaldo.


Pada 2006, saya meraikan temasya Piala Dunia di Shah Alam, ketika belajar di UiTM Shah Alam. Di sini pulak trend menyaksikan perlawanan penting bola sepak tak kira Piala Dunia ataupun liga-liga utama di dunia adalah di kedai-kedai mamak. Malam perlawanan akhir saya menyaksikannya di Restoran Jayati Seksyen 7 Shah Alam. Ketika itu perlawanan di antara Perancis dan Itali dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Itali. Yang menariknya tentang perlawanan itu adalah aksi tandukan maut Zidane ke dada Materazi. Semua yang tengok pakat ramai-ramai gelak.

Tahun ini, 2010 Piala Dunia di Afrika Selatan tak tau lagi nak tengok kat mana. Kita tunggu kemunculan Juara baru Piala Dunia 2010.....

*p/s: pakat dengaq ataupun saksikan lagu ataupun video tema rasmi Piala Dunia di sini (K'naan ft. Nancy Ajram)

Tuesday, May 25, 2010

APA ADA PADA NAMA?

Apa ada pada nama? Banyak yang ada pada nama. Ada yang ada maksud baik, ada yang ada maksud tak baik dan ada yang tak dak maksud langsung. Yang ada maksud baik, Alhamdulillah, yang ada maksud tak baik, macam mana pulak? Yang tak dak maksud lagi la...

Tapi kita dah terbiasa, ada yang nama dah diberi semolek-moleknya, dipanggilnya nama lain. Yang ada maksud terus hilang maksudnya tak pun maksudnya dah bertukar. Siap ada tambah-tambah ajinomoto lagi nak bg sedap dan senang panggil. Tapi ada positifnya juga (bagi sayalah), nama "NICK NAME" ni. Katalah kalau kita kenal 5 orang yang sama nama. Contoh: Ahmad. Macamana nak beza kelima-lima Ahmad tuh? Tuh yang jadi Mat Kalut, Mat Popiah, Mat Janggut, Mat Nyamuk dan Mat Dom.

Satu lagi trend, bila letak nama anak yang baru lahir, siap gabung-gabung lagi nama ibu dan ayah jadi nama anak. Maksud tak dak.
Anda tahu maksud nama anda? Cari la sendiri.....
.

Sunday, April 25, 2010

KEJUT TERKEJUT...

Scene 1

Mak: "hang pa kat mana dah ni?"
Ipah: "kami baru lepaih tanjung malim, dalam kul 11.00 sampai la"
Mak: "hang pa naik bas apa?"
Ipah: "bas konsortium"
Mak: "balik lagu mana sat gi?"
Ipah: "tak pa, yasir dah call member dia suh mai ambik"

Scene 2

An: "woi, hang pa kat mana dah?"
Yasir: "baru sampai jelapang, hujan ka kat sana?"
An: "dok aih, aku depan kipaih ni. Nanti sampai rumah roger aku. Aku nak tau reaksi mak macam mana. Rugi aku tak dak skali."
Yasir: "orite"

Tepat pukul 11.00 malam, kami (saya dan Ipah) sampai depan rumah. Salam diberi. Mak bangun dalam keadaan mamai sedikit. Mak tertanya-tanya kami balik dengan apa. Melihat kereta Viva Hitam depan rumah, mak bertanya "Mana Didik?". Kami jawabla tu bukan kereta Didik, tapi kereta Ipah. Mak terkedu sekejap. "Hang pa ni main-main aih"...

Setelah diceritakan cerita yang sebenar, baru mak percaya. Hasrat dihati bukannya apa, nak bikin surprise ja kat mak sempena hari kelahiran mak yang ke 65 tahun. Taktik kami berjaya.

Selepas 10 minit kami sampai, tengah duk makan dan tengok tv, kedengaran orang tutup pintu kereta depan rumah. Ipah bangun melihat, kemudian duduk semula. Bila ditanya siapa, dia pun tak pasti. Mak pulak bangun, dengan tiba-tiba mak menjerit "YA ALLAHHH!!!!.... Saya terkejut.

Tup-tup tengok An mendukung anaknya depan rumah. Dalam hati punya sumpah seranah, kami pun terkena 'prank' jugak. Ingatkan dia dok ada kat Kelantan, tak dapat balik. Rupa-rupanya dia dah gerak awal dari saya dan Ipah petang td. Mak terasa sebak bila semua anaknya ada tatkala mahu menyambut besdaynya pada hari Ahad nanti. Punya la suka kami bersembang.

Esoknya, hari sabtu, kami bawak mak gi berkelah kat Sungai Sempeneh, Batu Kurau. Saya kena pasang api nak bakar ayam. Mak masih berendam, balas dendam agaknya dah lama tak mandi sungai. Lewat petang kami pulang. Pada hari Ahad pulak bawak mak pergi Taiping Sentral. Nak beli hadiah, bagi mak pilih sendiri nak hadiah apa.

Ahad petang saya dan Ipah beransur pulang ke Shah Alam.

Lagi satu, pada tarikh yang sama dengan hari lahir mak iaitu 25 April, ianya juga adalah tarikh keramat saya bersama Cinta Kinabalu, Khairum Anisa Bt Ahmad Samuri. Tahun ini genap setahun saya bersamanya.

P/S: "Abang sayang Mak, abang sayang ayang. Love you all"
.

Monday, April 19, 2010

INGAT MATI...

Pameran Keranda Muzium Negara...





Keranda Orang Kaya Disaluti Emas 14 karat...RM 500,000.00...

..

Tuesday, April 13, 2010

SATU KOSONG KOSONG EMPAT SATU KOSONG

Lokasi : No. 5, Jalan Haji Abu Bakar, Sabak Bernam, Selangor
Tarikh: 10.04.10
Masa : 12.30 pm
YaD TnEmEgAgNe.....




P/S: Kepada yang hadir, jutaan terima kasih diucapkan, kepada yang tak dijemput, akan dijemput masa majlis besar nnt. hehe...
.