Monday, May 25, 2009

PENGAKAP


Semasa di Sekolah Kebangsaan Sungai Kepar, SKSK, saya mula menyertai Pengakap ketika berusia 10 tahun. Bermula dengan Kem Lencana Keahlian, kemudian Keris Gangsa, Keris Perak dan Keris Emas. Bermula dari situ, kami telah mula belajar untuk membuat buku log, ikatan dan simpulan, gajet, lagu pengakap dan banyak lagi.




Sir Baden Powell
Setelah tamat sekolah rendah, saya kemudiannya menyambung karier pengakap saya disekolah menengah. Tapi sayang, di sekolah menengah pengakap kurang mendapat sambutan. Namun saya dan beberapa rakan pengakap semasa sekolah rendah dahulu cuba untuk menghidupkan semula Pengakap 38 Kerian di sekolah menengah. Alhamdulillah, berkat kesungguhan kami, Pengakap 38 Kerian mendapat sambutan. Banyak aktiviti yang kami anjur memuaskan. Antara rakan yang bersama-sama membangunkan Pengakap 38 Kerian adalah Ahmad Fairuz Hazli bin Mat Yazid (Peoih), Fathul Hakim Bin Ismail (Hakim), Munawarah Bt Abdul Majid (Muna), Norazilah Bt Shaari (Azie), Siti Haliza Bt Omar (Siti Amoi) dan beberapa orang rakan lain. Kami juga mendapat bimbingan dari Cikgu Adli dan Cikgu Hasbullah sebagai penasihat perstuan. Saya hanya sempat mengambil Lencana Jaya sahaja berikutan saya lebih menumpukan perhatian saya dalam bidang sukan, Hoki.

Namun, setelah beberapa tahun saya meninggalkan alam persekolahan, kewujudan Pengakap 38 Kerian disekolah itu semakin pudar. Saya adakalanya bertanya pada Cikgu Adli bagaimana perkara ini boleh terjadi. Namun beliau memberikan jawapan bahawa pelajar sekarang kurang berminat dengan persatuan beruniform dan juga tiada penggerak untuk menghidupkan kembali Pengakap 38 Kerian. Saya berasa agak hampa sedikit, setelah usaha kami untuk menghidupkan Pengakap 38 Kerian terbiar begitu sahaja. Mungkin pelajar sekarang tidak dapat melihat apa kelebihan yang boleh mereka dapat jika menyertai sesuatu persatuan.

Baru-baru ini juga saya ada membaca satu blog milik Bear Grills, Man Vs Wild, beliau baru sahaja dilantik menjadi Chief Scouts di England. Beliau juga turut mengakui kebaikan menyertai Pengakap.

Semasa saya menyertai pengakap, beberapa lagu telah saya pelajari dan yang paling mengimbau kenangan adalah lagu ini.

Piyake, soro soro,
Nampase, implinsa,
Siria-siria randa,
Yondoyo waya nande,
Sapena, Sapena....

Dua cincin dijarimu,
Beri satu tanda mata,
Tanda mata di dunia,
Tak ku lupa selamanya.......

P/S: Buat Sehabis Baik....

5 comments:

AieSha said...

hang pengakap laut ka?? ciwah.. cinta kinabalu. besaq dan tinggi betoi cinta tu.

wegreentheearth said...

mentang2 BG jadi chief scout trus hang kuar cite nih...
hahaa...

Biasa said...

me...
1999-pengakap kanak2-keris emas
2000-Pengakap darat-lencana keahlian..
2002-Pengakap darat-lencana jaya / rambu ijau
2004-pengerusi pengakap laut
2005-kelana laut A divisyen tawau
2006-Kelana Siswa UTM- jambori kebangsaan/manikayu 1
2007-mula stop sampai sekarang...
...walai dah stop tapi masi boleh rasa semangat berpengakap tu...
..once scout forever scout haha

FoO dA fIrSt#1 said...

alamk aku baru perasan, tu lambang pengakap laut. Silap la pulak....
aku darat ja.....

tak la besaq sgt. sebab jadi kat kinabalu, tu yang pakai nama tu tu...

Anonymous said...

Cinta kinabalu? Alamak! Betul ke ni? Alamak! Alamak! Alamak! Aku salah masuk blog ke ni? Alamak! Alamak! Ni blog sape plak ni? Tengok blog dah betul dah... Ish!? Xkan la... Betul ke ni? Musykil ni... Alamak! Alamak! Ni Yasir ke ni? Yasir punye blog ke ni? Alamak! Alamak!