Friday, May 22, 2009

MUTIARA NAGA

Bermula dengan keluarnya komik Mutiara Naga sekitar tahun 1996. Ketika itu saya masih dibangku sekolah Darjah Enam. Setiap bulan menagih wang dari ibu untuk ke kedai buku Cikgu Tan. Bukan nak beli buku latihan, tapi nak beli komik. Cerita yang menarik dan selalunya berebut rakan sekolah menunggu giliran nak baca bila ada salah seorang dari kami mempunyai komik keluaran terbaru Mutiara Naga. Sehinggalah ke keluaran yang 43, komik itu menghentikan keluarannya. Pernah dulu saya mempunyai koleksi komik tersebut (tapi tak lah semua) tetapi dibakar semuanya oleh Mak sebab saya asyik dok belek komik tu jer sampai lupa nak belek buku pelajaran.

Ketika zaman sekolah menengah pula, setiap hari sabtu pukul 8.30 pagi, siaran animasi Dragon Ball Keluar di TV2 setiap minggu. Tapi bukan setiap minggu dapat di tonton kerana setiap hari sabtu ada Kokurikulum di sekolah. Namun, kadang-kadang sanggup ponteng Ko kerana nak tengok Dragon Ball.

Ketika saya menyambung pelajaran dalam diploma di UiTM Arau, jiran sebelah bilik di kolej saya , Syuk, mempunyai koleksi animasi Dragon Ball, Dragon Ball Z, dan Dragon Ball GT hingga ke episod yang terakhir. Hampir satu minggu saya berkurung di biliknya semata-mata nak tengok Dragon Ball sampai habis. Bolehlah dikatakan saya tgk sampai Son Goku ada cucu cicit keturunan ke 7.

Walaupun setelah lama meninggalkan Dragon Ball, saya masih lagi ingat beberapa watak yang ada dalam Dragon Ball antaranya Son Goku, Kurin, Son Gohan, Datuk Kame, Bulma, Cici, Yamu, Ten Shin Han, Chiao Zu, Tentera Selendang Merah, Majin Bu, Fliza, Pikor, Trunks, Bezita, Cell, Cyborg 17 & 18, Popo dan ramai lagi.

Pada penghujung tahun lepas, pada suatu ketika semasa saya hendak pergi menonton wayang di TGV Bukit Raja, mata saya terpandang satu papan iklan yang memaparkan satu filem yang menarik perhatian saya. “Dragon Ball – Evolution, Coming Soon 2009”. Bermula dari hari itu, saya rasa tak sabar untuk menanti kemunculan filem tersebut. Namun, apabila filem tersebut telah memulakan tayangan, saya pulak yang tidak berkesempatan untuk menyaksikannya. Reaksi pertama yang saya terima dari rakan serumah yang telah menyaksikan filem itu agak kurang memuaskan. Saya macam tak percaya. Beliau siap nasihat “tak payah buang duit, buat rugi ja hang pi tengok”.

Semalam, saya ke kedai DVD mencari beberapa cerita untuk isi masa lapang kat umah. Sekarang ni saya keseorangan saja kat umah sebab housemate yang lain balik kampung. Salah satu DVD yang dibeli adalah Dragon Ball Evolution. Sampai ja kat umah, terus saya pasang. Memang sah, filem ini tidak menarik langsung. Indah khabar dari rupa. Aksi-aksi dan watak-watak yang dilakonkan tidak sama langsung dengan apa yang saya baca dalam komik dan juga apa yang saya tonton dalam animasi. Ada juga khabar angin yang saya dengar, bahawa di Jepun telah pun ada proses untuk menghasilkan filem Dragon Ball. Beberapa tahun yang dulu pun saya ada pernah terbaca dalam majalah KREKO bahawa filem Dragon Ball keluaran Jepun akan ditayangkan di pawagam pada penghujung 2009. Beberapa gambar watak yang lebih real telah pun disiarkan pada masa tu. Harap-harap ianya menjadi kenyataan.

Keturunan Super Saiya

4 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

wakakaka...aku minat, aku minat...


salam perjalanan...

ajoy87NF said...

komik ni dulu aku bwat sewa kat budak2 ms zaman skolah rendah... byk gak aku collect duit masa tu..
tp nak tggu 2 mggu setiap keluaran mmg rasa mcm lama...
sampai skrg ade nama gelaran dlm batch aku yg guna name suzikon, sbb dia mcm jepun. hahaha...
DragonBall Z ni bleyh dkatakan febret kartun aku ar...
paling smart Trunk ar... hehehe...

FoO dA fIrSt#1 said...

Perjalanan,
kalau hang minat, aku lagi la minat ganda 20...

ajoy87,
kalau hang suka trunks,
aku paling suka Bezita, sebab dia baik walaupun jahat.

John said...

Saya pun pernah tengok Dragon Ball masa saya berusia 5 tahu