Showing posts with label TEAM TACT. Show all posts
Showing posts with label TEAM TACT. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

GATHERING 1001 AL-KISAH...

29 Disember 2010 - 1 Januari 2011 aku ke PD dan Melaka. Ada gathering family kedua aku , PERLU. Gathering kali ini adalah gathering yang paling grand pernah aku hadir. Tapi ramai jugak yang tak dapat hadir. Sampaikan ada yang call dari ujung tanah nangis2 tak dapat nak ikut... hehehe.... Kat PD rutinnya, bangun pagi sarapan, swimmig pool, volleyball. Petang, makan tengahari volleyball, swimming pool, lajak sikit ada beach games. Kira fun and leisure gak la. Dah nama pun gathering bukannya team building. Memang best.

Tambah pulak malam pertama ada final kedua Piala Suzuki AFF Malaysia - Indonesia. Gamat suasana meraikan kejayaan pasukan negara menjuarai kejohanan tersebut. Malam kedua dengan sessi makan malam dan karaoke. Tapi yang terkejutnya, ada ka patut backdrop pakai nama aku. Patut tanya la nak letak apa. Dah macam majlis nak rai diri aku plak. Tapi suasana tetap fun, masing-masing nak test bakat sampai ke tengah malam.

Esoknya pulak kami bertolak ke A Famosa Resort, Melaka. Time tu dah ada yang balik, dan ada pula yang datang. Malamnya pi layan Carnival Show kat Koboi Town. Mula-mula layan dengan persembahan Red Indian Main Api, lepas tuh perarakan dan kemudian letusan bunga api. Tapi nak dijadikan cerita, suatu kejadian yang tak diingini berlaku. Bikin Spoiled ja orang nak happy-happy. Mood nak tgk bunga api tahun baru terus hilang. Boleh saman tuh....


Esok pagi pulak kami bergegas ke Safari. Layan 2 - 3 show. Petang mandi waterworld. Dah lama taram.... Kali kedua p baru dapat mandi. Program berganjak sampai ke malam. Layan ikan bakaq pulak kat Umbai. Memang sedap.... Pastu ada la sikit majlis ringkas meraikan 5 alumni punya besday. 1 kek kongsi 5. Sharing is caring... yang tak tahan sekali, yang beli kek tu rupanya beli untuk diri sendiri. hahaha... Dia pun tak tau... aku pun tak tau, semua pun tak tau.... Alhamdulillah program dan majlis berjalan lancar dan menjelang 12 tengah malam kami pun berangkat pulang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Kepada pihak pengurusan tahniah kerana berjaya merancang dan menjalankan program ini. Namun ada aspek-aspek pengurusan yang perlu diperbaiki. Manusia tak sempurna.




P/S: Selamat menyambut hari lahir kepada yang diraikan... Kak Nurul, Kak Ema, Itik, Ayu dan Atiq.... Moga Panjang umor, murah rezeki dan bahagia hingga ke akhir hayat....
.

Wednesday, August 11, 2010

REDANG ISLAND




Tak tau nak citer macam mana, post gambar jer.... hehehe...
.

Monday, February 22, 2010

MY BEST FRIENDS WEDDING

Pada tanggal 14 Februari 2010, ada dua sahabat saya menamatkan zaman bujangnya. Mohamad Rafsan Saadun a.k.a. Shawn a.k.a. Hakikat Rimba dan Mohd Syarnizal Ghazali. Pengembaraan bermula dari tanggal 12 Februari 2010. Sebanyak 8 buah kereta bergerak ke Pengkalan Hulu, Perak untuk rombongan pengantin lelaki bertandang ke rumah pihak pengantin perempuan Aminah bt Ismail. Tidak banyak sangat persiapan pihak lelaki dilakukan kerana hanya bertandang. Di hari pernikahan kami beramai-ramai menuju ke Masjid Kampung Kuar Luar, sekali lafaz sahaja Shawn. Alhamdulillah... Tengahari pula kami berarak ke rumah pengantin perempuan. Disambut meriah dengan paluan kompang. Setelah selesai, kami beransur pulang. Malamnya, setelah tinggal 4 biji kereta, (yang lain dah balik) kami ke Kolam Air Panas Baling. Dulunya, saya pernah sampai ke sini semasa baru sahaja menamatkan pengajian diploma kat Arau dulu. Terkenang kembali kisah lama.
Keesokannya kami bergerak ke Pulau Pinang melalui Kulim untuk ke Majlis sahabat saya lagi seorang, iaitu Shar Si Abang Tanjung. Lebih kurang pukul 3.00 petang baru kami sampai tempat yang dituju. Kat sana pula saya berjumpa dengan rakan-rakan lain yang sama kursus dahulu. Lebih kurang pukul 4.30petang, saya dan CK terus beransur pulang ke kampung. Dah dekat.

Sampai dikampung saya disambut ibu tersayang dan telah tersedia beberapa juadah makanan. Alahai, perut pulak baru lepas diisi. Kenyang lagi. Kena tunggu malam la baru boleh refill. Keesokannya pulak, kami bertiga bersiap sedia untuk menerima kunjungan 3 buah kereta dari Penang nak singgah makan Nasi Ayam dan Laksa Mak Tam. Tunggu punya tunggu punya tunggu, pukul 5.00 petang baru sampai. Lepas makan pakat ramai-ramai ke belakang rumah saya pi bendang. Pastu ramai-ramai jadi model tangkap gambar kat sana. Rasa seronok bila ramai kawan-kawan sudi datang ke rumah. Lebih kurang pukul 8.00 malam, Mereka berangkat pulang.
Saya pulak malam tu, bersama CK dan Mak bergerak ke Kamunting untuk pergi melawat ke rumah Kakak saya sebelah cina sempena mereka menyambut perayaan Qong Xi Fat Chai. Keesokannya saya beransur pulang ke Shah Alam tapi dalam perjalanan sempat singgah di Gopeng, kononnya nak melawat rakan-rakan dan peserta Final Camp, tapi sayangnya hari tu depa semua dok tgh packing dan dismantle barang untuk pulang ke Shah Alam.
Hampir pukul 12.00 tengah malam baru saya sampai rumah. Letih jugak berjalan ni.

Tak habis di situ, perjalanan kami diteruskan lagi ke Jengka Pahang pada 19 Februari 2010, Pihak pengantin lelaki pulak. Kat sana kami check in satu malam. Keesokan paginya kami mula sibuk membuat persiapan. Dalam pukul 11.30 pagi, jemputan mula kunjung tiba, makin lama makin ramai. Saya pulak ditugaskan untuk menjemput rombongan pengantin perempuan di Jerantut. Setengah jam perjalanan dari Bandar Pusat Jengka. Ramai rakan taulan yang datang. Termasuk juga Keluarga Tiga Segi PERLU. Meriah sungguh rasanya. Hampir Pukul 4.00 petang, keadaan mula reda, tetamu yang datang semakin sikit dan sikit. dapat la hela nafas sikit. Lebih kurang pukul 9.00 malam selepas makan saya, CK, Ekin dan Sha bertolak pulang ke Shah Alam.
p/s: Selamat Pengantin Baru kepada Shawn dan Minah, Shar dan pasangan. Terima kasih kepada A.Malin, Kak Nurul, Apit, Yus, Boxer, Adam, John, Boyington, Mel, Kak Ina kerana sudi mencemar duli bertandang kerumah saya, dan kat Mak abg ucap jutaan terima kasih sebab masak sedap-sedap dan tak lupa jugak kepada CK kerana banyak tolong Mak.
.

Wednesday, February 3, 2010

HARIAN METRO PULAK...

Harian Metro VARIASI Page V4... 04 Februari 2010



Wednesday, December 30, 2009

UNTUNG SAMA-SAMA

KEPADA KAWAN-KAWAN YANG MENGENALI SAYA SAHAJA. NAK BAGI KAWAN-KAWAN MERASA UNTUNG SAMA-SAMA. LABUR RM 5K DAPAT RM 1.5K SETIAP BULAN SELAMA 5 BULAN, LABUR RM 10K, DAPAT RM 3K SETIAP BULAN SELAMA 5 BULAN, LABUR 15K DAPAT 4.5K SETIAP BULAN SELAMA 5 BULAN, LABUR 20K DAPAT 6K SETIAP BULAN SELAMA 5 BULAN.... ANDA TAHU SIAPA SAYA, ANDA TAHU ASAL SAYA, ANDA TAHU MANA NAK CARI SAYA. LEBIH UNTUNG DARI ASB. HUBUNGI SAYA JIKA BERMINAT..

Wednesday, December 23, 2009

Tuesday, December 22, 2009

Tuesday, November 17, 2009

SKEAPING......

Dua hari lepas balik dari Langkawi, saya, Shawn, Boxer dan Abey ke Latto Charok Janda Baik. Ada group buat 'basic survival cooking' dari Standard Chartered Bank. Participant tak ramai cuma 23 orang jer, tapi saya bagitau diorang "You should be proud. Why? Becoz not everyone willing to learn about survival". Kene pulak dalam group tu ada yang tak paham bahasa Melayu, tu yang kena skeaping skit.
Masa bagi intro kat bawah ok lagi, bila dah kat atas, masa bagi penerangan tentang survival, rasanya banyak benda saya ulang 2 3 kali gak. Bukan apa, cuma kita ni lidah belacan, depa lidah spagheti. Bab skeaping ni tak la fasih sangat, tapi dah kata produk UiTM, kena la ada ciri-ciri produk UiTM. Harap depa paham la apa yang saya cakap.

Yang penting basic survival diorang dah tahu. Walaupun tak semua berjaya siap masak, namun masih ada kumpulan yang menunjukkan hasil yang boleh dibanggakan. Ada yang improvise bahan dalam hutan, ada yang berjaya masak nasi dalam buluh (well done pulak tu), ada yang masak nasi sardin (nampak sedap) dan ada yang sungguh-sungguh hidupkan api (walaupun sampai masa dah nak tamat api tak nyala).

Mungkin ada yang terasa susah sebab hujan turun, tapi feedback yang kami dapat mereka rasa seronok dan lebih adventure. Kira ok la tu. Masa nak trekking balik, semua pakat menggelungsur sebab trek dah jadi licin. tapi Alhamdulillah, semua selamat sampai kat bawah.


p/s: memang nak eja "SKEAPING"...
.

Sunday, October 4, 2009

Wednesday, August 26, 2009

LAMAN WEB RASMI TEAM TACT...

Setelah hampir sebulan, saya cuba dan belajar untuk meng'update'kan laman web portal rasmi TEAM TACT. Banyak juga yang perlu saya explore. Banyak try and error yang saya buat.

Apa yang istimewa? Anda boleh mendaftar menjadi member dan berkongsi idea serta komen bagi sama-sama membangun dan memajukan lagi laman web tersebut. Dalam laman tersebut juga menawarkan pakej-pakej istimewa untuk para pengunjung. Nak tahu lebih lagi, silalah ke www.teamtact44.com ....
.

Thursday, August 13, 2009

MATSUSHITA...

Salam...
Semalam selepas kelas Bubble Maker saya menerima panggilan dari bekas Presiden Pertama PERLU UiTM. Beliau memberitahu bahawa dia memerlukan pertolongan untuk handle management games untuk pemain-peman sepak takraw Sime Darby di Kompleks Sukan Matsushita, Seksyen 21. Saya ditemani Farah (student praktikal) pun pergi ke sana pada pukul 1.30 petang. Yang best tu, ada 4 orang pemain dari Thailand. Selamatlah dalam 4 orang tu ada seorang yang paham bahasa Inggeris. Kalau tak "sawadikap" ngan "kapkunkap" ja yang aku sebut. Alhamdulillah semua pemain tersebut dapat mengikut rahan dan enjoy dengan aktiviti yang saya handle. Mengikut kata Abg Adabi, mereka semua baru kenal tak sampai 24 jam lagi. Tapi selepas beberapa aktiviti dilakukan, mereka semua nampak lebih mesra dan ramah sesama sendiri apabila memperkatakan semula tingkah laku dan perkara yang berlaku semasa melakukan aktiviti. Yang paling saya respect adalah pemain dari Thailand. Ketika melakukan aktiviti Trust Circle dan Trust Fall (uji kepercayaan terhadap rakan-rakan) mereka dengan yakin menjatuhkan diri dan percaya bahawa rakan mereka akan menyambut walaupun baru saja berkenalan. Bukan saya nak merendahkan pemain tempatan, tetapi sikap percaya pada rakan agak kurang berbanding dari pemain Thailand. Setelah pukul 4, saya menamatkan aktiviti bersama mereka.




..



Tuesday, July 28, 2009

SAMA TAPI TAK SERUPA...

Mungkin ada yang perasan, mungkin ada yang tak. Tapi saya jumpa seorang ni masa saya bawak group buat program kat Bukit Cerakah. Bila diamati dah macam yang saya kenal. Habrina Aziz. Kawan-kawan tengok la, sama ka dak????

.

Tuesday, June 9, 2009

PANGGILAN PULAU...

Pada 29 Mei - 2 Jun 2009, saya dan Team TACT telah ke Pulau Pangkor untuk mengendalikan program Semangat Sepasukan Atlit Olahraga SSBJ. First Team (saya, Shawn, Angah dan Kak Sheila) tiba awal sehari di sana. Kali ini adalah kali kelima saya sampai di Pulau Pangkor dan baru kali ini saya tahu asal usul nama pulau ini. Ianya apabila saya ternampak satu bangunan yang tertulis nama "CHEE PANG KHOR". Kemudian saya terfikir. Owh, patutla.....Selain itu, inilah juga pertama kali bagi saya pusing satu Pulau Pangkor (darat). Sebelum ni hanya sampai Teluk Nipah, Pasir Bogak, Teluk Segadas dan Kota Belanda.



Keesokkan harinya group sampai. Kami dah aturkan segala aktiviti untuk group ini sehingga hari keempat. Pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan antaranya Abseiling, Kayak, Explorace, War Game, Night Walk, Swot, dan banyak lagi. Alhamdulillah, group kali ini tak macam group yang sebelumnya dari SSBJ. Group kali ini lebih berdisiplin dan menepati masa. Agak terkejut jugak kami bila mendapati mereka amat berbeza dari group yang pernah kami bawa semasa di Janda Baik dulu (Atlit Badminton). Langsung tidak pernah terlewat apabila kami mengeluarkan arahan untuk berkumpul dan membuat aktiviti. Kalaulah sifat seperti ini ada pada semua atlit, sukan kita sudah pasti akan lebih berjaya.


P/S: Majulah Sukan Untuk Negara......

Monday, May 18, 2009

D-DAY SAS-IEC PULAU TIOMAN 09.05.09

PULAU TIOMAN

Day 1
Sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di Pulau Tioman, kami semua bergegas menyalin pakaian untuk pergi ground orientation. Tunggu punya tunggu punya tunggu, transport tak sampai-sampai. Lebih kurang pukul 2.30 petang setelah hampir 2 jam menunggu baru ada. Tempat pertama, adalah starting point. Lepas tu, entrance trek hutan, dan lepas tu terus ke exit trek dekat Masjid Tekek.

Kemudian marshall dibahagi 2, satu team ke Marine Park, satu lagi kena ke Kampung Juara. Sesampai saja di Kampung Juara, masa nak patah balik tu, kereta Mazda Fighter pulak rasa len macam. Rupa-rupanya tayar pancit sebelah. Terpaksa la pulak tunggu kawannya datang tolong. Itu tak termasuk lagi kena tunggu kat puncak, kereta over heating masa datang tadi. Hampir setengah jam tunggu, bantuan sampai. Siap pasang, kami dihantar ke Marine Park. Tapi hampa, semua dah on the way balik. Untuk pengetahuan, Marine Park adalah CP wajib bagi semua marshall.



Day 2

Hari ini, marshall dibahagikan kepada beberapa team. Satu team masuk trek hutan Berjaya yang agak mencabar. Satu team ke trek hutan Kg Juara. Yang lain menyediakan kelengkapan dan presentation. Sekali lagi, petang itu semua marshall ke CP wajib. Untuk makluman, CP wajib adalah tempat dimana semua marshall akan berkumpul dan menjalankan aktiviti terjun menerjun.


Day 3
Hari ini, dah tak banyak kerja yang perlu dilakukan, cuma habiskan sahaja baki-baki signage yang perlu diletakkan di sepanjang jalan pekan Tekek. Nak letak awal-awal, takut dicabut. Lagi sekali petang tu, macam biasa. Kena lapor kar CP Wajib.
Malamnya pulak ada taklimat perlumbaan, disampaikan oleh Race Director.

D-DAY SAS-IEC PULAU TIOMAN
Seperti di Tasek Bera, semua marshall bangun awal bersiap sedia untuk melaksanakan apa yang dirancang. Tepat jam 7.30 pagi, semua marshall mula bergerak untuk ke CP masing-masing. CP saya di puncak bukit bersama dengan Cikgu. Seperti biasa kami menjangkakan peserta pertama yang akan keluar dari hutan Berjaya adalah selepas dua jam. Ini kerana semasa menbuat survey sebelum ini, ianya memakan masa lebih kurang 6 jam untuk keluar. Sekali lagi, peserta Kenya membuatkan saya dan yang lain terkejut. Beliau hanya mengambil masa selama 58 minit sahaja untuk keluar dari trek Hutan Berjaya. Dengan keadaan yang cedera di kepala dan kaki, beliau meneruskan perlumbaan dengan pantas. Tak sangka kami dibuatnya.
Pukul 4.00 petang, perlumbaan diisytiharkan tamat. Semua marshall berkumpul semula di Pesona Resort. Masing-masing dah collapse setelah mengerah semua tenaga untuk menjayakan apa yang telah dirancang. Alhamdulillah semua selamat.

MALAM JAMUAN RAKYAT
Pada malamnya pula, seperti tahun lepas, jamuan rakyat bersama Tuanku Sultan Pahang diadakan.
Tapi yang tak puas hati kami terasa seperti, "habis madu, sepah dibuang". Tidak meminta untuk dihargai, tapi at least bagi la kami sedikit ruang dan peluang setelah berhabis keringat melaksanakan tugas. Kami seolah-olah tidak dilayan dan membuat keputusan untuk keluar dari majlis. Ramai-ramai kami mencari kedai untuk mengisi perut yang telah lama berbunyi. Nasib baik ada jugak gerai makan berhampiran yang masih dibuka.

Esoknya, kami keluar dari Pulau Tioman pada jam 10.00 pagi.
Alhamdulillah, perjalanan sebelum, semasa dan selepas perlumbaan di Pulau Tioman adalah lebih baik daripada di Tasek Bera. Mungkin belajar dari kesilapan dan kesalahan.

Terima kasih kepada semua Marshall yang terlibat.
"Kak Sheila, Ateh, Anis, Cikgu, Ajoy, Boyington, Boy Raziff, Abey, Lah, Pejol, Epul, Mus, Yasir, Apit, Zarul, Syam, Shawn (Chief Marshall) dan Abg Malin (Race Director)"
.