Monday, June 22, 2009

APA KATA SURVEY....

Apa yang OK? apa yang KO?

Sunday, June 21, 2009

TERINGIN

Sejak dari kecil, semasa di kampung, semasa di alam persekolahan, teringin rasanya nak pi tempat-tempat yang bersejarah yang selalu ada gambar dalam buku teks. Antaranya Tugu Negara, Muzium Negara, Pusat Sains Negara, Kota A Famosa dan banyak lagi. Nak kata jauh, dah dekat dah. Cuma tak berkesempatan lagi untuk nak ke sana. Mungkin ada yang akan kata, apa barang pi tempat-tempat macam tu. Tapi keinginan untuk sampai ke sana tak pernah luntur. Bilalah dapat pi????????

Pusat Sains Negara
Muzium Negara


Kota A Famosa

Tugu Negara

.

Sunday, June 14, 2009

HANGUS TERBAKAR......

Semalam, saya baru sampai dari kampung. Pulang ke kampung selama 3 hari. Macam-macam cerita, macam-macam kejadian, macam-macam peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Antara yang paling hangat ialah kejadian kebakaran rumah kedai Simpang Tiga, Selinsing.

Teringat saya semasa kanak-kanak dahulu, tiap-taip dua bulan pasti akan ke kedai gunting rambut Pak Hamid (Arwah). Semasa giat dengan PMC Power dulu, selalu ke kedai Basikal Ong cari spareparts, ketika disuruh ke kedai runcit, mesti pergi ke kedai runcit Ah Tong, jika dapat ikan haruan atau belut, pasti dijual di kedai ikan Simpang Tiga, kalau teringin makan "Kueh Tiaw Blues" (kueh tiaw sup tanpa ayam, ada kuah sup saja) pasti akan ke kedai Bihun Sup Senon. Sekarang semua dah jadi abu setelah dijilat dek api. Bermacam-macam cerita yang saya dengar pasal punca kebakaran. Ada yang kata litar pintas, ada yang kata geng "mat pit" buat "port" atas tu.

Bila dikenangkan kembali, kesian jugak la tuan empunya kedai dan premis. Mesti rugi sesangat. Mungkin apa yang berlaku ada sebab musababnyer. Mungkin Dia memberi ujian kepada hamba-Nya. Nauzubillah.....

.

Wednesday, June 10, 2009

TAFSIRKAN

Beberapa hari yang lalu saya ada menerima email berupa puisi yang saya rasa agak istimewa susunan katanya. Saya cuba untuk mentafsirkannya tapi apa yang saya tafsirkan bukan maksud sebenarnya.... Tolong tafsirkan kalau ada yang tahu maksudnya....


sepucuk warkah di atas meja,
hanya ku tatap belum ku singkap,
hati kepingin menatap isi kandungnya,
namun hati gelisah nian,
apakah ianya kesedihan?
apakah ianya kekeliruan?
apakah ianya kegembiraan?
belum dapat aku simpulkan.
aku buka sampulnya,
terbau haruman,
mataku mengucup tiap perkataannya,
satu demi satu,
tertib susunan kata indah dibaca,
seiras tulisan sebuah kitab,
warkah ku tutup lembut,
lantas ku tersenyum.........
P/S: Kalau ada yang tahu, bagilah tahu, saja nak tahu, manalah tahu, kut-kut ada yang tahu. Huhuhuhu......

Tuesday, June 9, 2009

BUNDLE

‘Wei, smart betoi baju hang ni. Mana dapat?'
‘Kat bundle Pak Lang dekat ngan pekan Sabtu Kamunting tu. Hari-hari dia bukak’
‘Esok pi jom?’
‘Orite’

Bermula dari alam persekolahan ketika saya berada di Tingkatan 4, sudah mula berminat membeli pakaian di kedai bundle. Banyak juga koleksi bundle saya. Mana tak banyak, dah sehelai baju RM 5, sekali beli 2-3 helai. Seluar pulak RM 15 - RM 25 (jeans). Time tu pakaian yang saya suka beli adalah T-shirt berkolar warna biru gelap dan seluar jeans biru season. Ada la jugak 4-5 pasang set baju-seluar macam tuh.

Budaya bundle ni saya terbawak-bawak hingga ke Arau masa buat diploma. Pantang nampak kedai bundle, kompom nak berenti tengok. Kalau tak beli pun, dapat belek pun cukupla. Bila dah kat Shah Alam pulak, citarasa bundle dah berubah. Dah pandai cari yang branded. Nak cari brand outdoor jer. Mahal pun tak kesah. Asalkan dapat. Seluar dah tak cari jeans dah, semua nak cari cargo pants. Brand target, Columbia, The North Face, Salomon, Salewa, Uniqlo, First Down dan banyak lagi.
Ada yang kata, “apa barang pakai bundle, secondhand”, tapi saya kata lebih selesa pakai bundle. Bukan sebarang baju yang kita beli. Bundle pun ada yang masih elok dipakai, harga murah dan branded. Boleh jimat maaaa.....


Sekarang ni pun dah ada yang buat blog dan website pasal bundle. Ada jugak kekadang saya bukak dan layari blog dan website tu. Sekarang satu Malaysia penuh ngan bundle. Cuma kita saja yang kena pandai dan rajin cari. Baru dapat pakaian bundle yang cantik dan berkualiti.
.

PANGGILAN PULAU...

Pada 29 Mei - 2 Jun 2009, saya dan Team TACT telah ke Pulau Pangkor untuk mengendalikan program Semangat Sepasukan Atlit Olahraga SSBJ. First Team (saya, Shawn, Angah dan Kak Sheila) tiba awal sehari di sana. Kali ini adalah kali kelima saya sampai di Pulau Pangkor dan baru kali ini saya tahu asal usul nama pulau ini. Ianya apabila saya ternampak satu bangunan yang tertulis nama "CHEE PANG KHOR". Kemudian saya terfikir. Owh, patutla.....Selain itu, inilah juga pertama kali bagi saya pusing satu Pulau Pangkor (darat). Sebelum ni hanya sampai Teluk Nipah, Pasir Bogak, Teluk Segadas dan Kota Belanda.



Keesokkan harinya group sampai. Kami dah aturkan segala aktiviti untuk group ini sehingga hari keempat. Pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan antaranya Abseiling, Kayak, Explorace, War Game, Night Walk, Swot, dan banyak lagi. Alhamdulillah, group kali ini tak macam group yang sebelumnya dari SSBJ. Group kali ini lebih berdisiplin dan menepati masa. Agak terkejut jugak kami bila mendapati mereka amat berbeza dari group yang pernah kami bawa semasa di Janda Baik dulu (Atlit Badminton). Langsung tidak pernah terlewat apabila kami mengeluarkan arahan untuk berkumpul dan membuat aktiviti. Kalaulah sifat seperti ini ada pada semua atlit, sukan kita sudah pasti akan lebih berjaya.


P/S: Majulah Sukan Untuk Negara......

Tuesday, June 2, 2009

SEDIH HILANG DI ATAS PENTAS

Semasa saya di Pulau Pangkor baru-baru ini, saya menerima panggilan dari sahabat baik saya Azlan a.k.a. Perjalanan. Beliau memaklumkan bahawa kalau saya tak beli Harian Metro hari ini (Jumaat) saya akan rugi. Ingatkan ada muka dia masuk paper. Katanya kawan kita masuk paper. Cerita pasal John konvo. Saya pun belilah. Belek punya belek tak jumpa-jumpa. Sekali baru perasan Harian Metro Pangkor adalah edisi utara. Patutla tak dak. Bila pulang ke Shah Alam, saya sempat bukak Blog Perjalanan. Baru dapat tgk. Ada jugak saya try cari secara online tapi tak der gambar. Yang peliknya, bila pulak si Azmie Apandi a.k.a. Beautifool Life tu sekampung ngan John? Pelik-pelik.... salah info ni.....
Apa-apa pun sekalung TAHNIAH kepada semua ahli PERLU dan rakan-rakan yang baru konvo.
(Diella, Lenny, Ika, Ajoi, Abby, John, dan ramai lagi.......)