Tuesday, June 9, 2009

BUNDLE

‘Wei, smart betoi baju hang ni. Mana dapat?'
‘Kat bundle Pak Lang dekat ngan pekan Sabtu Kamunting tu. Hari-hari dia bukak’
‘Esok pi jom?’
‘Orite’

Bermula dari alam persekolahan ketika saya berada di Tingkatan 4, sudah mula berminat membeli pakaian di kedai bundle. Banyak juga koleksi bundle saya. Mana tak banyak, dah sehelai baju RM 5, sekali beli 2-3 helai. Seluar pulak RM 15 - RM 25 (jeans). Time tu pakaian yang saya suka beli adalah T-shirt berkolar warna biru gelap dan seluar jeans biru season. Ada la jugak 4-5 pasang set baju-seluar macam tuh.

Budaya bundle ni saya terbawak-bawak hingga ke Arau masa buat diploma. Pantang nampak kedai bundle, kompom nak berenti tengok. Kalau tak beli pun, dapat belek pun cukupla. Bila dah kat Shah Alam pulak, citarasa bundle dah berubah. Dah pandai cari yang branded. Nak cari brand outdoor jer. Mahal pun tak kesah. Asalkan dapat. Seluar dah tak cari jeans dah, semua nak cari cargo pants. Brand target, Columbia, The North Face, Salomon, Salewa, Uniqlo, First Down dan banyak lagi.
Ada yang kata, “apa barang pakai bundle, secondhand”, tapi saya kata lebih selesa pakai bundle. Bukan sebarang baju yang kita beli. Bundle pun ada yang masih elok dipakai, harga murah dan branded. Boleh jimat maaaa.....


Sekarang ni pun dah ada yang buat blog dan website pasal bundle. Ada jugak kekadang saya bukak dan layari blog dan website tu. Sekarang satu Malaysia penuh ngan bundle. Cuma kita saja yang kena pandai dan rajin cari. Baru dapat pakaian bundle yang cantik dan berkualiti.
.

1 comment:

aie akaike said...

jgn beli spender bundle ok!