Monday, May 18, 2009

D-DAY SAS-IEC PULAU TIOMAN 09.05.09

PULAU TIOMAN

Day 1
Sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di Pulau Tioman, kami semua bergegas menyalin pakaian untuk pergi ground orientation. Tunggu punya tunggu punya tunggu, transport tak sampai-sampai. Lebih kurang pukul 2.30 petang setelah hampir 2 jam menunggu baru ada. Tempat pertama, adalah starting point. Lepas tu, entrance trek hutan, dan lepas tu terus ke exit trek dekat Masjid Tekek.

Kemudian marshall dibahagi 2, satu team ke Marine Park, satu lagi kena ke Kampung Juara. Sesampai saja di Kampung Juara, masa nak patah balik tu, kereta Mazda Fighter pulak rasa len macam. Rupa-rupanya tayar pancit sebelah. Terpaksa la pulak tunggu kawannya datang tolong. Itu tak termasuk lagi kena tunggu kat puncak, kereta over heating masa datang tadi. Hampir setengah jam tunggu, bantuan sampai. Siap pasang, kami dihantar ke Marine Park. Tapi hampa, semua dah on the way balik. Untuk pengetahuan, Marine Park adalah CP wajib bagi semua marshall.



Day 2

Hari ini, marshall dibahagikan kepada beberapa team. Satu team masuk trek hutan Berjaya yang agak mencabar. Satu team ke trek hutan Kg Juara. Yang lain menyediakan kelengkapan dan presentation. Sekali lagi, petang itu semua marshall ke CP wajib. Untuk makluman, CP wajib adalah tempat dimana semua marshall akan berkumpul dan menjalankan aktiviti terjun menerjun.


Day 3
Hari ini, dah tak banyak kerja yang perlu dilakukan, cuma habiskan sahaja baki-baki signage yang perlu diletakkan di sepanjang jalan pekan Tekek. Nak letak awal-awal, takut dicabut. Lagi sekali petang tu, macam biasa. Kena lapor kar CP Wajib.
Malamnya pulak ada taklimat perlumbaan, disampaikan oleh Race Director.

D-DAY SAS-IEC PULAU TIOMAN
Seperti di Tasek Bera, semua marshall bangun awal bersiap sedia untuk melaksanakan apa yang dirancang. Tepat jam 7.30 pagi, semua marshall mula bergerak untuk ke CP masing-masing. CP saya di puncak bukit bersama dengan Cikgu. Seperti biasa kami menjangkakan peserta pertama yang akan keluar dari hutan Berjaya adalah selepas dua jam. Ini kerana semasa menbuat survey sebelum ini, ianya memakan masa lebih kurang 6 jam untuk keluar. Sekali lagi, peserta Kenya membuatkan saya dan yang lain terkejut. Beliau hanya mengambil masa selama 58 minit sahaja untuk keluar dari trek Hutan Berjaya. Dengan keadaan yang cedera di kepala dan kaki, beliau meneruskan perlumbaan dengan pantas. Tak sangka kami dibuatnya.
Pukul 4.00 petang, perlumbaan diisytiharkan tamat. Semua marshall berkumpul semula di Pesona Resort. Masing-masing dah collapse setelah mengerah semua tenaga untuk menjayakan apa yang telah dirancang. Alhamdulillah semua selamat.

MALAM JAMUAN RAKYAT
Pada malamnya pula, seperti tahun lepas, jamuan rakyat bersama Tuanku Sultan Pahang diadakan.
Tapi yang tak puas hati kami terasa seperti, "habis madu, sepah dibuang". Tidak meminta untuk dihargai, tapi at least bagi la kami sedikit ruang dan peluang setelah berhabis keringat melaksanakan tugas. Kami seolah-olah tidak dilayan dan membuat keputusan untuk keluar dari majlis. Ramai-ramai kami mencari kedai untuk mengisi perut yang telah lama berbunyi. Nasib baik ada jugak gerai makan berhampiran yang masih dibuka.

Esoknya, kami keluar dari Pulau Tioman pada jam 10.00 pagi.
Alhamdulillah, perjalanan sebelum, semasa dan selepas perlumbaan di Pulau Tioman adalah lebih baik daripada di Tasek Bera. Mungkin belajar dari kesilapan dan kesalahan.

Terima kasih kepada semua Marshall yang terlibat.
"Kak Sheila, Ateh, Anis, Cikgu, Ajoy, Boyington, Boy Raziff, Abey, Lah, Pejol, Epul, Mus, Yasir, Apit, Zarul, Syam, Shawn (Chief Marshall) dan Abg Malin (Race Director)"
.

1 comment:

h o n e y said...

unisel BB je ekkk?? Unisel SA x join ke??? asyik2x abg syam je....