Wednesday, July 30, 2008

THE ART OF WOODS

Dalam pada saya duduk sorang-sorang kat Khulafa tengah hari rembang ni, sambil dok tengok gambar-gambar yang ada dalam laptop ni, terketawa saya melihat satu gambar ni. dan terdetik nama untuk gambar ni.....

The Art of Woods.

Tuesday, July 29, 2008

APA ITU PMC?


yas_pmc@yahoo.com.

'yasir, pmc tu apa?' dah ramai sangat tanya PMC tu apa?
nak tahu?

PMC ni ada sejarahnya. Mula tercipta pada tahun 1997. Ketika itu saya baru mula menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Mudzaffar Shah. Masa tu saya dan rakan-rakan ada menubuhkan satu kumpulan berbasikal. Yang bestnya, basikal kami ni lain dari yang lain. Sebabnya, semua basikal kami yang cat sendiri, malah, cat tu pulak kami tukar 2 bulan sekali. Design yang kami buat saya tak pernah tengok lagi kat tempat lain sampai la sekarang.

Satu petang, kami ramai-ramai pergi ke pasar malam dekat kampung. Sambil jalan-jalan kami singgah sekejap kat gerai jual sticker. Belek punya belek, kami ternampak satu stiker yang simple dan agak menarik dipandang. Stiker itu tertulis “PMC Power” kami semua bercadang nak jadikan nama stiker tu sebagai nama kumpulan kami. Habis semua sticker tu kami borong. Tak ada orang lain yang pakai. Esok tu, semua basikal kami tertampal stiker tu di tempat yang sama di basikal kami. Start dari itu, nama PMC Power dah start heboh satu sekolah. Kemudian lahirlah kumpulan basikal yang meletakkan nama-nama seperti KTC Power (Kampung Tokdin Club), JMC Power (Joki Moto Club), dan banyak lagi. Konon-konon nak lawan kami la. Bukan apa, kami punya basikal semuanya cantik-cantik, dia punya berkilat kalah kereta baru keluar kedai. Dan kadang-kadang kalau ada team lain yang ajak race, kami selalu menang. Siap main duit lagi tu. Nama PMC Power ni bukan saja terkenal kat kampung saya, malah sampai budak-budak Kamunting dan Taiping pun tahu. Ada satu hari pada hari sukan sekolah, satu kumpulan basikal dari taiping “team Hardcore” datang turun sekolah nak cari geng PMC. Nak ajak race. Kami on jer, homeground. Kami menang race tuh. Diorang pun dtang ramai gak. Adalah dalam 40 orang. Tapi akhirnya jadik kawan jugak.

Aktiviti kami, tiap-tiap petang kami akan pergi berkayuh lepak kat Tasik Bukit Merah. Saja nak tayang basikal kat kampung lain. Selain itu, setiap tahun pada hari kebangsaan kamai akan konvoi pergi ke Taiping, sambut merdeka kat sana. Selalunya kami akan parking kat Taman Tasik Taiping. Time tu lagi megah la kami bila ada orang tempatan dan pelancong asing datang tangkap gambar basikal kami. Yelah, basikal cantek. Pastu aktiviti wajib bila dah konvoi ke Taiping, mesti pergi manda Air Terjum Bermiss Pool @ Batu Hampar. Kami juga akan adakan konvoi ke Taiping bila ada Hi-Rev Cub Prix Championship. Masa tu pelumba yang popular adalah seperti Wazi Abdul Hamid, M.Meganathan, dan Obert. Bagi kami, basikal ni dah makan moto dah. Time tu la.

Geng PMC Power ni agak nakal jugak la, samapi satu ketika tu hampir-hampir kena masuk lokap sebab curi Raket Carlton sorang satu dari stor sekolah rendah. Mana taknya, yang kami amik bukan sikit. Ada 20 orang, raket Carlton sorang satu. Raket baru plak tu. Pastu kalau nak main bola, tak yah pi beli, amik jerk at stor. Dah tu bukan nak letak balik, amik buat harta. Bila di kenangkan balik, lawak pulak. Selamatla perangai tu masa kecik-kecik saja, kalau tak…….

Bila sorang-sorang dah abih sekolah, aktiviti PMC dah kurang. Tapi, kalau sebut saja nama PMC kat sekolah, masih ada lagi yang ingat sampikan dulu ada seorang cikgu, Cikgu Azman namanya pernah mendeklamasikan sajak berkenaan PMC sempena sambutan hari guru kt sekolah saya dulu. Itu adalah peristiwa yang kami tak dapat lupakan. Antara bait-bait yang disebut adalah “Basikal PMC warna merah, piiiiiiirah,,,,……..”

Sekarang, semua budak-budak PMC Power dah keja, bawa haluan masing-masing. Alhamdulillah, semua dah jadi orang.

Geng-geng PMC Power

(Lan, Pizal, Aro, Yasir, An, Atan, Seni, Dasa, Muiz, Abang, Adik, Otop, Najib, Wan Tok Din, Lee Kopi, Daddy, Pezul, Orang Kuat, Guk-guk, Guy dan Ju)
INILAH LAKARAN BASIKAL GENG PMC POWER...

Monday, July 28, 2008

PATAH TAK TUMBUH, HILANG TAK BERGANTI….

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya yang pernah mempunyai seorang sahabat yang kini hanya tinggal kenangan. “BAGAK” gelaran yang dipanggil ketika mula perkenalan semasa diploma di UiTM Arau. Sembang punya sembang, satu negeri, Changkat Ibol tempatnya. Kalau dari rumah saya, lebih kurang 30 minit saja. Beliau adalah bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Tengku Bainun Ipoh, kemudian bertukar ke Maktab Tentera Di Raja (RMC). Hebat bermain ragbi. Agak sasa orangnya. Dengan imej Black Metal, dan berambut panjang, susah untuk orang lain mendampinginya. Bagi saya, saya tak kisah, semua saya kawan. Kami berkawan rapat sepanjang pengajian diploma walaupun kadang kala terasa hati dengan perlakuan dan perkataan yang terkeluar darinya. Tapi saya tak ambil kira sangat, biasa la.

Alhamdulillah, setelah tamat diploma, kami sama-sama dapat melanjutkan pelajaran ke Ijazah tetapi berlainan bidang. Saya masih di bidang sukan tetapi beliau ke bidang pendidikan. Semasa awal pengajian kami duduk serumah bersama-sama rakan yang lain. Satu malam, ketika saya seronok dengan beberapa kemenangan yang berturutan (main kosong saja, sapa kalah kena cong) tetiba beliau mengeluarkan beberapa perkataan yang agak kurang @#$%. Tersentak dengan itu sya menjawab. Kemudian secara tiba-tiba saya ditolak semasa sedang duduk sehingga terlentang dikawasan balkoni Apartment Baiduri. Saya cuba bangun untuk melawan, namun rakan yang lain menahan dan menyuruh saya bersabar. Setelah berfikir sejenak, saya kembali tenang dan tidak melawan. Setelah beberapa lama, beliau masuk ke bilik saya untuk memohon maaf. Terus terang saya katakana agak susah naka maafkan dia. Walaupun hanya di mulut melafazkan, tapi di hati agak sukar untuk menerima bila mengenangkan apa yang saya dah lakukan untuk dia sebelum ini. Bukan niat untuk mengungkit, tapi sebagai manusia kita perlu tahu erti “mengenang jasa”. Selepas kejadian tersebut, saya tidak lagi bertegur sapa dengan beliau sehinggalah dia berpindah ke seksyen 17. kami tidak lagi serumah.

Setelah bebeapa lama, saya terserempak dengan beliau dalam satu kejohanan futsal di ISF Seksyen 15. Terkejut saya apabila melihat keadaan fizikal beliau yang telah banyak berubah. Cuba anda bayangkan, berat beliau dahulu adalah lebih 100kg dan memakai baju saiz XXL dan kini seolah-olah beliau sedang memakai baju saiz M. Saya bertanya kepada rakan serumahnya samada dia sakit atau apa. Namun dia sendiri tidak tahu.

Satu pagi pada jam 4.00 pagi semester 5 ijazah, Zubir, rakan rumah saya menerima satu panggilan yang mengatakan Bagak accident kat KESAS dan meninggal dunia ditempat kejadian. Tersentap membisu kami seisi rumah mendengar berita tersebut. Selepas itu kami semua bergegas ke tempat kejadian meredah embun pagi yang sejuk. Sampai saja kami terlihat hanya motosikalnya sahaja yang tinggal. Mayat arwah telah dibawa ke hospital Serdang.

Ketika itu mula saya terbayang apa yang telah terjadi antara saya dan arwah sebelum ini. Saya dengan hati terbuka mengampuni segala apa yang telah berlaku dan menghalalkan segala yang diberi kepada arwah. Walaupun lebih setahun kami tidak bertegur sapa, namun arwah pernah menjadi sahabat saya. Setiap kali saya melalui KESAS terutama di hadapan PROTON sebelah highway KESAS, pasti saya terbayang keadaan arwah ketika terkujur badan di atas jalanraya.

Kepada rakan-rakan yang lain, hargailah ikatan persahabatan yang anda. Hargailah smentara ia ada. Kita manusia tidak tahu ajalnya bila.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh beliau

MOHAMAD FAIZAL BIN ABU KASSIM a.k.a BAGAK DALAM KENANGAN

AL-FATIHAH….



inilah keadaan motorsikal arwah ketika kemalangan

pandangan depan.
semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya....

GLOBAL POSITIONING SYSTEM

Salam, mungkin apa yang saya coretkan agak terlambat. Tapi tak pe, saya nak tulis jugak.

Pada hari Rabu yang lepas bersamaan 23 Julai 2008, En Hisyam telah mengajak saya dan rakan-rakan untuk mengikuti kelas penerangan GPS yang baru sampai di fakulti. Ianya adalah satu benda yang baru bagi saya, biasalah budak kampung, dengar pernah, tengok tak pernah. Setelah diberi keterangan mula la jari jemari ni menekan-nekan punat-punat yang ada. Biasala tak suruh pun dah tekan. Seronok jugakla dapat guna dan belajar benda baru. Bila dah tau function teringin pulak nak ada sendiri punya satu. Insyaallah.




SET BARU GPS







BELUM MULA DAH TEKAN-TEKAN, TUP-TUP NTAH APA-APA YANG KELUAR...



KELAS YANG DIKENDALIKAN OLEH SUPPLIER GPS....

BERANAK LAGI.....................



“Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini mengesahkan 3 orang dari INSTEDT iaitu Wan, Che Adzly dan Syamila sebagai Sahabat PERLU dan 5 orang dari UiTM iaitu Aisyah, Hajar, Sofwan, Dayah dan Atiqah sebagai Instruktur PERLU dengan secara rasmi”

Demikianlah kata-kata yang keluar daripada mulut Presiden PERLU UiTM, Shariman, selepas istiadat perlantikan instruktur PERLU yang baru. Selamat datang diucapkan. Selamat datang ke satu keluarga yang sangat disayangi.

Setelah 3 hari 2 malam menjalani kelas dan aktiviti TOT, kesemua berjaya menamatkan kursus walaupun terdapat satu kejadian yang tidak diningini berlaku. Mungkin ramai yang pelik kenapa 8 sahaja yang diisyhtiharkan? Padahal sepatutnya 9? Nak tahu boleh rujuk PPT. Kepada instruktur yang baru, saya sebagai yang lama ingin berpesan, ingat pesanan yang disampaikan oleh En. Hisyam semasa beliau menyampaikan ucapan semasa sebelum istiadat. “Jangan terasa terlalu besar setelah memakai baju tertulis instruktur, kita manusia, apa-apa boleh jadi. Kita juga perlu mendalami ilmu yang lebih, jangan lupa pelajaran. Sebagai instruktur, kita perlu membantu adik-adik kita yang memerlukan. 3 hari 2 malam tidak cukup untuk mempelajari semua. Yang lain atas daya usaha kita sendiri. Joinlah mana-mana aktiviti, dah dapat, balik, duduk, dan kongsi ramai-ramai” itulah petikan yang sempat saya tangkap ketika beliau menyampaikan ucapan.

Samalah juga apa yang saya katakan, tempoh TOT tak cukup untuk kita penuhkan ilmu di dada. Kita sebagai instruktur perlu mempunyai inisiatif sendiri. Tak perlu menunggu, kta mesti mencari.

Saya berharap agar kemunculan muka-muka baru dapat memantapkan dan memajukan lagi PERLU ke arah yang lebih baik dan berkualiti.

Hidup PERLU.

Sayang semua…….

Tuesday, July 22, 2008

ABSEIL MENARA

Salam kepada semua pengunjung Rembang Waktu. Agak lama tak berblog. Hari ini saya telah menghadiri kelas praktikal Degree in Sport Management Minor A (Part 3) bagi kelas abseiling di Menara Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Seawal 8.15 pagi saya sampai di menara berkenaan. Sampai-sampai saja para pelajar degree sedang sibuk memasang tali untuk aktiviti abseiling. Alhamdulillah, bagi pelajar yang juga instruktur PERLU yang datang pada hari ahad yang lalu dapat mengaplikasikan kembali apa yang telah dipelajari Cuma rintangannya adalah tempat penurunan lebih tinggi. Saya rasa bangga apabila melihat pelajar yang juga instruktur PERLU seperti Syam, Amir dan juga Ayu mengajar rakan kelas yang lain untuk membuat ikatan. Inilah yang kita mahu, aplikasikan apa yang dipelajari. Setelah siap pemasangan tali, aktiviti tertangguh sebentar kerana hujan.

Setelah beberapa lama, aktiviti disambung semula. Dengan Wafi sebagai pelajar pertama yang turun, aktiviti berakhir tanpa sebarang masalah. Kelas tersebut juga agak meriah apabila ada beberapa individu yang datang melihat aktiviti tersebut antaranya Abang Mazlin, Shawn, Mustakim, Abang Ijam, Pelajar Diploma Part 3 (Batch Kenyir 3rd), Pelajar Diploma Part (Bakal Batch Kenyir 4th) dan beberapa orang pelajar Fakuti Kejuruteraan Mekanikal sendiri.



Antara peralatan yang digunakan untuk aktiviti abseiling..........



Pastikan Ikatan kuat dan betul....


Berkongsi ilmu yang ada bersama yang lain....



Dengar dan beri tumpuan bila tok guru mengajar.....



Double check peralatan adalah wajib....

MANA YANG LAIN??????

Pada hari Ahad yang lalu, PERLU telah mengadakan satu program Sehari Bermain Tali. Tapi, mengapa hanya dua tiga kerat sahaja yang datang? Mana yang lain? Nasib baik masih ada orang lain yang sanggup datang untuk menimba ilmu. Terima kasih kepada Pelajar Ijazah Pegurusan Sukan part 3 yang datang untuk memeriahkan program. Tak sia-sia TEAM TACT bawak barang-barang tali dan abseil. Renung-renungkanlah……….


Dalam kelas pon boleh............



Lock and check...........


Jaga elok-elok ........... safety, safety, safety.....

TERLAJAK PERAHU....

“Abang, tak licin ke pakai Crocs tu?” Tanya wani. “ Crocs Ori ma, mana licin….” Saya menjawab....

Ditakdirkan tuhan, setelah selesai aktiviti waterfall abseiling Sekolah Sri Aman Petaling Jaya di Janda Baik pada 18 Julai 08 yang lalu, dalam perjalanan turun yang tak sampai 2 minit perjalanan, saya telah jatuh tergelincir sebanyak 4 kali. Kali pertama baru 10 - 15 langkah saya jatuh terduduk sampai tergigit lidah, kali kedua selepas 20 - 25 langkah selepas jatuhan pertama buluh hampir tertusuk ke perut. Nasib baik buluh tersebut tak tajam. Kalau tidak, Nauzubillah... kali ketiga saya tergelincir sekali lagi yang mengakibatkan saya tergelongsor hampir 3 meter ke bawah serta luka di tapak tangan dan kali keempat sejurus sebelum sampai ke bawah waterfall 6. Sampai saja kat bawah waterfall 6, Shawn, Mus dan Black ketawakan saya kerana habis kotor dengan tanah.

Di dalam hati mula rasa tak sedap. “apa dah jadi? Aku salah cakap ka?” kemudian baru saya teringat. Ini mesti sebab jawapan yang saya berikan kepada Wani di atas tadi. Cepat-cepat saya beristighfar. Masyaallah, aku silap cakap tadi.

Hari itu, mungkin saya terleka seketika. Tak berfikir bila bercakap. Cerita ini bukanlah sebab nak buka pekung didada atau malukan diri sendiri, tapi sebagai teladan dan pengajaran kepada pengunjung dan rakan Rembang Waktu. Ingat, jangan main suka saja bila bercakap. Sekejap saja kita buat silap “cash” Dia bayar….

Nauzubillah……..

CAMP CRAFT

Pada hari Khamis yang lalu, saya, Shawn dan Mustakim diberi amanah oleh En. Hisyam Che Mat untuk mengajar pelajar diploma untuk kelas camp craft. Tepat pukul 7.00 pagi kelas dimulakan oleh Shawn dengan memberi beberapa penerangan mengenai apa itu camp craft. Kemudian para pelajar diberi tugas untuk membuat Khemah Pusat. Nak tau apa jadi? Macam-macam jadi. Ada beberapa kesalahan yang ketara dapat dilihat. Tapi tak mengapa, belajar dari kesilapan. Kelas berjalan lancer setelah beberapa teguran di berikan. Tapi sayang tak semua yang hadir. Ada juga Instruktur PERLU dan beberapa pelajar Ijazah Pengurusan Sukan yang datang. Selain dapat membantu mereka juga dapat belajar.



Shawn jadik lecturer sekejap....



Apa yang pelik?



berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..........



pendek sama dipegang, panjang sama ditarik....

Wednesday, July 16, 2008

PEMBAWA VIRUS.......

“Ko batuk ke Yasir, kak Liza ada ubat. Nak?” tegur kak Liza Masa kat rumah En Hisyam semalam.

Sejak beberapa hari yang lalu, saya telah diserang selsema dan batuk teruk. Ramai kawan-kawan yang tegur bila saya batuk teruk. Sekarang, dua tiga rakan dah berjangkit. Kepada kawan-kawan, saya mintak maaf, tiadak ku minta dapat selsema, tidak ku minta ia berjangkit.

Saya macam biasa memang susah nak makan ubat. Kecuali ubat, cair. Semalam saya pergi kerumah En Hisyam, Kak Liza tegur bila saya batuk lalu menawarkan ubat batuk yang dia ada. Alhamdulillah, walaupun ubat tu agak pahit sedikit dan mengantuk, pagi tadi saya agak kurang batuk. Terima Kasih kak Liza.

Mintak-mintak saya cepat baik…..

Amin…….

Saturday, July 12, 2008

MASA KECIK..............

Cuba tengok betul-betul, agak-agak sapa anak cina ni? Anak kecil yang baru berumur setahun lebih. Dilahirkan pada 7 April 1984, di Hospital Besar Taiping Perak.


Ini pula adalah bapa kepada kanak-kanak tersebut, seorang mualaf yang berasal dari Kampung Dew, Taiping bernama Mohamad Foo bin Abdullah @ Foo Wah Hoon (dalam kenangan)


Ini pula adalah ibu kepada kanak-kanak berkenaan. Seorang perempuan melayu yang berasal dari Kuala Sepetang, Port Weld. Dilahirkan pada tanggal 25 April 1945.

Ini pula adalah adik lelaki kepada kanak-kanak tersebut. Dilahirkan ditempat yang sama dengan abangnya pada tanggal 4 September 1985 dan diberi nama Mohamad Rizuan Foo bin Mohamad Foo

Ini pula adik perempuan kepada kanak-kanak tersebut. Juga dilahirkan ditempat yang sama pada tanggal 21 Disember 1987. diberi nama Sharifah Noor Foo binti Mohamad Foo

Ini pula keluarga dan adik beradik kandung sebelah arwah bapa kanak-kanak tersebut (kakak kandung dan anak saudara)......

Friday, July 11, 2008

MEETING.....

(sesi pertama)

11-6-08 tepat 8.30 mlm, alhamdulillah kali ini PERLU berjaya memulakan mesyuarat pertama untuk semester baru tepat pada masanya walaupun sebahagian kecil ahli dan alumni sedikit lewat. Agak ramai ahli persatuan yang datang. Seronok tengok bila ramai. Banyak isu yang berbangkit dan terbangkit. Agenda disusun cantik, ikut flow, tahniah.

(sesi kedua)

Setelah tamat sesi pertama, ada pula sesi kedua, bersama alumni. Bukan nak melatah, tapi berpesan. Mungkin method dan cara penyampaian akan dianggap kurang bersesuaian, tapi macam kena buat jugak. Mungkin ada dikalangan ahli persatuan yang tak sedar dan nampak, kami alumni datang tanpa segan untuk menyedarkan. Kami tak pernah sempurna, kami tak pernah gah, kami tak pernah cukup ilmu di dada, tapi atas dasar ‘SAYANG’, tanpa rasa segan cuba datang unuk membantu. Saya sendiri tidak pernah melalui “ZAMAN GELAP” PERLU. Tapi bila mendengar dan banyak bertanya dari beberapa belah pihak mengenai sejarah persatuan, ianya saya anggap sebagai satu teladan dan amik pengajaran. Saya dalam PERLU pun tak lama. Tapi banyak terhutang budi dan ilmu kepada PERLU. Rasa sayang macam dah 10 tahun bersama.... Jika semua ahli sekarang ada rasa yang macam saya rasa, mungkin tindakan yang sama akan di ambil. Bagi saya, lebih baik mencegah dari mengubati. Jangan kesilapan yang lama berulang.

“BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH”

“KITA BUKAN SUPERMAN, TAPI “PERLU” ITU ADALAH SUPERMAN”

* renung-renugkanlah.........

Thursday, July 3, 2008

MAKAN-MINUM MANDI-MANDA

Pada hari Ahad yang lalu (29 Jun 2008), PERLU Selangor telah menganjurkan satu program ala-ala gathering alumni PERLU. Tak ramai yang datang tapi meriah juga la. Sampai-sampai saja , kami mendirikan khemah pusat. Dah macam pergi camping 3-4 hari plak. Kaum hawa pulak menyediakan makanan untuk sarapan dan makan tengahari. Abg Malin ngan Shawn pulak keluar cari buah. Selepas sejam, mereka pulang. Nah, sebakul durian dibawa pulang juga beberapa jenis buah lagi seperti mata kucing, dokong, moktan (rambutan) dan manggis. Puas hati hadap buah. Lepas makan ramai-ramai terjun sungai mandi. Mak aih, punya sejuk air dia. Dah lama tak mandi sungai. Teringat masa kat Latta Hammer dulu. Petang pulak kami ada sedikit perbincangan mengenai PERLU Selangor. Apa yang dibincangkan? Adala.... untuk Alumni sahaja......rugi kepada sesiapa yang tak datang......



beberapa jenis buah yang terhidang pada hari tersebut


ha, kopek jangan tak kopek


masing-masing pakat tak sedar, semua sibuk pulun.....


tak tau nak kata, ini reaksi apa....


ha, yang ni isi baik punya cik su.......


Terima kasih kepada semua kerana sudi menjemput kami untuk turut serta. Terima kasih juga kepada yang turut hadir.

(En. Hisyam, Kak Liza, Kamil, Kamelia, Cik Sue, Abg Malin, Kak Nurul, Maisarah, Abg Adabi dan Isteri serta anak sulongnya, Kak Yazilah, Hafiz Tahar, Angah (kawan Kak Nurul), Shawn, Mustakim, Abe, Ajoi, Lan, Diela, Awie dan diri saya sendiri....)

PENGADIL BIDAN TERJUN

Pada 28 Jun 2008, saya dan beberapa kawan saya menjadi pengadil futsal di Sport Planet Seksyen 16. Dah lama sebenarnya saja tak tiup wisel ni. Masa awal-awal belajar dulu adalah. Tapi bila mengenangkan orang meminta tolong, jadi kita tolong lah. Saya, Black, Ajoi, dan Adiem bersama-sama jadi pengadil. Awal pagi lagi kami sampai di tempat pertandingan. Pada peringkat kumpulan, sudah ada bermacam-macam masalah. Tak puas atilah, bantahanlah, caci-maki pengadillah, dan macam-macam lagi, tapi kami pengadil sabar jer, tak nak ada masalah lain yang jadi. Biasa la, susah nak puaskan hati ‘orang’ ni.

Tapi Alhamdulillah, tiada kes-kes yang tak diingini berlaku. Pertandingan tamat pada pukul 6.30 petang. Kami pengadil semua bergerak pulang.

Disini saya ada nasihat buat penganjur. Sebelum menganjurkan sesuatu event, mestilah merujuk kepada yang berkenaan dahulu, ini tidak nak pikir jalan jer. Kita mestilah pandai merancang dan melaksana. Memang mustahil tiada masalah akan timbul, tapi sekurang-kurangnya kita kenalah bersedia. Nak tergagau-gagau bila ada masalah. Mungkin ini adalah event pertama mereka. Diharap dari event ini mereka dapat pengajaran dan pengalaman. Belajar dari kesilapan



Pasukan Panar FC berjaya merangkul juara


suasana ketika kejohanan


tempat kejohanan

MALANG TAK BERBAU

Pada 26 Jun 2008, TEAM TACT telah dijemput untuk mengendalikan aktiviti Abseiling di Sekolah Menengah Teknik Shah Alam, Seksyen 26. Antara yang turut serta mengendalikan program ini ialah saya sendiri, Mustakim, Shawn, Diela, dan Lenny.



Diela, Shawn, Mus dan Lenny sibuk setting tali....



Alhamdulillah, sesi pertama sebelum kami berehat sebentar berjalan dengan lancer. Setelah berehat seketika, kami sambung balik. Saya bertukar dengan Mustakim setelah saya menjadi sebagai pelepas diatas pada sesi pertama tadi. Selepas beberapa minit Mus naik keatas, tiba-tiba ada seorang pelajar memanggil saya meminta First Aid Kit. Saya tanya kenapa dan dia kata abang kat atas luka. Saya pun bergegas naik keatas dan terkejut melihat lantai koridor penuh dengan titisan darah yang masih cair.

Kemudian saya pandang ke arah Mus yang sedang memegang tangan kanannya yang berlumuran darah. Cepat-cepat saya membuka First Aid Kit yang kami bawa. Semasa merawat Mus, mengucap saya tengok tangannya yang terbelah agak dalam. Macam mana boleh kena saya dia pun tak tau. Tau tau ja dah meleleh darah. Pada masa yang sama pula, Shawn pula sampai dan terus suruh dia hantar Mus ke klinik berdekatan kerana luka Mus memerlukan jahitan.




peserta yang terdiri dari pelajar sekolah menanti giliran untuk pakai harness.


antara aktivitio sampingan pada hari tersebut


Selepas itu terpaksalah saya dan Lenny mengendalikan Abseiling berdua sahaja. Setengah jam selepas itu, Shawn dan Mus balik. Nasib baik tak teruk, kena 4 jahitan sahaja. Itulah orang kata, malang tak berbau. Bila-bila boleh jadi. Tapi kita manusia kenalah berwaspada dan berhati-hati setiap masa.




mus, menunjukan luka yang telah selamat dirawat. merasa la jugak 4 jarum....

"TOGETHER EVERYONE ACHIVES MORE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua….
Awal mula pertama mula, saya ingin memohon maaf di atas keterbiaran saya terhadap laman sesawang saya yang kian bersawang. Tapi tak pa, hari ini saya akan bersihkan sawang yang ada.....

Pada 21-22 Jun 2008 yang lalu saya dan TEAM TACT telah mengendalikan satu program team building untuk Proton Parts Center, Cawangan Prai dengan jayanya. Walaupun Cuma 12 orang peserta (termasuk seorang bukan staf) namun, bagi saya program yang bertemakan "TOGETHER EVERYONE ACHIVES MORE" ini berjaya dilaksanakan. Pada pukul 3.30 petang, semua peserta tiba di Damai Park Resort, Lembah Bujang. Walaupun lari sedikit dari masa yang sepatutnya mereka sampai. Sepatutnya program bermula pukul 3.00 petang. Tapi tak mengapa, kita hanya merancang tapi Allah jua yang menentukan. Namun, program tetap berjalan dengan sedikit perubahan. Sesi pengenalan dan taklimat dikendalikan oleh sahabat saya Shawn dan kemudian Abg Malin, Mustakim dan saya memperkenalkan diri seorang demi seorang. Selepas itu, sedikit permainan diadakan bagi membiasakan peserta dengan tempat itu.

Pada pukul 5.30 petang, saya dan Mustakim mengambil alih tugas untuk membawa peserta untuk aktiviti Jungle Trekking di bantu oleh Pak Ngah (guide kawasan itu). Dalam perjalanan para peserta berpeluang melihat kawasan hutan ditempat itu termasuklah kebun-kebun yang berdekatan. Mereka juga dapat melihat sarang lebah madu hutan di pohon pokok ketapang. (kalau tak silap). Dihujung perjalanan, Pak Ngah membawa kami melawat tempat bersejarah iaitu di Muzium Candi Lembah Bujang. Saya pun sebenarnya pertama kali sampai ke tempat itu. Selama ni tengok dalam buku sejarah jer, itu pun masa sekolah.




Pak Su menunjukan sesuatu kepada peserta ketika aktiviti jungle trekking




Malam pula, para peserta dikehendaki menyempurnakan malam barbeque. Mereka perlu merancang dan menguruskan majlis tersebut. Alhamdulillah, mereka berjaya melaksanakan tugasan yang diberi. Ditambah pula dengan kejutan yang TEAM TACT beri kepada beberapa orang peserta yang menyambut hari lahir pada bulan jun. TEAM TACT menyediakan kek sambutan yang memerlukan peserta yang disambut meniup lilin. Mungkin peristiwa itu akan membuatkan mereka sentiasa mengingati TEAM TACT. Hahahahaaaa……









Para peserta bersama-sama menyiapkan hidangan barbeque.


Keesokan paginya, para peserta dibawa untuk membuat aktiviti-aktiviti luar seperti pencarian si buta, laluan si buta, dan perjalanan labah-labah. Alhamdulillah semuanya selamat melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Pada jam 4.00 petang program tamat dan kami pun bersiap untuk pulang ke Shah Alam.





peserta sedang mencuba memasang khemah dengan mata tertutup.



peserta di bawa untuk meneruskan aktiviti laluan si buta




peserta bekerjasama untuk melepasi halangan sarang labah-labah...


TEAM TACT bersama peserta Proton Parts Centre.