Thursday, August 14, 2008

DULU-DULU….

Salam, kali ini saya ingin menceritakan sedikit pengalaman saya masa kecik-kecik dulu. Semalam, bila saya balik kampung, saya sempat bersiar-siar di kawasan kampung. Tengah ‘ghalit’ (leka) nmeronda, saya terserempak dengan seorang pak cik yang banyak membantu ibu saya membesarkan dan mendidik kami adik beradik. Nama beliau adalah Mohamad bin Samsudin atau lebih dikenali sebagai “Mat Belut” di kampung. Sekarang beliau telah dilantik menjdi ketua kampung di kampung saya. Selain ketua kampung, beliau juga menguruskan satu syarikat yang mengendalikan pengurusan sawah orang kampung. Setiap kali musim menanam dialah yang akan orang cari, setiap kali musim menuai, dialah yang akan orang jumpa. Urusan jual beli padi adalah kerja dia. Walaupun ada orang yang tak berapa suka padanya, namun saya tetap menghormati beliau kerana dia Berjaya atas usaha sendiri dan banyak membantu orang kampung yang selalu dalam kesusahan.


Pak Cik Mat Belut

Selepas berjumpa dengan Pakcik Mat, saya pergi ke sawah keluarga yang diusahakan ibu saya sekarang. Sekarang ni musim menuai. Bila sampai, “kedap” (hampas batang padi) telah pun dibakar. Tetiba saya terlihat ada tiga orang budak dalam longkang sawah. Teringat saya masa kecik dahulu, setiap kali musim menuai, saya dan rakan-rakan akan pergi ke longkang-longkang sawah yang ada untuk “mengenjut” (memancing) belut. Mengenjut blut ni lain sikit, tak macam memacing ikan. Tali tak pakai tali tangsi, pakai tali pukat. Kail pula pakai kail ikan haruan, tapi mesti diubahsuai supaya mata kecilnya tiada. Ada satu ketika kami tersilap lubang, termengenjut lubang ular. Bertempiaran lari.


Inilah sawah milik keluarga


inilah tempat yang saya mula-mula lemas dan belajar berenang. Sekarang musim kering, dalam kalau ada air.

Selepas itu pula, saya teruskan perjalanan melalui batas tali air. Sampai satu tempat, teringat saya masa bulan puasa dulu-dulu. Itulah tempat saya dan rakan-rakan main meriam buluh. Dulu-dulu tak de duit nak beli mercun. So, beli kabaid jelah. Murah dan boleh main banyak kali. Tak puas dengan buluh sebab senang retak dan pecah, kami pergi kandaq gelung yang ada dekat sawah orang kampung. Bila try, lagi power daripada buluh. Yang tak tahan tu, siap bapak dan abang kawan saya (Firdaus a.k.a Dasa) tolong ajar macam mana nak lagi power bunyi. Kadang-kadang sampai ada polis datang buat “rush”. Nampak jer dari jauh, cepat-cepat tenggelamkan gelung dalam tali air. Bila dah line clear, menyelam ambil balik. Lawak pulak bila ingat cerita lama.


Port main meriam


Banyak lagi cerita dulu-dulu, ada masa saya akan sambung lagi.

*p/s: SAFETY, SAFETY, SAFETY........
.
.

6 comments:

Apize said...

salam!
dah tukar layout baru nampak! Nampak lebih kemas.Gambatte!

yazilahyazir said...

salam yasir..
bestnyer kg yasir..
hehehe

nurul said...

salam Yasir,

kawasan tempat tinggal kita mmg best kan. ada bendang utk cari ikan sepat, puyu, ronggeng, tali ayaq utk berkubang...bestnya....

aboy said...

wah...seronok gak kan area kampung hang..ada sawah..=)..mesti syok dusuk petang2 kat area sawah kan..=)..tenang jiwa..=)

gReeNBeRRy said...

perghh..best gak kg hang sir..aku ni xsuka mancing..aku suka mkn ja..kalu hang ada buat mkn2 hang ajaka aku nah..hag3..hang p kenyirkn..?leh pancing kelah..goreng sdp o..selamat berbakti..kim salam kt kwn2 kt sane nt..jage diri baik2..

myre said...

salam...
wah best nya...jap2 knper crter ms kcik kiter lbh kurg erk???saya pun mcm abg kcik2 dulu...sya sllu main kat swah atuk sya.smp skunk..dpn rumh jer..tp bab main meriam bluh tu best kan??teringin gak nak main blik:p