Tuesday, August 26, 2008

SEPAT SAUK

Salam kepada semua. Awal mula pertama mula, saya memohon maaf kerana sudah lama membiarkan blog saya ini bersawang. Bukan apa, ini kerana sepanjang minggu lepas saya dan rakan telah ke Tasik Kenyir, Terengganu.

Sementelah dengan itu, saya ingin berkongsi pengalaman ketika berada di sana.


SEBELUM MEMULAKAN TREKKING DI SUNGAI SEPAT


Pada hari yang ke-4 Final Camp, saya ditugaskan untuk mengikuti aktiviti trekking dari Sungai Sepat ke Air Terjun Sauk. Perjalanan dimulakan dengan kumpulan pelajar degree dan diikuti oleh saya dan Abey sebagai instruktur pengiring. Kami turut diikuti oleh 3 orang pegawai iaitu En. Din, En. Adnan dan Cik Farah. Sepatutnya seorang sahaja yang ikut untuk setiap group. Tapi ni skali tiga orang. Tak palah. Nak larang, staf. Dengan hanya berpandukan map, kompas dan GPS, kami meneruskan perjalanan. Setelah hampir 4 jam perjalanan, kami berhenti rehat. Dalam perjalanan Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku cuma ada satu peristiwa tu bila ada hamba Allah ni menyebut “kita ni dah macam kat Lost World of Tambun dah ni”. Dengan kuasa tuhan, selang beberapa langkah, hamba Allah ni terperosok ke dalam lubang. Hampir separuh badan hamba Allah ni dalam lubang. Dah macam cerita klasik “Isi Neraka” dah. Tu la, sebelum masuk hutan dah tegur, mulut jangan celupar. Takkan nak suruh kami ni pi tarik dan pulas telinga baru nak dengar cakap. Dah la dah besar panjang.


PARTNER SAYA, ABEY, SEMPAT BERPOSING KAT BUNGA HUTAN YANG CANTIK


Setelah selesai makan bekalan makanan yang dibawa, kami meneruskan perjalanan, puncak tak jumpa lagi. Peserta mengambil keputusan untuk ikut tepi tasik. Tak pe lah, kami ikut saja. Di pertengahan perjalanan mereka ubah balik. Nak ikut jalan darat ikut bearing. Akhirnya sampai satu puncak. Saya refer kat Abey, betul ke ni? Dia kata ok. Dulu Abey dah pernah sampai. Kami teruskan perjalanan dengan menuruni bukit. Abey mula ingat jalan apabila kami melalui jalan yang pernah dilaluinya dulu dengan Boy Razif. Alhamdulillah, dalam hati. Saya sebenarnya agak goyah jugak nak pi trekking ni, al-maklumlah. Dah lama tak trekking susah-susah ni. Lebih kurang 2 jam sebelum sampai, hujan turun. Jalan menjadi licin. Lalu pulak tepi lereng. Ditambah pula kerisauan kami terhadap En. Din yang mengatakan beliau risau akan lututnya yang pernah dibedah terutama ketika menuruni bukit. Sempat la jugak kami lihat beberapa aksi ‘Free Fall’ dari staf dan para pelajar ketika itu. Perlahan-lahan kami meneruskan perjalanan.


ANTARA BEKAS TAPAK YANG DIJUMPAI SEMASA TREKKING. TAK TAU TAPAK APA.


ULAT GONGGOK HUTAN. BESAR WOOO....


Setelah 7 jam 34 minit, tolak masa rehat, kami sampai tempat yang dituju. Alhamdulillah, semua selamat sampai. Cuma yang tak selamat, kaki jelah. Biasalah bila masuk hutan, kena hinggap pacat la. Meleleh darah setiap kaki yang ada.


NAK CARI ILMU BUKAN SENANG, KENA LA SUSAH-SUSAH DULU, BARU SUSAH NAK LUPA ILMU TU....


Setelah semua siap sampai, saya mengambil alih seketika untuk sesi Debriefing. Banyak komen yang bernas dan berguna diberikan oleh peserta antaranya Dzaim berkata “inilah kali pertama saya trekking seadventure ni, dan kami mendapat peluang untuk mengaplikasikan apa yang kami belajar terutama tentang penggunaan GPS, satu benda yang baru bagi kami”. Memang benar katanya, benda-benda yang macam ni tak dapat dalam kelas. Mana ada orang trekking dalam kelas, survival dalam kelas, pasang api dalam kelas dam macam-macam lagi dalam kelas. Inilah peluang kita untuk menimba pengalaman dan mencari ilmu yang lebih real dekat luar. So, jadikanlah ia harta yang tak dapat dijual beli kerana tak semua orang yang berpeluang untuk untuk mendapat benda yang macam ni. Jadikanlah ia sebagai satu cerita yang boleh disampaikan kepada anak cucu kita.

Ada lagi cerita yang best masa kat sana. Cemas pun ada. Nantikan atau rujuk saja kat Tropic Puppet.

Wasalam……
.
.

5 comments:

aboy said...

Steady PAPA yasir..=)..
Good job beb..=)..
Muahh!!!

Tropic Puppet said...

Tapak kaki yang nko jumpa tu cam tapak kaki tapir je aku tengok... Tu pun kalau xsilap aku la...

moncet said...

hehehe..
tapak kaki sendiri tuh

wegreentheearth said...

jangan cpt membuat andaian kwn2..
lebih bagus kita rujuk pada yang pakar..
tapi tapak kaki abe kot..
hwahwahwa..

FoO dA fIrSt#1 said...

kepada aboy, bukan PAPA la, tapi BABAH...