Thursday, November 18, 2010

KERA DI HUTAN DISUSUKAN...

Baru-baru ini satu sidang akhbar diadakan dan diumumkan jumlah kutipan yang melebihi setengah juta akan disalurkan kepada mangsa banjir di Pakistan oleh salah satu syarikat tempatan. Usaha murni tersebut sememangnya patut mendapat pujian seluruh rakyat negara. Tambahan pula negara yang ditimpa bencana adalah sebahagian daripada negara Islam dunia. Sama macam kita bantu saudara seagama la. Kemudian beberapa hari sebelum tuh saya ada terdengar satu lagi badan telah menyumbang USD 10,000.00 kepada mangsa letusan gunung berapi di Indonesia. Kalau ditukarkan ke RM adalah dalam RM 30,000.00 lebih. Memang prihatin sungguh rakyat Malaysia ni. Tak boleh disangkal.

Tetapi, pada masa yang sama, dalam negara kita sendiri, di utara tanah air, Kedah dan Perlis telah dilanda banjir besar tatkala dalam persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Berminggu-minggu tidur dalam air. Hasil ternakan, tanaman dan perusahaan musnah sama sekali. Mana perginya bantuan? Dah ada bantuan kena catu pulak tu. Siap ada kes pilih kasih untuk terima bantuan dek gara-gara fahaman politik. Dah kena bala pun nak berpolitik lagi ka? Patut sama-samalah bekerjasama hadapi dugaan. Tak ke naya orang yang kena.

Kalau nak tolong orang lain pun, kenalah tolong diri kita sendiri. Kalau nak tolong negara luar pun, tolonglah negara sendiri dulu. Dalam orang dok hadapi kesusahan dalam negara, tak payah la buat announcement tabung untuk negara luar, apa rasa orang yang tengah dok rasa susah ni?

Kita ni semut, depa tu gajah, mana nak dengar kata semut. Agak-agak meluat, dipijak dek gajah.
.

No comments: