Tuesday, July 23, 2013

KELASI KAPAL

Setiba sahaja saya di ofis, telefon saya berdering. Satu panggilan dari satu nombor yang tidak dikenali tertera di skrin. Jari men"slide" menjawab panggilan. 

"Assalamualaikum, ini yang punya blog Rembang Waktu cerita pasal kelasi kapal ker?"


Berkerut dahi seketika. Tak pernah pulak saya post cerita pasal kelasi kapal. Gambar atas anjung kapal ada la. 

Rupanya panggilan tersebut adalah daripada seorang ibu yang berusia 43 tahun yang sedang membuat survey di dalam internet berkenaan "Kelasi Kapal" untuk anaknya yang baru menerima tawaran belajar di Akedemi Laut Malaysia (ALAM). Beliau menjangkakan sekiranya anaknya mengikuti kursus di ALAM, kerjaya anaknya akan menjadi seorang Kelasi Kapal. Sebagai seorang Ibu yang bertanggungjawab, beliau melakukan survey setelah mendengar pendapat yang positif dan banyak negatif sekiranya menjadi seorang Kelasi Kapal. Memang benar bagai dikata, kehidupan sebagai seorang Kelasi Kapal banyak dugaan dan cubaannya. Tidak kira secara rohani dan jasmani. Saya sendiri telah beberapa kali mendengar cerita dari beberapa orang bekas kelasi kapal yang mana cerita yang disampaikan adalah seperti yang disangkakan. 

Moral dari apa yang terjadi ini, saya terfikir, tindakan hamba Allah ini patut dicontohi. Sebagai seorang ibu yang bertanggungjawab, beliau memikirkan lebih jauh demi untuk kebaikan dan keberkatan hidup yang bakal ditempuhi oleh anaknya. Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang memandang enteng beberapa perkara yang berkaitan keberkatan dalam kehidupan anaknya. Namun bagi hamba Allah ini, wang bukan segalanya sekiranya tiada keberkatan dalam rezeki. Terima kasih kerana menghubungi saya dan berkongsi cerita dan pendapat. 


P/S: Proud sebab blog jadi rujukan walaupun salah tajuk. hahahah.....
.