Thursday, June 19, 2008

VIVA HOT FM CREW

Sewaktu saya bersama Shawn dan Mus dalam perjalanan pulang dari Glenmerie, tetiba kami terdengar siaran radio Hot Fm yang menyatakan bahawa crew Viva Hot Fm sedang berada di parking lot Wet World Shah Alam. Dengan pantas, Shawn memecut untuk pergi ke Wet World. Bukan apa saja nak mencuba. Kami pun bukannya pernah buat benda macam ni. Saja suka-suka.

Bila sampai, tak ramai lagi orang berkerumun. Apalagi, dok kecek macam-macam la. Mula-mula depa tunjuk anset Motorola yang baru keluar. Ingat depa nak buat hadiah, padahal untuk promosi jer. Lepas tu ada la sesi soal jawab untuk dapat hadiah. Saya pun sempat jugak jawab. Dapat la majalah satu. hahahaaaa....

"Kim salam kat Fafau (Farah Fauzana)" hahahahaaaa....

salam.............

SERAMBI MEKAH

Baru-baru ini saya telah sampai ke Negeri Kelantan Darul Naim atasan urusan keluarga. Ini merupakan kali kedua saya menjerakkan kaki ke Negeri Kelantan. Perjalanan dari Shah Alam ke Kota Bharu memakan masa selama hampir 9 jam. Bertolak dari Shah Alam pada pukul 8.30 pagi. Setiba saja di sana, saya disambut oleh adik saya Mohd Rizuan Foo bersama ibu dan adik saya yang telah samapi setengah jam awal dari Perak. Untuk post kali ini bukan untuk menceritakan mengenai perihal keluarga tetapi keadaan dan suasana negeri Kelantan.

Pertama kali sampai di Merapoh, perhentian rehat sebelum sampai ke Kota Bharu. Nak makan nasi macam tak lalu, belilah burger. Alas perut. Bila diminta burger sebiji penjual burger bertanya semula “burger sa deh”. Alamak apa dia cakap ni. Mula-mula tak jelas apa dia cakap setelah berulang kali tanya baru paham. “ha, burger satu” jawab saya. Saya ni bukan apa, tak berapa nak paham longhat Kelantan ni.

Keesokan harinya saya dan adik perempuan saya Syarifah Noor Foo lebih senang saya panggil Ipah pergi ke pasar pagi untuk membeli bahan memasak. Mula-mula sekali kena cari ketam. Cari punya cari tak jumpa. Yang jumpa pun ketam batu. Nak beli tak pernah makan plak. Nasib menyebelahi kami, bila keluar ja ada pemborong sedang jual tangkapan laut secara pukal. Jengok-jengok ternampak ketam yang dicari. Alhamdulillah, tak kempunan saya hari ini. Lepas tu pulak, nak cari kelengkap masakan. Sampai kat seorang makcik penjual sayur, adik saya singgah nak beli taugeh. Ditanya berapa riyal nak beli, adik saya jawab “samah”. Sekali dengar macam pisang emas. Yang saya ni tercari-cari mana pisang emas nyer. Rupa-rupanya samah tu maksudnya 50 sen. Berdekah gelak kat situ.

Esoknya pula, mak kata nak buat laksa, pergilah sekali lagi pasar tu. Kali ni dengan adik saya An. Ada satu kedai tu, kami beli laksa sebungkus, budu, kicap dan belacan. Bila dibungkus, makcik berkenaan menambah segugus bawang putih dan 3 biji bawang besar. Aik, nape makcik ni tambah bawang plak. Bila saya tanya adik saya, “hang ada mintak bawang ka?” dia jawab tak. “Kat sini memang macam tu, kalau beli barang banyak sikit, diorang akan bagi ‘free gift’” terang An. lagi sekali saya berdekah gelak. Pelik, kalau kat tempat saya atau kat Shah Alam, free gift nya lain. Berupa barang, kat Kelantan lain plak.

Petang pulak, saya mengajak An untuk berkunjung ke kedai-kedai bundle yang ada di sekitar Tumpat dan Kota Bharu. Sambil tu saja jalan-jalan. Hajat di hati nak cari pakaian jenama Salomon ka, Columbia ka, The North Face ka apa-apa ka, tapi nasib tak baik. Jumpa baju Columbia jer sehelai. Ada jumpa The North Face, tapi kecik, adik saya yang balun. Masa nak balik, adik saya bawak saya ke sempadan Malaysia-Thailand di Pengkalan Kubur. Melepak kejap tengok negara jiran. Selepas itu, dia bawak pulak saya ke penghujung landasan Keretapi Tanah Melayu. Dia kata ini lah dia hujung landasan dari Johor hingga Kelantan.

Seronok bila pergi melawat negeri orang ni, tapi bila dah tahu tempat kita selalu dikunjungi, tempat tu mestilah dijaga dan dipelihara. Maaf bukan bermaksud Kelantan ni tak comei, dah comei dah cuma kalau boleh molekkan lagi. Pengunjung yang datang bukan sahaja dari pengunjung tempatan, malah dari luar negara. Contohnya, macam kat Merapoh, Pahang. Tempat perhentian bas ekspres. Dah tahu tempat tu disinggahi bas ang membawa pelancong tempatan dan luar negara, sepatutnya fasiliti ditempat itu dimantapkan lagi, diperkemaskan lagi. Ini bukan apa, imej tempat yang popular kena jaga. Bagi nampak selesa pun dah cukup ok.

Pada hari Khamis malam Jumaat, saya bertolak pulang ke Shah Alam. dalam hati teringin nak sampai Kelantan lagi. Banyak lagi tempat tak sempat pergi, terutama kawasan pantai-pantai popular negeri Kelantan. Insyaallah, ada rezeki sampai la saya ke sana lagi.

Salam………….

Sunday, June 1, 2008

AL-KISAH.......(PART 2)

Sambungan Al-kisah ……(part 1)


Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, ketika saya membuat latihan presentation saya (Wall Climbing) untuk subjek Coaching and Training, (kelas En. Rahizam), tetiba datang seorang hamba Allah bernama Mohamad Rafsan (Shawn) datang bertanyakan saya sama ada berminat untuk menyertai satu persatuan di bawah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. PERLU. Terus terang saya kata, saya tak pernah pun dengar nama persatuan itu sejak mula-mula menjejakkan kaki di UiTM Shah Alam ni. Yang saya tahu KRESMA je. Setelah mendengar penjelasan daripada beliau, saya setuju tapi dengan syarat saya kena pergi TOT dulu. Menatang apa TOT tu? Sssshhhhhh……. Tak leh cerite. Nak tahu masuk la PERLU.

Bermula dari terbentuknya Batch Black Jack (sebab TOT saya ada 21 orang), saya mempelajari ilmu-ilmu rekreasi dari sahabat PERLU yang lain walaupun saya tidak pernah ada Final Camp, tidak pernah ambil subjek Outdoor, tidak pernah bergurukan En Hisham Che Mat, kerana boleh dikatakan semua ahli PERLU ketika itu pernah ada final camp dan ambil subjek outdoor serta pernah jadi anak didik En Hisham Che Mat. Ramai kawan-kawan kelas yang pelik, kenapa saya boleh terminat dalam rekreasi sedangkan saya dari jurusan Sains Sukan. Dah minat, nak buat macam mana. Sejak itu, semua ahli perlu bagaikan keluarga saya, banyak ilmu yang saya dapat dari PERLU, banyak aktiviti yang saya ikut serta banyak pengalaman yang saya timba. Saya rasa PERLU sudah sebati dengan saya. Perasaan itu terbawa-bawa sehingga saya tamat belajar dan telah bergelar alumni sehingga sekarang. Tapi ketika itu, sudah ada ahli dari batch saya yang hangat-hangat taik ayam. Kenapa jadi macam tuh? Kenapa cakap lain, buat lain? Kalau setakat alasan study, kenapa saya ok jer. Bukan nak cakap besar tapi itu yang jadi.

Alhamdulillah, sekarang ahli PERLU dah ramai, tapi kalau ramai saja tak guna. Yang penting kualiti. Harap-harap PERLU berkualiti dan lebih berkualiti. Sekarang ni plak, saya bergiat dalam rekreasi, mungkin ditakdirkan saya dalam bidang ni. Harap-harap ianya dapat memberi kepuasan dan apa yang saya inginkan dalam rekreasi ini. Banyak lagi ilmu yang saya perlu tuntut. Orang kata, lagi banyak yang kita tahu, lagi banyak yang kita tak tahu. Ilmu ni sampai mati tak habis tuntut. Semoga saya diberi kesempatan untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin.

Bila mengenang kembali perjalanan hidup saya dalam rekreasi, tak lah menarik sangat, tapi kalau dapat dijadikan rujukan, ambillah. Pengalaman lain-lain. Tapi yang penting minat. Kalau minat, kita buat betul-betul, insyaallah, kita akan jadi apa yang kita nak jadi.

Setakat inilah sahaj dulu coretan perjalanan hidup saya dalam alam rekreasi ini. Bayak lagi sebenarnya, kalau nak tulis semua, berblog-blog plak nanti.
Kalau ada masa, saya tulis lagi.

Salam……..

HIKMAH YANG MAHA ESA

Semasa saya bersama mak dan Mak Lang berbual, tetiba datang Abang Haji Che Nor, anak sulong Mak Lang saya, duduk sembang bersama. Sembang punya sembang saya bertanyakan soalan kepada dia mengenai pengalaman mengerjakan haji. Terbuka lah satu cerita yang tidak dapat beliau lupakan sampi mati. Peristiwa ini bermula dari Lapangan Terbang Bayan Lepas lagi sebelum beliau berlepas ke Tanah Suci. Ketika mengambil wuduk semasa di dalam tandas, tiba-tiba beliau ternampak seorang pak cik yang agak rendah separas dada beliau berdiri tegak dibelakang semasa bakal haji yang lain mengambil wuduk. Ketika itu semua bakal haji mengambil wuduk di sinki. Maknanya basuh kaki pun di dalam sinkilah. Mungkin ketinggian pak cik tu menghalang dia dari membasuh kakinya.

Dengan prihatin, sepupu saya ini menawarkan pertolongan dengan mengangkat pak cik itu hingga ke paras sinki supaya pak cik itu dapat membasuh kakinya. Sesudah selesai, pak cik itu berterima kasih kepada sepupu saya kerana telah menolongnya. Setelah menaiki kapal terbang, sepupu saya tercari-cari pak cik yang ditolongnya tadi, tetapi tidak dijumpai. Sampailah di Tanah Suci pak cik itu tidak dapat dikesan. Kalau ikut logic, mereka pasti akan bersua muka kerana dari Malaysia dan menaiki kapal terbang yang sama. Namun hampa. Sepupu saya berfikir ini mungkin ujian dari-Nya.

Semasa di sana pula, sekali lagi sepupu saya diuji. Semasa berjalan menuju ke Masjidil Haram untuk solat Asar, tiba-tiba beliau ternampak seorang tua sedang mencari-cari jalan. Tanpa membuang masa, sepupu saya sekali lagi menawarkan pertolongan. Beliau bertanya kepada orang tua tersebut. “pak cik nak ke mana?” orang tua itu menjawab “pak cik teringin sangat nak pergi masjid tu” lalu tanpa banyak bertanya sepupu saya membawa pakcik berkenaan ke Masjidil Haram lalu mengerjakan solat Asar bersama-sama. Selepas itu, sepupu saya bertanya lagi hala tuju pak cik itu, kemudian dia menjawab “pak cik teringin sangat nak minum air zam-zam” lalu sepupu saya membawa pak cik itu untuk minum air zam-zam. Sampai saja tempat air zam-zam, sepupu saya suruh membaca niat dan doa ketika sebelum minum. Sepupu saya terkejut bila pak cik tu menjawab tak tahu. Dia tak pandai menulis dan membaca. Yang dia tahu selawat sahaja. “bolehla” jawab sepupu saya. Selepas itu, pak cik tu berkata “pak cik teringin sangat nak tengok makam Rasulullah. Dalam fikiran sepupu saya “ah, sudah. Dah la jauh, susah pulak nak masuk ke kawasan makam tu. Lepas tu pula perut dah mula terasa lapar” tanpa memikirkan semua itu, demi memenuhi hajat pak cik tu, dia membawa pak cik tu ke makam Rasulullah. Setelah merempuh kesesakkan, dapat juga dia membawa pak cik itu melihat makam Rasulullah dan makam para empat sahabat terulung Rasulullah di sebelahnya.

Selepas itu, pak cik tu berkata “nak, pak cik nak balik” bila ditanya tempat tingggalnya, pak cik tu tak tahu. Sampaikan landmark tempat tinggal dia pun dia tak tahu. “Dah, pulak”. Kemudian sepupu saya mengambil keputusan untuk membawa pak cik itu ke tempat asal dia dijumpai. Sampai kat sana pak cik tu cakap tadi dia ada lalu depan kedai jam tangan RIFA. Dalam fikiran sepupu saya mula terasa pelik. Tadi pak cik tu cakap dia tak tahu menulis dan membaca. Sekarang lain pulak. Sepupu saya ni pun bawaklah pak cik tu ke kedai yang dia cakap. Lepas tu ternampak sebuah hotel di depan mata dan pak cik itu menyatakan bahawa di hotel itu lah dia tinggal. Tanpa membuang masa, sepupu saya menghantar pakcik tersebut balik ke hotel. Setelah hantar di muka pintu, sepupu saya pun beredar sesekali memandang kebelakang melambai-lambai kepada pak cik berkenaan. Setelah agak jauh, pak cik itu hilang dari pandangan mata. Sepupu saya terus saja balik untuk menjamah makanan yang telah disediakan di tempat penginapan beliau.

Pada keesokan harinya, beliau meneruskan ibadah haji. Semasa masuk ke Masjidil haram, beliau teringin sangat untuk mengerjakan solat betul-betul di sebelah mimbar yang Rasulullah membaca khutbah. Tanpa disedari, beliau dengan mudahnya dapat menyusup hingga ke sebelah mimbar berkenaan dan terus mengerjakan solat sunat. Setelah itu, beliau juga teringin pergi mengerjakan solat sunat di tempat keempat-empat sahabat terulung Rasulullah membaca khutbah. Sekali lagi, dengan mudah semua hajatnya tercapai. Banyak juagak benda yang ingin dilakukan oleh beliau mudh dilakukan tanpa sebarang masalah. Beliau terfikir seketika, mengapa semua yang diingininya mudah tercapai. Baru beliau terfikir, mungkin ini balasan beliau setelah menolong pak cik semalam. Beliau menolong pak cik berkenaan kerana beliau ingat pesanan seorang ustad dari Tabung Haji iaitu jangan sesekali mengatakan tidak jika ada orang yang meminta pertolongan ketika mengerjakan haji dan berada di Tanah Suci.

Itulah kekuasaan Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Apa yang baik, dibalas dengan yang baik. Mungkin sepupu saya telah menerima yang baik dari Allah berkat dari pertolongan yang beliau berikan kepada kedua-dua orang pak cik yang ditemuinya. Katanya banyak lagi yang beliau alami namun tidak semua dia cerita. Dia kata ada yang boleh dan tak boleh dicerita. Kalau nak tahu kenalah pergi ke sana sendiri. Tetapi jangan sesekali kita lupa, bahawa kita ke sana bukan untuk suka-suka, bukan untuk rasa-rasa, tetapi hanya satu sahaja niat kita iaitu Beribadah kerana Allah Taala dan yakin sepenuh hati kepada-Nya. Setelah tekun mendengar cerita beliau, saya menjadi semakin teringin untuk pergi ke sana. Insyaallah, jika dimurahkan rezeki, sampai seru, maka sampailah saya ke sana. Amin…….

Sekian……………….

KEINDAHAN KENDURI KAMPUNG

Salam kepada semua. Baru-baru ini saya pulang ke kampung atas jemputan perkahwinan sepupu saya. Majlis berlangsung di Kuala Sepetang, Matang, Perak atau dulunya dikenali sebagai Port Weld. Bagi sesiapa yang tahu, Port Weld adalah nama yang tercatat sebagai tempat pertama di Tanah Melayu yang menggunakan pengangkutan kereta api. Siapa yang belajar sejarah mesti ingat benda ni.

Kuala Sepetang juga adalah satu perkampungan nelayan dan juga yang paling penting adalah tempat kelahiran ibu saya Jamaliah Bt Omar di Balai Polis Kuala Sepetang. Arwah datuk saya adalah seorang pegawai polis Tanah Melayu. Sudah hamper 5 tahun saya tidak menjejakkan kaki di Kuala Sepetang, sejak saya melanjutkan pelajaran dalam Diploma Pengajian Sukan di UiTM Arau Perlis. Masa kecik-kecik dulu kerap juga saya ke sana. Banyak perubahan yang telah berlaku di sana sehinggakan saya hampir terlupa jalan untuk ke sana. Bukan apa, jalan dah berubah.

Sampai saja di sana, kami dua beranak disambut oleh sepupu-sepupu yang lain. Yang nak kahwin ni anak bongsu Mak Lang saya. Mak Lang saya ni mempunyai 11 orang anak. Tapi yang segannya tak semua nama saya ingat. Ada yang kenal muka saja. Jarang jumpa. Panggil abang jelah. Pada malamnya saya dan sepupu saya Anuar (pegawai polis sekarang di Dungun, Terengganu) keluar minum bersama-sama rakan kampungnya. Muka rakannya pun saya ingat-ingat lupa, tapi bila cerita balik kisah lama baru teringat.
aktiviti memasak telah bermula pada malam sebelum hari kenduri..... tengah masak rendang kerang nihh,......
antara tukang masak kampung yang datang pada awal pagi.......
penggunaan kayu sebagai bahan bakar masih digunakan dalam kenduri gotong-royong....
Pada keesokan pagi, kami sekeluarga bangun seawal 6.00 pagi. Setelah mempersiapkan diri, lebih kurang pukul 7.00 pagi, semakin ramai orang-orang kampung datang ke rumah. Rupa-rupanya kenduri ini di buat secara bergotong-royong. Tetiba saja saya jadi seronok. Sebab apa? Sebab dah lama tak rasa kenduri macam ni. La ni dok pergi kenduri semuanya pergi makan pastu balik. Makanan pun dihidangkan secara buffet. Kali ni dapat la saya rasa jadi penanggah atau pun lebih di kenali sebagai “MENTARA” di sebelah utara. Berbekalkan tuala putih “Good Morning” di leher, kerja gotong-royong bermula. Baiknya gotong-royong ni ialah ianya adalah sebagai satu cara yang paling effektif bagi menjalinkan ikatan silaturrahim antara sesama manusia. Walaupun ramai pak cik, makcik dan abang-abang kampung berkenaan bersenda gurau semasa melakukan kerja, namun objektif utama tidak pernah dilupakan iaitu tolong-menolong antara satu sama lain. Bahan api yang digunakan ialah kayu. Mereka masih lagi mengamalkan cara tradisional untuk memasak. Mereka kata masak pakai api kayu masakan jadi sedap.

Tepat pukul 10.45 pagi, imam, bilal dan siak kampung serta beberapa orang surau dan kawasan kampung itu bertandang. Majlis tahlil dan marhaban dimulakan. Ianya dibuat untuk memohon keberkatan dari Allah Taala kepada majlis perkahwinan tersebut. Lebih kurang pukul 11.30 pagi, para tetamu yang dijemput sampai untuk makan kenduri. Mulalah si mentara ni sibuk menghidangkan hidangan yang sudah siap dimasak. Cukup saja 5 mata atau 5 jenis lauk dan sayur satu talam, ianya dihidangkan kepada tetamu. Semakin lama semakin ramai yang datang. Tepat pukul 1.15 petang, rombongan pengantin lelaki sampi dan disambut oleh keluarga sebelah perempuan. Apa lagi, balun. Ketepak ketepuk kompang dipalu. Yang main kompang plak budak-budak kecik jer. Pandai betul depa ni…..

Jam di hanset telah menunjukkan pukul 2.00 petang. Saya dan ibu bersedia untuk berangkat pulang. Kena balik cepat sebab ada urusan di Shah Alam. Sebelum pulang saya sempat lagi bersalaman dengan sanak-saudara yang ada. Ada yang terkejut melihat ‘perkembangan’ saya hahaha… paham-paham jela….

Kepulangan saya ke kampung untuk menghadiri kenduri sepupu saya itu agak berbaloi kerana saya berpeluang merasai kemeriahan kenduri kampung secara bergotong-royong ni. Kali terakhir ialah masa saya tingkatan 5 dahulu. Sepelas itu, makan buffet je lah….

Ada lagi satu cerita menarik yang saya dapat daripada anak sulong Mak Lang saya iaitu Abang Haji Che Nor ketika dia mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah. Untung dia, muda-muda dah jadi Haji. Umur tak sampai 40 tahun. Cerita apa? Nantikan dalam post seterusnya…… tungguuuuu……………
"berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"......
para 'mentara' makan dulu sebelum sibuk melayan tetamu yang bakal hadir.....

majlis tahlil dan marhaban dijalankan bagi memberkati majlis......


tetamu jemputan sudah mula bertandang ke rumah pengantin.......