Tuesday, July 29, 2008

APA ITU PMC?


yas_pmc@yahoo.com.

'yasir, pmc tu apa?' dah ramai sangat tanya PMC tu apa?
nak tahu?

PMC ni ada sejarahnya. Mula tercipta pada tahun 1997. Ketika itu saya baru mula menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Mudzaffar Shah. Masa tu saya dan rakan-rakan ada menubuhkan satu kumpulan berbasikal. Yang bestnya, basikal kami ni lain dari yang lain. Sebabnya, semua basikal kami yang cat sendiri, malah, cat tu pulak kami tukar 2 bulan sekali. Design yang kami buat saya tak pernah tengok lagi kat tempat lain sampai la sekarang.

Satu petang, kami ramai-ramai pergi ke pasar malam dekat kampung. Sambil jalan-jalan kami singgah sekejap kat gerai jual sticker. Belek punya belek, kami ternampak satu stiker yang simple dan agak menarik dipandang. Stiker itu tertulis “PMC Power” kami semua bercadang nak jadikan nama stiker tu sebagai nama kumpulan kami. Habis semua sticker tu kami borong. Tak ada orang lain yang pakai. Esok tu, semua basikal kami tertampal stiker tu di tempat yang sama di basikal kami. Start dari itu, nama PMC Power dah start heboh satu sekolah. Kemudian lahirlah kumpulan basikal yang meletakkan nama-nama seperti KTC Power (Kampung Tokdin Club), JMC Power (Joki Moto Club), dan banyak lagi. Konon-konon nak lawan kami la. Bukan apa, kami punya basikal semuanya cantik-cantik, dia punya berkilat kalah kereta baru keluar kedai. Dan kadang-kadang kalau ada team lain yang ajak race, kami selalu menang. Siap main duit lagi tu. Nama PMC Power ni bukan saja terkenal kat kampung saya, malah sampai budak-budak Kamunting dan Taiping pun tahu. Ada satu hari pada hari sukan sekolah, satu kumpulan basikal dari taiping “team Hardcore” datang turun sekolah nak cari geng PMC. Nak ajak race. Kami on jer, homeground. Kami menang race tuh. Diorang pun dtang ramai gak. Adalah dalam 40 orang. Tapi akhirnya jadik kawan jugak.

Aktiviti kami, tiap-tiap petang kami akan pergi berkayuh lepak kat Tasik Bukit Merah. Saja nak tayang basikal kat kampung lain. Selain itu, setiap tahun pada hari kebangsaan kamai akan konvoi pergi ke Taiping, sambut merdeka kat sana. Selalunya kami akan parking kat Taman Tasik Taiping. Time tu lagi megah la kami bila ada orang tempatan dan pelancong asing datang tangkap gambar basikal kami. Yelah, basikal cantek. Pastu aktiviti wajib bila dah konvoi ke Taiping, mesti pergi manda Air Terjum Bermiss Pool @ Batu Hampar. Kami juga akan adakan konvoi ke Taiping bila ada Hi-Rev Cub Prix Championship. Masa tu pelumba yang popular adalah seperti Wazi Abdul Hamid, M.Meganathan, dan Obert. Bagi kami, basikal ni dah makan moto dah. Time tu la.

Geng PMC Power ni agak nakal jugak la, samapi satu ketika tu hampir-hampir kena masuk lokap sebab curi Raket Carlton sorang satu dari stor sekolah rendah. Mana taknya, yang kami amik bukan sikit. Ada 20 orang, raket Carlton sorang satu. Raket baru plak tu. Pastu kalau nak main bola, tak yah pi beli, amik jerk at stor. Dah tu bukan nak letak balik, amik buat harta. Bila di kenangkan balik, lawak pulak. Selamatla perangai tu masa kecik-kecik saja, kalau tak…….

Bila sorang-sorang dah abih sekolah, aktiviti PMC dah kurang. Tapi, kalau sebut saja nama PMC kat sekolah, masih ada lagi yang ingat sampikan dulu ada seorang cikgu, Cikgu Azman namanya pernah mendeklamasikan sajak berkenaan PMC sempena sambutan hari guru kt sekolah saya dulu. Itu adalah peristiwa yang kami tak dapat lupakan. Antara bait-bait yang disebut adalah “Basikal PMC warna merah, piiiiiiirah,,,,……..”

Sekarang, semua budak-budak PMC Power dah keja, bawa haluan masing-masing. Alhamdulillah, semua dah jadi orang.

Geng-geng PMC Power

(Lan, Pizal, Aro, Yasir, An, Atan, Seni, Dasa, Muiz, Abang, Adik, Otop, Najib, Wan Tok Din, Lee Kopi, Daddy, Pezul, Orang Kuat, Guk-guk, Guy dan Ju)
INILAH LAKARAN BASIKAL GENG PMC POWER...

3 comments:

teamtact said...

Salam Rekreasi.....

menarik cerita ni.... harap2 PMC x penah langgar orang tengah buat aktiviti...... apa lagi... buat la gathering....Team TACT boleh bagi quotation...hehehe...ade discount utk staff......

Anonymous said...

hahaahahaha

Anonymous said...

sebut PMC teringat masa kat matrik dulu...ade pasr mlm kat changlun...kitrg pngil psr mlm tuh short jer...PMC..jom p PMC...huhuhuhuuu..windu lak zamn matrik....huhuhuuuu



ayshah@anonymous