Sunday, November 18, 2012

"TAK PER, SAYA TUNGGU SINI"

Lagi cerita dari adikku Ipah...

Satu hari di dalam labour room di Kuantan, ipah and the geng sedang attend seorang wanita yang bakal melahirkan seorang anak sulung mereka. Bersama si Isteri, Suami menjadi peneman setia. Namun yang peliknya, si suami enggan berada di sisi si isteri untk memberi semangat dan memegang tangan isterinya. Malah sengaja memerhatikan si isteri cuba untuk "meneran" kandungan dari sudut pandang yang boleh jelas nampak kandungan yang akan keluar. Ipah cuba memanggil si suami sekali lagi untuk berada di sisi si isteri, namun ditolaknya secara baik. "tak per, saya tunggu sini, cik buat jer". Ipah and the geng kehairanan. Semua jururawat yang terlibat mengarahkan si isteri untuk meneran, agak sedikit hingaq dalam bilik tersebut. 


Selepas beberapa ketika, maka terkeluarlah kepala bayi dari "pintu"nya. Dengan tak semena-mena si suami dengan lantang melaungkan azan sekuat-kuatnya. Bergema seluruh bilik itu dengan laungan azan si suami tadi. Ipah and the geng terkelu lidah tak terkata. Bulu roma masing-masing tegak berdiri, terasa seram sejuk. Dalam hati, Ipah terdetik, "patutla tak mau dok kat bini dia, nnt dia tak nampak anaknya keluar, dan senang untuk dia nak azan, nak bagi anaknya dengar ALLAH sebagai perkataan pertama setelah mula-mula keluar ke alam dunia. Dah standby rupanya."

Aku yang mendengar cerita itu pun terasa jugak bulu roma, dan terbayang kejadian itu depan mata. Mungkin selepas ini aku pun akan cuba untuk berbuat demikian. Insyaallah.....
.

Monday, October 29, 2012

"KAK, ADA BOTOI KOSONG DAK?"

Suatu Ketika........


Selepas menghantar Mak kat pintu masuk Klinik Kesihatan Taiping, Ipah segera ke kawasan parkir untuk meletakan keretanya. Sedang memperbetulkan kedudukan keretanya, cermin pintu kereta diketuk. "tuk tuk tuk, tuk tuk tuk" cermin kereta diturunkan. "Kak, ada botoi kosong tak?". Kelihatan seorang budak perempuan yang molek paras rupa berpakaian biasa. "Adik nak buat apa ngan botoi tu?" Ipah bertanya. "Nak juai kak,". Ipah terdiam, kemudian bertanya " Mahai ka? sekilo berapa?". Dengan selamba budak itu menjawab, "Sekilo lapan kupang kak,". Ipah bertanya lagi "Banyak ka dapat jual?". "Dalam seminggu boleh la dapat dalam tiga ringgit." Tertelan air liur Ipah. 

Dalam pada itu, Ipah segera menyelongkar keretanya mencari botol mineral yang kosong lalu diberikan kepada budak tersebut. Sempat Ipah berbual dengan budak itu. Umurnya baru 10 tahun. 4 orang adik beradik. "Adik tak sekolah ka?" Ipah bertanya. "Dulu sekolah kak, tapi kami orang susah. Saya berenti." jawabnya. Bertanya lagi Ipah, "Mak ngan ayah tak kerja ka?". Lalu dia menjawab "Ayah kerja kedai tayar, mak pi kutip botoi kat tempat lain". Rasa simpati membuatkan Ipah mempelawa budak itu untuk makan tetapi sekali lagi jawapannya membuatkan Ipah terkelu lidah. "Kalau saya ikut akak pi makan, adik beradik saya yang lain tak makan lagi. Kalau akak bagi duit, boleh la saya beli makan, makan sekali ngan depa."

Ipah kemudiannya menghulurkan sejumlah wang kepada budak tersebut. Kemudian Ipah mengajak budak tersebut untuk bergambar bersama lalu budak itu berkata, "Besaqnya handset akak!". Ipah menjawab, "kalau adik bersekolah, lagi besaq pada ni adik boleh pakai."....

Selepas daripada itu, budak itu meneruskan misinya mencari botol kosong....




Ipah menceritakan kisah ini ketika aku menyuruhnya mengambil semula botol kosong yang dibuang semasa menziarahi kubur. Ipah lalu teringat akan peristiwa ini terus menceritakan apa yang berlaku. Ini sebenarnya membuktikan kepada kita bahawa sekiranya kita berfikir kita ini susah, ada lagi yang lebih susah daripada kita. Dari itu kita haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. 

Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku di negara ini. Malaysia dianggap negara maju, namun masih ada rakyat yang terpinggir. Janganlah kerana nama, hantar bantuan ihsan ke luar negara, tetapi rakyat susah sendiri diabai dan tersisih. Seperti yang pernah saya tuliskan sebelum ini Kera Di Hutan Disusukan dan Kera Di Hutan Disusukan - Versi 2.0.....


Sunday, September 23, 2012

YANG LEPAS....

Salam kepada semua bloggers, amat lama sangat tak update blog ni. Banyak perihal yang dah berlalu. hampir 3 bulan tak tersentuh blog ni. Sempat di sini saya coretkan beberapa perihal yang lalu....

SATU

Faris Ukail Foo, pejam celik pejam celik dah nak masuk umur 7 bulan. Banyak progres dah berlaku padanya. Banyak juga dugaan baginya. Setelah tamat tempoh Mak Tok menjaganya sehingga umur 6 bulan, Faris memerlukan pengasuh baru. Pengasuh pertama yang pada awalnya bersetuju terpaksa meng'cancel'kan persetujuan awal atas sebab-sebab tertentu. Kelam kabut juga aku cuba mencari pengasuh lain disaat akhir. Maka tertampallah iklan mencari pengasuh di blok-blok apartment RK2 dan RK1. Alhamdulillah, kalau dah rezeki tak ke mana. Ada pengasuh muda menghubungi aku untuk menjaga Faris. Dengan akal yang kian berkembang, suka melihat faris beraksi walaupun yang menanggung kesan keaktifannya adalah mama dan papanya.... tak per anak bapak... hahahaha.....

Nak tido cari mama, nak main cari papa...
Mukadimah....

DUA

Ramadhan tahun ini, aku merealisasikan niat untuk berniaga di Bazar Ramadhan. Alhamdulillah rezeki ada di Presint 2, Putrajaya. Bersama sahabat, Ajoy, kami membuka dua meja untuk Pekasam Ori Tasik Raban. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Sebelum mula berniaga, kepala otak asik berfikir, macam manalah aku nak berniaga ni. Dah la tak dak pengalaman. Tapi yang peliknya, bila bukak je meja, mulut plak tak berenti bercakap, memanggil-manggil pelanggan yang lalu lalang. Lepas tu dapat pulak promosi percuma dalam Buletin Utama. Selang dua minggu, sekali keluaq Berita Harian daa.... Alhamdulillah rezeki. Nak online pulak tak dak masa, sempat berfacebook ja. Tu pun dari handfon. Tahun hadapan niat berniaga akan diteruskan memandangkan hasilnya yang agak lumayan. Dapatla beraya sikit.....

Berita Harian...



Yummmmm....
Perit Jerih...
Alhamdulillah...















































TIGA

Sekarang aku secara tak rasmi dah menceburi bidang sukan baru. Paintball. Kekadang bila duk saja-saja, kira berapa dah abis uwang, ternganga la kejap. Tapi bila dipikirkan, biasala paintball.....lepas raya ni, tak sempat lagi nak hilangkan gatal dijari untuk memetik trigger Azodin Kaos dan Dye NT10 ni.... hehehe. Hopefully dapat arrangekan satu game yang dapat melibatkan kawan-kawan terutamanya geng PERLU aka LANUN......

Selepas ini InsyaAllah, sekira berkesempatan, blog ini akan sentiasa diupdatekan sekiranya terdapat kisah-kisah yang menarik untuk dikongsi bersama. heheheh......

.

Tuesday, May 8, 2012

DUA BULAN

Hari ini pada tanggal 9 Mei 2012, cukup Faris Ukail Foo berusia 2 bulan, dengan berat yang sudah menjangkau 5 kilo, terasa sungguh cepat masa berlalu. Macam ragam, macam pe'el dah ditempuhi, banyak lagi cabaran yang akan mendatang. Namun Insyaallah akan dihadapi dengan kesabaran dan kebahagiaan. Terima kasih CK ke atas segalanya. Bersyukur ke hadrat Ilahi di atas nikmat dan anugerah yang telah Engkau berikan kepada hambamu ini. Akan dipikul dengan penuh kasih sayang dan sehabis baik..... Insyaallah.... Amin....
 


Thursday, April 12, 2012

TANGGAL 9

Pada tanggal 9 April 2012, genap putra sulung kami Faris Ukail Foo berusia 1 bulan. Tarikh tersebut juga Faris di bawa ke klinik untuk pemeriksaan berkala setelah cukup umur 1 bulan. Dengan tusukan jarum, Faris hanya menangis sekejap kemudian ok. Siap preet lagi....

Faris Ukail Foo, banyak mengajar kami tentang erti pengorbanan. Mengenangkan kami kembali kepada zaman pengorbanan ibu dan bapa kami semasa kami baru dilahirkan. Sesungguhnya hidup ini umpama roda, dulu kita memberi rasa, kini kita yang merasa. Sesungguhnya insaf menjelma di dalam diri.... Namun anugerah akan dijaga sepenuh hati... Alhamdulillah ke atas rahmat-Mu...


Tanggal 9 April 2012 jugak adalah tarikh bermakna buat saya dan CK kerana genap tempoh pernikahan kami yang pertama. Alhamdulillah, segala suka duka dapat dihadapi dengan tenang dan penuh keredhaan. Kami mengharapkan segalanya akan bertambah baik dan bahagia lagi dimasa hadapan. Semoga kekal hingga hujung nyawa.....


.

Friday, March 16, 2012

LAHIRNYA ANAK ADAM (FARIS UKAIL FOO)


8 Mac 2012, Aku dan CK ke HUKM untuk pemeriksaan biasa kandungan. Selepas pemeriksaan dijalankan, CK dibenarkan pulang namun doctor sekali lagi melaukan pemeriksaan kandungan ke atas CK memandangkan jangkaan tarikh untuk bersalain telah dekat. Rupa-rupanya telah ada bukaan sepanjang 2cm. CK terpaksa ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut. Aku tidak dibenarkan untuk menemani CK,namun aku tidak pulang. Aku mencari tempat untuk melabuhkan tubuh. Surau menjadi destinasi yang dituju. Tak lupa untuk aku membuat solat hajat bermohon supaya keduanya selamat.


9 Mac 2012, seawal pagi aku dikejutkan oleh panggilan CK menyatakan bukaan sudah mencecah 4cm dan akan dibawa ke bilik pembedahan untuk memecahkan air ketuban. Dalam pukul 8.30pg air ketuban dipecahkan…. Dalam pada CK menahan sakit, jalan keluar masih belum menunjukkan perkembangan yang positif. Sehing pukul 4.30 petang, CK kemudiannya dibawa ke Wad Bersalin @ Labour Room. Di sana aku dan CK Cuma bertawakal agar dipermudahankan segala urusan dan dapat melahirkan bayi secara normal. Namun sesudah hampir 12 jam daripada masa air ketuban dipecahkan, ,masih juga laluan tidak cukup dibuka. Dengan itu, doctor menasihatkan supaya CK terpaksa menjalani pembedahan bagi menyelamatkan kedua-duanya… Tak dapatla bayi keluar ikut pintu, terpaksa keluar ikut tingkap. Aku dan CK redha.


Hati terasa serba tak kena, gembira, takut gementar, excited dan segala bercampur aduk. Selepas hamper satu jam, sementelah aku menunggu, aku nampak seorang jururawat menolak troli bayi ke dewan bedah. Tak senang duduk aku dibuatnya. Kau menati dengan penuh gelisah. Mana taknya, selama sembilan bulan di dalam perut, tidak dapat menatap wajah dan ini adalah saat yang ditunggu-tunggu untuk menatap wajah seorang anak buat pertama kali. Setelah beberapa ketika, jururawt yang mngusung troli tadi keluar. Tanpa rasa segan dan malu, aku bertanya anak siapakah itu? Dengan senyuman dia menjawab “Khairum Anisa”….




Terasa lega sedikit dihati melihat bayi keluar dengan selamat. Selepas beberapa minit aku dipanggil untuk mengazankan putera kami. Dengan perasan yang agak gugup, aku mula melihat wajahnya, suaranya yang agak nyaring menyerikan suasana ketika itu. Dengan bermulakan sentuhan pertama tangan kanan, dia aku angkat dan didekatkan telinga kanannya ke mulut aku. Tanpa menghiraukan yang lain, dengan suara yang agak kuar namun terketar-ketar, aku melaungkan seruan azan. Terasa satu fenomena yang tidak pernah aku rasakan, keadaan terasa amat sunyi dan sepi bagaikan hanya aku dan dia sahaja yang berada di situ ketika itu. Ajaibnya, sepanjang azan dilaungkan, dia seolah-olah menghormati azan. Suara yang nyaring tadi tidak lagi kedengaran. Sekali lagi berlaku perkara yang mengejutkan aku ketika azan habis dilaungkan, matanya terbuka lalu merenung tajam ke dalam mataku.Terasa seperti terkaku tubuh badan, pertama kali kami bertentangan mata. Terasa satu aura meresap ke dalam tubuh.



Alhamdulillah, selamat dah seorang….Setelah selesai apa yang patut aku lakukan kepada putera kami, aku bergegas ke ruang menunggu untuk menantikan CK yang masih belum keluar dari dewan bedah. Sedang aku menantikan CK, sempat aku menelefon Mak untuk memaklumkan perkhabaran yang gembira ini. Mak kemudiannya bertanyakan kepada aku apa perasaan bila dah dapat anak? Aku tidak mampu menjawab, secara tidak sengaja, air mata mula membasahi pipi, nafas untuk aku berkata-kata seakan-akan tersekat untuk meluahkan sesuatu, tanpa rasa malu aku agak teresak-esak. Lalu mak berkata “ Abang jangan la nangis, macam tu la mak rasa bila dapat abang dulu”. Terasa aneh bila airmata itu mengalir, tak tahu nak cakap, samada ianya tanda gembira, sedih, suka ataupun duka…..




Satu jam kemudian, CK dikeluarkan dan aku terasa lega apabila CK mampu mengukir sedikit senyuman dan dapat aku baca dari renungannya bahwa dia juga bersyukur kerana telah selamat melalui proses pembedahan. Aku menemani CK hingga ke wad dan setelah selesai segala urusan aku diminta balik untuk berehat dan datang semula pada keesokan harinya. Sesampai dirumah, aku terus membasuh uri yang dibawa balik, barulah aku tahu begitulah rupanya plasenta. Semasa mahu tidur, aku tidak dapat melelapkan mata walaupun mata terasa macam ada gam dan berpasir. Masih tidak dapat melupakan kejadian yang berlaku dihospital tadi. Dalam pukul 2.30 pagi agaknya baru aku terlena. Aku seperti tidak percaya bahawa aku sekarang sudah menjadi bapa kepada seorang anak. Segalanya bagaikan mimpi. Inilah takdir seorang hamba Allah. Meraka akan merasai apa yang perlu mereka rasa dan sesungguhnya anak itu adalah anugerah. Ibarat kain putih, kitalah yang akan mencorakkannya. Semoga aku dan CK dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan sehabis baik….








SELAMAT DATANG ANAKKU FARIS UKAIL FOO……..



.

Sunday, February 26, 2012

RECCEA LINE!!!


Tanggal 23.2.12, aku menemani CK untuk membuat check-up di Klinik Kesihatan Presint 3 Putrajaya. Setelah agak lama menunggu, CK keluar dan terus berjumpa doktor. Katanya heart rate baby tinggi. Doktor terus mengatakan bahawa CK perlu di refer ke hospital untuk pantau baby. Dengan kadar segera, aku membawa CK ke HUKM. Kat sana CK kena admitted. Setelah melakukan CTG, aku agak terkejut apabila melihat heart rate baby agak tinggi, 158/194. Kadar normal hanya 140/150. Doktor kata CK kena bermalam di sana. Alhamdulillah, Esoknya baby semakin normal. Dapatla CK merasa tido hospital semalam ataupun mungkin baby nak reccea line kat tempat yang dia bakal keluar nanti.....


Tak sabar nak jadi papa ni.... heheheh.....

Sunday, January 15, 2012

3D/4D

Semalam, aku ke Klinik Ajwa setelah membuat temujanji pada dua minggu lepas. Tujuannya adalah untuk melakukan scan 3D/4D bakal cahayamata kami berdua. Tepat pukul 10 kami sampai ke klinik. Nama dianggil untuk masuk ke bilik pemeriksaan. Alangkah terujanya aku untuk melihat. Setelah scan dilakukan, terpapar di skrin imej 3D/4D cahayamata kami. Aku hanya mampu melihat tanpa sepatah kata keluar dari mulut. Mengagumi ciptaan-Nya. Zaman sekarang, orang dalam perutpun dah boleh tengok secara live. Dulu-dulu dah keluar baru tahu lelaki atau perempuan jantinanya. Aku bersyukur kerana hasil pemeriksaan mendapati bayi dalam kandungan sihat dan normal. Alhamdulillah....


video

Thursday, January 12, 2012

KERETA MEWAH DAN BESAR...


Pernah tak ketika anda berada di dalam kesesakan lalu-lintas kemudian ada sebuah kereta yang datang dari sebelah kiri (laluan kecemasan), dengan tiba-tiba menyusur masuk ke laluan dihadapan anda tanpa menyalakan lampu isyarat belok?



Pernah tak ketika anda tengah memandu laju di lorong kanan, tetiba ada kenderaan turut sama hendak memotong kereta dihadapannya dan terus masuk ke lane anda tanpa memberi apa-apa lampu isyarat?

Pernah tak ketika anda memandu di jalan yang lurus, dengan tetiba kenderaan dihadapan anda membelok ke kiri atau ke kanan simpang tanpa bagi lampu signal?



Pernah tak anda sedang menunggu keluar dari simpang, pada ketika itu hanya ada satu sahaja kenderaan yang perlu anda tunggu, kemudian setelah hampir kenderaan itu dengan kenderaan anda , kenderaan tersebut terus memasuki simpang yang sedang anda tunggu lama tanpa bagi signal langsung?

Sama ada perasan atau tidak, kebanyakan yang berlaku di atas pasti melibatkan kenderaan MEWAH dan BESAR... Kekadang saya terfikir, kereta depa ni tak dak lampu signal ka?Mentang-mentang kereta depa besaq dan mewah, depa boleh buat sesuka hati? Mungkin depa ingat tak dak orang yang berani nak langgar atau marah. Kalau ada yang langgar, jenoh jugak nak kena ganti. Bukannya kereta kancil... tapi, BMW, Merc, Camry dll... sebab tu depa ingat depa kebal kut.... Tapi kalau ngan aku, Sori......

p/s:What Say U?
.

Tuesday, January 3, 2012

TOBAT TAK MAU NAMPAK DAH...

Sepanjang pengalaman saya keluar masuk hutan selama hampir 11 tahun, inilah kali pertama saya 'terlihatnya'... berlaku pada malam terakhir aktiviti survival dalam Perkhemahan Akhir di Tasik Chenderoh baru-baru ini.

Kisah bermula apabila saya, Kak Sheila, Lan dan Affan pergi menjenguk beberapa spot survival di Pulau Mak Cik P. Spot 1, 2 dan 3 dalam keadaan baik. Apabila pergi ke spot yang empat, saya teringat kembali tempat ini adalah tempat saya disengat ketika membawa group Nationwide Express Team Haj pertengahan tahun ini. Ketika di sana sekali lagi saya hampir disengat, namun sempat menepis. Tak semena-mena, Kak Sheila menjerit ketika diserang penyengat, lalu berlari ke laluan masuk. Selepas beberapa ketika, dengan tak semena-mena juga Kak Sheila datang kepada saya dan mengajak supaya beredar dari kawasan spot itu dengan kadar segera. Dalam hati dah dapat tangkap dah maksudnya. Namun dengan gaya kool saya melewatkan sedikait masa untuk beredar dan memberi beberapa pesanan kepada peserta. Tak naklah terus blah, takut nanti peserta sangka apa pulak.

Apabila paling je kebelakang untuk keluar, saya melihat Kak Sheila dan Affan sudah jauh kehadapan meninggalkan saya dan Lan. Perlahan-lahan saya dan Lan keluar dari kawasan tersebut dan terus pergi ke spot seterusnya. Selepas ke spot yang kelima, kali terus pulang ke base camp survival. Sekali lagi saya dan Lan ditinggalkan kebelakang. Pada masa itu mungkin Lan dah dapat tangkap. Sesampainya ke base camp survival, saya memaksa Kak Sheila menceritakan apa yang berlaku. Dengan berat hati serta dipaksa oleh saya, beliau mengatakan nampak "Ponti#%@&". Dalam hati dah berdebar. Bimbang dengan keselamatan peserta spot ke4, kami membuat keputusan untuk ubah spot mereka. Dengan suka rela Affan dan Badang bercadang untuk pergi mengubahnya, namun saya mengarahkan supaya kena ikut lagi dua tiga orang.

Affan and the gang mula bergerak dan saya nampak mereka terhenti dipertengahan jalan. Mungkin Affan memberitahu apa yang mereka perlu lakukan. Saya mengambil kesempatan itu untuk berpesan kepada Affan supaya sekiranya yang lain tak tahu apa yang sebenarnya berlaku, biarkan saja mereka semua tak tahu apa yang sebenarnya berlaku kerana hanya kami berempat sahaja yang tahu. Kemudian saya berpatah balik ke kawasan unggun api. Kemudian Lan memanggil Affan. Affan beredar dari kumpulannya dandatang berjumpa Lan. Kemuadian, ketika Affan kembali ke kumpulan yang akan mengubah spot tersebut, secara tak sengaja saya terpaling untuk melihat.


Pandangan saya terlekat pada satu lembaga pada kedudukan Badang. Namun bukan Badang yang saya nampak. Walaupun keadaan ketika itu gelap, namun, sedikit biasan cahaya dari unggun api sepatutnya cukup untuk melihat Badang dengan jelas. Bulu roma saya tetiba naik, Mata tetiba tak boleh pejam, kepala tak terpaling dalam jangka masa agak lama, hati semakin berdebar-debar. Namun saya kuatkan semangat untuk memastikan itu adalah Badang. Tapi malangnya, bukan Badang yang saya nampak. Ternyata ia adalah "Poc%$#" kerana ada bunjut di atas kepalanya. Hampir 10 saat saya meneliti untuk memastikan adakah "ia" benar, akhirnya saya membuka lampu di kepala kemudian memfokus terus ke arah"nya". Baru lah saya nampak susuk tubuh Badang yang sebelum ini saya tak nampak. Apabila dipadam lampu, "ia" yang saya nampak tadi sudah hilang. Malam itu saya macam susah nak tidur terkenangkan apa yang saya telah nampak. Tak berani nak ceritakan apa yang saya nampak pada orang lain ketika itu.

Bukan saya nak percaya benda tu, saya tahu "ia" ada, "ia" pun makhluk Allah jugak. Tapi mungkin kali ini "rezeki" mata saya. Pengalaman jugak la... Tapi saya lebih takutkan Tuhan dari "ia"......

P/S: Saja nak berkongsi dengan kawan-kawan....

.