Thursday, July 3, 2008

"TOGETHER EVERYONE ACHIVES MORE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua….
Awal mula pertama mula, saya ingin memohon maaf di atas keterbiaran saya terhadap laman sesawang saya yang kian bersawang. Tapi tak pa, hari ini saya akan bersihkan sawang yang ada.....

Pada 21-22 Jun 2008 yang lalu saya dan TEAM TACT telah mengendalikan satu program team building untuk Proton Parts Center, Cawangan Prai dengan jayanya. Walaupun Cuma 12 orang peserta (termasuk seorang bukan staf) namun, bagi saya program yang bertemakan "TOGETHER EVERYONE ACHIVES MORE" ini berjaya dilaksanakan. Pada pukul 3.30 petang, semua peserta tiba di Damai Park Resort, Lembah Bujang. Walaupun lari sedikit dari masa yang sepatutnya mereka sampai. Sepatutnya program bermula pukul 3.00 petang. Tapi tak mengapa, kita hanya merancang tapi Allah jua yang menentukan. Namun, program tetap berjalan dengan sedikit perubahan. Sesi pengenalan dan taklimat dikendalikan oleh sahabat saya Shawn dan kemudian Abg Malin, Mustakim dan saya memperkenalkan diri seorang demi seorang. Selepas itu, sedikit permainan diadakan bagi membiasakan peserta dengan tempat itu.

Pada pukul 5.30 petang, saya dan Mustakim mengambil alih tugas untuk membawa peserta untuk aktiviti Jungle Trekking di bantu oleh Pak Ngah (guide kawasan itu). Dalam perjalanan para peserta berpeluang melihat kawasan hutan ditempat itu termasuklah kebun-kebun yang berdekatan. Mereka juga dapat melihat sarang lebah madu hutan di pohon pokok ketapang. (kalau tak silap). Dihujung perjalanan, Pak Ngah membawa kami melawat tempat bersejarah iaitu di Muzium Candi Lembah Bujang. Saya pun sebenarnya pertama kali sampai ke tempat itu. Selama ni tengok dalam buku sejarah jer, itu pun masa sekolah.




Pak Su menunjukan sesuatu kepada peserta ketika aktiviti jungle trekking




Malam pula, para peserta dikehendaki menyempurnakan malam barbeque. Mereka perlu merancang dan menguruskan majlis tersebut. Alhamdulillah, mereka berjaya melaksanakan tugasan yang diberi. Ditambah pula dengan kejutan yang TEAM TACT beri kepada beberapa orang peserta yang menyambut hari lahir pada bulan jun. TEAM TACT menyediakan kek sambutan yang memerlukan peserta yang disambut meniup lilin. Mungkin peristiwa itu akan membuatkan mereka sentiasa mengingati TEAM TACT. Hahahahaaaa……









Para peserta bersama-sama menyiapkan hidangan barbeque.


Keesokan paginya, para peserta dibawa untuk membuat aktiviti-aktiviti luar seperti pencarian si buta, laluan si buta, dan perjalanan labah-labah. Alhamdulillah semuanya selamat melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Pada jam 4.00 petang program tamat dan kami pun bersiap untuk pulang ke Shah Alam.





peserta sedang mencuba memasang khemah dengan mata tertutup.



peserta di bawa untuk meneruskan aktiviti laluan si buta




peserta bekerjasama untuk melepasi halangan sarang labah-labah...


TEAM TACT bersama peserta Proton Parts Centre.

1 comment:

Anonymous said...

Gembira saya mendengar perkembangan TEAM TACT yang makin hari makin maju. Tahniah kepada Rafsan (bos TEAM TACT kan), Abang Malin, Mustakim dan anda sendiri sebagai penulis blog dalam usaha untuk memajukan outdoor di kalangan rakyat Malaysia. Teruskan usaha sehingga kaya..hahaha..

-ust-