Monday, May 19, 2014

2014 UNTIL MEI PUNYA CERITA....

Dah macam bertukun dah blog ni. Tetiba teringat nak jengok. Dikekang dengan bebenan tugas dan aktiviti. Ahhhh... itu semmua alasan. Yang sebenarnya adalah Blogging sekarang dah kurang sambutan dan trend. Hari-hari kalau tak bukak facebook, whatsapp dan men game, memang tak sah. Tapi bila dah terjenguk, tergerak plak nak buat entry baru. 

Permulaan setiap tahun biasanya agak perlahan. Keja dok opis and bukak facebook, tapi pada tahun ini 2014, permulaan yang amat memberansangkan. Jarang lekat kat umah. Tiap-tiap minggu asik outing saja. Sampaikan tiada masa bersama keluarga. Kampung aku pun dah dekat 5 bulan tak balik. Tapi semua ini rezeki. Alhamdulillah. 

Dulu aku penah cerita pasal sukan baru yang aku ceburi, alhamdulillah, sekarang dah makin serius. Rezeki jugak bila dah menang beberapa tournament walaupun tournament biasa-biasa sahaja. Bab kerja aku masih di TEAMTACT. Bidang yang aku minat. 

KARNIVAL PAINTBALL BENTONG 2013 
TEMPAT KE-5


MAXPAINT OPEN PAINTBALL SERIES 2014 
KAMPAR, PERAK
ALHAMDULILLAH CHEMPAYON...


KEJOHANAN PAINTBAL SEMPENA SEMPENA KARNIVAL FIESTA MESRA BELIA 1MALAYSIA BENTONG 2014 
ALHAMDULILLAH CHEMPAYON...


Bab keluarga, Insyaallah Faris akan jadi abang pada Oktober 2014. Amin, semoga dipelihara dan dirahmati. Faris sekarang dah pun berumur 2 tahun 2 bulan. Dah berpetah mulut berkata-kata, dah pandai mengadu, dah pandai membebel, dah pandai mengajuk, dah pandai meniru dan macam-macam lagi. 





Kalau dari awal tahun aku maintain aktif berblog, dah beratus cerita menarik aku kongsi. Banyak cerita yang layak aku kongsikan seperti sebelum ini. Antara yang menarik adalah ketika aku mengendalikan tournament paintball dalam UiTM. Ada seorang hamba Allah, perempuan, bertudung, kecik molek, manis rupa, rasanya mungkin usia baru nak cecah 20-an, MAKI aku sebab pertahankan marshall aku. Kecewa bila hadapi keadaan macam tu. Budak sekarang dah tak macam dulu. Kalau ada masa, insyaallah akan aku buat satu entry khas berkenaan peristiwa ini. 

Kepada blogger-blogger yang pernah aktif dulu, jom, kita mengaktifkan semula blog-blog kita yang ada, dan memeriahkannya seperti dahulu-kala. 

See you in the next entry....... Salam........
.