Tuesday, September 2, 2008

NASIB BADAN….(episod 2)

Semasa di Wad.

Tolak Shawn, John dan Minah, lebih kurang pukul 10.30 pagi, En. Hisyam Che Mat adalah pelawat yang pertama yang sampai. Beliau membawakan saya air rebusan lobak putih sebagai ubat. Beliau berkata kalau boleh kena habiskan sebelum buat scan. Saya cuba tapi tak boleh. ¾ je yang boleh habiskan. Bukan apa, tak tahan bau air tu. Busuk sikit. Tapi rasa ok. Beliau sempat menceritakan pengalaman dibedah semasa menghidap penyakit yang sama. Untuk pengetahuan, beliau sudah tiga kali diserang penyakit batu karang. Sebab tu kalau boleh dia tak nak saya kena bedah. Sakit woooo…..


dulu nama Foo Guat Ngoh, sekarang Mohd Yasir Foo plak....

Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, baru saya call dan bagitau mak keadaan saya di wad. Beliau terkejut tetapi nasib baik adik saya yang belajar di Kolej Kejururawatan Kuantan pulang bercuti dan menerangkan keadaan saya kepada mak. Sebenarnya, masa pagi-pagi sampai di hospital saya telah maklumkan kepada adik saya tapi saya melarang dia memberitahu mak. Takut mak risau

Lebih kurang pukul 1.30 tghari, Mus, Ustad, Angah dan Nuriza datang melawat. Mereka bertanyakan khabar dan keadaan semasa. Lebih kurang pukul 4.30 petang, anak kepada jiran saya di kampung datang. Pak Tam dan Isteri sampai. Pak Tam ni dulu saya slalu tumpang pergi sekolah masa saya sekolah rendah dulu. Tu yang jadi agak rapat.

Pada pukul 5.30 petang, Abey, Adzly, Tengku, dan Boxer pulak sampai. Boxer siap bawak Buah Kurma lagik. Terima kasih Boxer a.k.a. Irwansyah. Hahahahaaa….


terima kasih abey, boxer, tengku, dan adzly (tengah amik gambar)

Pelawat terakhir sekali semasa saya di wad adalah Abang Malin, Kak Nurul dan Maisarah. Mereka datang lebih kurang pukul 6.30 petang. Dah lama tak jumpa Maisarah. Terima kasih abang malin dan kak nurul kerana sudi datang tengok saya sehingga abang sekeluarga tak jadi masak dan berbuka kat luar.


katil kat umah lagik best....(tak mo dok sepital...)

Setelah ujian darah saya didapati normal, saya meminta kebenaran Doktor untuk keluar wad. Setelah diberi penerangan dan nasihat Doktor, saya dibenarkan pulang. Ally, Pak Teh dan Adiem datang menjuemput saya di hospital dan pulang ke rumah.


antara jururawat yang merawat saya. terima kasih....


Masa Di Rumah

Semasa di rumah, ada juga satu dua serangan sakit, tapi tak teruk macam mula-mula. Masih boleh ditahan setelah memaksa diri untuk menelan ubat yang dibekalkan oleh doktor.

Pada pagi pertama dirumah, saya dikunjungi oleh adik-adik saya, Diela, Lenny dan Azmi. Malamnya pulak, Aie dan Piyun datang bertanya khabar. Tak kurang jugak yang mesej dan telefon.

p/s: saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi datang melawat dan tak kurang juga yang mesej dan telefon. Jasamu dikenang hingga akhir hayat. Rugi tak dapat rasa nikmat bukak puasa hari pertama.....
.
.
.

18 comments:

aboy said...

Alhamdulillah sume nye selamat bro..=)...Sebab hang sorang rakan n sahabat yang baik..
Kawan2 sume pun sayang kan hang..=)...Keep it up bro..

FoO dA fIrSt#1 said...

terharu aku....

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

seronoknye bila tahu diri disayangi..semoga yassir bersabar dengan dugaan yang datang ada rahmat disebalik ujian...sabar ye..

gReeNBeRRy said...

salam bro..semoga cepat sembuh..nt dah sembuh aku bg sticker byk2 kasi tampal tempat luka 2..huhu..igtlah..masih ada yg syg..mcm tajuk konsert pop yeh yeh plak..kui3...anyway bro pasni kne jage diri baik2..nk pakai lama 2..segala yg terjadi ada rahmat dariNya..

perjalanan said...

syukur ang dh slmt...
mkn ubat tu, jgn degil2...
ang kn x suka mkn ubat, huhu...
jgn tahan kencing...
aku doakan ko cpt sembuh sepenuhnya...


salam perjalanan...

perjalanan said...

sory x sempat melawat di hspital...


salam perjalanan...

yaya heska said...

yaser, speed recovery ya?InsyaAllah :)

bella_belay said...

alhamdulillah abg yasir kte slamat...
owg doakan abg sehat sntiase...

yazilahyazir said...

salam yasir..
sorry pasal akak tak dapat nak lawat yasir...akak dah ada kat johor time tu..
rajin2 makan ubat k..
akak doakan semoga yasir cepat sembuh.
wassalam

!qram said...

kat final camp x sempat knl dgn cik yasir...tp tgk mcm sempoi je...
pape pun thanks ek...mkn ubt...iqram...

myre said...

salam..
abg sori tak dapt jenguk abg.tahu pun pas 1 hari abg masuk hospital.Harap2 cepat sembuh...Sori r nk tanya sikit..MIra mmg tak tahu sangat tentang penyakit batu karang ni...pnyakit ni mmg skt kat blkg erk...

FoO dA fIrSt#1 said...

mira,
tak tau la nak cakap, masa abang aritu sakit ni bermula dari belakang, pastu lama-lama dia membawa kedepan....

tak tau la plak yang sebetulnya macam mana.

myre said...

ermm...nak tahu tak?mira pun pernah kena mcm tu.bukn 1x 2..da byk kli kn...mmg skt sgt kt blkg tu...kdg2 smp tak blh bernafas...ader 1x mira pernah pengsan sebb skit sgt....tu mira ty abg

angahadzim said...

salammm.......

takde benda laen yang dapat di bagi. just lawatan je yang dapat di buat. sedih takda kwn2 datang tngk kt tu dah angah rasa. kat c2 kt blh tgk mana kwan, teman dan sahabat...

semoga sihat sentiasa...
rokok tu kurangkan.. jgn hisap bnyak sangat .... penyakit x cari kt tapi kt yang cari penyakit...


salam borneo

FoO dA fIrSt#1 said...

angah,

terima kasih...

Cy-sumandak said...

salam afoo..

huhuhu..malu yg teramat afoo type kat blog macm tu..apala sgt yg tracy buat tu..afoo kan adik tracy..xkan nak biar jer kot.sori mmg plan nak dtg dgn nap, boy n iman tpi..hjan lebat..x dak trans plak tym tu..neway..dont 4get telan ubat tu..utk kebaikan..se7 gan angah..kurangkan rokok..

teamtact said...

Salam rekreasi.....

tak tau mcm mana tepacul pada mulut aku masa tracy massage hang yang tengah kesakitan kat lata hammer yang sakit hang tu berpunca dari batu karang..... aku rasa sbb bos penah cita kat aku symptom batu karang ni.... tambah pulak bapak aku pun pernah crita pasal batu karang ni.... semalam aku balik kampung ada bapak aku tanya pasai hang...... dia nasihatkan hang selain dari air lobak putih yang dia amalkan (atas nasihat jedi kita) hang amalkan minum nira nipah..... tu yang aku sahur pun ayah aku ajak minum nira.... dia kata boleh cuci buah pinggang...

FoO dA fIrSt#1 said...

terima kasih atas nasihat, insyaallah akan dicuba. tapi kat shah alam, nak cari nira nipah celah mana????

adoyai....