Friday, August 29, 2008

BILA IRWANSYAH BALIK DARI HUTAN

Secara tidak sengaja, semalam ada seorang rakan saya terperasan secara tidak sengaja bahawa ada lagi seorang artis yang pergi final camp. Tapi bukan sebagai participant. Bila dikatakan begitu, tidak lengkap kiranya Acha Septriasa saja yang keluar. Terdetik untuk melengkapkan post saya sebelum ini “ BILA ACHA SEPTRIASA MASUK HUTAN” tapi kali ini pula dengan tajuk “BILA IRWANSYAH BALIK DARI HUTAN” heheheee…. Jangan marah……




Peace No War……
.
.
.

DARI KIRI…. CEPAT JALAN……

Semalam bersamaan 28 Ogos 2008 adalah hari ulang tahun kelahiran En Hisyam Che Mat yang ke 34. Pada pukul 3.42 petang saya menerima panggilan daripada Ateh untuk menemaninya ke Jaya Jusco Bukit Tinggi. Nak beli Crocs bos buat hadiah. Pukul 4.00 petang, saya ambil Ateh di FSR. Dengan pantas dan selamat kami sampai Bukit Tinggi. Dah macam explorace dah dalam JJ tu. Kalut dok cari butik Crocs. Al-maklumlah, first time sampai. Tak tau selok-belok lagi. Bukan apa, lagi satu kami takut lambat. Dah janji nak gerak ke rumah bos pukul 5.00 petang. Cari punya cari jumpa jugak. Dah sampai, dok penin nak pilih yang mana. Akhirnya kasik yang design baru la. Nasib baik teka saiz kasut bos ngam-ngam sui. Dengan pantas dan selamat kami bergerak pulang.

Sampai kat FSR, dah ada yang kumpul. Katek, Abey, Ecah, Sofwan, Mubin, Tracy, Nap, dan Boxer. Kami amik keputusan tunggu kat Hakim Baru. Tunggu arahan seterusnya dari John untuk bergerak ke rumah bos. Masa tunggu, makin ramai yang datang. Hafiz Hadran, Tengku, Ayu, Atiq, Boyington, Dayah, Syam dan amir. Bila dah dapat green light dari John, kami pun gerak.


"ADUH...HANGPA BUAT APA NI?"

Sampai ja kat umah bos, ingat nak wat surprise terus, tapi bos plak keluar beli barang. Alamak, kena menyorok dulu la. Tapi kereta ngan moto penuh depan umah. Apa cerita?
Tak pa, orangnya tak nampak. Kami berkumpul kat taman permainan berhampiran umah bos. Dalam dok kumpul tu, dok pikiaq nak buat surprise macam mana. Ada yang kata tunggu atas rumah la, ada yang kata sergah dalam rumah la, ada yang kata tunggu macam biasala, dan yang lawak tu sorok kasut, habis tuan kasut macam mana? Hahahahaaa.


HAPPY BIRTHDAY EN HISYAM 34

Tetiba tercetus idea nak kawad dari taman permainan tu. Siap buat rehearsal lagik tuh. Dengan kuasa yang ada pada Katek, dia melantik tengku jadi tukang command. Siap kena lapor tu. Lebih kurang 10 minit lepas tu, bos balik. Tengku memulakan arahan. “Dari kiri, cepat jalan”……….. “kiri kanan kiri, kiri kanan kiri….” Boxer bersuara. Habis jiran-jiran bos terpinga-pinga tengok. Apa benda la budak-budak ni buat. Dalam barisan, semua dok tahan gelak jugak. Macam lawak ja. Kawad sampai depan umah bos. Betulkan barisan. Tengku lapor kat bos. Masa tuh bos dok suruh kami masuk, kami kata tak pa teruskan aja. Bos siap menyorok belakang pintu segan orang tengok. Kami pun mula nyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu. Habis nyanyi baru kami masuk. Masuk-masuk ja, azan Maghrib berkumandang. Kami Maghrib berjemaah dengan bos. Habis jemaah, kami menjamu hidangan yang telah siap tersedia disediakan khas oleh Angah dan Adzly. Selaku Presiden PERLU Katek menyampaikan hadiah yang dibeli oleh saya dan Ateh tadi.


ANTARA JUADAH YANG ADA


KATEK MENYAMPAIKAN HADIAH CROCS KEPADA BOS

Dalam pada tu, saya dok pelik jugak, awat Shawn, Mus dan Azmi tak sampai-sampai lagi. Dalam pertengahan majlis pintu diketuk. Macam dah tau sapa yang ketuk. Mereka bertiga bersama Cik Su pun sampai. SURPRISE. Lagi meriah la majlis tu bila ada ‘Bahan’ yang nak dibualkan. Sembang punya sembang dah dekat pukul 11. sebelum pulang kami tolong kemaskan apa yang patut. Kesian pulak kalau biar. Kak Liza pulak tengah sarat mengandung. Dah abis semua kami pun berangkat pulang.

P/S: nasib baik buat kat rumah, kalau kat luar mesti bos kena macam kat tasik aritu. Kena apa? Tepung la…..hehehe….
.
.
.

Wednesday, August 27, 2008

COSH 2008

Semalam TEAM TACT telah mendapat jemputan dari All Sport Equipment Sdn Bhd untuk menghadiri Conference and Exhibition on Occupational Safety and Health di Kuala Lumpur Convention Centre. Saya, Shawn dan Mus bergerak ke sana dalam tengahari. Sampai di sana, nak cari tempat plak susah. Biasa la, jarang pi sana. Saya pun baru 2 kali jer sampai. Pusing sana, pusing sini. Beberapa lama selepas itu baru jumpa pintu masuk tempat pameran tu. Kat sana bukan saja ada pameran COSH 2008 saja, macam-macam program ada kat situ. Dah jadi penuh tempat tu.






Lepas register, kami pun masuk. Banyak booth-booth dibuka dan kebanyakannya bercirikan keselamatan kerja ditempat tinggi dan penyelenggaraan bangunan. Alatan yang digunakan pun sejenama dengan alatan yang kita pakai untuk buat aktiviti tali aras tinggi. booth pertama yang saya tuju ialah booth PETZL (Allsport). Bukan aper, saya sebenarnya nak tuntut janji staf kat situ. Nak tahu apa dia? hehehehe... Selain itu, ada juga booth yang bercirikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.






Ini membuktikan bahawa betapa pentingnya keselamatan dan kesihatan dalam kehidupan harian masyarakat. Seperti yang selalu ditekankan oleh instruktur-instruktur PERLU. Safety, safety, safety…….


.
.

KENANGAN SAMBUTAN HARI LAHIR

Salam, sedang saya asyik memilih gambar-gambar botak dibawah, secara tak sengaja saya tertengok gambar masa menyambut hari lahir En. Hisyam Che Mat yang ke-33 kalau saya tak silap. Kami, PERLU, menyambut majlis itu di Taman Tasik Shah Alam. Ramai yang datang termasuk alumni-alumni (masa tuh saya student lagik) yang turut serta menyambut majlis tersebut. Kalau tak salah saya, masa tuh jugak lah ada satu insiden yang menyebabkan rakan kami Wa’ad, jatuh dan cedera di kepala lutuTnya akibat dari serangan tepung secara hendap oleh Izamuddin a.k.a. Stoner dari belakang. Tersenyum sendiri bila ingat peristiwa itu.


ALA-ALA SEGAN NAK POTONG KEK.


ORANG LAIN YANG DIRAI, ORANG YANG YANG LEBIH SERONOK.


ALAMAK, SORI BOS, TERKENA...

p/s: SELAMAT HARI LAHIR BOS, SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI
.
.

BOTAK OH BOTAK


BOTAK KAT KENYIR



BOTAK KAT FUTSAL


BOTAK KAT JARING


BOTAK KAT OUTWARD BOUND SCHOOL


DUA TIGA ORANG BOTAK KAT MELAKA


BOTAK KAT STOR FSR


BOTAK KAT PANGKOR

Tuesday, August 26, 2008

BILA ACHA SEPTRIASA MASUK HUTAN

Ketika tamatnya majlis penutup Final Camp, saya baru persasan ada artis Indonesia yang pergi Final Camp. Itu pun setelah ditegur oleh rakan saya. Tak ingat pulak sapa. Jadi tercetus la idea untuk tambah post yang menarik. Anda lihat lah sendiri. Mungkin tak sama, mungkin tak serupa tapi lebih kurang la.


SEBELUM MASUK HUTAN DAN SESUDAH KELUAR HUTAN....
.
.

SEPAT SAUK

Salam kepada semua. Awal mula pertama mula, saya memohon maaf kerana sudah lama membiarkan blog saya ini bersawang. Bukan apa, ini kerana sepanjang minggu lepas saya dan rakan telah ke Tasik Kenyir, Terengganu.

Sementelah dengan itu, saya ingin berkongsi pengalaman ketika berada di sana.


SEBELUM MEMULAKAN TREKKING DI SUNGAI SEPAT


Pada hari yang ke-4 Final Camp, saya ditugaskan untuk mengikuti aktiviti trekking dari Sungai Sepat ke Air Terjun Sauk. Perjalanan dimulakan dengan kumpulan pelajar degree dan diikuti oleh saya dan Abey sebagai instruktur pengiring. Kami turut diikuti oleh 3 orang pegawai iaitu En. Din, En. Adnan dan Cik Farah. Sepatutnya seorang sahaja yang ikut untuk setiap group. Tapi ni skali tiga orang. Tak palah. Nak larang, staf. Dengan hanya berpandukan map, kompas dan GPS, kami meneruskan perjalanan. Setelah hampir 4 jam perjalanan, kami berhenti rehat. Dalam perjalanan Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku cuma ada satu peristiwa tu bila ada hamba Allah ni menyebut “kita ni dah macam kat Lost World of Tambun dah ni”. Dengan kuasa tuhan, selang beberapa langkah, hamba Allah ni terperosok ke dalam lubang. Hampir separuh badan hamba Allah ni dalam lubang. Dah macam cerita klasik “Isi Neraka” dah. Tu la, sebelum masuk hutan dah tegur, mulut jangan celupar. Takkan nak suruh kami ni pi tarik dan pulas telinga baru nak dengar cakap. Dah la dah besar panjang.


PARTNER SAYA, ABEY, SEMPAT BERPOSING KAT BUNGA HUTAN YANG CANTIK


Setelah selesai makan bekalan makanan yang dibawa, kami meneruskan perjalanan, puncak tak jumpa lagi. Peserta mengambil keputusan untuk ikut tepi tasik. Tak pe lah, kami ikut saja. Di pertengahan perjalanan mereka ubah balik. Nak ikut jalan darat ikut bearing. Akhirnya sampai satu puncak. Saya refer kat Abey, betul ke ni? Dia kata ok. Dulu Abey dah pernah sampai. Kami teruskan perjalanan dengan menuruni bukit. Abey mula ingat jalan apabila kami melalui jalan yang pernah dilaluinya dulu dengan Boy Razif. Alhamdulillah, dalam hati. Saya sebenarnya agak goyah jugak nak pi trekking ni, al-maklumlah. Dah lama tak trekking susah-susah ni. Lebih kurang 2 jam sebelum sampai, hujan turun. Jalan menjadi licin. Lalu pulak tepi lereng. Ditambah pula kerisauan kami terhadap En. Din yang mengatakan beliau risau akan lututnya yang pernah dibedah terutama ketika menuruni bukit. Sempat la jugak kami lihat beberapa aksi ‘Free Fall’ dari staf dan para pelajar ketika itu. Perlahan-lahan kami meneruskan perjalanan.


ANTARA BEKAS TAPAK YANG DIJUMPAI SEMASA TREKKING. TAK TAU TAPAK APA.


ULAT GONGGOK HUTAN. BESAR WOOO....


Setelah 7 jam 34 minit, tolak masa rehat, kami sampai tempat yang dituju. Alhamdulillah, semua selamat sampai. Cuma yang tak selamat, kaki jelah. Biasalah bila masuk hutan, kena hinggap pacat la. Meleleh darah setiap kaki yang ada.


NAK CARI ILMU BUKAN SENANG, KENA LA SUSAH-SUSAH DULU, BARU SUSAH NAK LUPA ILMU TU....


Setelah semua siap sampai, saya mengambil alih seketika untuk sesi Debriefing. Banyak komen yang bernas dan berguna diberikan oleh peserta antaranya Dzaim berkata “inilah kali pertama saya trekking seadventure ni, dan kami mendapat peluang untuk mengaplikasikan apa yang kami belajar terutama tentang penggunaan GPS, satu benda yang baru bagi kami”. Memang benar katanya, benda-benda yang macam ni tak dapat dalam kelas. Mana ada orang trekking dalam kelas, survival dalam kelas, pasang api dalam kelas dam macam-macam lagi dalam kelas. Inilah peluang kita untuk menimba pengalaman dan mencari ilmu yang lebih real dekat luar. So, jadikanlah ia harta yang tak dapat dijual beli kerana tak semua orang yang berpeluang untuk untuk mendapat benda yang macam ni. Jadikanlah ia sebagai satu cerita yang boleh disampaikan kepada anak cucu kita.

Ada lagi cerita yang best masa kat sana. Cemas pun ada. Nantikan atau rujuk saja kat Tropic Puppet.

Wasalam……
.
.

Thursday, August 14, 2008

DULU-DULU….

Salam, kali ini saya ingin menceritakan sedikit pengalaman saya masa kecik-kecik dulu. Semalam, bila saya balik kampung, saya sempat bersiar-siar di kawasan kampung. Tengah ‘ghalit’ (leka) nmeronda, saya terserempak dengan seorang pak cik yang banyak membantu ibu saya membesarkan dan mendidik kami adik beradik. Nama beliau adalah Mohamad bin Samsudin atau lebih dikenali sebagai “Mat Belut” di kampung. Sekarang beliau telah dilantik menjdi ketua kampung di kampung saya. Selain ketua kampung, beliau juga menguruskan satu syarikat yang mengendalikan pengurusan sawah orang kampung. Setiap kali musim menanam dialah yang akan orang cari, setiap kali musim menuai, dialah yang akan orang jumpa. Urusan jual beli padi adalah kerja dia. Walaupun ada orang yang tak berapa suka padanya, namun saya tetap menghormati beliau kerana dia Berjaya atas usaha sendiri dan banyak membantu orang kampung yang selalu dalam kesusahan.


Pak Cik Mat Belut

Selepas berjumpa dengan Pakcik Mat, saya pergi ke sawah keluarga yang diusahakan ibu saya sekarang. Sekarang ni musim menuai. Bila sampai, “kedap” (hampas batang padi) telah pun dibakar. Tetiba saya terlihat ada tiga orang budak dalam longkang sawah. Teringat saya masa kecik dahulu, setiap kali musim menuai, saya dan rakan-rakan akan pergi ke longkang-longkang sawah yang ada untuk “mengenjut” (memancing) belut. Mengenjut blut ni lain sikit, tak macam memacing ikan. Tali tak pakai tali tangsi, pakai tali pukat. Kail pula pakai kail ikan haruan, tapi mesti diubahsuai supaya mata kecilnya tiada. Ada satu ketika kami tersilap lubang, termengenjut lubang ular. Bertempiaran lari.


Inilah sawah milik keluarga


inilah tempat yang saya mula-mula lemas dan belajar berenang. Sekarang musim kering, dalam kalau ada air.

Selepas itu pula, saya teruskan perjalanan melalui batas tali air. Sampai satu tempat, teringat saya masa bulan puasa dulu-dulu. Itulah tempat saya dan rakan-rakan main meriam buluh. Dulu-dulu tak de duit nak beli mercun. So, beli kabaid jelah. Murah dan boleh main banyak kali. Tak puas dengan buluh sebab senang retak dan pecah, kami pergi kandaq gelung yang ada dekat sawah orang kampung. Bila try, lagi power daripada buluh. Yang tak tahan tu, siap bapak dan abang kawan saya (Firdaus a.k.a Dasa) tolong ajar macam mana nak lagi power bunyi. Kadang-kadang sampai ada polis datang buat “rush”. Nampak jer dari jauh, cepat-cepat tenggelamkan gelung dalam tali air. Bila dah line clear, menyelam ambil balik. Lawak pulak bila ingat cerita lama.


Port main meriam


Banyak lagi cerita dulu-dulu, ada masa saya akan sambung lagi.

*p/s: SAFETY, SAFETY, SAFETY........
.
.

CICI a.k.a KAKAK….



Salam, mesti ramai yang pelik bila saya mengatakan saya ada kakak. Sebelum ini saya beritahu kawan-kawan yang saya adalah anak sulung.

Semalam saya menerima satu SMS dari adik perempuan saya yang berada di Kuantan yang mengatakan yang Cici saya masuk hospital. (Cici = kakak). Sebenarnya arwah ayah saya pernah berkahwin sebelum beliau memeluk Islam dan berkahwin dengan ibu saya sekarang. Hasil dari perkahwinan tersebut, arwah mempunyai 6 orang anak. 3 perempuan dan 3 lelaki. Yang sakit adalah anaknya yang sulung. Pelik kan, ada adik beradik sedarah sedaging, tapi berlainan bangsa dan agama. Hubungan kami dan adik beradik sebelah Cina sangat baik malah ibu saya diterima dalam keluarga mereka.

Awal pagi, saya bersiap untuk melawat Cici di hospital. Sampai di hospital, terkejut saya melihat keadaan Cici yang agak berlainan dari yang biasa. Beliau saya lihat berada dalam keadaan yang lemah dan pucat tak seperti biasa yang agak peramah dan periang.


Keadaan yang berlainan seperti biasa

Alhamdulillah, dia masih ingat saya dan ibu. Bila ditanya sakit apa, kami di maklum beliau menghidap penyakit yang pernah dialami mendiang ibunya iaitu, lemah buah pinggang dan darah tinggi. Saya sempat berbual-bual dengannya. Sambil itu, dia sempat memesan supaya saya pandai-pandai jaga diri. Jaga makan. Jangan jadi macam dia, dah kena, baru nak berubat. Dah la saya tak suka ubat. Setelah tengah hari, saya dan ibu minta diri untuk pulang. Kelihatan wajahnya gembira bila kami datang melawat.


Walaupun sakit, masih sempat tersenyum


*p/s: Cici, moga cepat sembuh……

Tuesday, August 12, 2008

Monday, August 11, 2008

KACA BERSEPAI 2

Salam, pagi tadi masa saya sampai opis nak parking moto, terkejut saya tengok bila ada sebuah kereta Nissan Serena berkecai cermin depan, tepi dan belakang serta bumbungnya seperti menjadi alur laluan air. Pelik jugak tengok, macam mana boleh jadi. Rupa-rupanya ada pokok tumbang atas kereta tersebut. Tak tau la macam mana boleh jadi. Angin tak der, hujan tak der, ribut tak der, tetiba pokok boleh tumbang. Mungkin ada sebab-musabab benda tu berlaku. Wallahualam…..

* p/s: “ Kun Fayakun”




Sunday, August 10, 2008

LAGI COLUMBIA @ COLUMBIAN…..

Semalam, masa kelas kayak degree telah bermula lebih kurang setengah jam, tetiba John @ kasut baru sampai untuk menyertai kelas. Tapi mula-mula dia datang tersipu-sipu. Ingatkan kenapa, rupa-rupanya dia pakai kasut Columbia, versi baru. bila tanya mana dapat, dia kata kat Carbooth Sale dan ada satu saja lagi kat situ. Tu pun saiz kecik. Betoi ka?

DINGHY KEMBALI.

Semalam, saya dan beberapa orang rakan turun ke tasik Shah Alam untuk membantu En. Hisyam mengendalikan kelas kayak Degree. Alhamdulillah, tiada sebarang kecelakaan berlaku sepanjang kelas tersebut. Kali ini saya mendapati kurang masalah semasa kelas. Mereka seperti sudah tahu dan pernah mengikuti kelas kayak. Kurang menimbulkan masalah ketika amali.


Para pelajar bersedia untuk memulakan kelas kayak


Antara kayak yang digunakan


Pada hari itu juga, setelah hampir setahun, kini saya kembali melihat dinghy EMC oren fakulti beraksi. Sebelum ini bermacam-macam masalah yang saya dengar. Rosaklah, bocorlah, apelah…. Tapi kali ini ianya dapat digunakan untuk kelas kayak. Dapat la bawak pi Kenyir. Saya sendiri pun sempat jugak mengemudi dinghy tersebut setelah kelas tamat. Saja nak lepas gian.


Dinghy fakulti kembali beraksi

TERIMA KASIH QASEH EMILI

Pada hari sabtu yang lepas, saya, Shawn, Abe, Lan, Apis dan Ajoi telah terlajak ke rumah Stoner untuk majlis makan-makan. Ini adalah kali pertama saya sampai ke rumah Stoner. Sebelum ini ada jugak dia jemput kerumah, tapi saya saja yang tidak berkesempatan untuk bertandang. Sampi-sampai saja terus duduk makan. Biasala muka tak malu. Hahahahaa. Setelah beberapa ketika kami pun hendak mula berangkat pulang. Sempat jugaklah bergambar dengan bapak Stoner dan jugak dapat bertemu “Qaseh Emili” yang sebenar.



Duduk kat meja VIP


Antara yang bertandang ke rumah Stoner

Friday, August 8, 2008

TERBUKAK JUGA….

Semalam, petang Shawn pinjam moto saya pergi TESCO. Setelah pulang, dia letak dan kuncikan moto saya di tempat parking moto kat opis. Bila dah pukul 5.30 petang tu, kami turun bersama untuk pergi ke UiTM. Tiba-tiba satu daripada kunci “Fork Lock” tak leh bukak. Try punya try tak leh jugak. Saya ambil keputusan untuk biarkan dahulu moto tu, nanti malam baru datang balik. Dalam perjalanan ke UiTM, saya dok pikir macam mana nak bukak. masa tu dok pikir nak katok pakai kayu ja. Tak pe lah, nanti nak pergi balik baru cari kayu.

Dalam pukul 9.15 kami pergi balik ke Worldwide nak pi bukak kunci tu. Dalam perjalanan saya terimbas kembali setahun setengah dahulu. Apa yang saya teringat?
Dulu, saya ni ada tengok clip video cara-cara membuka kunci dalam Metacafe kat umah sewa saya yang dulu. Saya jugak teringat peralatan yang digunakan. Raba-raba kat seat belakang, ada tin minuman Nescafe. Ok la tuh, nanti saya cuba. Sampai-sampai ja terus saja saya cuba. Tak sampai 2 minit, kunci terbukak. Alhamdulillah.

Dalam hati, berguna jugak ilmu yang aku dapat melalui internet ni. Walaupun dulu masa saya cuba bukak kunci masa saya tengok clip video tu ada kawan kata saya buang masa. Tapi kita bila dah tau sesuatu ilmu tu, kita kena bijak gunakan untuk kebaikan. Jangan pulak dok pi rembat barang-barang orang lain.

*p/s: benda baik kita buat, yang tak baik jauhkan.

ENDANG MERINDU

Salam, berikut adalah salah satu lagu yang saya rasa sedap didengar dan mempunyai bait-bait lirik yang mempunyai maksud yang tersendiri. Lagu ini salah satu lagu yang diselitkan dalam Album Lagu Irama Traditional nyanyian adik kandung kak Yazilah Yazir.


Yang ku rindu, yang ku tunggu,
Manis kasih mu….
Yang ku cari, yang ku nanti,
Nilai cintamu…..
Yang ku kenang, yang ku sayang,
Hanyalah dirimu….

Bawalah rinduku, Bawalah resahku,
Ke dasar jiwamu…
Bawalah kasihku, bawalah cintaku,
Ke dasar hatimu…

Angan-angan, berduaan,
Hilir budi sehaluan….
Angan-angan, berkasihan,
Duduk bangun setarahan…
Angan-angan, berpasangan,
Dua hati berpautan….
Angan-angan, berteduhan,
Panas hujan berpegangan…

Yang ku damba, yang ku pinta,
Nilai setia…
Yang ku dapat, yang ku bebat,
Luka yang parah…
Yang ku kesal, yang ku sesal,
Rapuhnya cintamu…

Mudah kau berjanji, mudah kau mungkiri,
Bak tukar sepatu….
Mudah kau lupakan, mudah kau singkirkan,
Aku di hatimu…

Angan-angan, berduaan,
Hidup tidak sehaluan…
Angan-angan, berkasihan,
Duduk tidak setarahan
Angan-angan, berpasangan,
Hilir budi berasingan….
Angan-angan, berteduhan,
Tapi pohon tak merendang…

Wednesday, August 6, 2008

COLUMBIA SPORTSWEAR COMPANY HISTORY

Columbia Sportswear began as a small, family-owned hat distributor. Present chairwoman Gert Boyle's parents, Paul and Marie Lamfrom, fled Germany in 1937 and immediately bought a Portland hat distributorship. They became the Columbia Hat Company, named for the nearby Columbia River. Frustrations over suppliers influenced the family to start manufacturing their own products.

Ten years later, Gert married Neal Boyle, who became the head of the company. In 1970, Neal died following a heart attack. Gert and son Tim Boyle, then a University of Oregon senior, took over the operations of Columbia, rescuing it from near bankruptcy.

Columbia's jackets featured waterproof fabric that was also breathable. Additionally, new jackets featured interchangeable shells and liners. Multiple wearing options and fabric technology fueled rapid sales growth.

Columbia Sportswear acquired footwear maker Sorel Corporation in 2000 and Mountain Hardwear in 2003. In 2006, Columbia acquired the Pacific Trail, Montrail, and Moonstone brands.

On June 15, 2008, Columbia Sportswear announced a three year sponsorship of the cycling team formerly known as Team High Road and before that T-Mobile and Team Telekom. The sponsorship began on July 5, 2008 with the start of the Tour de France. The team's new name is "Team Columbia". The sponsorship includes both the men's and women's teams.

KENANGAN BUDAK-BUDAK YANG BERANAK TAHUN 80-AN

PAGI INI SAYA BUKA FRIENDSTER. SETELAH LAMA TAK BUKAK, BIASA LA SKRG LAYAN BLOG SAJA. BILA CHECK MESEJ, TERJUMPA SATU MSG YANG BUAT SAYA TERSENGIH SORANG-SORANG. JADI SAYA MASUKKAN DALAM BLOG INI UNTUK BUAT ORANG LAIN TERSENGIH.



"kat skola ade salesman jual buku cerita.
ari ni bg list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau.
salesman susu pon camtu gak.

kat library, budak2 mmg baca buku tp
just tengok gamba je. bile ade program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

RMT kat skola mkn x best, tp yg
berduit pon join RMT, x phm....

pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg,
pastu ade sharpener kat tgh2 die.

main lwn pemadam, syg nak guna utk padam.
padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
ade air pastu ade bende berkilat dlm
air tu.

cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade
pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.

bulu ayam jd ramping krn sering
dijadikan rotan.

time pendidikan seni, lukis sume boleh
tp bile time kaler sume hampeh. ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la...

main game 2D. super contra, super
mario, street fighter, sume pakai tape.

jam tgn Boy London jd idaman,
sbb bole
tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

takut BCG tp lepas inject poyo la
pulak...

balik skola beli JoJo xpon Dendang.
Tora pon best gak. Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon.

Kasut berlampu kat tapak, yg iklan
die kat tV bole tembak alien tu...

Siri kartun; power rangers, ultraman,
transformers, ninja turtles,
Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2
x smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yg
permanent. huhu~"


mesti ada orang yang tersengeh2 bace mende
nih...

SAHABAT

"Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin. Ambillah sedikit masa untuk mengingati kawan-kawan yg sentiasa memberi sokongan untuk anda...."

Monday, August 4, 2008

WATER CONFIDENT

Hari ini jam 7.50 saya dah bangun. Kenapa? Ada kelas bos da….
Pukul 8.00 saya bergegas ke Pool UiTM. Sampai saja dah ada dua tiga orang budak degree dah tunggu kat luar. Saya pun sempat jugak sarapan tapau masa on the way nak datang.

Syok-syok makan tak sedar bos dah start kelas. Saya pun masuk. Rupa-rupanya saya sorang saja yang ada ( bukan student). Ingat Mus, Shawn ngan Azmi dah datang. Tapi lambat sikit. Shawn pulak tak jadi datang coz ada kerja kat opis. Masuk jugaklah saya pun.

Kelas dimulakan dengan penerangan teori oleh En. Hisyam. Lepas tu amali. Masa tuh la saya tahu, ramai jugak yang tak berapa confident dengan air. Tapi bila dah pakai BA, macam dah tak mau naik darat dah.

Alhamdulillah, kelas berjalan dengan lancer walaupun ada kelas lain di pool. Tapi, saya rasa kurang elok jugak kelas yang lagi satu, memang la pool tu tempat awam bagi tudent, tapi mana pergi rasa hormat kepada orang lain, buat pool tu macam depa punya, terpekik-terlolong. Takkan tak tau ada kelas lain yang tengah berjalan. Kesian jugak tengok En. Hisyam terpaksa meninggikan suara ketika mengajar.

Kita manusia kena ada rasa hormat, walaupun sedang berseronok. Tambah pulak mereka tu student. Paham-paham jela.....


BUAT BLOG PAKAI HANSET

Salam, hari ini sy belajar benda baru. Masa habis kelas bos pagi td, Azmie tlh mengajar sy buat blog pki hanset. Post ni pun sy buat pki hanset. Kat kdi mkn sek 2. Haha. Sj nak try...

COLUMBIA



Columbia pertama yang dimiliki ialah baju kameja Columbia.
Columbia kedua yang dimiliki ialah seluar Columbia
Columbia ketiga yang dimiliki ialah sweater Columbia
Columbia keempat yang dimiliki ialah baju sejuk tebal Columbia
Dan Columbia terbaru yang dimiliki ialah pisau Columbia.

Entah macam mana saya boleh berminat dengan Columbia ni. Mungkin kerana Otai-otai rekreasi dulu suka pakai keluaran Columbia. Tertarik hati pula saya kepada Columbia.


Pisau Columbia


Baju Kemeja Columbia


Sweater Columbia



Baju Sejuk Columbia


Seluar Columbia